Showing posts with label engkau bagaikan permata. Show all posts
Showing posts with label engkau bagaikan permata. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

AMIRA DAN KASUT

Salam ceria buat semua.

Lama takde citer kat sini kan. Tetiba mood beralih arah... hehe. Blog setting pun dah bertukar wajah. Nampaknya setting yang baru ni lebih mudah.

Lama jugak tak citer pasal amira kan. Amira boleh mula berjalan masa umur 1 tahun 2 bulan. Beberapa bulan lepas tu, ida dah nampak dah dia ni minat sangat kat kasut. Mungkin bukan amira aje kan. Kanak-kanak lain yg sebaya dia juga begitu kot.. hehe...

Jadi antara aktiviti amira kat rumah tak lain dan tak bukan, punggah dan menerai (men + try) kasut idalah. Pendek kata, satu almari kasut tu setakat yang dia boleh capai ngan tangan dia mmg dah berapa kali ulang pakai. Biar besar gedabak pun, ada hati nak bergaya ngan kasut mama dia.. hehe...

Meh kita tengok gambar2 amira dan kasut (setakat yang sempat ida snap).













Monday, January 23, 2012

RENTETAN HARI LAHIR AMIRA....

- Happy New Year utk yang menyambutnya.
Buat teman-teman blog... selamat bercuti. Cuti panjang kali ni.
Pasti ada yang balik kampung. Tak kurang juga yang menghadiri kenduri kahwin.
Pada yang tak balik kampung macam ida ni.. hehe... bolehlah jalan2 sekitar KL atau merancang percutian bersama famili....

19 Jan 2012 - hari besday amira.

- pagi kami ke Sogo. Suka sangatlah amira.
Bekalan susu amira dan diapers dah nak habis.
Amira minum susu Dugro perisa buah-buahan.
Diapers pula amira guna Huggies Dry Pants.

- mula2 elok je duduk diam2 dalam stroller tu....
sat lagi mulalah nanti minta turun...hehe


- Abah amira nak tambah koleksi stokin, tp anak dara dia yg paling sibuk memilih...

- dah selesai beli stokin, suami ajak belikan baju baru untuk amira sempena besdaynya.
amira ni time nak bayar pun dia sibuk nak tengok...

- Baju amira tu kalau ikutkan salah waktu.. hehe.
Gara2 bibik ida lah ni. Pagi2 sebelum amira bangun kami dah keluar.
So bila urusan dah selesai, untuk jimat masa, ida just call rumah,
minta bibik siapkan amira dan bawak turun amira ke parking level.
So inilah hasilnya, baju tidur yang dia pakaikan kat amira..



- anak dan mama tengah pilih baju...


- tu kira yang amira dah berkenanlah tu... hehe

- inilah 2 pasang baju baru amira.


- selesai baju... kasut pulak...

- kasut amira yang beli time raya tu hari dah agak ketat rasanya sebab setiap kali nak pakaikan kasut, amira reluctant and choose slipper or sandal.

- koleksi kasut amira.
Yang putih pink tu ida beli gantikan kasut kotak2 merah hitam
(kasut tu ida tercicir kat parking selepas 3 hari beli)




Petangnya, kami menikmati set Hi-Tea di Hotel Mandarin Oriental. Complimentary. Sebenarnya banyak lagi voucher complimentary yg boleh didapati apabila kita sign up membershipnya. Bukan hotel ini sahaja sebenarnya, byk lagi hotel2 lain yang menawarkan pakej yang sama. Dan byk jugaklah hotel2 lain yang kami join membershipnya...
(kami kan suka makan... hehe)




- Amira siap sedia tunggu makanan sampai... hehe..


- inilah dia 2 set Hi-Tea. Barisan tengah tu assorted sandwiches.
Yang lain semua dessert. Ada scone, ada mousse,
ada cheese cake dan lain2 yang ida tak tahu namanya.. hehe
masa nilah jugak ida first time merasa macaroon... manis sangat2.. not my taste...



- amira mmg teruja nak makan tu....







- pelbagai pilihan creme / sweet sauce (cheese, vanilla, blueberry, peach)


- tea for my hubby.. tak ingat dah teh apa ke namanya... tp best jugak aromanya...


- and latte for me... hehe..


- amira dh tukar baju lepas ke rest room.. hehe...

- habis lunyai coklat kek tu dikerjakan amira...

- tadi penuhkan... sekarang dah licin... hehe... ada dalam 4, 5 pieces yg kami tak dapat habiskan sebab dah kenyang sangat (nampak mcm sikitkan... tp boleh kenyang sebenarnya),
kami mintak diorang pack.

Kesimpulannya berbaloi jugaklah Hi-Tea kat sini. Kenyang dan sedap. Hehe...

Thursday, January 19, 2012

AMIRA DAH 2 TAHUN...

1901 2012 - 19 JAN 2012

Genap dah umur amira 2 tahun. Abah amira kurang sihat sejak 2 hari lepas. Saya pun tak bercadang nak buat apa2 memandangkan abahnya tak berapa sihat.

Petang tadi, suami ambik ubat drpd pakar orthopedik, Dr. Lopez drpd Hospital Tawakkal. Alhamdulillah, byk kurang sakitnya dan beransur baik. Terus suami called Coffee House Hotel Seri Pacific, order cake utk celebrate besday amira.

Kebetulan pulak ada sedara nak order catering, so lepas ambik kek, terus kami ke restoran discuss dgn diorang berkenaan majlis yg diorng nak buat.


Jadi kami pun celebrate ala kadar aje. Sebab amira belum kenal erti harijadi. So ini permulaan baginya. Pertama kali amira nak potong kek. Pertama kali amira nak tiup lilin.

Tapi nampak aje kek... pandai pulak amira sebut kek.. kek.. dan cepat2 dia mintak cutter, tak sabar nak potong kek. Tahu pulak dia. Entah dari mana dia belajar.


- amira sibuk mintak cutter... nak potong kek...





- amira smile... itulah rupa muka yg tengah smile... hehehe...


Wednesday, September 7, 2011

SYAWAL BERSAMA AMIRA

SALAM SYAWAL BUAT SEMUA..

Minta maaf byk2, tak sempat nak ucap selamat hari raya sebelum ni. Sibuk sungguh. Sibuk dengan restoran dan sibuk buat biskut raya. Tahun ni semangat nak buat biskut raya, siap beli penimbang digital lagi - tak beli sebenarnya, redeem voucher drpd points sogo, pastu bayar guna voucher tu.. hehe.



- gambar ni ida baru je snap semalam, ni aje yg tinggal, yg lain dah selamat dah.. hehe..


Tahun ni Syawal ida tentunya lebih bermakna sebab ada amira. Baju raya amira ida dh shopping awal2 sebelum ramadhan kat Sogo - seronoknya shopping baju raya amira!. Baju kurung amira ida beli kat bazar ramadhan, 2 pasang. Kasut Nike amira mlm raya baru dapat beli (beli kat kedai kawannya kat Bukit Bintang). Ni semua abahnya punya pasal, suka sangat tangguh2. Nasib baik ada saiz amira.

Tahun ni jugak ida balik kampung agak lewat - nak tolong kat restoran punya pasal. Bertolak pukul 5 pagi, alhamdulillah sampai lebih kurang pukul 10 pagi 1 Syawal. Amira masuk je kereta terus tido sampailah tiba di Kemaman baru bangun. Jalan pun clear aje.. sebab semua org dah balik kan...

So hari raya pertama, ida pakaikan baju kurung kat amira. Disebabkan tak pernah pakai sebelum ni, amira refuse, tak nak pakai baju kurung. Tapi lepas kitorang pakat ramai2 cakap.. cantik... cantik... barulah amira ok. Tengoklah... ayukan amira berbaju kurung. Gambar ramai2 bersama famili ida tak dpt nak letak lagi sebab pic tu semua dlm camera shah. Ida pulak x bawak laptop, pen drive pun tak bawak balik.





- tok ma dgn amira..

Cuti raya ida tahun ni mmg terasa pendeknya. Sebab hari Sabtu dah kena ada kat KL semula. Ada tempahan catering pada hari Sabtu malam dan hari Ahad. So 4 hari berada di kampung, macam biasalah kami beraya rumah sedara mara, ke sini dan ke sana. Hari raya ke 3 , sempatlah ke KT dan macam biasa dalam perjalanan singgah sebentar di Keropok 008 kat Kelulut.

Tahun ni ida ambil kesempatan untuk beraya ke rumah Waida, di Seberang Takir. Dah lama sangat tak berkunjung ke rumahnya, rasanya dekat 3 tahun ada kot.


- bersama waida di rumahnya...

Kat bawah ni gambar amira dengan cik tehnya... begitu seronok dia dapat berlari dan ke sana ke mari, lepas bebas atas tanah.. maklumlah rumah mamanya kat KL tu xde tanah... hehe...


Ni pulak gambar amira sewaktu ida singgah kat Pasar Kedai Payang, KT. Nampak besar kan amira. Memang ramai yang ingat amira dah berumur 3 tahun. Dengan badannya yang kuat, mukanya yang tembam.. hehe... tp apapun amira tetap comey. Tapi amira ni kuat merajuk / mengamuk. Tak dapat aje apa yang dia nak.. cepat aje merajuk. siap boleh guling2 kat lantai lagi.. amira... amira...

Hajat ida nak bawak amira berlarian / bercanda di tepian pantai tak tercapai jugak kali ini. Tak sempat, sebab cuti pendek. Takpe lain kali ada umur dan ada rezeki, insyaallah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...... ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa selama ini.


Sunday, August 14, 2011

HADIRNYA AMIRA...

SALAM RAMADHAN...

Nampaknya hajat nak jadi mcm blog En Me dan Dr. Singa masih belum berjaya.. hehe.
Laptop pulak buat hal. Entah kenapa tak boleh sign in. Ini ida pinjam Hadi punya.. hehe..

Okey, ida masih nak bercerita tentang si kecik ida. Siapa lagi kalau bukan Amira, buah hati pengarang jantung ida.

Masuk bulan ini genaplah tujuh bulan hadirnya amira dlm hidup kami. Ida dah lama takde maid. So most of the time amira always with me. Tapi memang tak menjadi masalah buat ida sebab ida bekerja dgn suami sendiri. Day time ida jarang ke restoran. Selalunya ida tolong kat restoran lepas maghrib, so amira pun ikutlah ke restoran. Ke mana sahaja dengan amira. Sebab itulah ida cepat2 minta suami belikan stroller dan baby car seat buat amira, supaya senang ida ke sana ke mari dgn amira, samada berkereta / jalan kaki. Membesarkan amira mmg tidak membebankan jauh sekali menyusahkan kami. Amira seems like an independence kid. Tidak banyak meragam dan pandai bawak diri. First time dia kena duduk dalam car seat aje dia merengek sikit. Tapi lepas 2, 3 kali nampaknya dia dah sesuaikan diri dia. Itu kisah 3 bulan pertama amira dgn kami.

- sejurus selepas beli stroller amira...

- amira dengan car seat nya...

Sekarang, dah 3 bulan dah amira tak guna baby car seat itu lagi. Dia dah terer duduk kat dlm kereta mcm org dewasa. Amira jugak banyak ikut perangai / habit ida. Ida kalau minum air mesti gigit straw, tak sangka amira pun begitu. Garang pun macam ida.. itu kata mama ida. Ida masa dulu2 memang garang sgt.. hehe. Sekarang masih garang ke? Sekarang bukan garang tp tegas. Amira pun banyak cakap dan kuat makan, sama seperti ida. Mudah tersenyum dan ceria orangnya serta penyayang. Nasib baik tak lefthanded macam ida... hehe.

- amira dlm kereta tak perlu baby car seat dah..

Dulu amira tak suka disuap. Apa pun yang disuap dia akan keluarkan semula. Tapi sekarang dah pandai dah makan disuapi. Dulu amira mmg takutkan air. Baru je bukak seluar, dia dah menangis sakan dah. Tapi sekarang satu hari berkali2 masuk bilik air. Sekejap2 basuh tangan, basuh kaki... hehe. Dulu pantang dengar muzik, bergoyanglah badan dia. Tp sekarang pandai pulak pilih iramanya, menari pun dh ada stail.


Kadang2 bila kami perlu keluar pagi2 sangat dalam sejam dua, ida tinggalkan amira yang masih lena dengan pak su nya yang bersekolah waktu petang. Tapi lepas ni tak dapat dah sebab adik zul dah pindah sekolah kat kampung semula.

Sekarang amira dh mula nak bercakap. Banyak dah words yang dia boleh sebut dgn jelas. Satu lagi amira boleh duduk bermain atas katil sorang2 time kita tidur sampailah kita bangun. Melihat perkembangan diri amira di depan mata sangatlah membahagiakan - may be ida terlebih teruja kot sebab baru nak jadi mak ..

Cukup dululah ye, lain kali pulak.. hehe..

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN

Di kesempatan ini ida nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan terawih di bulan Ramadhan Al-Mubharak ini. Semoga segala amalan kita diberkati Yang Maha Esa.

Semalam 1 Ramadhan, seperti tahun lepas jugak, restoran kami tidak beroperasi pada hari pertama puasa. Sebabnya? Hari pertama puasa memang customer kurang, kebanyakannya berbuka puasa di rumah.

Jadi semalam dapatlah ida berbuka puasa di rumah. Lepas berbuka kami pergi sembahyang terawih di Masjid Negara. Tahun ini berterawih bersama si kecik Amira. Dari rumah risau jugak kot2 Amira buat hal dan mengganggu sembahyang orang lain. Tapi alhamdulillah nampaknya under control. Ida sengaja sembahyang kat tepi sekali dan saf belakang sekali sebab Amira ni mmg suka dtg peluk ida time ida tengah sembahnyang. Jadi semalam ada jugaklah dia dtg peluk ida dua tiga kali, sekejap2 aje. Jadi rasanya tak mengganggu org lain. Kebetulan ada anak orang lain yang tolong melayan dia.

Ida buat 8 aje. Suami buat penuh 20. Jadi sementara menunggu, ida duduk2 kat kawasan moreh kat luar tu sambil minum teh o dan bubur jagung + popia yang disediakan oleh pihak masjid. Dan amira dengan riang ria berlari ke sana ke mari.

Time balik, amira dah tertido dalam lif, tak sempat sampai rumah. Mesti letih sangatlah tu. Kalau tak mana dia nak tido awal2. Selalu dia tido pukul 2 / 3 pagi.

Kat bawah ni aksi amira sewaktu kat studio gambar nak tangkap gambar dia untuk buat passport amira. Ah So yang jadi jurufoto tu pun sporting, dia snap byk sangat gambar amira utk dipilih. Semuanya cantik2 belaka, pening ida nak pilih yang mana satu. Tp akhirnya ida pilih sewaktu senyum amira tak besar sangat.. hehe.. tgklah kat bawah tu.. dah siap pun passport amira, buat kat imigresen wangsamaju, tak sampai 1 jam siap. Time ni bulan Jun, rambut amira masih pendek lagi. Tapi sekarang rambut amira dah panjang sikit.. hehe.




Passport dah siap, tak sabar pulak nak jalan2 obesi ngan amira ni.. hehe..

p/s: nak cuba jadi cam En Me dan Dr Singa, buat entri pendek2 tapi selalu .. hehe.. tak taulah berjaya ke tak..