Salam buat semua. Lamanya ida tak jenguk blog hati ni. Dah hampir sebulan nampaknya. Dan dalam masa sebulan ini macam2 yang telah berlaku dan byk yg telah dilalui. Ada manis, ada pahit semuanya berbaur menjadi satu pengalaman.
Rindunya nak menulis kat blog. Tp tulah.. kdg2 terpaksa berkejar dgn waktu, itu yang terpaksa letak tepi dulu. Hari ni.. hajat di hati nak buat entry, konon nak masukkan semua sekali, tp tak tahulah, berjaya ke tidak.. hehe... cuba dululah yea..
20 May 2010 - 22 May 2010
Ida dan suami sempat menjenguk ke kampung halaman. Suamiku rindu betul dengan nasi dagang dan kerepok lekor 008. Jadi kami pulang sekejap. Kebetulan pula mak sedara yang rumahnya di depan rumahku buat majlis doa selamat pd hari jumaat tu. Jadi ida bolehlah join sekali.
Lepas majlis tu, kami sekeluarga ke Kelulut semata2 nak makan keropok lekor 008. Selesai makan keropok lekor, ada pula sedara ajak dinner kat Kuala Ibai. Maka kami pun teruslah ke sana, nama kedainya ida tak berapa ingat, yg pasti cafenya yang besar itu bersebelahan dgn sport center milik usahawan melayu yg sama. Nampaknya bisnes cafe dan sport centernya mendapat sambutan menggalakkan di sana. Bangga rasanya bila anak melayu berjaya seperti ini. Makanan yg dihidangkan pun boleh tahan sedap. Cuma beef steaknya aje agak keras sedikit, yg lain semua ok.
Esoknya, semasa dlm perjalanan pulang ke KL, kami singgah utk dinner di Kuantan bersama kenalan suamiku di Sri Affa steamboat. Steamboatnya biasa2 aje. Sesuailah dgn harganya yg agak berpatutan (RM 17.00 per person). Restorannya cantik dan kontemporari.
28 may 2010
Sempat ke PWTC - youth 10. Memang tak pernah plan pun nak ke event tu. Kebetulan Solihin datang dan ada dpt info sikit dari Arieda, so kami pun cuba jaya ajelah ke sana. Mana tahu ada rezeki dapat jumpa dgn Siti... hehe...
Dan alhamdulillah, selepas pusing2 dan hampir putus asa sebenarnya, sebab lenguh mendukung Solihin (ibunya lupa bawak stroller), dahlah tempat tu punyalah berliku, tp nasib menyebelahi kami, ada rezeki kami utk berjumpa dgn Siti. Seronok betul Adikku Fatin kerana dapat bertemu buat pertama kalinya dgn Siti. Dan Siti seindah biasa, menyapa dan melayan kami dengan mesra. Kata Siti.. " lama tak nampak kak ida..." (hehe... nak wat camner Siti...)
30 may 2010
Tengah sibuk2 bertugas tak menang tangan di restoran, tetiba Datin Norjuma dan suaminya melangkah masuk ke restoran. Apalagi, teruslah ida teruja, maklumlah bukan calang orang yg datang. Alhamdulillah, dapatlah beramah mesra sekejap. Datin dan Dato' begitu sporting dan baik orangnya.
Nampaknya selesai sudah kesah bulan Mei. Cukuplah dulu, lain kali sambung lagi kesah utk bulan Jun.
19 comments:
wahhh..syoknya jumpa datin norjuma...hehehe..restoren kak ida ni mesti femes habis!! hehe
intan... hehe... diorang kebetulan aje tu intan. tp kak ida mmg gembira sgt bila diorang datang.
wah lagi best ida jumpa siti dan datin norjuma...balik kpg ida pun best..seronok jln2 cari makan..
kak ida..syoknya dapat jumpa artis2...restoren kak ida selalu artis dtg eh??tgk gmbr makanan pon rasa nk nangis bb lama xsentuh mknn msia T__________T
laporrr
Ganah mung Da, hidup keliling selebriti saje hehe.
Aku duk napok kepok leko je dlm entry mung ni, ilang muka siti nge juma..kepok lawo lagi hahaha
kak sal... syukur, semuanya best kak. tp x leh lawan kg akak tu, ada sawah... mesti bestkan.
eka yucika, kebetulan aje tu, artis datang singgah.. tp kalau kak ida ada sana, dptlah kak ida ambil gambar... hehe.
o eka kat oversea ye sekarang. mesti teringin bila tgk gambar makanan msia kan. sori ye. so.. berapa lama lagi kat sana?
tukang campak,
zie, kepok lekor ganukiter mane boleh lawan ngan mende lain... terbaik msia ape... hehehe...
Hahaha...tak sampai 1001 kisah pun Ida. Anyway, happy sebab tengok Ida sihat dan happy. Baby Solihin nampak dah makin besar. Teruja juga nak rasa keropok lekor 008. Tak tahula mungkin pernah makan kot, sebab ada saudara bawa masa datang beberapa tahun lepas. Wah rumah baru..cantik2 . yelah... kita tak lama lagi beraya.
wah akak dah taraf vvip dah nih ;)
kak leeza, citer belum habis lagi tu.. bersambung lagi tu.. hehe.
terengganu mmg byk tempat jual keropok lekor kak. ada org suka 007 kat kuala ibai. dan setengahnya pula sukakan keropok losong.
solihin mmg dh besar sekarang. dia dh mula nak bercakap. apa2 aje yg keluar dr mulut dia.. hehe.
rumah ida biasa2 aje kak. rumah akak yg k.NB buatkan itu lagi cantik. ida suka.
nuar, yg vvip nya adalah customernya.. hehe... tp mmg teruja waktu diorang datang tu.
hehehe...slalu jgak lah kak ida blik kg then singgah kuantan kan?slalu jgak r sy mkan kat rstoran tuh ble rse nk mkan steambot..hehehe..
Jmpe ct lagi..bestnyer lah..
athira, sebenarnya dh lama sgt tak singgah kuantan. tu hari sebab suami akak dh berjanji ngan kawannya, itu yg singgah.
o thira selalu makan kat sana rupanya. dekat ke dgn rumah?
jumpa ct tu mmg tak sangka jugak sebenarnya, sebab dh hampir putus asa. hehe..
Xlah dekat jugak ngan rumah..rumah sy kat seberang..kene naik jmbtan tg.lumpur tuh...nk dekat2 area pantai sepat..
Sampai ct dh kenal..best tuh..xper2 lepas nie klau de rzeki slalu nk jmpe ct..hahaha..
meriahnyerr uooolsss.. ehehe
salam ida,
wah rumah besar kat belakang gerai keropok 008 tu rumah tokeh dia ke? memang peniaga berjaya tuh...
seronoknya melalui hari2 bertemu dgn orang2 yang diminati biarpun penat...huhuhu...
en_me, alhamdulillah, meriah.. hehe
kak ssm, betul tu kak. rumah besar tu mmg rumah tokeh dia. asalnya kedai kecik aje. skrg dh maju jaya.
alhamdulillah kak. mmg ramai sebenarnya selebriti yg singgah. tp kdg2 ida xde kat sana. pernah sekali tu lisa surihani dtg makan, tp sayang ida xde. adik ida pulak malu2 nak ambik pic dia.. hehe..
Post a Comment