Monday, July 6, 2009

CATATAN HARI KETIGA...

HARI KETIGA... 24 Jun 2009

Hari ni kami merancang utk ke THE PEAK yang terletak di HK Island. The Peak sebenarnya sebuah bangunan yg unik bentuknya terletak di puncak bukit di tengah bandar. Kita boleh nikmati pemandangan indah bandaraya HK drpd puncaknya. Kat sini juga letaknya Madame Tussauds HK.

- THE PEAK

Seperti biasa kami keluar selepas Zohor. Drpd Stesen Jordan, kami perlu ke Stesen Admiral atau Centre (The Peak berada di antara stesen2 tersebut). Jadi aku memilih utk turun di Stesen Admiral.

Sewaktu berjalan kaki di kawasan ini, satu perkara yg kuperasan kat HK ni, boleh dikatakan semua bangunan yg ada mempunyai connection dgn bangunan lain. Maknanya kita tak perlu turun jalan kaki kat tepi jalan jika hendak ke bangunan lagi satu, sebab dh ada laluan daripada tingkat atas. Baguskan!

Yang kubulatkan warna pink itu adalah laluan yg menghubungkan bangunan ke bangunan.




Bila terserempak dgn McD, suami ajak singgah utk lunch. Tp seperti biasalah food yg boleh kami makan cumalah Fillet O Fish. Tapi McD kat sini ada Mc Cafe yg menawarkan cappochino. Aku juga mencadangkan kepada suamiku utk beli 2 biji burger extra utk dibuat bekal, sebab tak tau mcmn nanti.

- Satu2nya McD yg menyediakan 3 buah komputer utk pengunjung melayari internet. Tempoh masa dihadkan kpd 15 minit/ sesi.

Oleh kerana kami tak tahu direction utk jalan kaki, jd kami putuskan utk naik bas shj utk ke stesen The Peak Tram.

- menunggu bas 12A. Setiap tiang mewakili no bus yg yg dikehendaki. Tak perlu tahan bas. bila ada yg berdiri kat tiangnya, bas yg berkenaan pasti akan berhenti.

- di dalam bas pun sempat posing dia ni.. ishk3..


Drpd stesen tu, kami akan menaik tram, sejenis keretapi yg akan bawa kami naik ke sana.

-inilah stesen the peak tram. waktu ni dah beli tiket utk ke atas. Harga tiket HK 49.00 seorang, termasuk tiket masuk ke The Peak Tower Sky Terrace.


- The peak tram sedang dlm perjalanan ke the peak. Tram ini telah beroperasi sejak 1888.


Sewaktu di dalam tram, aku sempat jugak klik2... merakamkan pemandangan bangunan pencakar langit di bandar HK.





- waktu ni dah sampai pun kat The Peak. Berlatarbelakangkan the tram


-mula2 masuk ke bangunan ni.. kami ditawarkan dgn pelbagai souvenir di Peak Market.

Kami ronda2 dlm bangunan ni dahulu. Kemudian kami klik2 kat luar bangunan pulak.


Kemudian kami ke The Peak Galleria. Kat sini pun banyak kedai2 branded. Aku telah membeli sepasang kasut jenama Merrell kerana berkenan dgn keselesaannya utk walking. Terus terang, aku tak pernah jumpa jenama ni kat Msia. Tp menurut suamiku, dia pernah nampak kat KLCC.


Views from The Peak Galleria......




Selesai di The Peak Galleria, kami ke The Peak Tower Sky Terrace utk menikmati pemandangan indah. Layan!!!

- menaiki eskalator utk ke Sky Terrace....

- cantik kan!

- lama jugak kami kat atas ni... menikmati sepuasnya panorama indah dari sini...


Sewaktu turun pulak.. aku posing lagi... hehe...




Dah penat eksporasi seluruh kawasan, kami pun lapar dan dahagalah pulak. Jadi utk makan burger yg kami bekal tadi, kami pun masuklah ke cafe yg ada kat situ. Order tea panas dan red bean with vanilla ice cream. Tak berapa ingat harganya. Tea lebih kurang HK 12.00. Manakala red bean tu rasanya HK 24.00.


Cukup dulu buat hari ni. Esok sambung lagi yea... hehe...

10 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam ida tak cuba ke tengok bdaraya HK ngan teropong, .masuk duit..tengok, orang tgh masak boleh tengok, kekadang orang tak pakai apa2 pun boleh tengok..ha.ha.

Leeza said...

Salam ida...
cantiknya hong kong.kak za tumpang seronok je...best2.

ain said...

moden sungguh HK kan..????

Anonymous said...

hehehe..ya la kak...
june lah yg penah sms akak..
mmg slalu pun singgah kat blog akak ni...
best cite akak...hehehe

idasm said...

salam kak yati: alamak kak, ida tak guna pun teropong tu. mula tu ingat nak guna jugak, tp tgk suami mcm tak minat aje. syiling pulak xde. tu yg jd x jadi tu. rugikan kak.. hehe..

salam kak leeza... chewah walau ejaannya berlainan.. diriku ttp menganalimu.. hehe..

kak ain.. kat sana mmg moden. byk kemudahan yg takde kat mesia..

siti june.. tulah rasanya siti june selalu singgah tp tak pernah ada jejak, tu yg musykil sikit tu.. hee. thanks yea sudi singgah kat sini...

arieda salsabella said...

comel gler pemandangan dan bangunan kat sana kan..
tq sudi kongsi ngan kami ni..heheh..
leh gak tengok HK..
lepas ni letaklah pic lebih ckit..haha

zara said...

Cantik pemandangan, pandai orang yang snap gambar2 tue... dari melihat gambar dah boleh buat orang lain teruja...

idasm said...

arieda.. mmg cantik, bangunan kat sana tinggi menggunung..
aik.. tak cukup byk ke gambar2nya, rasa mcm dh byk dah.... kalau tak jemu.. kak ida ok aje.. hehe..

kak zara.. la.. kak zara x abis2 lagi puji org yg snap gambar ye.. hehe.. kembang dah ida n suami ida ni.. hehe.. tima kasih.. harap akak pun enjoy dgn cerita dan gambar dr ida..

Nur Athira Izzaty said...

Wahhh...mcam2 gya k.ida posing...hehehehe..bleh jd model kt HK r...

Cntik design THE PEAK tu...

idasm said...

alamak athira... mana boleh jd model.. gaya aje lebih tp bodynya terlebih... kihkihkih