Tuesday, July 14, 2009

HARI KELIMA BELUM BERAKHIR....

26 Jun 2009

Bila dah selesai kat Ocean Park, kami dihantar semula oleh bas kuning 2 tingkat tu ke hentian bas kat Admiral tu. Jadi agenda seterusnya seperti biasalah makan kat cafe chinese food tu.
Tapi kali ni suamiku nak rasa naik bas pulak. Lagi pula penat dia banyak jalan. Setiap kali nak ke cafe tu kami terpaksa berjalan berkolimeter pergi dan balik ke platform train MTR. Teringat lagi kata2 suamiku.. "mau turun 5 - 10 pound ni balik dr HK ni".

Jadi kami pun mulalah membaca nama2 tempat laluan bas di setiap tiang hentian bas yg ada kat tepi jalan tu. Akhirnya kami jumpa tiang utk bas no 1. Seronok suamiku sebab bas ni berhenti betul2 di depan hotel chatterhouse tu. Cafe tu cuma belakang hotel, jd tak perlulah menapak lagi.
Maka selepas petang itu, bermulalah era naik bas pulak bila nak ke mana2... hehe.
Tak lalulah nak guna MTR.. penat kata suamiku.

Usai dinner, aku ajak suamiku ke Times Square sebab aku dh setuju utk beli
beg Hedgren seperti cadangan suamiku. Malam masih awal. Bila naik ke tingkat 6, kami terpandang kedai Victorinox, suami cukup seronok sebab dia mmg bercadang utk beli pisau lipat kat situ utk kawannya. Tapi jurujual Victorinox ni mmg bagus betul. Suamiku yg hanya nak beli 1 barang, penyudahnya sampai 16 barang dibeli. Ada aja yg ditawarkan siap dgn diskaunnya. Dari pisau lipat bertambah ke pisau dapur, kemudian bertambah pulak kpd gunting dapur, can opener, key chain dan mcm2 lagilah. (kalau alat2 dapur tu, maknanya utk kegunaan kat dapurku lah..hehe)


Punyalah lama kat kedai Victorinox tu. "ni nak beli beg ida ke, nak beli brg abg ni, dh terbalik ni.." kata suamiku. " Entah abang ni.. " balasku bergurau.



Bila dah selesai kat Victorinox, kami ronda2 kat level 6 & 7, survey kalau2 ada pilihan beg lain. Tapi nampaknya takde yg menawan hatiku... hahaha. So kami turunlah ke foyer Lane Crowford utk membeli beg yg telah dipilih oleh suamiku. Aku cuma perlu pilih warnanya sahaja dan pilihanku seperti biasalah.. merah. Sebenarnya warna oren pun cantik jugak tp aku rasa elok kalau kutambah aje koleksi merahku.. hehe.

- posing ngan beg baruku.. ada rupa budak sekolah ke.. rupa mak budak ni.. hehehe.

Tiba di hotel, aku bergegas pula packing. Esok kami akan tukar hotel. Tercapai jua hasrat hati suamiku nak duduk sebelah cafe tu.

8 comments:

Anonymous said...

alahai cutenye akk posing dgn beg merah tu hehehe

wah borong abis nampak segala peralatan dapur kat kedai tu hehe

bestnye bergurau suami isteri ni... jeles ler plak hehe terasa betol romantik jugak org tgk couple ni yer amin3

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..salam
berapa kali tukar hotel tu ida? ha.ha..kalau akak malaslah nak tukar..nak packing tu..ya ALLAH malas sungguh Ida. Part paling malas masa travel pack n unpack..

idasm said...

TAJLENA: tu semua suami akak punya kerjalah tu. akak ikut aje. tima kasihlah doakan kak ida...


KAK YATI: hahaha... sekali aje tukar hotelnya kak. Yg itu hari dok survey kat Chatterhouse tu, baru berkesempatan nak tukarnya. Memang kalau ikutkan mmg malas nak tukar, tp nanti kalau x ikut kata dia, merajuk dia karang, lepas tu mulalah bad mood. Yg elok2 nak shopping terus x jadi nanti, ida jugak yg tugi nanti.. hehe.

Nur Athira Izzaty said...

Cntik2 beg tuh...hehehehe...
Bleh g skolah blik lpas nie..

arieda salsabella said...

wah..cutenya tgk kak ida possing ngan bag merah tu..heheh..teringat zaman sekolah dulu2 kan.

Dida... said...

Kak Ida...

Baju merah.. tudung merah... beg pun merah... hehehe... matching sungguh.. pandai pilih.. n pandai akak posing..

Ceria2 selalu ok..

nurul said...

salam kak ida, cantik la beg merah tu.. kalau anak nurul, haziq nampak beg merah tu mesti dia suka sbb dia pun suka warna merah..hehe..

idasm said...

athira: kalau akak pergi sekolah lepas ni sure kena gelak sb jd anak murid tertua.. hahaha

arieda: zaman sekolah memang seronokkan..

dida: tulah pasal semua merah. kalau nampak dek lembu jantan sure kena kejar kan.. hehe

nurul: o haziq pun suka warna merah ke. bagus3.. hehe