Thursday, July 9, 2009

SAMBUNGAN HARI KEEMPAT...

25 JUN 2009

Bila saja tiba kat cafe chinese food tu, kami cepat2lah order, maklum dah lapar giler. Hari ni aku pilih lauk daging masak tomato dan chicken wings. Berselera sekali kami makan, siap tapau lagi utk malam karang.




Yelah, lepas ni nak sambung balik perjalanan kami. Nanti bila dah letih sure lapar semula. Harga makanan kat sini lebih kurang mcm kat Chung Kin Mansion jugak. Dlm RM 25.00 - RM 30.00 utk sepiring lauk. Cuma nasi putihnya lebih murah, HK 10.00 = RM 5.00.

Selesai makan, suamiku singgah kat Hotel Chatterhouse bertanyakan bilik. Nampaknya hajatnya utk berpindah bilik masih ada. Aku pun malas nak bantah, ikut ajelah, after all suamiku yg tanggung semua. Asal dia puashati, aku ok ajelah.

Kami teruskan perjalanan ke Mong Kok utk ke Ladies Market. Destinasi no 3 dan 4 nampaknya melepaslah. Seperti biasa kami ambil train kat Queensway Bay yg di bawah Times Square tu. Sewaktu lalu kat situ, suamiku tergoda pulak dgn aroma kopi daripada kopitiam yg ada kat situ. Aku layan aje.. jadi kami pun singgahlah kat kopitiam tu minum secawan kopi, 2 keping roti bakar dan 2 biji telur separuh masak. Semuanya berharga HK25.00.



Tiba di Jalan Nelson , Mong Kok... punyalah ramai umat manusia. Rupa-rupanya kat sini lebih meriah. Kiri kanan, depan belakang , semuanya dengan hal masing2. Aku sempat klik2 2 keping kat tengah2 riuh rendah orang ramai tu.



Kedai Nike, Adidas ada di mana2 sahaja. Seven Eleven mmg byk. menurut suamiku 7 11 yg paling byk adalah kat HK.. patutlah!

Sebenarnya suamiku berhajat utk membeli kasut Asics. Sebab kasut Adidas yg dipakainya tidak memberi keselesaan spt Asics. Suamiku telah tersilap jangkaan. Sepatutnya kasut Asics itu yg dipakai dr KL ukt ke HK, tp entah mcmn dia sarung kasut Adidas. Jadi bila kena menapak dan menapak.. mulalah dia rasa tak selesa. Aku pulak mmg dh bawa kasut Nike siap2, sebab dah tau mesti byk jalan kat sini. Tapi sebab dah beli pulak sepasang kat The Peak tu hari, jadi bolehlah gilir2.. hehe.

Malangnya kasut Asics tidak dijual di sini. Dah berbelas kedai dah singgah, tp kasut tu still takde yg jual. Bila singgah kat kedai Nike, aku pilih sehelai bermuda untuknya. Sebenarnya saiz utknya memang susah nak dpt, tp entah mcmn sekali aku pilih dan tanyakan saiz, ada pulak yg muat utknya.

" bini abg ni kalau bab memilih dan cari barang utk abang memang terer, tak boleh dinafikan" kata suamiku kpdku. Aku ni mmg suka sgt shopping, jd tak heranlah..

- sewaktu membayar seluar suamiku.

Kemudian kami masuk ke Ladies Market. Market ni lebih kurang mcm Petaling Streetlah kalau kat KL. Nama aje Ladies Market, tp brg2 utk lelaki dan anak2 pun ada jugak. Masuk aje kat situ, suamiku bertegur sapa dgn seorang penjual jam branded imitation, seorang Pakistani.
Dia memberitahu suamiku, brg2 branded imitation kat sini semuanya takleh pakai. Jam tangan cepat rosak. Handbag akan putus tali selepas 2, 3 kali pakai.

Aku yg sememangnya berhajat nak beli beberapa handbag, terus diberi larangan oleh suamiku. Jadinya kami jalan2 ajelah. Tapi aku dpt jugak beli 5 buah beg syiling yg tertulis HK sebagai ole2. Last sekali aku terjumpa blaus pink yg ada saizku. So aku beli 2 helai. Satu pink dan satu lagi berwarna hitam.


Keluar dari sana kami ronda2 lagi. Masuk keluar kedai. Saja2 singgah, window shopping pun ada. Tapi akhirnya hajat suamiku utk mendapatkan kasut yg selesa (sebab saiz badan kami ni over kan) tercapai. Kami singgah kat satu kedai ni. Aku lupa nama apa. Tapi kedai ni menjual semua outfit dan peralatan yg diperlukan utk aktiviti luar, contohnya main ski, panjat gunung, ekspedisi dan sebagainya. Selepas memberitahu specialist kasut kat situ, dia telah mencadangkan sepasang kasut ni berjenama Solomon kat suamiku. Suamiku pulak selepas mencubanya terus berkenan. Ternyata inilah kasut yang dicari selama ini. Masa suamiku sibuk dgn kasutnya, aku cuma duduk dibangku shj. Sekadar melihat shj, mmg tak larat dah nak tengok2, penat tahap gaban. Yang pasti mat salleh pun ramai jugak yg membeli kasut dan peralatan kat sini.

Tapi siapa sangka, cempedak menjadi nangka... eh bukanlah, entah mcmna, asalnya aku disuruh cuba, kemudian bgtahu rasa, aku pun cakaplah memang selesa.. tersangatlah selesa. sekali suamiku cakap ida belilah juga... heheheh.... apalagi tersenyum lebar sampai ke telinga, sebab dapat kasut kedua...

- inilah rupa kasut solomon yg best giler tu...

Daripada Mong Kok utk balik ke hotel kami, cuma selang 2 stesen aje. Jadi lepas dah beli kasut, kami pun pulanglah ke hotel.. fuh penat giler. Pengalaman naik train ke sana ke mari, mengejar destinasi hari ni.. terasa diri bagai beraksi dlm Amazing Race... hehe... pengalaman yg menjadikan kami lebih biasa dgn MTR. Walau terlepas 2 destinasi, namun kami tetap berpuashati dan enjoy... hehe...

Esok kami kami akan ke Ocean Park. Rasa tak sabar sungguh menanti hari esok... selamat malam!


11 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ida..nasib tak beli t-shirt kat ladies night tu..
dulu belikan ojan t-shirt, sampai sepuluh kali basuh pun masih menurun warnanya.
ida tak masuk ke butik espirit yang terkenal dihongkong tu..mana2 ada..ha.ha..akak sizenya tak muatlah ida..

Tukang Campak said...

Ida..haha aku very the bz la lening..mlm2 sibuk nge homework bdk2 lagi, nok masok lauk utk esoknya lagi..blabla..last2 terlepek atas sofa tido 2 branok nge Hannah.

Memang dok dang nok godek gambor GC..dok apa ah..mung perabih citer HK mung dulu eh pahtu aku follow hahaha

sorry dok call back that day sbb balik2 je dkt 2.30 doh, aku klu bleh nok bual lame sket nge mung. Janji manis lagi..hehe

Tukang Campak said...

btw..ganah gile kasut solomon. Org beli wak naik gunung mung wak jallang jek, kellas..haha

arieda salsabella said...

betsnya shoping..ida suka tu..heheh

idasm said...

La.. ye ke kak .. mmg ada hati jugak nak beli t-shirt kat sana sebab murahkan. sib baik tak beli, klu tak sama nasib ngan t-shirt Ojan ye.

Butik Esprit.. sekadar window shopping ajelah kak sebab dh tau xde size... hehehe. kak sana kedai branded berlambak kat mana2 aje kan kan..

Zie.. siang jugok aku dgr rutin harian mu... bukan senang nok urus anok2 ni.. dok heranlah kalu last2 lepek kat sofa tu.. ishk.. mesti penat giler tu..

dakpe zie.. aku paham.. slow2lah yea.. aku tunggu...hehe...

kasut solomon ganas ke.. hahaha...
tp jenama ni aku dok rajing juppe lagi kat mesia..

arieda: .. shopping.. biasalah kita nikan.. tp kat HK masih sedar diri lagi.. cuba kat sogo.. mesti shopping tak ingat punya.. hahaha..

Dida... said...

Salam Kak Ida...

Waahh.. syoknya g jalan2 ke Hong Kong.. ni ada lagi dkt sana ke? akak ikut pakej ke sendiri2? senang tak nak dpt restoran halal dekat sana?

ish banyak tanya plak saya ni kan...

anyway.. thanks ya coz sudi singgah ke blog saya... nanti saya nk dtg lagi ke sini... nak baca cerita akak di HK lagi... best tu...

Leeza said...

salam ida, tgahari singgah kat blog u, tetapi bila tgok gambar manok goreng....lom habis download akak tutup terus sebab puasa....dah la tadi kena goda habis.....Waw..shopping sakan ida ye. beg syiling tu cantik especially yang warna purple.hehehehe.

idasm said...

Salam dida.. tima kasih juga sudi singgah ke sini. soalan dida semuanya ada dlm entri terdahulu... hehe..
akak sekarang dh ada kat KL dah. tu semua catatan kenangan sebab tu ada tulis date kat atas setiap entri.

kak leeza: akak ni.. tengok gambar pun boleh tergoda.. jgn kak.. kuatkan iman.. hehe.
beg purple tu berkenan ke.. semuanya masih ada belum bg sapa2 lagi. nanti akak emel address kat idalah yea..

ain said...

ida...kat sana makan mmg mahal2 ke..??terkejut gak tengok harga mkanan dia org.

Nur Athira Izzaty said...

SDapnye aym tuh...hahahah...fav r..

Ske beg yg bntuk love tu...dh r wrne blue..

idasm said...

kak ain.. bukan makanan aje.. brg2 pun mahal kat sana.

athira..o suka makan ayam goreng yea...