Friday, July 16, 2010

JUN YANG PENUH MAKNA- JAKARTA-DAY 1

Kami tiba di Soekarno Hatta International Airport, Jakarta lebih kurang pukul 6 waktu tempatan. Bila k/terbang mendarat je, adik zul tak sabar2 nak keluar. Tp kami decide keluar last sekali, santai sikit.. hehe. Jadinya kami pun klik2lah dulu sebelum keluar tu..



Airportnya biasa2 aje, tidaklah secanggih KLIA yg mmg superb tu.. hehe. Tapi kat sini, ramailah pekerja2 yang menawarkan servis membawa bagasi kita hingga ke kereta / teksi.

Clearing imigresen ambik masa jugak. Jenuh beratur. Si ida ni apalagi.. takde kerja lain, klik2 ajelah kerjanya... hehe. Tengah beratur pun klik. Sampai kena sound ngan pegawai imigresen tu.. hahaha...




- masa nilah ida kena sound, pegawai tu perasan ida snap picture,
padahal tak guna flash pun.. ida buat donno aje.. hihihi...

- keluar je airport, kami relax2 dulu.. minum air.
(air mineral yg kami ambik sorang satu waktu dlm flight tadi.. hehe)

Daripada airport, kami terus ke tempat penginapan kami. Kali ni suamiku memilih Aston Rasuna yg terletak di daerah Kuningan. Tak taulah nak panggil hotel ke apartment. Nak kata hotel macam apartment, nak kata apartment, mcm hotel , apa2 ajelah yea.. hehe..

Perjalanan memakan masa hampir 2 jam, sebab jalannya macet (jam). Biasalah Jakarta ni, mmg terkenal dgn macetnya. Kami mmg tak pernah stay kat Aston Rasuna ni. Selalunya kami stay kat Hotel Novotel kat Mangga Dua. Tp tempat ni telah direkomen oleh kawan suami. Sangkaku apartment biasa2 aje. Rupanya telahanku salah. Ternyata apartmentnya bagus dan cantik. Lengkap dgn swimming pool dan gym. Cafe pun ada.




- menunggu utk check in



Jom kita intai apartmentnya.. hehe. Mempunyai 3 bilik. 1 master room. 2 lagi bilik dengan katil single. Kitchennya lengkap dengan dapur memasak, peti sejuk, microwave, cutleries, sinki, dining table. Ruang tamu pula mcm biasalah, ada sofa dan tv.

- mama di ruang tamu berlatarbelakangkan ruang dapur
- dari kiri bilik adik zul, tgh bilik mama dan nor. kanan bilik idalah.. hehe


- ruang dapur dan ruang tamu

- inilah bilik ida...


Dah letak semua beg kami dan selepas solat, kami keluar semula utk dinner. Suamiku tanya front desk aje, kat mana nak makan yg dekat2. Diorang bagi cadangan warung2 kat jalan Menteng yg berada tidak jauh dari apartment kami. Naik teksi dalam 15ooo Rp aje. Warungnya banyak jugak, ada dalam 10 - 15 warung. Kami pun pilih2lah kononnya nak duduk di warung mana. Agak terperanjat jugak kami, sebaik aje kami duduk, pelayan2 dari semua warung2 yg ada tu, semuanya datang mengerumuni kami, masing2 mempromosikan makanan masing2. Rasa ada dekat 20 orang. Berebut2. Hahaha... Rasa kelakar sangat masa ni. Masing2 nak menahan gelak. Last2 kami suruh diorang cakap sorang demi sorang. Yelah, mana tahu apa yang diorang jual kalau semuanya cakap serentak kan... dahlah nama makanannya ada yang tak pernah dengar..

- mama tak tahan nak gelak.. hahaha..

Selesai diorang bagitahu menu masing2, barulah kami buat pilihan nak makan apa..
Makanannya oklah. Boleh tahan jugaklah. Harganya tinggi sedikit jika dibandingkan dgn harga makanan di KL.

- kiri - sate padang. sebelahnya keropok kulit sapi (lembu)
kanan - adik zul dgn minuman es teler.. sedap jugak katanya..

- hidangan makan malam kami.. hehe..

- warung di jalan Menteng...


Selesai dinner, kami terus kembali ke apartment kami. zzzzzzzzzzzzzz. hehe....

sambung esok pulak yea....

Wednesday, July 14, 2010

JUN YANG PENUH MAKNA... (PART 2)

15 jun 2010

Actually, recent visit to Jakarta was not my first time. However, for mama, nor & adik zul, it was not only their first time going abroad but it was also their first time boarding a plane. First-time fliers, skali terbang terus gi obersi.

That's the fact which make me more exciting to spend the 5 days onward with them. Rasa seronok sangat dapat bawak diorang jalan2 oversea, biarpun hanya Jakarta, tp tetap kena fly jugakkan.. hehe. Some people will say.. apalah sangat pergi jakarta... lainlah kalau London ke.. but for me, its mean a lot. And I will promised myself that every moments will be captured.

Adik Zul especially was very excited and eager to begin the journey. All the way my home to KLIA, I can see his sparkling eyes. Actually our flight was scheduled at 4.00 pm, but suamiku nak diorang enjoy kat airport dulu. Jalan2, makan2, posing2 and so on. Jadinya pukul 1.00 tghari kami dah tiba kat airport. Selesai solat zohor, lebih kurang jam 1.45, kami dah check in. Then we took the aerotrain to the terminal before making our way to go to another airport which located Gate C2.

- sebelum naik aerotrain, posing dulu...

- dlm aerotrain posing lagi.. hehe..

- jalan2.. posing lagi..



And that day was also our 9th anniversary. So kami celebrate sekejap kat VIP lounge airport tu.. hehe (lupa plak nak klik2 time ni, excited sangat nak surprisekan suamiku). Hajat di hati nak belikan perfume Givenchy kegemarannya yg dh habis lama dulu. Tp sayangnya perfume tu dah discontinued. But I still bought him a new edition givenchy perfume. Hope he will loves it.

- beli perfume utk suamiku kat kedai ni, tanpa disedari olehnya... hehe

Suamiku mmg surprise sangat bila ida bagi gift tu. Dia tak sangka sangat, sebab dia tak prepare apa2 gift pun utk ida. Tapi takpe . ida tak kesah sangat.. sebab nanti kalau dia tanya nak gift apa.. bolehlah pilih sendiri nak apa kan.. hehe.. lagi best!

- sebelum boarding sempat lagi posing dulu ..

This time we choose KLM royal dutch airlines. Very cheap and very nice. The fares were about RM 307.00 per person - return ticket. But theirservices were so good. First, they will give you hot towel. Then they serve you meal. You can choose halal-muslim meal while buying the tickets online. So that day, we got fried mee with chicken, little bit of rojak and dessert. For the drinks you can choose anything they lined in the trolley. But for me, I picked tomato juice. Not a glass, but 2 glasses.. hehe.. while suamiku asked for a can of diet coke.

After a while, they will serve you coffee & tea. So 2 jam perjalanan mmg tak terasa langsung. Asik minum dan makan aje.... Tapi ida sempat jugak layan movie sekejap. Every passengers have personal screen fitted in front of them, so rugi kalau tak layan.. hehe.


- ini semua gambar yang adik zul snap waktu dlm flight..


okey, that's all for now. will be continued...

Sunday, July 4, 2010

JUN YG PENUH MAKNA... (part 1)

Banyak peristiwa penting terjadi dalam bulan Jun. Semuanya penuh makna dan bererti buatku.

1 jun 2010
Alhamdulillah, ida dpt kereta baru, suamiku trade in keretaku yang lama. Kira upgrade lah.. hehe. Rasa terharu sangat.
Disebabkan nak maintain no. plat sama, ida terpaksa berulang alik ke Seremban sampai 4 kali. Nak buat macamana, karenah org kerajaan ni, terpaksalah byk2 bersabar.

- solihin pun excited nak naik keter baru.
tengoklah bukan kita yg pimpin dia. dia pulak yg tarik tgn kita....



Tapi disebabkan ni jugak, ida dapat peluang bertemu buat pertama kali dengan teman blog, shelly. Seronoknya dapat bertemu dan bersembang dengan shelly, bagaikan teman baik yang terpisah bersua kembali.. hahaha.. mcm2 yg dibualkan. Walau pertemuannya singkat, tp cukup bermakna buat ida. Shelly belanja lunch di Secret Recipe, Senawang. Baik sgt Shelly, dia datang jemput ida dr JPJ dan hantar semula ke JPJ usai lunch. (shelly, selamat berkerjaya yea... suker bila teman2 berjaya dlm bidang yg diceburi... tahniah!)



5 dan 6 jun
ida dan suami terlibat sepenuhnya dengan program Jamiyah iaitu Sukan Interchallenge 2010 antara Jamiyah KL & Jamiyah Spore. Oleh kerana suamiku ketua AJK Makanan, jadi ida memberikan bantuan sepenuhnya. Kebetulan pula, pihak Jamiyah membuat tempahan drpd RSMY utk kesemua sesi makan sepanjang 2 hari berlangsungnya program tersebut.


- jersey oren - kontinjen KL. jersey hijau - kontinjen Spore

Keputusan penuh. Bola sepak, bola jaring dan badminton dimenangi oleh Jamiyah KL. Manakala bowling pula dijuarai oleh Jamiyah Spore. Maka Jamiyah KL lah yg dapat bawak balik piala pusingan.

Malam Ahad tu pulak, ada fan Wana iaitu Samad telah menempah untuk mengadakan sambutan besday Wana My Star LG di RSMY. Jadi ida sempat jugaklah bertemu dan tumpang sekaki kat majlis diorang tu.

Kebetulan, malam tu jugak famili dari dungun tiba. Jadi sempatlah jugak mama dan adik2 bertemu dengan artis Wana tu. Wana ni peramah dan sporting sangat. Walaupun baru pertama kali bersua, Wana melayan kami sekeluarga seperti dah lama kenal.








7, 8 , 9, 10, 11 jun
Ida dibantu oleh mama, adik nor dan ikin (ibu solihin). Kami pulun buat bunga telur. Ingat tak pada entri lepas, ida ada minta pendapat teman2 semua. Jadi 5 hari yg ada tu, kami pulun buat bunga telur siang dan malam. Nak buat 200 batang aje, tp sebab sebelum ni mmg ida bz, tak sempat buat, terpaksalah minta tolong mama dan adik2.. hehe. sib baik diorang ada .. kalau tak mmg tak siaplah bunga telur tu.. hehe.


- 100 batang guna bunga dip.
- 100 batang lagi guna bunga organza.. (terpaksalah sebab masa suntuk.. hehe)


11 Jun
Dalam sibuk2 buat bunga telur, terpaksa pulak ida ke airport. Menguruskan pengambilan Tukang Masak yg baru tiba dari Pakistan. Seorang aje. Tp prosedurnya tetap sama. Kali ni ida bawak solihin, ibu solihin dan adik zul utk temankan ida. Sementara ida masuk ke dalam berurusan dgn pihak imigresen, solihin main2 dan makan2 kat kfc yg ada kapalterbang dummy tu.


12 hb jun
Kali ni ida angkut mama dan adik2 ke dewan. Tolong ida siapkan dewan utk majlis resepsi esoknya. Sebenarnya catering crew pun ada sekali membantu. Diorang tolong siapkan meja tetamu dan buffet line. Ida n d geng pulak siapkan gubahan bunga utk tiang2 dan untuk meja pengantin yg berada di atas stage. Alhamdulillah, dalam pukul 3.00 pagi semuanya dah tip top. (datang pun lambat sebenarnya.. dlm pukul 10 lebih..)







13hb jun
Majlis resepsi berjalan lancar. Sebenarnya ini adalah majlis resepsi anak lelaki ida tau. hehe. dah dapat menantu pun ida. Menantunya orang kajang. Caterernya siapa lagi kalau bukan RSMY... hehe.



- anak ida ni inspektor polis. sebab tulah ada upacara chenggitu.. hehe..

- ini majlis di rumah pengantin perempuan di kajang


15 jun - 19 jun
ida, suami, mama, adik nor dan adik zul bercuti di Jakarta. Kesah di Jakarta ida masukkan kat entri seterusnyalah yea. dah panjang dah entri ni.. bye2....

posted on 9 jul 2010. 3.30 pm.