Wednesday, September 29, 2010

RUMAH CENDAWAN

Salam ceria.


Ini adalah rumah cendawan. Ini adalah projek yg diusahakan oleh sepupu ida. Mastura namanya - kami panggil along. Along telah mengusahakan tanaman cendawan di atas tanah arwah ayahnya yang lama terbiar sepi kat sebelah rumah ida tu. Ida sempat melawat rumah cendawan along masa hari raya hari tu.

Kalau tengok pada caranya, mcm mudah aje. Sempatlah jugak temuramah si Along ni pasal projek dia ni. Projek ini kata along, mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak Kementerian Pertanian. Rajin dia. Along akan datang kutip cendawan yg dah matang setiap hari sebelum pergi kerja. Kiranya walau dh pakai baju cantik pun, tak payahlah nak risau baju kotor ke apa. Sebab keje petik cendawan ni simple aje.. just petik macam tu aje. Pakai baju raya pun boleh petik cendawan.. hehe..

Pic ni semua ida snap sewaktu pagi raya pertama. Kebetulan along datang beraya dan singgah kutip cendawan, ida pun ambik kesempatan meninjau sekali. Memang teruja tengok cendawan fresh depan mata. Ida ni pulak mmg suka makan cendawan, apa jenis cendawan semuanya ida suka.






Jelas along, setiap bekas benih cendawan tu boleh tumbuh cendawan sebanyak 6 kali pusingan. Bila dah petik sekali, kena rehatkan dia selama 1o hari untuk pusingan kedua. Nampak tak bekas telah di 'tape'kan tu. Itu maknanya 'tengah rehat'. Along buat projek ni secara sambilan aje. Semua cendawan yg dihasilkan dijual sendiri oleh along.


- cendawan yg telah dikutip. along ada bagi kat ida sikit hari tu..
terus malam tu ida buat sup cendawan... best!

- dua beranak tukang sibuk... hehe..
solihin suka sgt nak pegang cendawan tu...

- posing jgn tak posing... hehe...

Ohya! kata along lagi. Bila nak masuk rumah cendawan ni, tak boleh pakai perfume, sensitif katanya untuk cendawan ni..


- ini pulak rumah ida diambil gambarnya dari rumah cendawan along.. hehe..

Bestkan tanam cendawan sendiri. Kalaulah ida pun ada rumah cendawan ni.. senang betul. Bila2 aje nak masak cendawan, datang je petik kan... berangan si ida ni... hahaha.

Tuesday, September 21, 2010

35

2, 3 hari ni blog ida ada masalah. Entah kenapa bila dh view, tak sempat nak scroll down, otomatik masuk JENTAYU.COM. Dah byk kali ida cuba, tp hasilnya sama. So terpaksalah ida diam aje. Kawan ida ada cakap, lately ni byk blog yg kena malware. Ida ni bukannya terer sgt pasal ni semua. Mungkin blog ida pun termasuk yg 'kena' .. tak taulah.

Hari ni, bila ida bukak blog ida, ok pulak. So bolehlah ida sambung sikit entri yg dah ida draf ni.

Hari raya ke 5.
Kebetulan pulak hari raya ke lima jatuh pada hari lahir ...ida. 14 September. Maka genaplah umur ida 35 tahun. Sekejap aje masa berlalu. 35 , kalau dilihat pada angka tu, mcm dah tua kan. Tp ida ni tak rasa macam tu pun. Biasa aje, dlm hati rasa muda aje... hehe... entahlah, tp perangai kanak2 riang tu masih adalah sikit2... ceria dan cepat teruja.

Walau apa pun, ida sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang telah dilalui dan yg ada sekarang ini. Alhamdulillah. Suka duka, tawa riang semuanya sering bercampur datang dan pergi seiring dengan pengalaman yang bisa mematangkan diri.

Walaupun pada usia ini, ida belum dikurniakan rezeki utk menimang cahayamata, ida redha. Tapi ida percaya insyaallah rezeki itu akan datang jua utk ida. Kawan2... doakan utk ida sekali yea..

Dan hari itu juga, mama buat makan2 sikit kat rumah. Jemput sedara mara, jiran2 dan kawan2 mama. Kawan2 sekolah ida dan shah semuanya di luar Dungun, so tak jemputlah. Bukan sempena besday ida sebenarnya tp sempena raya. Mama masak nasi ayam dan laksa. Agak tergesa2 jugak kami memasak. Pulang dari beli barang jam 2.00 ptg. Jemputan akan mula datang jam 5.00. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


- ini tetamu pertama yg tiba... hehe. Kebetulan, datang beraya.
Arieda dan Cteey - dua beradik yg kini telah menjadi usahawan Simply Siti


- sepupu ida - dua beradik yg dulunya jd kawan sepermainan ida sewaktu di Gong Kapas.
Siti dan Sarah. Sarah sekarang tinggal di Semambu, Kuantan.

- ini pula Zie, seorang nurse. suaminya adik beradik Siti dan Sarah.

- anak2 sarah dan siti..

- Ini pula Teh Mie. Mak Sedara yg paling rapat dengan ida waktu zaman sekolah dulu.
Beza umur dgn ida lebih kurang 4 tahun. Dia aktif dgn business Tupperware. So setiap kali ida balik dungun mesti ida beli stok daripada dia.

- ini kawan mama bersama anak2ya. suaminya bekerja di sebelah kedai mama.






- ini aksi solihin sebelum majlis bermula. suka sangat dapat naik basikal. pantang nampak...


- tak kira motor siapa, nak naik aje.... mmg bapak borek anak rintik ni...



Sunday, September 19, 2010

BERAYA LAGI..

Hari raya ke empat. Kami beraya ke rumah Mak, panggilan ida utk nenek sebelah ayah kandung. Abah ida x dapat balik dr Kota Tinggi, kurang sihat katanya. Rumah mak dekat aje ngan rumah ida, bersebelahan kampung aje. Selain beraya dgn mak, kami pun dapat beraya dgn mak sedara ida, Su, satu2nya adik abah, dh bertugas di sarawak selama 8 tahun. Tp hujung tahun ni Su n famili akan kembali bertugas di KL, seronok betul dia dapat berita tu.

Rumah mak mmg banyak tanaman. Daripada ida kecil sampai sekarang mak dan arwah ki mmg selalu berbudi pada tanah. Klu imbas kenangan masa kecik, mmg ida sempatlah memetik kacang panjang, menyiram deretan pokok terung dan cili.

Kali ni, belakang rumah mak byk pokok tebu. Apalagi adik2 ida yg memang jakun tu sibuklah nak ambik tebu tu. Tapi diorang ni tak blh bezakan tebu mana yg dah tua. So terpaksalah mak tolong ambikkan .. hehe...





Dah dapat tebu, apalagi.. sibuklah makan tebu pulak. Lama dah tak gigit tebu mcm tu aje.. best jugak panas2 nih makan tebu. Si kecik tu pun bukan main suka lagi....

- dua beranak tgh syok makan tebu...


Lepas dapat tebu, si Hadi sibuk pulak nak petik kelapa muda.. tp pokok ni tinggi, mcmn nak panjat.. so dia pergi petik kelapa daripada pokok yg lebih rendah. Dapatlah 3 biji, tp kata mak kelapa tu belum ada isinya.. just boleh minum air kelapa muda ajelah..




ida nak suruh solihin posing kat situ, tp solihin ni aktif, tak nak duduk diam...


- bagi galah sebatang, barulah dia kusyuk main ngan galah tu...


Pokok mangga kat rumah mak dh habis berbuah, kalau tak sibuk pulak kami mengait mangga .. hehe...

SELAMAT HARI RAYA.....................

Sunday, September 12, 2010

PULANG BERHARI RAYA...


Salam Lebaran buat semua.....

Sebelum pulang ke kampung halaman tempohari, tak sempat nak ucap selamat hari raya kat kawan2 blogger.

Harap belum terlambat untuk ida mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. Semoga syawal ini disambut penuh gembira, bersama sanak dan saudara, generasi baru dan lama, ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa atau tercoret kesah yang lara. Minta maaf semuanya ya...

Ida pulang ke kampung pada hari rabu. Sepatutnya bertolak pada jam 12 tgh. Tapi bila dh sampai kat Gombak, dapat pula panggilan drpd staf memaklumkan bahawa van (yg diguna utk angkut makanan jualan restoran) tak hidup enjinnya. Terpaksalah patah balik ke 'kitchen' (jalan jam giler). Rupanya bateri dah abis langsung. Siap tukar bateri dah jam 4.00 lebih. So kami pun berbuka di KL ajelah. Plan nak balik kampung terpaksa tunda lepas berbuka. Dan ida sempat lagi pergi bertugas di restoran petang Rabu tu.. hehe.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah ida dapat beraya kat kampung halaman. Kesah beraya sama aje macam tahun lepas (yg dh cerita kat entry lepas), ke sana sini beraya, rumah sanak saudara, jauh dan dekat semua ada, pendekata segalanya ceria...


- tahun pertama solihin dapat main bunga api... bukan main suka lagi dia...


- ida dan ikin bersama handbag yang sama sebijik... hehe..
ida yang ikut ikin sebenarnya. Dia yg beli dulu, lepas tu ida berkenan so ida pegi beli..
tp sebelum tu tanya dulu ikin, boleh ke kak ida nak beli handbag yg sama ni.
kata ikin... eh takpe, tak kisah pun, so apalagi.. kan! hehe!


- tapai pulut daun getah. Ni kat rumah mak sedara nih...

- tahun ni paling banyak jumpa ketupat daun palas.
Mana2 pergi beraya mesti dpt hidangan ketupat bersama rendang.
Tp kat ganukiter ni, ketupat digoreng dulu sebelum dihidang kat tetamu..
makan panas2 cicah rendang... sedap!





Dan tahun ini ida berbaju kurung di pagi 1 syawal.. hehe. Dah lama giler tak pakai baju kurung ni. Rasanya ada dekat 7 tahun kot. Sejak2 ida terlebih saiz ni, mmg susah ida nak berbaju kurung. ada tak ada baju labuh dan seluar jugak yang jadi uniform ida.. hehe. Dan baju kurung ni pun ida beli siap aje kat Bazaar Jln TAR tu.. amacam ayu tak.. ekeke....


SELAMAT HARI RAYA..........................................


Saturday, September 4, 2010

BISKUT RAYA............


Salam di penghujung ramadhan.....

Entri ni atas permintaan Nurul, teman SZ yg juga junior masa kat uni dulu. Bila bercerita on the phone yg ida dh buat biskut nestum, nurul request suruh letak kat blog sekali ngan resepinya. So dgn senang hatinya ida letak kat sini. Ida memang suka sharing2 ni.. hehe...

Biskut Nestum, resepinya ida ambik kat majalah aje. Tapi tahun2 lepas tak berkesempatan nak buat. Baru tahun ni buat, kebetulan ada nestum kat rumah, so bolehlah. Tp bahagian tepungnya ida ubahsuai sikit, mix dgn tepung jagung, nak bagi lebih lembut... hehe..

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum / naik sendiri
1 cawan tepung jagung
1 camca teh baking powder
1 cawan nestum
250 g butter / marjerin
2/3 cawan gula halus (pakai blender je)
2 biji kuning telur

hirisan ceri merah dan hijau - utk hiasan nak bg cantiklah..
1 cawan nestum lagi utk salutan adunan

CARA-CARA:

1. butter dan gula - pukul hingga kembang. ida guna mixer, so taklah lenguh tangan nak pukul butter tu.. hehe.

2. Dah kembang, masukkan telur, pukul lagi biar sebati.

3. Masukkan tepung. Gaul adunan menjadi doh.

4. Buat bebola dan tekan biar leper sikit mcm biskut yg biasa tu..

5. Sadurkan kepingan tadi dgn nestum. Jgn lupa letak hirisan ceri tu.

6. Bakar - 180 darjah C.

7. Tunggulah sampai masak... hehe.

8. Dah siap.... dapatlah 2 bekas. Tapi satu bekas tu dah separuh... dimakan suamiku, sedap katanya... hehe.





Yang bawah ni pulak Biskut Kelapa. Yang ni mmg setiap tahun tak miss sebab feveret suamiku. Sebenarnya ida buat biskut raya yg senang2 aje. Yang susah dan leceh semua ida tak buat. Janji ada biskut raya. Buat sendiri jimat sikit, sikit ke? jimat banyaklah jika nak banding harga biskut raya sekarang. Tahun ni tahun ke- 5 ida buat sendiri utk dibawa balik ke Dungun.






Lepas ni nak buat biskut raya lagi. Tp tak tahu lagi nak buat biskut apa. Kena tengok dulu bahan apa yang ada... hehe.

Sebelum ida permisi, ida nak selit pic si kecik kejap yea. Bila kita ke dapur, dia pun rajin di dapur. Kita baru nak buat keje, dia dh naik atas kerusi menempel kat sinki. Rajin sgt nak basuh pinggan konon. Padahal nak main air. Bekas2 yang dah bersih dipunggahnya, dicucur air dan diletak semula ke rak... Habis sampai basah kuyup bajunya. Nanti ibu solihinlah yg bising sebab lepas tu kena tukar baju lagi. Mamanya cool aje.. hehe...





Jom semua... kita pakat buat biskut raya.....