Saturday, July 11, 2009

CATATAN HARI KELIMA..

26 Jun 2009

Hari ini kami telah bercadang untuk ke Ocean Park, Eberdeen. Kali ini kami keluar dari bilik hotel agak awal drpd kebiasaan. Kami juga telah bercadang untuk brunch kat McD di Admiral. (kalau kat Msia, aku takdelah nak pandang Filet O Fish ni, yg kutahu.. ayam pedas, ayam pedas .. nasib le)

Drpd McD tadi, kami cuma perlu jalan kaki sikit aje utk ke hentian bas. Aku teruja jugak bila berpeluang naik bas 2 tingkat ni, sebab belum pernah lagi...

Dalam bas, kami berkenalan dgn seorang pemuda dari China, namanya David. Dia dtg dr Xin Jing bercuti di HK seorang diri. Perjalanan memakan masa setengah jam sahaja. Aku memang tak sabar utk bertukar menjadi kanak2 riang. .. hahahaha...




David beria-ia mengajak kami mengikutnya membeli tiket drpd kenalannya yg bekerja di Ocean Park (dpt diskaun 25%). Mulanya kami menolak tp kerana kesungguhannya, suamiku tak sampai hati utk tidak mengendahkannya. At last, kami pun ikut serta.



Hari pulak hujan lebat. Selepas beli tiket, kami mmg tak dapat ke mana2 sebab hujan terlalu lebat. Selepas menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya hujan beransur reda. Tapi kami telah dimaklumkan bahawa byk out door game yg terpaksa dihentikan sementara berikutan cuaca yg tidak mengizinkan. Dapatlah kami mulakan eksplorasi kami di Ocean Park.

- suamiku bersama David. Yang baju biru tu kawan David, yg bekerja di taman itu.


Mula2 kami masuk ke Giant Panda Habitat utk melihat Panda.


Kemudian kami masuk pula ke Panda Adventure.

- bapak panda ni baru lepas makan, terus mengularlah jawabnya...

- panda firefox

- yg ni pulak tukang tengok panda... hehe.. suka sgt aksi sorok2.. cover linelah tu...


Selepas itu kami melihat beberapa binatang lain seperti buaya, giant salamander dan lain2.



Kemudian kami masuk pula ke Golfish Treasures utk melihat pelbagai jenis ikan mas.



David mahu mencuba nasib menjaringkan bola keranjang sebanyak mungkin dlm masa 1 minit. Terer jugak dia sebab berjaya dptkan hadiah. Dan aku bukan main happy lagi sebab hadiah yg dimenangi telah dihadiahkan pula kepadaku.. yiiiha!


Selesai di sini kami beratur pula utk menaiki kereta kabel yg akan membawa kami ke fasa kedua yg berada di bukit bersebelahan. Aku sangat kagum dgn sistem dan jumlah kereta kabel di sini. Punyalah banyak. Rasanya jumlah kereta kabel yg ada melebihi angka seratus... mmg kagum!


- walaupun ramai giler yg beratur, tp kejap aje sebab kereta kabel byk giler..










Bila dah tiba kat sini, suami ajak singgah kat Bayview Restaurant kerana bimbang David lapar. Oleh kerana aku dh bekal kari dagging Brahim's, jd aku cuma perlu beli nasi putih shj. Suamiku pula dh beli Fillet O fish sebagai bekalan tadi. Aku kalau dpt makan nasi, mmg suka sgtlah.. hehe..


Pengunjung begitu ramai sekali. Semua game perlu beratur panjang. Memanglah rimas dan bosan bila kena tunggu lama. Tapi tulah, tak main rasa rugi pulak. so aku pun ikutlah beratur sama.. hehe. Suamiku cuma setuju utk naik ferrris wheel shj. Yang lain semua dia tak nak.

-buaian pusing ni tak best mana sebab rendah aje, best lagi yg kat Genting tu ...



- waktu menaiki ferris wheel..

- yg ni pulak lebih tinggi dr yg kat Genting. Jgn harap aku naik yg ni.. gayat!


Bila shj turun dr Ferris Wheel tu semua out door game dihentikan operasinya utk hari itu kerana diorang mendapat isyarat ribut typhoon. Rasa frust jugaklah sebab masa hari masih awal, baru pukul 4.00 petang sedangkan taman ini ditutup pada jam 6.00 petang.

Jadi kami pun masuklah ke Atol Reef, lebih kurang macam under water world yg kat Langkawi tulah. Tapi ikan2 yg ada semuanya bergerak laju, jadi gambar kurang memuaskanlah..







Selesai di situ kami masuk pula ke pameran Sea Jelly ... mmg banyak betul sea jelly ...
Aku ambil kesempatan utk rakamkan pergerakan sea jelly ni sebab seronok tengok.. hehe.. so u all pun tengoklah sekali yea...






Sebelum keluar dari Ocean Park, aku teringin pulak mencuba nasib menjaringkan bola keranjang. Bukan apa, teringat zaman sekolah dulu2 main netball, kira skill lama lah ni.. hehe.
Kata suamiku.. kira boleh tahan jugaklah ida yea.. hehe.. aku berjaya jugak bawak balik hadiah... seronoknya dpt dua patung lembut.. boleh buat ole2 ni..

- inilah hadiahnya. Yang warna oren, hasil jaringanku. Yg warna purple tu, hadiah drpd David.


Sewaktu berjalan menuruni eskalator menuju ke pintu keluar, suamiku bersungut kurang berpuashati sebab byk game dihentikan. Dahlah tiketnya HK 208 seorang pd harga biasa. Katanya Genting lagi bagus, lagi banyak game.. (padahal kalau game tidak dihentikan, suamiku bukannya nak main pun).

Mungkin betul kata suamiku... mungkin jugak sebab kita dah biasa dgn Genting tu.. so kita rasa lebih selesa kat situ. Apa2 pun.. kalau tak masuk tak tahu.. dah sampai jauh2 ni, eloklah pergi semua.. sebab nak dtg lagi ke HK ni lain kali, belum tentu... hehe



............... bersambung.................

10 comments:

Leeza said...

salam ida,
masa tengok gambar u dengan pokok2 buluh tu i senyum sebab i gosok mata banyak kali bimbang kalau2 i salah tengok tak tahu beza u dgn panda...keh3. kan panda suka buluh. whatever semuanya cantik......tumpang gembira sebab wajah u happy....

idasm said...

hahaha.. pandai kak leeza buat lawak yea.. mmg panda suka buluh, panda yg ada besar giler tp dia tidur. gambarnya nampak sebelah bdnnya shj...
tima kasih kak, ida mmg sentiasa happy dan ceria..

arieda salsabella said...

comelnya..rasa cam nak peluk2 je panda tu...huhuuh..
xpuas baca pengalaman kak ida ni sepanjang kat HK..seronok tgk tempat org,kan..gambar2 pun cantik termasuk orgnya skali..heheh..senyum sokmo..

idasm said...

arieda.. panda tu semua dlm cermin, tak leh pegang pun..
mmg seronok tengok tempat org ni..
ida kalau nak pergi ikut pakejlah.. dgr cerita pakej jimat sgt....hehe.
nanti gambar2 kat disneyland mesti tak larat ida tgk.. banyak giler... semua tempat cantik.. geram aje!

zara said...

Idasm,
cantik panda tu... kamu memang pandai snap gambar la... (eh! kamu ke yg snap) hehehe jangan mare gurau aja...

Dida... said...

Salam Kak Ida..

Waa.. penuh warna-warni... mesti percutian yg riang ria dan seronok sekali... agak2 bila la saya nak sampai dkt HK? entah boleh ke tak... sbb hubby saya ni tak berani amik risiko mengambara di negara orang... ni pun di arab ni sbb bekerja... kalau tak.. tak sampai jugak kat sini... kecuali kalau ke Mekah or Madinah..

idasm said...

kak zara... haha... nampaknya kena add jugaklah pix panda lagi satu.. ramai yg confius ni... hehhehe...

dida... akak ni mmg suka eksplorasi. tu kat hk tu.. boleh berangan bagai dlm amazing race gitu.. hehehe. mula2 mungkin hubby dida kurang berani.. nanti lama2 mungkin hubby dida boleh kot..
rugi kalau x tgk dunia kan..

Anonymous said...

hai akk... br org bole masok tau hai susah jugak sbb slalu error je

wah akak pandai cover line yer mcm kat tugu negara tuh hehe tp kali ni kat sebalik buluh2

terror sey akk! dpt patung lagi besar dari yg david kasi tuh hehe

idasm said...

o ye ke lena... patutlah lama x muncul kat blog akak ni..
.. hehe.. cover line tu mesti lena.. konon nak nampak kurus sikit.. padahal..kihkihkih...

Nur Athira Izzaty said...

Comel panda kt stu...
Cm k.ida pun de jgak...hehehe...sme2 comel..jgan mrah...