Monday, March 29, 2010

CUTI SEKOLAH YG TELAH BERLALU...

Cuti sekolah baru berlalu. Kuingin berkongsi kegembiraan kami sekeluarga menghabiskan masa bersama2. Macam tulah, bila famili dh ada kat sini, sibuklah nak ke sana ke sini. Hehe...

Mama dan adik2 telah tiba dari kampung pada petang Sabtu, 13 Mac 2010. Mama memandu bergilir2 dengan adikku, Nor. Bila tiba kat Tol Gombak, kami pergi ambil diorang sebab mama confuse sikit jalan nak masuk KL ni. Elok je nak keluar rumah pergi ambil mama, Solehin n famili pulak tiba dari TM. Memang teruja habis. Full house again!

So agenda pertama kami ke Uptown. Tunggu Hadi dan Kerol balik dr restoran dulu. Dlm pukul 2.00 pagi baru ke sana, konvoi 3 kereta.. hehe. Keretaku, kereta Shah dan kereta Mama. Seronok sungguh kami. Tp bila dh sampai sana, tak larat nak konvoi dah. Masing2 main jalan je. Bila dh selesai tawaf, elok je bertemu semula..

- aksi si kecik ni sementara menanti kami keluar jalan2...

- ada aje yang ketinggalan kat belakang tu...


- mama n shikin berkenan ngan comforter ni.
satu set dgn cadar dan sarung bantal cuma RM 35.00 shj.

- diriku mcm biasalah, nampak je yg berwarna pink, sibuk je nak usha2.. hehe


- faris n iwan.. tak taulah tgh cari apa ntah...

- jom balik.....


Hari Ahad, menu wajib Nasi Ayam Mama. Memang puashati. 5 ekor ayam habis utk 2 kali sesi (lunch n dinner). Staf2 pun dapat merasa sekali. Suamiku juga menjemput kawan sekolah rendahnya bersama isteri utk sama2 makan tengahari di rumahku. Adik Shikin (ibu solehin), Shida juga turut datang bersama kawannya, nak menziarahi Solehin pun dpt merasa sekali nasi ayam mama.

Tapi sementara mama dan anak2 dara bertungkus lumus menyiapkan nasi ayam, kami bawak Solehin ke swimming pool dulu.

- mula2 cuma diriku, nurul n solehin. tapi sebab solehin ni takut2, ku call adik2ku, kaum lelaki turun sama biar meriah sikit.. hehe..

- bila dh ramai, barulah solehin ok. alamak pic ni ramai sgtlah yg tayang dada wei... ampun!



- macam2 aksi!

- main lawan percik air... hahaha.. tak dpt bukak mata dah...

- abah pun turun jugak, ambil angin...

- elok je habis berenang, nasi ayam pun siap! so apalagi.. jamu seleralah pulak...

Malamnya semua pakat tolong kat restoran. Solehin pun ikut sekali. Tapi Solehin nak balik dah lepas tu sebab abahnya kerja keesokannya. Faris dan Iwan pun balik sekali. Maka esok, kuranglah kemeriahan kami sebab separuh dah balik.

- Nor tolong potong Naan...



- Adik Zul tolong jadi cashier...

- solehin tolong apa yea... tolong meriahkan restoran kot!


Hari Isnin, tak dapat ke mana2, sebab ada catering. Minta tolong mama siapkan gulai nasi kukus serta rempah ratus utk ayam goreng berempah.

Hari Selasa, perlu bertugas di restoran spt biasa. Tapi mama dan adik2 semuanya nak ikut membantu di restoran. So kuangkutlah semuanya. Selesai di restoran, ku selesaikan tugas2 luar pulak. Lepas tu ku bawak diorang semua ke KLCC. Tujuan utama nak ambil camera Sony yg tlh siap diservis. Sambil bawak mama dan adik2 ronda2 dan makan2. Memang santai habis.



diriku di celah2 bunga.. hehe..

- pinky bear ni lagi besar dari Nor... hahaha

- kat kedai nilah kami beli button2 utk kasut crocs kami.. hehe.. murah! RM 10.00 for 10 pcs.


- tgh ronda2 tu, tetiba terserempak pulak dgn artis Rebecca Nur Islam,
so apalagi.. camera mmg dh ada kat tangan, minta izin ajelah..
soronok mama dan adik2 dpt pengalaman bergambar dgn artis! hehe...

Selesai makan di McD, kami pun nak baliklah. Nak ke concourse, turun kot eskalator. Kami singgah kat tempat air pancut sekejap. Sajalah tunjuk ngan mama, betapa ramainya umat manusia yg ada kat sana waktu tu.. dan kami pun ikut klik2lah..


- dh tiba dh kat C level. saje je ku klik pic ni sebab ada warna pink.. hehe..

Hari Rabu.... tunggu!!!

Thursday, March 25, 2010

RANTING CINTA SI IDASM? HEHE....



Semalam (24hb) , dalam pukul 3.00 lebih, suamiku dtg ambilku di restoran. Katanya nak ke Sungai Buloh. Tukang masak kami, Cacha Latif pun ikut sekali. Aku pulak bila dh duduk kat belakang. teruslah zzzz, sedar2 dah ada kat kedai pasu dan pokok2.

Dan aku sempatlah membeli sebuah pasu untuk dijadikan hiasan dlm rumah.. hehe. Sempat jugak memilih ranting2 sekali. Waktu tengah pilih ranting ni, teringat terus kat Novel Ranting Cinta Si Plato. Kebetulan baru mula baca novel tu. Menarik ceritanya. Buatku terus diterpa keinginan utk mengetahui kisah selanjutnya antara Sofea dan Muaz.

- ini rupa pasu yang kubeli di sungai buloh (RM 17.00)


- ini pula ranting cintaku.. oops, ranting pokoklah, yg telah kupilih..
(RM 5.00) shj.


- inilah hasilnya setelah disiapkan olehku. amacam cantik tak.. hehe..


Hari ini (26hb), Jumaat, tepat pukul 11.00 mlm, alhamdulillah, novel Ranting Cinta Si Plato telah selamat kukhatamkan. Begitu banyak rencah kehidupan di dalamnya. Begitu banyak kematian yang perlu dihadapi. Kisah Sofea dan suaminya Alfian. Kisah Alfian yang begitu byk rahsianya. Begitu juga dengan kisah Muaz dgn pencarian ranting impiannya. Juga tak dpt nak dibayangkan kisah keluarga harmoni Sofea dan Mami Kwan. Meniti kehidupan mereka, ada suka dan duka, membuat kita tak sabar nak tiba ke mukasurat terakhirnya.



Tahniah kak NB atas karya yang sentiasa best!!!! hehe.






- ini kali kedua kunjungan ku ke booth NB Kara.

Kak Yati sayang,

SELAMAT HARI LAHIR.

SEMOGA SENTIASA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
IDA DOAKAN AKAK SENTIASA CEMERLANG DLM KERJAYA AKAK
DAN SEMOGA KEBAHAGIAAN SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN HIDUPMU
DI SAMPING FAMILI TERCINTA.


Monday, March 22, 2010

JOM KE PESTA BUKU ....



Jom semua ke Pesta Buku 2010 yang sedang berlangsung di PWTC sehingga 28 Mac ini. Diriku jugak berpeluang ke sana pada hari Sabtu lepas. Mama dan adik2 dah bertolak ke Dungun, yg tinggal cuma Solehin dan ibunya. So kami pergi bertiga sahaja.

Hajat di hati cuma satu. Booth NB Kara. Dan alhamdulillah tercapai hasrat hati. Sebenarnya hari Jumaat dh ke sana, satu kereta penuh rombongan cik Ida ni. Tp sayang, parking kat PWTC dh penuh. Hari pulak hujan, jd tak naklah membasahkan si kecil Solehin. So kami patah balik.


Booth NB Kara walaupun berada agak jauh tahun ini (di dewan 2 - seberang sungai), tp lokasinya senang sahaja untuk dicari sebab bunting NB Kara sedia menanti anda semua di setiap penjuru.

- tima kasih kak! separuh tupperware kami makan jemput2 akak tu, sedap!!!

Seronok dapat melepas rindu dgn Kak NB, walau tak dapat sembang sakan sebab Kak Yati sentiasa dikerumuni peminat2nya dan sibuk menandatangi novel2 yang dibeli, tp dpt jugaklah bertanya khabar dan bercerita sikit2.. hehe. Kali ini dapat jugak berkenalan dgn penulis baru NB Kara, akak Kusyi Hirdan dgn novel sulungnya Galau di Hati Seri, serta tak lepas peluang beramah mesra dgn penulis muda berbakat besar Anuar Kamaruddin.




- seronoknya dapat bergambar dgn penulis muda ni
(tima kasih ye sudi bergambar dgn saya ye.. muahaha...)
(sib baik nuar tak pakai kemeja kotak2 kali ni.. hehe)

Diriku juga sempat bertemu dgn Kak Liza yang datang jauh dari Sarawak semata2 untuk menghadiri Pesta Buku tahun ini. Tak sangka pulak dapat hadiah dr Kak Liza (terima kasih byk2 kak, cantik sgt hadiah tu, ida suka)

- bersama kak liza. 3 kali nuar tolong snap pic ngan kak liza ni..

Si kecil Solehin mulanya agak kaku kat booth ni, tapi lepas dijamu dgn jemput2 (ayat org ganukite) Kak NB, terus si solehin tu ceria aje.. Solehin ni memang suka makan, sebijik macam mamanya ni.. hehe.

- sedapnya jemput2 Auntie NB ni tau!

Teta dh posing cantik! Solehin pulak, penuh mulutnya dgn jemput2!


Sempat jugak bersua dgn Qaisara yang comel lote. Geram betul tengok rambutnya yg halus mulus bak tuan punya badan. Bagus Qaisara ni. Dia masih kenal dgn Auntie Ida ni. Bila saja terpandang, terus saja datang salam dgnku.

-candid!

Dan Kak Sue (editor NB Kara) pulak tak habis2 menyebut pasal hutang novelnya dgnku. Dia lega sebab hutangnya dh langsai. Padahal diriku tak kesah pun.. (Relaxlah Kak Sue.. Ida ok aje).



Lebih kurang sejam setengah melepak di booth NB Kara, kami pun minta dirilah. Diriku memang tak berminat langsung nak ronda2 kat booth lain, sebab terlalu crowded.

So kepada peminat kak NB, jgnlah lepaskan peluang utk mendapatkan novel2 terbaru terbitan NB Kara. Ada diskaun tau! Beli 2 buah novel percuma sebatang pen. Paper bag hijau pun ada!



SELAMAT MEMBORONG DAN SELAMAT MEMBACA YEA!!!

jumpa lagi!!!!!

Tuesday, March 16, 2010

TAK HABIS LAGI KESAH MELAKA NI... HEHE..


Apalah tuanpunya hati ni, satu entri nak update punyalah lama.. org lain dh dapat 4, 5 entri, yg dia ni punya 1 entri dok tang tu jugak... hehe... mengomel sendiri, mewakili kawan2.. Nak buat macamana , 1 masa mcm2 nak buat. kesah Melaka belum habis, sekarang mama dan adik2 pun dh tiba dr Dungun (cuti sekolah telah bermula kan!). Tapi kali ni sekadar jalan2 yg dekat2 aje.

Hari Sabtu yg baru berlalu, diriku dan suami singgah kat restoran sekejap. Tak sangka pulak bertemu dgn Nuar Penulis dan anak sedaranya Jim Penyanyi... hehe. Diorang ni dh selalu sgt jadi customer kami. Terima kasih ye. Tapi minta maaf byk2 sebab tak dapat nak sembang lama2 mcm biasa. Kebetulan pula ramai customer waktu tu.

- mcm biasa, seluar kotak2 faveret si Jim dan
baju kotak2 pulak feveret si Nuar ni... hehe.. jgn marah yea...


Okey, nak sambung sikit kesah Melaka ni.. hehe. Rasanya tak perlu taip panjang2lah yea.

Hari ke 3, kami sempat ke Taman Buaya. Pertama kali diriku melawat taman buaya ni waktu diriku form 5. Waktu tu boleh dikira dgn jari kuantiti buaya yg ada. Tapi sekarang dah lebih dari 100 ekor buaya ada kat sana. Kebetulan waktu kami tiba, diorang ada buat show. So kami sekeluarga sempatlah menyaksikan diorang mencium buaya dan memasukkan duit ke dalam mulut buaya menggunakan mulut.











Kami juga sempat ke Mahkota Parade. Shopping sikit aje, jalan2 aje yg lebih.. hehe. Kebetulan hari tu adalah crismas eve, jadi boleh tahan ramai pengunjungnya.





- 2 orang teruna ni.. sempat aje melencong ke sini sekejap,
tak sedar pulak bila masa diorang ke sini.

- yg ni pulak masa kiorang pergi breakfast hari terakhir kami di Melaka. Solehin setiap hari ikut kitorang.. hehe.
- macam biasa selesai breakfast, klik2 lah sikit...




Kami bertolak balik ke KL lebih kurang pukul 11 malam. Hatiku merasa puas sekali kerana dapat membawa seluruh adik beradikku termasuk si kecil Solehin bercuti bersama2. Bukan senang, selalunya ada aje yg tak dapat join atas sebab2 tertentu. Alhamdulillah.. syukur padamu Ilahi kerana memberikan nikmat yang tidak terhingga buat kami sekeluarga yg kerdil ini..