Sunday, June 20, 2010

1001 KESAH - MEI

Salam buat semua. Lamanya ida tak jenguk blog hati ni. Dah hampir sebulan nampaknya. Dan dalam masa sebulan ini macam2 yang telah berlaku dan byk yg telah dilalui. Ada manis, ada pahit semuanya berbaur menjadi satu pengalaman.

Rindunya nak menulis kat blog. Tp tulah.. kdg2 terpaksa berkejar dgn waktu, itu yang terpaksa letak tepi dulu. Hari ni.. hajat di hati nak buat entry, konon nak masukkan semua sekali, tp tak tahulah, berjaya ke tidak.. hehe... cuba dululah yea..

20 May 2010 - 22 May 2010
Ida dan suami sempat menjenguk ke kampung halaman. Suamiku rindu betul dengan nasi dagang dan kerepok lekor 008. Jadi kami pulang sekejap. Kebetulan pula mak sedara yang rumahnya di depan rumahku buat majlis doa selamat pd hari jumaat tu. Jadi ida bolehlah join sekali.

-sempat singgah di pasar malam dungun

- pantai teluk lipat, dungun



- bandar dungun...


- air bacaan yasin

- besday mak sedara

- dari kiri, mak sedara - Che De, adikku Nurul, Che Tie, Mama, Mak Teh dan diriku..


Lepas majlis tu, kami sekeluarga ke Kelulut semata2 nak makan keropok lekor 008. Selesai makan keropok lekor, ada pula sedara ajak dinner kat Kuala Ibai. Maka kami pun teruslah ke sana, nama kedainya ida tak berapa ingat, yg pasti cafenya yang besar itu bersebelahan dgn sport center milik usahawan melayu yg sama. Nampaknya bisnes cafe dan sport centernya mendapat sambutan menggalakkan di sana. Bangga rasanya bila anak melayu berjaya seperti ini. Makanan yg dihidangkan pun boleh tahan sedap. Cuma beef steaknya aje agak keras sedikit, yg lain semua ok.












Esoknya, semasa dlm perjalanan pulang ke KL, kami singgah utk dinner di Kuantan bersama kenalan suamiku di Sri Affa steamboat. Steamboatnya biasa2 aje. Sesuailah dgn harganya yg agak berpatutan (RM 17.00 per person). Restorannya cantik dan kontemporari.




28 may 2010
Sempat ke PWTC - youth 10. Memang tak pernah plan pun nak ke event tu. Kebetulan Solihin datang dan ada dpt info sikit dari Arieda, so kami pun cuba jaya ajelah ke sana. Mana tahu ada rezeki dapat jumpa dgn Siti... hehe...

Dan alhamdulillah, selepas pusing2 dan hampir putus asa sebenarnya, sebab lenguh mendukung Solihin (ibunya lupa bawak stroller), dahlah tempat tu punyalah berliku, tp nasib menyebelahi kami, ada rezeki kami utk berjumpa dgn Siti. Seronok betul Adikku Fatin kerana dapat bertemu buat pertama kalinya dgn Siti. Dan Siti seindah biasa, menyapa dan melayan kami dengan mesra. Kata Siti.. " lama tak nampak kak ida..." (hehe... nak wat camner Siti...)






- kak zyee yang sporting...



30 may 2010
Tengah sibuk2 bertugas tak menang tangan di restoran, tetiba Datin Norjuma dan suaminya melangkah masuk ke restoran. Apalagi, teruslah ida teruja, maklumlah bukan calang orang yg datang. Alhamdulillah, dapatlah beramah mesra sekejap. Datin dan Dato' begitu sporting dan baik orangnya.



Nampaknya selesai sudah kesah bulan Mei. Cukuplah dulu, lain kali sambung lagi kesah utk bulan Jun.