Thursday, June 11, 2009

BERSAMA FAMILI.... - PART 2

10 Jun 2009 Rabu

Hai.. tak habis lagi kesahku dgn familiku ini...
Yelah sebelum ni asyik cerita pasal catering dan makanan... alang2 famili bercuti di sini.. penuhkan xtvt..update blog sekali... hehe..

Tapi hari ni sebenarnya rumahku dah kembali sunyi. Mama dan adik2 dah balik ke Dungun semalam. Shah dan Shikin serta babyku pun dah kembali ke Tanjung Malim. Cuma buaian Solehin aje yg ada kat bilikku. Buaian tu memang aku yg beli bila saja tau Solehin akan berada di rumahku utk seminggu lagi. ishk.. rasa sayu pulak bila teringat kat Solehin ni.. takpe, nanti2 dia akan datang lagi...


Semalam (Selasa), suamiku bawa familiku lunch makan Sate Kajang. Macam biasa, kalau semua pergi, 2 keretalah jadinya. Alhamdulillah .. kenyang!!!

- dalam perjalanan ke Kajang. Adik Zul terpaksa duduk kat belakang...


- sedapnya makan sate...


Petang, bekas Dato' Bandar KL telah order 2 ekor kambing panggang utk majlis house warming kat rumahnya di Shah Alam. Suamiku telah arrange semuanya pada petang itu. Jadi, malamnya kami just pergi buat tinjauan sahajalah, tunjuk muka sikitlah.. nanti apa pulak kata Dato' Seri tu.

- inilah rupanya kambing panggang tu... ada yg terliur ke?... hehe...


Bila Dato' Seri ni order dari kami minggu lepas, aku asyik teringat kenangan lalu. Tahun lepas order yg sama jugak tapi utk open house raya kat kediaman rasminya. Tak sangka betul dapat jumpa Siti kat situ, yang hadir bersama suaminya. Memang best sangat pertemuan tu.... susahlah nak explain dgn kata2 kat sini. Yang pasti mengenali Siti, memang sesuatu yang indah dlm hidupku.




Berbalik pada kesahku .. bila dh selesai meninjau apa yg patut kat sana, kami pergi dinner kat Famous Thai. Tapi kami order yang simple2 aje sebab nak kejar masa.. takut Mama terlepas bas. Maklum perjalanan dari Shah Alam ke KL pun ambik masa kurang2 1/2 jam jugak.




- kue teau tomyam with seafood

- thai style fried beehoon

- fried rice with belacan



Yang tinggal kat sini lagi cuma Abah dan Adik Nor. Adik Nor baru mula cuti, jadi aku request dia tolong kat restoran, sebab Ayu nak balik kampung.


Isnin

Aku telah ke Tropicana sebab ada hal sikit. Aku ajak Nor dan Nurul sekali temankan aku. Bila saja masuk ke kawasan Tropicana tu, Adik2 ku terpegun melihat rumah2 banglo yang ada dlm kawasan tu... semuanya besar2 giler dan cantik2. Sempat jugaklah klik2 panorama indah tu.... layan!!!!







On the way balik ke KL, tetiba dtg idea utk singgah kat Tugu Negara. Rupanya diorang tak pernah sampai lagi kat sini. Aku sendiri pun tak ingat sama ada dh sampai sana ke belum... hehe.. kalau ada pun may be masa lawatan form 5 dulu2.. hehe... dh lama tu...
Jadi kami pun apa lagi beria-berialah klik2 sebagai kenangan...




- pose favouriteku.. menyorok di sebalik sesuatu.. bukan apa tu, nak cover linelah tu.. hehe..



... agak2 dah habis ke kesah ni....?... hehe...

Monday, June 8, 2009

BERSAMA FAMILI....

Jumaat


Aku perlu ke MOF dan KDN di Putrajaya. Aku pun terus bukak soalan.. sapa nak ikut kak ida pergi Putrajaya?.. hehe...cuma 2 orang aje yg berminat. Yang lain tak nak ikut sebab nak main dgn Solehin.

So lepas masak, aku terus ke Putrajaya. Pecut 130 jugaklah bila kat atas highway tu sebab risau diorang tutup kaunter pukul 12.00 tgh. Syukur.. tiba kat MOF tepat2 pukul 12.00tgh, tp kaunter tak break pun. so dapatlah aku submit semua dokumen utk renew sijil MOF. Kemudian aku terus ke KDN utk submit invoice catering yg telah berlalu pada Isnin lepas.

- di MOF. Adik Nor dan Adik Zul.


Selesai semua kerja2ku, aku ajak adik2ku lunch kat Kenny Rogers, Alamanda. Tengoklah gelagat diorang kat bawah ni.




- kami semua memang tengah lapar giler, so apalagi licin!!!!


Sabtu.

Kami sekeluarga lepak2 kat rumah aje. sebelah petang aku ajak Mama dan adik2 serta Solihin ke Pasar Malam. Bila dah turun tu, tetiba Mama cakap nak beli seluar utk Adik Zul kat Sogo. Jadi kami ke Sogo sekejap. Lepas tu barulah kami ke pasar malam. Punyalah ramai orang. Nasib baik Solehin ok aje.

- ingat nak belikan dia topi, tapi dia tak selesa pakai topi. so tak jadilah beli.. posing ajelah... hehe.

-ibu Solehin, Adik Fatin, Mama Solehin, Mama..


Ahad

Hari ni memang dah plan nak bawak diorang semua ke Sunway Pyramid. Adik2ku ajak main bowling. Nak beli hp utk maidku sekali.

- yg takde dalam gambar.. ayah Solehin (Shah) sebab dia yg tukang ambik gambar ni.


Jadi lepas makan Nasi Ayam Mama, kami bertolak ke sana. Memang enjoy adik2 ku dapat main bowling. Semuanya ambil bahagian main bowling. . Layan gambar2 diorang main bowling dulu yea...



- Mama dan Adik Zul tengah pilih bola... hehe..

- Mama pun join sekali, boleh tahan jugak Mama main... hehe

- Adik Zul pun score jugak...

- Shikin dan Adik Faris...

- Sampai masa, Solehin lapar... mcm biasa bubur nasi dh bekalkan dari rumah...


- inilah dia juara bowling liga famili kami... terer jugak si Nor ni.. kecil2 cili padi...

- sebelum keluar dari sunway mega lanes... layan Solehin dgn ikan kat dlm aquarium kat situ...


- lepas dah enjoy main bowling, laparlah pulak...


Kami terus balik selepas makan, sebab ada catering pulak kat Pinggiran Batu Caves.

Thursday, June 4, 2009

SIBUK KE.....?

Kalau ikutkan hati memang setiap hari nak update blog... tapi sejak kembali dr kampung tempohari .. aku seakan sibuk memanjang... sibuk ke... agak2 sibuk ngan apa yea... hehe...

Sebenarnya bukanlah sibuk dgn catering. Iye.. mmg ada catering, tp cuma 2 hari aje (Sabtu dan Isnin) .. hari lain sebenarnya sibuk melayan si Solehin tu. Hari Jumaat tempohari baby instantku dtg berkunjung bersama parentnya. Memandangkan ibu Solehin tengah cuti semester (ibunya bakal guru , study di UPSI), aku beria2 lah memancing adikku (ayah Solehin) agar izinkan isteri dan anaknya stay kat rumah aku selama seminggu lagi.. bukan apa.. kebetulan suamiku pun nak pergi outstation dgn ayah angkatnya.. so senang sikit aku nak melayan Solehin ni. Jenuh jugak aku pujuk adikku, tp akhirnya berhasil jugaklah... tak sia2 usahaku... hehe..

- baby Solehin dah boleh meniarap...

Aku punyalah seronok bila Solehin bakal bersamaku utk seminggu lagi. Dapatlah aku layan / main ngan dia puas-puas... Rutin harianku pula macam padat pulak, tu yg tak sempat nak update blog sendiri tu.. bukan apa bila aku bukak aje laptop, Solehin ni yg lebih teruja nak menekannya... kalau tak percaya , tengoklah aksinya kat bawah ni... hehehe...



Sekarang, pagi2 aku masak 5 jenis masakan melayu utk restoran. Sejak sebuah restoran jiran tutup, ramai pulak yg bertanyakan nasi campur. So restaurant manager request dgnku utk tambah beberapa jenis lauk melayu.

Lepas masak, aku mulakan kerja2 pejabatku.. call bank, update akaun, organize payment utk supplier, buat purchasing stok2 restoran. Tapi bila baby ni dah bangun, sibuk pulak melayan dia. Malam rutin harianku seperti biasa, bertugas di restoran sehingga jam 11.00 mlm. Tapi sekarang musim cuti sekolah. customer lebih daripada biasa, so kadang2 aku stay up sampai 12.00 tghmlm pun ada.

Solehin ni sangatlah aktif. Tangan dan kakinya sentiasa bergerak cergas. Bila dh boring berbaring, dia akan meniarap. Waktu usia 5 bulan ni , hobi utamanya adalah mengulum benda, apa shj barang yg diberi, dia akan masukkan dlm mulut dan hisap tapi dia cepat boring. Jenuh nak tukar item2 nya.. apa sahaja item yg sesuai utk dia, aku bagi. Teether dia punyalah byk, tapi sekejap aje dia main, lepas tu dia boring... bila dia dh boring mulalah dia merengek minta diangkat. Lagi satu bila dia dh lapar, dia akan merengek jugak...

Tapi Solehin ni tak lokek dengan senyuman. Kalau ditegur.. kadang2 sampai boleh ketawa mengekek2. Walaupun dia bukan babyku.. tapi perasaan kasihku padanya sentiasa menggunung... rasa bahagia sekali bila dapat bersamanya... Lagi satu Solehin ni mcm mamanya jugak, pandai posing. Bila nampak kita nak klik2, terus dia posing... hehe..

Bercerita pulak tentang akitivitiku bersama Solehin ni. Oleh kerana hari Sabtu ada catering, aku tak dpt ke mana2 dgn Solehin.





Hari Ahad petang, kami ke Sogo.. memang Sogo tempat favouriteku utk shopping. Selain dekat, aku rasa selesa dan serasi. Bila shopping, dapat pulak kumpul points... hehe.



- sewaktu menuju ke Sogo. Hari hujan so lebih baik berkereta.. nanti demam pulak Solehin ni...

- dah selesai shopping...



Hari Isnin, ada catering kat KDN, Putrajaya.

- persediaan refreshment sewaktu meeting. Pukul 8.30 pagi semuanya telah siap diatur di atas meja meeting

- semua dah ready sejak pukul 12.00 tengahari.


- jenuh menunggu diorang dtg makan, aku layan cybershot dulu.. hehe..
penyudah pukul 1.40 petang, baru diorang turun dari bilik meeting tu...
tentu banyak isu yg dibincangkan tu..







Hari Selasa, aku tak ke mana. Cuma tumpukan pada kerja-kerja pejabat sahaja.

Hari Rabu, aku ajak adikku Faris temankan aku ke UIA. Sebenarnya kami pun ada kantin kat sana, kat Kolej Ameenah. Dah beroperasi selama 2 tahun. Tp utk semester baru ni, kami dh tarik diri sebab nak concentrate business kat KL dan catering shj.

Kemudian aku ajak Shikin (ibu solehin) bersama Solehin, adik Faris serta sepupuku Hafiz yg kebetulan dtg berkunjung ke KL ke KLCC tengok wayang... Solehin tengok wayang.. boleh ke .. tanya Shikin, nape pulak tak boleh ... boleh aje. Aku tau sure takde problem kalau bawak Solehin sekali sebab Solehin ni mmg baik sangat.

- dah tiba kat KLCC, tengah nak parking ni...

- sementara menunggu lif nak naik level 3, aku posing dulu....

- Solehin sibuk nak pegang poster besar tu...

- sebelum tayangan bermula, Solehin bersama ibunya...

So kami pun pun menonton TERMINATOR SALVATION. Memang kelakar betul layan Solehin ni. Bila wayang bermula, dia dh minta susu. So lepas minum susu dia tidur sekejap. Bila wayang dah half way, baru dia jaga.. pastu dia laparlah pulak. Tp mamanya cekap, dh tau babynya sure lapar nanti, so aku dh siap2 bekalkan bubur nasi utk dia. So lepas makan bubur.. barulah si Solehin ni kusyuk tengok wayang. Tapi tak lama ..setengah jam aje dia kusyuk lepas tu dia boring. Dia nak tengok wayang sambil berdiri pulak. Mamanya yg nilah yg pegang.. sebab ibunya tak larat nak pegang lama2 sebab Solehin ni semangat sangat, ibunya kata berat!!!... hehe. Aku pulak bila lenguh .. aku pas Solehin kat adik Faris pulak... hehe. Sekejap nanti dia lapar , bagi susu sekejap. Begitulah .. sampailah filem tu selesai. Tapi bagi aku okeylah.. sebab aku pernah tengok baby orang lain yg tak boleh duduk dlm panggung langsung, menangis terus... hingga parentnya terpaksa keluar dari panggung.

- Solehin bersama uncle Faris dan uncle Hafiz.. waktu keluar dari panggung...


Hari ini (Khamis), Tengahari tadi aku buat delivery kat Pejabat Jabatan Pelajaran Malaysia kat Jalan Duta. Oleh kerana driver kami baru masuk kerja tak sampai 1 minggu, aku pasti dia belum mahir pasal jalan lagi. Lagi pula ordernya kecil-kecilan aje, muatlah kalau nak masuk dlm keretaku. Bila petang aku perlu ke bank untuk ambil penyata, aku ajak Solehin sekali. Tapi seperti biasa adik Faris akan temani aku, jadi tak susahlah. Dalam perjalanan balik, kami singgah kat Car Wash, utk cuci keretaku. Solehin begitu asyik melihat semburan air sabun. Tapi lepas tu dia mengantuk, so aku tidurkan dia kat bahuku...



- bila parking aje kereta , terus dia terjaga, macam tau aje dh sampai kat rumah... hehe...


Esok pagi (Jumaat) mamaku, Adik Nor, Adik Nurul, Adik Fatin dan Adik Zul akan tiba dari Dungun menaiki bas. Abah memang dah ada kat sini, aku dh ajak abah time aku balik kampung tempohari. Maka lebih ramailah orang2 yg akan melayan si Solehin ni... wah seronoklah dia...
Dan makin meriahlah rumahku .. aku pun seronok jugak.... hehe...