Monday, July 6, 2009

MASIH HARI KETIGA...

sambungan entri semalam....

Selesai minum petang, kami bergambar pula dgn 2 orang artis kat Madame Tussauds. Suamiku beria-ia menyuruhku masuk ke dalam. Aku pulak.. entah macamana dh takde mood. mungkin kerana dah penat turun naik dan berlegar2 sebelum tu. Bukan sebab harga tiketnya (HK150 = RM 75.00. Kataku kat suamiku.. takpelah bang, cukuplah dgn 2 artis tu... tak larat dah..

- bersama Bruce Lee

- kenal tak siapa ini... michelle yeoh..

Jadi kami pun ambil keputusan utk turun. Ternampak pulak aku .. kaunter jualan tiket Disneyland. Oleh kerana ada offer, beli 2 tiket dpt hadiah payung, kami pun setuju utk beli awal2 tiketnya. (Harga HK 350 = RM 175.00 seorang). Aku pun posing jugak sekejap.. geram tengok bunga dan dekorasinya yg cantik.

- inilah payung disneyland hadiah beli 2 tiket.

(Kak NB.. ida dpt bergambar dgn replika mickey n minnie aje kak... hehe)




Selesai di The Peak, suamiku tidak sabar2 utk ke cafe makan halal chinese food yg kami perolehi alamatnya drpd HK Tourism Board semalam. Jadi berpandukan alamat yg diberi, kami maklum bhw cafe itu terletak di sebuah Pusat Komuniti Islam yg juga mempunyai masjid di situ. Terletak di kawasan Wan Chai.

Jadi kami perlu ke stesen MTR terdekat utk ke Stesen Wan Chai. Dgn bertanyakan arah drpd seorang wanita HK yg kami sapa di tepi jalan, kami menapak ikut arah yg diberi. Jauh jugak kami berjalan utk ke stesen Centre.

Bila tiba kat Stesen Wan Chai, kami bertanya arah lagi. Dan kami menapak lagi...
memang terasa jauhnya kami berjalan kaki. Tp penat kami terubat apabila kafe yg dicari berjaya ditemui.

Syukur, alhamdulillah, dapat jugak kami makan nasi berlaukkan daging, sayur, udang - masakan cina. Sedapnya tak terkata, maklumlah 2 hari asyik makan pakistani food aje.



-

Dalam pada itu, kami berkenalan dgn Pak Sheikh dan isterinya (Cina Muslim) yg makan sebelah kami. Kami bersembang sebentar. Pak Sheikh beria-ia mengajak kami tinggal di hotel sebelah kafe ini. Katanya lebih murah dan dekat dgn masjid dan makanan halal. Suamiku yg cukup particular bab2 hotel ni ingin melihat dahulu biliknya. Jadi selesai makan malam, kami terus ke Hotel Chatterhouse yg sememangnya sebelah tempat makan kami tadi utk meninjau biliknya.
Secara kasarnya bilik superior yg ditawarkan lebih kurang bilik kami sedia ada, cuma lebih kecil dan simple. Aku dapat lihat sinar mata suamiku yg tak sabar2 nak tukar bilik kerana bterpikat dgn lokasinya. Sementara aku pulak seperti kurang setuju kerana malas nak pindah memindah. Tapi tidak kubantah secara terus terang.

- bersama Pak Sheikh dan isterinya sewaktu di hotel Chatterhouse


Selesai di hotel itu, kami menapak lagi utk ke stesen Causeway Bay yg lebih dekat sebenarnya dgn tempat makan kami berbanding Stesen Wan Chai. Stesen ini terletak di bawah Times Square. Jadi sebelum kami balik ke seberang pulau sana, kami jalan2 dululah kat Times Square ni. Banyak kedai dah tutup, tapi Lane Crowford belum tutup lagi. Jadi sempatlah kami window shopping lagi.

- di hadapan Times Square

Suamiku pulak bila terpandang kat atrium tu ada Luggage & Travel Sale, terus belek2 meninjau jenama Hedgren. Bukan apa, dia merungut bila aku cuma bawak handbag kecil hitamku yg selalunya kupakai waktu di KL sana. Dia lebih suka jika aku pun turut pakai beg galas sepertinya. Katanya.. senang sikit, boleh masuk barang2. Ringan sikit beg abang. (Dlm beg wajib ada 2 botol air mineral, tu yg berat tu). Aku pulak bukannya tak suka, tapi mmg aku belum ada beg seperti itu. Tp bila terpandang harganya HK 600++ , aku cakap.. nantilah ida fikirkan.. hehe. (memang kat KL pun beg tu harganya spt itu, mungkin murah beberapa puluh ringgit)

Daripada bawah tanah Times Square tu, kami terpaksa menapak lagi utk tiba ke platform train. Jauh betul. Rasanya inilah stesen yg perlu jalan kaki begitu jauh. Penat betul kami hari ni...

8 comments:

PerantauSepi1306 said...

syioknye berjalan ke HK.. my fren pun ado yg bar ubalik dari sana perviously... nanti kalo nak pi bila2 leh la rujuk kat ko ye ida ;D

ibu aira said...

penat yg berbaloi kak ida.. hehe...

haziq-amsyar said...

wah!!! auntie ida pi disneyland ye.. bestnye!! nanti nak ajak mama & papa gi sana la.. mesti bestkan.. auntie ida, mama pesan nanti nak tengok barang2 yang auntie ida beli masa kat HK. Kasut@sandal yang auntie ida beli tu cantik la.. we like!!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..
kalau nak beli barang branded baik beli di malaysiakan, sbb malaysia ni rajin sales..pernah adik yang terpaksa ke portugal kerana urusan kerja beli kasut timberland..konon2 murahlah kat sana..200euro..covert duit kita..jadi 1k, rupanya kat sini tak sampai RM700..menangis guling2 dia..ha.ha...lepas tu setahun ada sales 50%..lagila meraung...

idasm said...

sydde / PS1306: berjalan mmg syok .. mcm ko jugak aku pun suka.. hehe. bila2 masa nak rujuk aku... silakan, boleh aje.. no problem.

ibu aira: yelah.. penat2 pun, hati puas.. hehe

haziq-amsyar: belum pi lagi, just beli tiket aje tu. perginya hari ke 8 nanti.. hehe. tp disneyland semua sudut cantik aje.. tak larat nak klik2... hehe.
o suka ke ngan kasut tu. mmg sedap dipakai pun. brg2 lain beli sikit2 aje.. tapi nanti auntie ida tunjuk yea... hehe

kak yati: shopping branded item kat negara kita jauh lebih berbaloi kak. nak2 bila time sogo sale... lagilah kan kak.
heheehe.. akak nikan.. ingatkan ketawa aje guling2.. menangis guling2 pun ada... kesian kat adik akak. tp kalau brg tu perlu waktu tu jugak.. mmg terpaksalah kan..

Nur Athira Izzaty said...

Disneyland...
De hti nie nk g sne...
Mybe stu hri nnti..

arieda salsabella said...

bestnya kak ida dapat gambar ngan bruce lee n michelle yeoh..
mmg penat kan kak ida asyik berjalan sana sini..tapi kalu xberjalan..rugilah..heheh..

idasm said...

athira: simpan niat dulu.. mana tahu ada rezeki satu hari nanti..

arieda: 2 aje artis yg ada kat luar tu ida.ramai lagi kat dalam tu, tp mood dh takde.. penat. tp klu ada ct pasti mood sentiasa ada aje.. hehe..
betul kat ida tu. dh sampai jauh2 ni.. kenalah jalan.. kalau tak rugikan...