Sunday, September 12, 2010

PULANG BERHARI RAYA...


Salam Lebaran buat semua.....

Sebelum pulang ke kampung halaman tempohari, tak sempat nak ucap selamat hari raya kat kawan2 blogger.

Harap belum terlambat untuk ida mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. Semoga syawal ini disambut penuh gembira, bersama sanak dan saudara, generasi baru dan lama, ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa atau tercoret kesah yang lara. Minta maaf semuanya ya...

Ida pulang ke kampung pada hari rabu. Sepatutnya bertolak pada jam 12 tgh. Tapi bila dh sampai kat Gombak, dapat pula panggilan drpd staf memaklumkan bahawa van (yg diguna utk angkut makanan jualan restoran) tak hidup enjinnya. Terpaksalah patah balik ke 'kitchen' (jalan jam giler). Rupanya bateri dah abis langsung. Siap tukar bateri dah jam 4.00 lebih. So kami pun berbuka di KL ajelah. Plan nak balik kampung terpaksa tunda lepas berbuka. Dan ida sempat lagi pergi bertugas di restoran petang Rabu tu.. hehe.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah ida dapat beraya kat kampung halaman. Kesah beraya sama aje macam tahun lepas (yg dh cerita kat entry lepas), ke sana sini beraya, rumah sanak saudara, jauh dan dekat semua ada, pendekata segalanya ceria...


- tahun pertama solihin dapat main bunga api... bukan main suka lagi dia...


- ida dan ikin bersama handbag yang sama sebijik... hehe..
ida yang ikut ikin sebenarnya. Dia yg beli dulu, lepas tu ida berkenan so ida pegi beli..
tp sebelum tu tanya dulu ikin, boleh ke kak ida nak beli handbag yg sama ni.
kata ikin... eh takpe, tak kisah pun, so apalagi.. kan! hehe!


- tapai pulut daun getah. Ni kat rumah mak sedara nih...

- tahun ni paling banyak jumpa ketupat daun palas.
Mana2 pergi beraya mesti dpt hidangan ketupat bersama rendang.
Tp kat ganukiter ni, ketupat digoreng dulu sebelum dihidang kat tetamu..
makan panas2 cicah rendang... sedap!





Dan tahun ini ida berbaju kurung di pagi 1 syawal.. hehe. Dah lama giler tak pakai baju kurung ni. Rasanya ada dekat 7 tahun kot. Sejak2 ida terlebih saiz ni, mmg susah ida nak berbaju kurung. ada tak ada baju labuh dan seluar jugak yang jadi uniform ida.. hehe. Dan baju kurung ni pun ida beli siap aje kat Bazaar Jln TAR tu.. amacam ayu tak.. ekeke....


SELAMAT HARI RAYA..........................................


12 comments:

en_me said...

sebijik sama.. ihihi

idasm said...

en me... hehehe...

sweetsal said...

selamat hari raya ida, maaf zahir dan batin..syoknya ida beraya kt kampung ye..

Nadiah Sidek said...

selamat hari raya kak ida :). masak apa raya ni?

idasm said...

kak sal tak balik kg ke. bestkan beraya kat kampung.

selamat hari raya kak.

idasm said...

selamat hari raya nadiah. mak kak ida masak nasi himpit kuah kacang bersama rendang aje. ketupat daun palas dan sate beli aje.. hehe

kaknik said...

salam.
Idaaaa..miss nya ketupat palas..dah banyak tahun akak tak makan.. rindunya ketupat arwah mak..goreng makan ngan ikan bakar pun sedap! huhuhu..sapa nak tlg buatkan ye hehehe

idasm said...

Kak nik,
makan ngan ikan bakar? menarik tu. mesti ketupat arwah mak akak sedapkan...

Dr Singa said...

tapai ubi daun getah..
best....

secangkir madu merah said...

salam lebaran ida...maaf lahir batin..

idasm said...

DS,
tapai ubi pun yg pakai daun getah yea.... kat ganu xde tu...

idasm said...

kak SMM,
selamat hari raya kak