Thursday, January 28, 2010

SEJENAK DI GOLOK

Sewaktu diriku berada di kampung tempohari, kami sempat ke Golok sekejap. Lebih kurang 24 jamlah berada di Golok @ 2 hari 1 malam.

Perjalanan berkereta bukan main lama lagi, rasanya mencecah 5 jam jugak . Itu belum kira berhenti makan n solat. Macam drive dr KL ke Dungun. Mungkin sebab takde highway kan, padahal jaraknya lebih dekat berbanding KL-Dungun.

Bila lalu kat Kelulut, macam biasa mesti singgah makan keropok lekor 008. Sekarang ni, perniagaan 008 ni dah bertambah maju, kedai makin besar, Pelanggan pun dah berduyun2. Pekerja pun boleh tahan ramai, siap ada uniform lagi. Tapi keropok lekor 008 ni memang sedap giler r. Pada aku terbaik Terengganu lah.. hehe.

Dari KT, kami pilih jalan Penarik yang melalui tepi Pantai. Memang seronok drive kat sini sebab di kanannya ada persisiran pantai yang begitu cantik sekali. Kat sini, kami singgah makan lagi. Kali ni bihun goreng, ikan kembung celup tepung dan sotong celup tepung. Memang best. Gerai2 yang menjual makanan seperti ini memang banyak terdapat di sepanjang pantai Penarik ni. Dan selalunya kami tak lepas peluang.







Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni, turnku pulak utk drive. Bila dah masuk Kelantan, hati berdetik nak singgah ke Wakaf Che Yeh. Mmm.. mungkin on the way balik nantilah, kataku dlm hati. Lebih kurang jam 6 petang, kami tiba di Rantau Panjang. Sebelum masuk ke Golok, sempat lagi singgah beli pisang goreng, keledek goreng, cempedak goreng dan sedikit kuih muih. Macam nilah kami kalau travel sendiri ni. Perut tak sempat lapar, makan, makan dan makan.. hahaha.

- Hotel Genting

Di Golok, kami stay kat Genting Hotel. Itu aje pilihan yg ada yg elok sikit. Ada lagi satu hotel, tak ingat namanya, menurut kata teman suamiku, kurang selamat sebab pernah terjadi kejadian bom. Lepas dinner, kami tak lepaskan peluang utk massage 1 badan di hotel. Memang berbaloi dgn harganya yg murah itu. RM 25.00 seorang.

- ikan masak thai dan sotong paprik... sedap!!!!


- di depan kedai makan


Esoknya, sewal jam 8 pagi, kami merayau sekitar hotel. Breakfast nasi kerabu. Kemudian jalan2 lagi. Mataku begitu asyik sekali meninjau2 pasar pagi di situ. Seronok melihat sayur-sayuran segar yg dijual.



Sebenarnya kami mencari kedai yang menjual kitchen ware, sebab kami nak belikan pengukus utk mama dan sedikit pinggan mangkuk utk kedai mama. Setelah berjalan lebih kurang 5oo kilometer, barulah kami jumpa 1 kedai yg menjual kitchen ware, tapi sayang nyonya yang jaga kedai tu sombong sangat. Mcm malas nak layan customer. Penyudah kami blah lah.. hahaha.


Satu yang kuperasan, kat sini begitu byk sekali kedai2 yang menjual baju2 secondhand. Aku jugak sibuk menjengah kedai tuala. Hajat di hati nak belilah 2, 3 helai, tapi tuan kedainya (kakak tudung pink tu) baik sangat, semuanya boleh. Last2 kami beli sampai 15 helai. Hehe.

Dah selesai beli tuala, kami cari salon pulak. Nak cuci n layerkan rambut. Kami jalan lagi. Bila dah selesai semua tu, matahari dah terpacak di kepala. Kami jalan pun dah agak jauh dari hotel. So untuk balik semula ke hotel kami cari motosikal sewa (kaedah mcm teksi tp guna motosikal). Kat sini memang popular dengan motosikal sewa dan bayarannya murah aje. Jadi kami konvoi 2 motosikal, tp penunggang motosikal aku mestilah pompuan.. hehe.


Lepas check out hotel, kami ke Narathiwat. Perjalanan memakan masa 45 minit. Kami lunch dan ronda-ronda ke pantainya. Lunch buffet steambot n grill. Sangat berbaloi murahnya. Seorang cuma RM 12.50. Boleh grill daging n seafood sepuashati. Syaratnya jgn tak habis sudah. Kalau tak kena bayar yang tak habis tu. Menarikkan. Kami pun apalagi.. makanlah sepuashati.. hehe..





Dari Narathiwat, kami singgah semula di Golok utk ke kedai kitchen ware. Kat sini harganya lebih murah dan pekedainya sangat baik. Banyak jugaklah yang kami beli. Semuanya utk kegunaan kedai makan mama dan restoran di KL. Layanlah pic2 yg sempat ku klik2 dr dalam kereta yea...



- Gambar raja thailand ada di mana-mana shj.. begitu banyak sekali..




- Pintu masuk ke Thailand

Dan lebih kurang pukul 8.00 mlm kami bertolak balik ke Dungun. Hajat hatiku nak singgah kat Wakaf Che Yeh juga tercapai. Macam biasa, beli tudung bawal dan tudung ekin sekali utkku, mama dan adik2. Kami singgah sebentar kat Kuala Besut utk dinner dan alhamdulillah kami selamat tiba di Dungun lebih kurang jam 2.00 pagi.


Tuesday, January 26, 2010

SANTAI DI NEGERIKU....

Awal bulan tempohari, diriku telah berada di kampung hampir seminggu. Bercuti sambil membantu mamaku memberikan konsep baru buat kedai makannya. Tapi sayang, lupa pulak nak klik2 hasilnya. Bukan apa, tukar menu tengaharinya aje, daripada nasi campur kepada NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH. Alhamdulillah menu baru ini mendapat sambutan yg menggalakkan. Seronok betul mama.

- Adik Zul tengah kusyuk makan nasi kukus ayam goreng berempah mama.


Yang ni pula.. aktivitiku sebelum mama buka kedai. Kedai makan mama ikut jadual politeknik. Kalau poli tu cuti, maka mama pun ikut cuti sama. Jadi sempatlah aku beriadah di Pantai
Teluk Lipat, Dungun, bersama diorang. Waktu ni sehari sebelum mama buka kedai.



- fatin, mama, adik zul dan abah. Dah selesai riadah, nak balik dah ni...

- Sarapan Nasi Dagang terbaik Dungun di Kuala Dungun, Nasi Dagang Mak Wan, fuh! memang sedap giler!!! tengoklah pinggannya, semua licin!

- Solehin beraksi dengan basikal sepupuku di rumah Mak Sedaraku di Gong Kapas. Tengok kakinya.. tak cecah pedal pun.. hehe..


- di depan pasar kedai payang, kuala terengganu. Selalunya kalau balik Dungun, mesti nak singgah ke sini. Kusuka beli tudung bawal, makan bihun celup yang dicampur perut lembu, kalau nasib baik dapat beli telur penyu sikit.

- kompleks warisan. cantikkan bangunannya! terletak berhampiran pasar kedai payang aje.


Macam biasa, mesti bawak bawak balik hasil tangkapan lautke KL , hehe org lain tukang tangkap, kami tukang beli aje.. hehe. Lihatlah ketamnya, begitu segar sekali. Harga pun boleh tahan gak segarnya.. hehe.


- lala ni kubeli utk masak kat sana aje. Puashati beli 3 kg, boleh makan sepuasnya, cukup untuk sekeluarga.


SELAMAT TINGGAL DUNGUN! nantikan kemunculan kami di lain hari yea! a bientot!!!

Saturday, January 23, 2010

APABILA MASA BEGITU TERBATAS...

23 Jan 2010, Sabtu.

Alamak, rupanya dah dekat sebulan, blog ini dibiarkan sepi oleh tuanpunya hati. Dah berhabuk nampaknya. Maaflah, banyak perkara telah dilalui, banyak hal yang perlu didahulukan. Masa yang ada rasanya begitu terbatas. Facebook pun dah lama jugak tak update. Apatah lagi blog teman2, dah lama jugak tak jalan2. Tapi insyaallah, lepas semua dah ok, blog ni akan kembali ceria.. hehe.

Lumrah hidup, adakala kita gembira, ada kala kita jua diselubungi duka. Walau apa pun yang melanda kita, hidup perlu diteruskan, usah sekali-kali berputus asa dan mengalah. Harungi segala ranjau dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Insyaallah jalan kejayaan akan terbentang di hadapan. Di kesempatan ini, hatiku ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih buat teman baikku, Kak Yati (NB) dan Nani yang sentiasa ada di sisi. Walau jauh di mata, namun cukup untuk meringankan segala yang menyarati jiwa. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.

******************************************

Siang tadi, aku menghadiri kursus MESRA MALAYSIA. Sehari suntuk dari pagi hingga ke petang. Kursus ini wajib dihadiri oleh setiap peserta dalam proses mendapatkan lesen Tourist Guide. Kusempatlah klik2, tapi sikit aje.. hehe.




Sehingga bertemu lagi...

Tuesday, January 5, 2010

SLOT BERSAMA FAMILI - BESDAY SOLEHIN

19 Dec 2009, Sabtu. Besday Solehin sebenarnya pada 13 Dec 2009. Dah setahun dah anak mama. Kejap aje masa berlalu. Tp waktu 13 hb tu, ayah Solehin tak dapat datang ke KL. Jadi kami tunda sambutannya sehinggalah pada 19 Dec lepas. Kebetulan mama dan adik2 pun dah datang waktu ni. Lebih ramai lebih meriahkan.

Siangnya memang aku sibuk dengan tempahan catering. Tapi ku dah pesan kat ayah Solehin supaya belikan kek kat Sogo, sebab ku tak ada masa nak pergi beli. Mulanya kami ingat nak sambut kat Lake Garden. Tp bila malamnya, aku rasa penat sangatlah pulak, maklum siang hari tak berhenti bekerja. Jadi akhirnya sambutan kecil-kecilan dibuat di rumahku sahaja, selepas Hadi dan Faris kembali dari restoran.

Solehin yang tengah tidur, kami kejutkan. Terpinga-pinga dibuatnya, tetiba dia mengadap depan kek. Agaknya, dalam hati Solehin mesti tertanya2, benda bulat apa kat depan aku ni... hehe.

- SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA BUAT SOLEHIN.
Moga sentiasa menjadi anak yang baik dan membanggakan ibu dan ayahnya. amin!





- auntie Solehin yang lebih teruja nak meniup lilinnya.. hehe
- ada aje yang nak interframe ni.. haha..


Kat bawah ni pulak, aksi Solehin dengan permainan yang kuhadiahkan buatnya. Begitu asyik sekali bermain. Seronok kami melayan telatahnya.