Sunday, February 13, 2011

ANUGERAH ILAHI....

Salam manis dan ceria buat semua...

Tahun ni banyak sangat perkara2 baik telah berlaku. Syukur alhamdulillah. Syukur sangat2 pada Ilahi atas limpah dan kurnia yg telah diberikan buat kami sekeluarga.

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni. Kawan2 yang berFB ramai dah tahu sebenarnya. Ida dan suami dah ambil anak angkat. Sebenarnya hasrat ni tak pernah dirancang, cuma kebetulan ada kawan suami bagitahu ada orang nak bagi anak. Bila suami tanya ida, teruslah ida setuju. Masa tu mmg tak tahu lagi baby girl ke baby boy. Yang ida tahu ida nak. Rupanya baby boy yang baru lahir. Bila dpt tahu mmg hati teruja sgt, siap dah plan nak bagi nama apa. Tp ternyata yg ni takde rezeki, sebab dah diserahkan pada orang lain.

Tp lepas tu ada pulak kawan suami bagitahu lagi, ada baby girl umur setahun. Ida mmg tak fikir panjang, terus aje setuju, (sebab mmg suka sgt nak dpt baby girl) walaupun ida belum tgk baby tu. Mungkin dah rezeki ida, bila aje pergi tengok, terus baby tu nak dengan ida. Jadi malam tu jugak ida bawak balik baby tu. Hati gembira sangat, dahlah baby nya comel, baik pulak tu.

Malam tu, bila tiba kat rumah, baby nangis jugak bila tengok persekitaran rumah berbeza. Tidur malam tu pun dia merengek jugaklah. Tapi bila bangun pagi, lepas dah mandikan dia.. terus dia ceria. Pandai pulak senyum dan posingnya. So inilah dia anak ida sekarang. Namanya Nur Amira Fatihah. Nama asal yg tercatat pada MY Kidnya yang diberikan oleh ibunya.



- ini pic pertama ida snap sebelum amira bangun tido...

- masa ni belum mandi lagi... tak sangka pulak amira ni ceria orangnya...


- - masa ni amira dah mandi. tengoklah muka dia tu.
pandai pulak senyum cam tu bila tgk flash nyala...

- pagi tu bila kami keluar ada hal, kami bawaklah amira sekali, elok aje dia main2 kat dlm keta..

- dah penat main, amira tertido atas riba mamanya.
mmg hati gembira sangat.
nampaknya amira ni tak susah nak menjaganya.
syukur alhamdulillah atas anugerah Ilahi ni...


Petang tu, suami ajak ida pegi Sogo utk beli barangan amira. Ida bukan main teruja lagi. Maklumlah dah lama mengidam nak shopping barangan baby ni... hehe.


- inilah hasilnya 3 jam shopping. mmg banyak yang nak kena beli. tak cukup lagi ni.
tp sebab dah maghrib, so kami decide nak datang lagi esoknya..


Kebetulan 3 hari sebelum ambil amira, suami hadiahkan iphone kat ida. so bila aje dapat permata hati ni, kerja ida snap pic amira ajelah dr iphone tu. Amira ni banyak cakap jugak. Kalau dia main sorang2 tu, mulut dia asyik berbunyi aje. Bahasa ntah apa2 lah. Tapi seronok kita mendengarnya. Alhamdulillah satu malam aje amira merengek. Esoknya dan hari seterusnya, nampaknya amira dah serasi dgn ida sebagai mamanya. amira pun dah ngam jugak ngan suami ida sebagai papanya. Mama ida dan adik2 ida pun bukan main seronok lagi dengan kehadiran amira. Dah lama depa ni tunggu cahayamata dr ida. Takpelah, walaupun amira anak angkat pada zahirnya, tp insyaallah, kami akan jaga amira dan melayan amira sama mcm anak sendiri. Sayangggggg amira. Ramai jugak kawan2 komen kat FB cakap muka amira nak iras muka ida. Alhamdulillah, ramai yang sokong ida dan tumpang gembira dgn kehadiran amira dalam hidup kami. Doakanlah agar segalanya dipermudahkan yea.

Okeylah setakat ini dulu entry buat kali ni. sebelum undur diri.. ida selitkan pic ida bersama dct yang ida dirakamkan masa dct datang ke Semua House tempohari ( 4 hari sebelum dapat amira)

- okey tak muka ida pakai tudung sarung tu... hehe...

- Nor yg tukang teman ida pun dapat bergambar ngan dct sekali.. seronok dia..