Saturday, October 31, 2009

MAJLIS MAKAN-MAKAN AJE....

Terasa lama sungguh ku tak update blog hati ni. Rasanya hampir dua minggu. Kesibukan yg melanda kadang2 membataskan masa yg ada. Masalah laptop yg suka hang juga menjadi penyebabnya. Kata Kak Yati, beli aje yg baru... hehe... InsyaAllah kak, ada rezeki, dptlah yg baru. Tp laptop ni pun pelik jugak, bila masalah hang nya makin menjadi2, aku beritahu suamiku, esok nak hantar pergi reformat. Terus hari ni baik pulak dia. Tak meragam langsung. So dapatlah ku update blog ni hari ni.. pelikkan... hehe.


Minggu lepas pada 24hb Oktober, aku telah mengadakan majlis makan2 aje... di restoran medan tuanku. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kawan2 pun ramai yg datang. Majlis di siang hari mmg khas utk kawan-kawanku sahaja. Manakala majlis pada waktu malam pula jemputan terdiri daripada kawan2 dan kenalan suamiku.

- Kak Adib, antara tetamu terawal.. gambar sebelah kanan, anak2 Kak Adib...

Menu wajib kami semestinyalah Nasi Beriani Bukhari. Berlaukkan ayam goreng masala, kambing kurma lada hitam, daging rendang timur tengah. Dalca dan acar. Semua tu, tukang masak kamilah yg memasaknya. Nasi himpit dan lemang pun ada jugak sikit. Aku cuma masak kuah laksa utara aje. Pencuci mulutnya kuih bakar dan kuih creampuff serta buah-buahan. Teh tarik dan minuman sirap tropika sebagai pelengkap hidangan.

Geng Sejiwa ku (sek men) , Nurul pun hadir sama. Sayang Nor tak dapat hadir kerana tugas di sekolah. Sebenarnya Nurul dan Nor pun sama2 belajar drpd sek men sampai U. Teman2 di universiti dulu pun ramai yg hadir. Seronok dpt bersua selepas beberapa tahun berlalu. Teman sama sekolah rendah pun ada.

- Nurul dan 2 orang heronya... Anas dan Alif..


- Ain bersama familinya. Satu kelas dengan Ain ni waktu matrikulasi, kelas 19.

- Kak Zana bersama putera dan puterinya. Dulu masa kat kolej Pernas, bilik Kak Zana di depan bilikku. So aku selalu lepak2 kat biliknya. Memang kamceng sampai kini....


- Zuridah (ex-uum) bersama keluarganya...


Yg ni pula Yani, kawan satu sekolah rendah... SK Gong Kapas.

Ella dan Ina pernah jadi roommate masa matrikulasi.
sayang kedua2nya datang pd waktu yg berbeza, jd diorang ni tak sempat bersualah...

- Nani yg merupakan best friendku dr u hingga kini..
masih berkongsi rahsia, jua suka dan duka...

- Zorina (ex-uum), dh 3 org puterinya...

- Ujie dan famili. Yg ni pun teman sek men. - Sheikh Abdul Malek School (SHAMS)


Teman2 dari SitiZone juga ada. Tp ramai jugak yg tak dapat hadir di saat akhir. Nurul, anaknya Amsyar mengalami CB hingga masuk wad. Kesian kat Nurul. Ku jua menjemput Siti dan Kak Zyee. Tp menurut Kak Zyee, diorang ada show di Kuantan bersama Sultan Pahang.
- SZ ... Ikram Muzammil bersama kawannya. Kak Ctaini dan Tini.

- Adik2 SZ .. Fizz, Farid, Azwan, Samad, Ctea Fairuz dan Miela

- Kak Lon bersama familinya. Emi .. SZ .. perkenalan dan pertemuan pertama..

Sebenarnya terkilan jugak sebab aku tak dapat menghadiri majlis ramah mesra Kak Yati (NB) yg juga diadakan pada hari ini. Pertembungan tarikh dan masa. Apakan daya, sudah suratannya. Seronok melihat kemeriahan majlis Kak Yati di blognya.

- inilah tetamu terakhirku... Suhaini Muda .. kawan sek. men.

So layanlah klik2 ku sepanjang majlis makan2 aje ni. Cameramannya, mcm biasalah .. adik Faris.

- Adik Faris bersama kawan sekolahnya dr TM...


Terima kasih banyak2 pada teman2 yg telah hadir memeriahkan majlis yg tak seberapa ini. Insyaallah lain kali dpt kita bersua lagi. Pada teman2 yg tak dapat hadir, tp masih menitipkan pesan, terima kasih jua, insyaallah kita akan berjumpa di lain hari . TERIMA KASIH PADA SEMUA....

Tuesday, October 20, 2009

KUNJUNGAN FAMILI.....

Entri kali ini ringkas sahaja, melencong sikit, ... yealah asyik entri pasal catering n makanan aje.. sure u all bosan jugakkan.

Hujung minggu yg baru berlalu ni dilalui dgn meriah sekali olehku kerana secara tiba2 mama dan adik2 tiba dari Dungun. Walaupun diorang datang 2 hari aje, tp cukup utk membuatkan hatiku berbunga riang. Kemudian, bila malam pula Solehin n famili pulak tiba. Apalagi riuh rendahlah rumahku. Macam2 aksi dan karenah.

Adikku Hadi kali ni pun puashati dapat main2 dgn Solehin sepuasnya sebab dia cuti 2 hari. Rajin dia tolong tukar lampin Solehin. Sebelum ni mmg dia selalu x dpt main sebab waktu Hadi pergi kerja, Solehin belum bangun. Bila Hadi habis kerja pulak, Solehin pulak dh tido.

- Hadi dan Solehin

- sewaktu balik dr hantar mama dan adik2 naik bas pulang ke Dungun.


Solehin makin bijak sekarang. Dia pulak mmg baik, langsung tak meragam. Boleh duduk main2 kat atas katilku berjam2 disebelahku yg tengah menonton TV.

Hari Jumaat petang, diorang tiba. Hari Sabtu petang, adikku Nurul mengajakku ke Sogo. Aku pun kebetulan nak cari handbag. Handbag Fila yg kubeli kat HK dulu dah rosak. Jahitannya ada yg terbuka dah. Solehin dan ibunya jugak kuajak sekali. Kebetulan Shikin pun nak mencari kasut baru utk ke kelas. Seronok sungguh Solehin dapat jalan2.
Nurul pulak sejak masuk belajar kat UPSI, inilah pertama kali bertandang ke rumahku. Sibuk katanya, byk assignment.



Masa aku sibuk mencari handbag, Solehin dijaga oleh Nurul. Punyalah lama aku mencari.. sampai Solehin tertidur atas dukung Nurul (stroller tak dibawa dari TM). Aku pulak mmg macam tu, kalau nak beli handbag, memang tawaf sampai 2 kali. Sebab pilihan hatiku sukakan yg simple. tp yg ada byk yg terlalu fancy n chicky.

Kemudian, bila Nurul dan Shikin pulak memilih kasut, aku pulaklah yg layan Solehin, sambil layan klik2... hehe...

- gambar ni klik guna self-timer, tp Solehin tu mmg tau posing, dia cool aje tunggu flash nyala....


- ibunya sibuk memilih, dia pun sibuk jugak... hehe...



Hari Ahad, aku perlu buat delivery catering ke Pantai Dalam. Aku ajak adikku Faris dan Abah sekali. Lepas tu , kami ke Bandar Baru Bangi utk mengambil semula periuk2 dan bekas2 yg telah kami hantar semalam. Dalam perjalanan balik ke KL, aku berhenti sekejap kat Istana Negara, saja bagi peluang Abah melawat dan ambil gambar. Seronok Abah dapat lawat Istana Negara.

- Abah dan Faris....

- inilah rupa handbag baru ku... simple n nice kan. Dh boring dgn handbag hitam / brown. Kali ni mencuba kelainan...light pink... amacam ok tak?


- tengok gayanya mcm nak ikut jejak ayahnya aje... pandai baiki kereta...

- mcm iye2 aje membaca...



- tengok gigi Solehin, dah berderet dah...


- aku dan adikku Nor.... amacam sama tak?... hehe...

Saturday, October 10, 2009

AKTIVITI SEPANJANG SYAWAL...

ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA RAHMAT DAN REZEKIMU... YA ILAHI...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga begitu, kami mendapat tempahan catering utk open house atau jamuan raya begitu banyak sekali. Bukan niatku untuk menunjuk2 / riak, cuma sekadar berkongsi kegembiraan dan kepuasan atas rezeki yg dilimpahkan...

Bermula pada hari Sabtu, 26 September, kami mendapat 3 tempahan utk delivery sahaja.
Pertama di PJ, pelanggan kali pertama. Kedua, Ajue, teman sejak dari sekolah rendah hingga U. Ajue telah mengadakan jamuan raya kecik2 aje kat rumahnya di Shah Alam. Dan ketiga, regular customer kat Bangsar.


- di rumah Ajue...

Manakala keesokan harinya, 27 Sep 2009, kami mendapat tempahan open house from our regular customer. Menunya pelbagai jugaklah. Nasi beriani al-bukhari, ayam masala, dalcha, acar, char kuey teow - goreng di lokasi, sate, roti jala, abc, sirap tropika dan teh tarik. semuanya utk 200 orang. Char kue teaw mendapat sambutan hangat sekali, dan aku heppi!.. hehe..



Minggu depannya pada 3 Oct 2009, kami mendapat 2 tempahan drpd pelanggan berlainan. Satu di Tropicana Indah sebanyak 700 pax, nasi beriani albukhari ayam dan kambing beserta teh tarik.

- kat tropicana ...


Manakala satu lagi di PJ sebanyak 200 pax. Yg ni menunya juga menarik. Nasi beriani albukhari, ayam masala, dalcha, acar, kambing panggang 2 ekor, laksa utara, sate, nasi himpit kuah kacang, abc, sirap tropika dan teh tarik. Oleh kerana 2 tempahan, aku dan suamiku ke hulu dan ke hilir, sekejap ke Tropicana, sekejap ke PJ, sehinggalah semuanya selesai pd hari itu.


- setting dah siap, sementara menunggu tetamu tiba, tuanrumah izinkan kami petik buah rambutan yg masak ranum di pohonnya...

- testing abc... sebelum tetamu tiba, caterer kena rasa dulu... hehe...

- pelakon rozi rashid ni salah seorang tetamu yg hadir, aku sebenarnya nak ambik pic dia sorang aje, tp dia pulak pelawa nak bergambar berdua... layan ajelah... hehe..

- laksa utara... hasil masakan ku........



Minggu ni pula, kami mendapat tawaran menganjurkan event raya utk Jakim juga. Jadi minggu ni beberapa hari kami ulang alik ke Putrajaya utk meeting dan lawatan tapak event.

Hari ni, 9 Oct 2009, kami selesai satu catering di Bangunan Getah Asli utk 400 pax. Inilah tempahan yg mengandungi senarai menu yg agak panjang. Nasi beriani albukhari, ayam masala, dalca tulang kambing, acar. sate ayam / daging. lemang , rendang ayam, rendang daging, roti jala, kuah kari ayam, nasi himpit kuah kacang, kambing panggang 3 ekor, laksa utara, abc, sirap tropika dan teh tarik. Waktu makannya 1.30 - 6.30 ptg. Tahun ni merupakan tahun ke-3 , syarikat ni order dari kami utk open house raya diorang. Dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua happy. Berbaloilah aku dan adikku Hadi berjaga malam menyiat 20 kg isi ikan utk dibuat kuah laksa sebab ramai yg puji sedap! habis semuanya.. hehe.





- yg ni pulak, tuanpunya hati takde kerja, sementara menanti.... hehe..

Esok, kami mendapat tempahan daripada pelanggan drpd Bandar Sunway. Nasi tomato, ayam masak merah, acar, minuman sirap dan teh tarik. Kuantitinya cuma utk 150 orang aje.

Esok pula kami akan ke Putrajaya utk membuat persiapan event pada hari Isnin. Jakim mengadakan jamuan rayanya di Masjid Putra, Putrajaya utk 1200 pax. Yg ni detailnya akan ku masukkan kat entry seterusnya yea.

Terima kasih semua..........................

Saturday, October 3, 2009

CATATAN DI HARI LEBARAN,...

1 syawal bersamaan 20092009....

Seperti biasa selepas sembahyang raya, kami sekeluarga menjamu selera. Menu hari ni nasi himpit kuah kacang bersama sate buatan sendiri. Acik Sa (mak sedaraku) yg rumahnya di depan rumahku mengirimkan nasi minyak utk kami. Selepas makan, agenda seterusnya biasalahkan.. sesi bersalaman bersama. Oleh kerana kami ni memang keluarga ceria, rasanya belum ada tangisan yg mengiringi sesi ni... hehe. Dah lepas bersalam, sesi bagi duit rayalah pulak. Aku merupakan anak sulung, jd memang setiap tahun aku membuat peruntukan duit raya buat mama, abah dan adik2ku seramai 7 orang. Tapi sejak 8 tahun dah bergelar isteri ni, peruntukan duit raya utk keluarga telah disediakan sepenuhnya oleh suamiku. Jadi aku cuma perlu keluar duit raya utk sepupu-sepupuku yg ramai itu dan anak-anak kampungku yg datang beraya di rumahku.

- nurul, mama, tuanpunya hati, fatin dan nor...

- Solehin bersama Nor

- ibu dan ayah Solehin...


Tema raya pertama adalah ungu. Tahun ni baju2 rayaku begitu simple sekali, dan seperti biasa baju labuh dan seluar. Mamaku merupakan anak ke-2 dlm keluarganya. Jadi pagi raya kami memang tak sempat ke mana-mana, sebab semua adik beradik mama datang bertandang ke rumah kami. Tugas buat air dan di dapur, macam biasalah anak2 dara 3 orang tulah.. (adik2 ku.. Nor, Nurul, Fatin, aku dh lama pencen .. hehe).

- sepupu2 yg dtg beraya di rumahku...

- kaum hawa... anak dara + 2 org mak dara...

- sepupuku shimah, mama, cik tie, nor, fatin, mak teh, aku dan nurul....


Tahun ni merupakan raya pertama jugak buat Solehin. Seronoknya dapat beraya dgn Solehin.



Bila petang sikit, kami ke rumah nenek sebelah ayah di Gong Pasir. Kat sini dapatlah bertemu dgn mak saudaraku yg pulang beraya dari Kuching, Sarawak. Dh lama jugak Sue dan suami bertugas di sana, tp aku belum berkesempatan lagi utk melawat mereka di sana.
Sebelum pulang, sempat lagi pergi beraya ke rumah mak sedaraku di Jalan Alur Tembesu. Adik beradik mama ada 11 orang, jadi mmg berderetlah rumah2 yg kami perlu lawati bila pulang beraya ni. Kat rumah Cik Tie , alhamdulillah kami dapat makan nasi dagang.. mmm.. terubat rindu nak makan nasi dagang.

- di rumah nenek di Gong Pasir...




Lepas maghrib, pak sedaraku, Ayah Su sekeluarga tiba dari Kemaman. Kemudian Ayah Shid sekeluarga dari Gong Badak pulak tiba. Sampailah pukul 11.00 mlm, rumahku masih riuh rendah...

Raya ke-2, mama buat nasi minyak berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah. Hari ni, kami konvoi 2 kereta pergi beraya ke rumah mak-mak sedara kami yg berada di Dungun. Kebetulan masa kat umah Teh Mie ada pulak siaran Lentera Aidilfitri DCT, so dptlah tengok show yg aku pun turut serta waktu rakamannya kat Astro tempohari. Lepas rumah Teh Mie, kami konvoi ke rumah Mak Teh pulak yg tidak jauh dari situ.. kiranya dalam Taman yang sama.. Taman Rakyat. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah kat rumah kawanku sama belajar kat U dulu, Zuridah. Tak sangka pulak rumahnya kat kawasan rumahku jugak. Ni semua jasa baik FB lah ni. Ramai teman2 lama dpt dijejaki semula melalui FB. Bila dh jumpa Zuridah, teringat pulak kenangan masa praktikal. Sama2 dgn dia kat Petronas, Kerteh.



Raya ke-3, seperti biasa konvoi 2 kereta. Tp hari ni kami ke Kuala Terengganu, di samping menghadiri kenduri kahwin sepupuku, kami juga beraya ke rumah beberapa mak sedara lain lagi.

- singgah makan keropok lekor kat Kelulut dulu...

Mula2 kami ke Pengadang Baru utk menghadiri kenduri kahwin sepupuku. Sepupuku muda lagi dan masih belajar lagi. Dia dan suaminya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir pada bulan Disember nanti. Kemudian, kami ke Sungai Rengas utk beraya di rumah kakak mama, Umi. Lama pulak lepak kat sini sebab ralit tengok citer Dayang Senandung.

- yg tengah tulah pengantin baru....

Bila dah keluar dari rumah Mie, aku teringat kat Zura, geng Sejiwa waktu sekolah menengah dulu. Geng Sejiwa aku ada 4 orang, Ida, Nor, Nurul dan Zura. Nor dan Nurul berada di KL, manakala Zura pula menetap di Sabah. Oleh kerana dh berbelas tahun tak jumpa Zura dan kebetulan dia masih di Terengganu, aku ambil peluang utk bertemu dengannya. Memang rindu betul maklum dh lama sgt tak jumpa. Alhamdulillah, dpt juga aku bertemunya, walau kami tiba kat rumahnya di tengah2 maghrib... tp sebab dh call dulu sebelum datang dan dah dpt green lite darinya, kuredah jua... hehe.. Cayalah kat mu Zura, still maintain mcm dulu.. aku aje yg bertambah sihat .. hahaha...

- zura bersama anak2nya. yg sulung tu byk ikut muka zura... yg no 3 tu very friendly...

- Selepas ke rumah Zura, kami beraya pulak ke rumah mak sedara di Gong Kapas. Sebenarnya aku sempat tinggal dan bersekolah di sini.
Aku bersekolah di Sek Keb Gong Kapas semasa darjah 5 dan 6.

-Sebelum bertolak balik ke Dungun, kami singgah rumah terakhir di Jln Kamaruddin.
Waktu pulang, kami lalu kat Jalan Budiman,
melepasi Sek Men Agama Sheikh Abdul Malek... hehe.. sekolahku dululah ni...



Raya ke 4, Hari ni aku ajak adikku Nurul n Adik Zul pergi potong rambut. Aku nak tukar stail sikit, nak buat layer. Nurul pulak ku suruh dia potong stail Agnes dlm Jelita.
- Hari ni jugak mak sedaraku Cik De buat open house kat rumahnya. Jd kami sekeluarga makan tengahari kat rumahnya. Menu pun boleh tahan.. ada nasi minyak, ada bihun soto, sate n nasi himpit pun ada. Alhamdulillah.
( ini sebahagian shj yg masuk gambar ni...
)

Sebelum pulang, kami pergi beraya pulak ke rumah cikgu Adik Zul. Cikgu Wan ni cukup sayang dgn Adik Zul. Tak sangka kat rumahnya ada byk pokok mangga yg tengah ranum berbuah. Apalagi.. kami pun sempatlah petik buah mangga sikit, sambil posing2 .... hehe...




- nurul, fatin, adik zul, cikgu wan, abah, mama dan nor....

- geng teruna.. ops! yg baju putih tu bapak orang dah... hehe...
adik zul, shah, hadi dan ewan, faris kat depan..

Raya ke- 5, hari ni kami akan pulang ke KL. Tp macam biasa, suamiku akan beli ikan2 segar utk dibawa balik ke KL. Jd pagi ni, kami ke Pasar Dungun dulu. Dapatlah beli 3 ekor ikan tenggiri, 2 kilo udang besar dan beberapa kilo ikan lain lagi. Aku sempat jugak melepas rindu kat apam balik. Bestnya dapat makan mcm2 jenis apam balik. Ada apam balik telur, apam balik telur + kacang, apam balik choclate chip, apam balik kaya dan mcm2 lagilah . Yang menjadi feveretku adalah apam balik telur + kacang. Best!!!! (lupa nak klik2 kat sini)

- pasar dungun....

Kami berada di pasar agak lama sebab kami kena tunggu ikan tenggiri yg dibeli siap dipotong dan disusun di dalam kotak coleman tu. Pakcik Embong yg jual ikan tenggiri tu pun baik. Tekun dia potong ikan2 tu. Lepas potong, dia akan peket2kan pulak. 4 keping ikan tenggiri utk satu peket. Kepala asing, telur asing. Semuanya dia buat sehinggalah 2 kotak coleman tu selamat masuk ke kereta.


Hari ni hari last berada di kampung. Kami terpakasa pulang awal sedikit berbanding tahun lepas sebab kami ada tempahan catering open house pada hari Sabtu. Mama buat nasi ayam mama hari ni. Mcm biasa menu wajib kami. Petang kami tidur sekejap sebab nanti petang nak memandu balik ke KL. Cadangnya nak bertolak sebaik aje selesai citer Dayang Senandung. Tp agenda terpaksa ditunda sebab hujan turun dgn lebatnya. Lebih kurang pukul 8.30 barulah kami dapat bertolak bila hujan dh mula reda sedikit. Alhamdulillah.. lebih kurang pukul 1.30 pg ..kami selamat tiba di KL.

- tengoklah solehin tu, aku kacau dia pakaikan tudung.. hehe... comel pulak solehin pakai tudung...