Lama takde citer kat sini kan. Tetiba mood beralih arah... hehe. Blog setting pun dah bertukar wajah. Nampaknya setting yang baru ni lebih mudah.
Lama jugak tak citer pasal amira kan. Amira boleh mula berjalan masa umur 1 tahun 2 bulan. Beberapa bulan lepas tu, ida dah nampak dah dia ni minat sangat kat kasut. Mungkin bukan amira aje kan. Kanak-kanak lain yg sebaya dia juga begitu kot.. hehe...
Jadi antara aktiviti amira kat rumah tak lain dan tak bukan, punggah dan menerai (men + try) kasut idalah. Pendek kata, satu almari kasut tu setakat yang dia boleh capai ngan tangan dia mmg dah berapa kali ulang pakai. Biar besar gedabak pun, ada hati nak bergaya ngan kasut mama dia.. hehe...
Meh kita tengok gambar2 amira dan kasut (setakat yang sempat ida snap).




