Monday, July 27, 2009

SEKADAR MEMERIAHKAN...

26 JUL 2009

Hari Jumaat, ada buat delivery sikit utk Jabatan Pelajaran Malaysia. Semalam pulak ada 3 catering. 1 utk makan tengahari. 2 utk makan malam. Syukur Alhamdulillah.. rezeki drpd Allah. Minggu ni dan minggu depan jadual catering fulled. Hari ni pun ada satu tempahan, kat Masjid Jamek Bandaraya KL. So utk minum pagi, aku buat delivery sebab barang tak byk sangat, just kuih muih dan minuman panas. Utk makan tengahari aku dah bagi instruction kat driver utk buat delivery.

Semalam teman SZ, Rizuana telah mempelawaku ke perlawanan badminton anjuran Saida FC, bertempat di Kompleks Sukan Ampang. Oleh kerana acara berakhir pada jam 12.00, jd kufikir mungkin kusempat singgah sekejap di sana selepas buat delivery kat Masjid Jamek. Kebetulan adikku Faris ada di sini, semangat sikit nak pergi... hehe. Bukan apa, sekarang kalau nak drive alone luar sikit dr KL, mmg agak fobia sikit. Bimbang trajedi lalu berulang kembali... Minta2 dijauhkanlah..
Pertama kali aku tiba di kompleks sukan seperti ini. Suasana di sana memang meriah dan bersemangat. Perlawanan futsal pun ada yg tengah berlangsung. Ternampak juga jurulatih sedang memberi taklimat kpd pasukan futsal bwh 12th. Seronok pulak aku tengok.


Sampai aje kami minum milo yg disediakan percuma utk semua. Sebab pertama kali datang, aku teruslah bertanyakan kaunter di mana letaknya gelanggang badminton. Kami tiba dlm pukul 11.00 lebih. Sesi saringan semuanya dah selesai. Tinggal separuh akhir dan akhir aje. Agak lama juga tak bertemu dgn teman2 Sitizone ni. Maklumlah langkah terhad. Masa dan kerja juga sering membataskan keadaan. Seronok dapat jumpa Saida dan teman2 Sitizone serta Saida FC. Layanlah klik2 ku ni yea...

- separuh akhir, Ejay lawan Tini

- Tini mewakili Sitizone..

- penyokong kuat Sitizone.. menang sorak pun jadilah.. hehe..

- Cikgu Zaff bakal bertugas di Sabah minggu depan.. selamat berkerjaya ye dik..


- hamper ni hadiah utk peraduan teka jumlah bulu tangkis dan peraduan teka di mana bulu tangkis. Utk peraduan di mana bulu tangkis tu, aku telah meneka dgn tepat sekali tp sebab ada ramai yg betul, diorang buat undian. Dan nasib tdk menyebelahiku... hehe..


- yg ni pulak piala utk pemenang2. Cantikkan pialanya..


Ejay dan Rizuana - org kuat Saida FC.

- Adik Faris ni malu2 pulak nak bergambar ngan Saida.


- pertemuan kali kedua. Kali pertama semasa kat SNP office. Saida seperti biasa ramah dan mesra sekali orangnya.. mcm adiknya jugak...


- seindah biasa, sesi bergambar dgn banner SitiZone pasti tidak dilepaskan




walau orangnya tiada, namun tandatangannya sentiasa ada!.. hehe!

- penyerahan banner dari Zaff kepada Tini.

- Tini / Lampuarejaib... dah jadi org kuat SitiZone ni...

- peringkat akhir - beregu..


candid!

candid lagi! .. relax aje saida tanpa make up, kalau artis lain belum tentu sanggup ni...

- Kak Jam - wakil SitiZone

Aizee - wakil SitiZone jugak. Ada 2 orang lagi wakil SitiZone iaitu Anje dan Sha, tp tak sempat jumpa diorang sebab diorang pulang awal utk menghadiri kenduri kahwin best friend.

- juara perseorangan... EJAY... cayalah! tahniah Ejay!


- yg ni pulak terer jugak... tapi bukan terer main.. terer meminjam.. hehe...
iye2 aje ambil gambar...


- Rizuana.. dia pun terer gak! hehe! sama mcm yg tudung biru kat atas tu.. hahaha..

- saida yg sentiasa tersenyum mesra...


Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Saida. Cenderahati untuk Saida disampaikan oleh Kak Lon. Sebelum bersurai, semua pemenang dan peserta bergambar beramai-ramai. Secara peribadi, aktiviti riadah seperti ini bagus jugak. Selain keluar peluh, dapat juga berkenal lebih mesra antara ahli. Sebenarnya Saida FC dah byk kali anjurkan riadah badminton ni, tp sebelum ni tak pernah berkesempatan utk hadir sama.



Sebelum balik, sempat minum milo lagi 2 gelas dan posing kat entrance sebagai kenangan...


Entri ini kusiapkan dengan iringin alunan lagu2 drpd Siti sewaktu Konset di Royal Albert Hall, London. Kusuka sgt dengan part pembukaan Dialah Dihati tanpa muzik tu. Dan juga ku ralit sgt tengok liuk lentuk tangan Siti sewaktu sampaikan lagu Badarsila. .. Rindulah kat Siti.. Bila agaknya boleh bersua lagi.......... Itu hari Konset Satu Siti.. ku terlepas sebab berada di Hong Kong... Huhu....

8 comments:

Dida... said...

Salam Kak Ida...

seronok tgk aktiviti2 akak ni... dan bisnes akak pun maju sungguh.. Alhamdulillah... moga sentiasa murah rezeki... Amin..

idasm said...

dida... tima kasih. syukur pada ilahi yg maha pemurah. akak pun doakan moga dida juga sentiasa dimurahkah rezeki dan sentiasa dipermudahkan dlm meniti kehidupan mendatang...Amin.

zara said...

Wah, seronoknya dapat bergambar dengan Saidah. Akak pun suka kat mereka dua beradik. Comei...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ida.. rancak bisnes ida yer.. alhamdulillah.. tumpang seronok!

nurul said...

Wah!! kak ida pun sempat ke sana ye.. Bagus la kak ida ni. Bila tengok gambar2 yang kak ida klik2, rasa seperti berada di sana je.. nampak meriah & hapenning!!!

idasm said...

kak zara.. siti dan saida tu bukan shj comel, tp mesra dan memahami peminat. kalau dah jumpa sekali, pasti nak jumpa lagi... hehe.

kak nik.. syukur kak, di saat restoran agak menurun, bisnes cateringlah harapan utk membantu.. tima kasih kak.

nurul.. kak ida pun x sangka sempat ke sana. biasalah kak ida nurul, kalau dh ada kat sesuatu tempat tu, gitulah gayanya.. kalau reporter.. hehe.

arieda salsabella said...

bestnya dapat join diaorg riadah,...heheh,kalaulah dekat,kan..leh join skali..tukang sorak pun jadilah..
apapun enjoy tgk pic2 dr kak ida ni..

idasm said...

ida... kak ida pun tak sangka dpt join.. hehe. ida, kak ida sorak sikit2 aje, tp time sampaikan hadiah tu terus tukar jd jurufoto.. hahaha.