Thursday, July 2, 2009

CATATAN HARI KEDUA...

23 Jun 2009

Semalam aku dah khatam booklet tempat2 menarik di sini. Kalau ikut senarainya mmg byk juga, tp rasanya tak sempat kalau nak pergi semua. Kutanyakan jugak kalau2 kami nak ikut pakej hotel melawat tempat2 menarik tu kat suamiku. Tapi suamiku lebih suka free n easy secara sendiri sebab dia nak lebih santai. Malas nak terikat dgn mana2 jadual.

Suamiku cakap.. terpulang pd idalah nak pergi yg mana. Aku pulak memang teruja sgt nak mulakan jalan2 ku ini. Bila dh dpt informasi tentang semua destinasi tu, aku mulalah merangka dlm kepala yg mana nak pergi dahulu... hehe.

Memandangkan kami tinggal di Kowloon - area Tsim Sha Tsui (TST), jadi kufikir eloklah dimulakan dgn tempat yg berdekatan.

- entrance hotel

Jadi hari kedua kami bermula selepas solat Zohor dan Asar secara Qasar Jamak, lebih kurang pukul 2.00 petang. Hotel kami bersambung dgn stesen MTR (LRT) Jordan. Jd utk ke TST, cuma satu stesen aje jaraknya. Tambangnya HK4.00 - RM 2.00 seorang.

- di Jordan Station, tengah tunggu train tiba utk ke TST Station

Kami singgah lagi kat Chung Kin Mansion utk lunch dan tukar duit. Menu lunch lebih kurang mcm dinner semalam cuma tambah yogurt dan sayur. Walau kedainya berlainan tp harganya tetap sama aje. Utk lunch hari ni jumlahnya HK 150.00 = RM 75.00.

- bila dh kenyang baru ingat nak klik2.. hehe..

Bila dah kenyang, kami pun mulalah merayap perlahan2. Ternampak Sogo, singgah sekejap. Tp Sogo ni kecil aje. Sogo yg lebih besar kat HK Island. Berpandukan papan tanda, kami tiba ke kawasan 3 muzium. HK Museum of Art. HK Space Museum dan HK Cultural Centre. Malangnya jam dh hampir pukul 6.00 petang. Jadi semua muzium tu dah nak tutup. Aku pun klik2 ajelah kat kawasan tu.




Tak jauh dr situ, ada Arena of Stars, aku pun posing tiru gaya patung kat situ. Lepas aku dh buat pose menarik tu, ramai pulaklah yg ikut.. hehe.. bangga jugak!. Kiranya Arena of Star ni di tepi laut. Dari sini dapat dilihat feri2 yg mengangkut orang awam ke HK Island. Ada juga feri khas yg bawak pelancong ke restoran terapung.





Next, kami tiba kat Clock Tower. Layan klik2 dulu yea.. hehe...

- clock tower. tower ni siap pd tahun 1915 dan mula beroperasi pd th 1921. bermula era 90-an, tower ini mula jd monument bersejarah di HK


- feri yg membawa pelancong ke restoran terapung, aku posing aje.. hehe


........................ bersambung................................................

6 comments:

azRIN said...

salam kak ida..wah..pg makan angin yer..mcm bez je catatan akak tu..hehehe

ain said...

amboiiiii posing maut ala2 patung gitu!!!hihihi

zara said...

Salam Ida,

Dasyat la pose tu... hehehe mengancam...

Memang sah, Ida ni suka pink. Cantik.

Nur Athira Izzaty said...

De jgak entry bru...
Hehehe...
Best r k.ida dpt mlancong...

Anonymous said...

nasib baik ade pic menu walaupon 1 pic jer yg da licin tp ttp mengiurkan jugak nampak chapati sekeping tu hehehe

amboi akak mcm biase la kan ratu posing hehehe da kat negeri org kan kak mesti la posing puas2 kalo x rugi jer kan pegi jauh2 pastu x pose hehe

bole la org cuci mata jap tgk pic akak kat HK tu... org tunggu next entry yer kak. lambat2 pon org mesti masok n bace k maklom la kan ade prob ckit dgn blog2 hehe

idasm said...

AZRIN: salam. makan angin mmg best dik.. hehe..

KAK AIN: maut ke? hehe..

KAK ZARA: tak jd sgt sebenarnya pose tu sebab ada jugak malu sikit2.. hehe. Pink? dulu masa study minat blue. Tp sejak masuk alam kerja entah mcmn beralih kat pink.. hehe..

ATHIRA: .. selamat membaca yea.. byk lagi kisahnya... jgn jemu dah lah...

TAJLENA: salam rindu buat lena.. amboi merengzzz lagi ke..
o nak pix makanan ke.. tunggulah.. pasti muncul nanti.. hehe..