Wednesday, July 8, 2009

CATATAN HARI KEEMPAT...

25 JUN 2009


Sebenarnya aku menyesal sangat tidak membawa laptop dan beberapa novel yg belum kubaca ke sini. Ternyata banyak waktu luangku di waktu pagi dan sebelum tidur, yang boleh kuisi jika dua benda itu kubawa bersamaku. Penyudahnya.. booklet dan pamplet HK jugaklah yg kuulang baca dan belek setiap hari. Hinggakan aku boleh hafal semua nama tempat menarik yg ada di sana.

Untuk hari keempat ni, aku telah mencadangkan beberapa tempat yg pada fikiranku, menarik utk dilawati.

1. Ping Shan Heritage Trail di Yuen Long
2. Lei Yue Mun Seafood Bazaar di Kwun Tong
3. Kowloon Walled City Park di Kowloon City
4. Flower Market di Mong Kok
5. Ladies Market di Mong Kok

Maka seperti biasa lepas Zohor, kami pun mulakan perjalanan lawatan kami... chewah.. mcm ia2 aje bunyinya kan. Kami akan menggunakan servis MTR sepenuhnya. Destinasi 1 dan 2 sememangnya jauh. Kami perlu tukar train di beberapa stesen interchange. Untuk memudahkan perjalanan dan lebih ekonomi kami membeli 2 keping Tourist Day Pass yg berharga lebih kurang RM 25.00 sekeping. Pass ini boleh digunakan di semua stesen tanpa had untuk tempoh 24 jam.

Jika di KL terdapat 2 line LRT. Manakala di sini terdapat 11 Line MTR. Setiap satu Line mempunyai lebih daripada 8 hentian stesen. Kami mulakan perjalanan daripada tempat yg jauh terlebih dahulu iaitu Heritage Trail.

Daripada stesen Jordan (Tsuen Wan Line), kami perlu melepasi 7 hentian stesen dan bertukar train di Stesen Mei Foo. Daripada Mei Foo, kami teruskan perjalanan MTR kami melepasi 4 stesen dan berhenti di Stesen Long Ping. Sewaktu tukar train di Stesen Mei Foo, kami perlu berjalan lebih kurang 1 kilometer.



Bila tiba di Stesen Long Ping, kami terus bertanyakan kaunter informasi tentang Heritage Trail. Rupanya Pagoda tu cuma sebelah stesen MTR tu aje. Satu-satunya bangunan lama yg ada di situ. Suamiku geleng kepala.

" ni aje ke?" tanya suamiku
" ntah.. ye kot." jawabku.
" tp kat situ tulis ada beberapa bangunan lain lagi, Pagoda ni salah satunyalah.." jelasku lagi.
" mesti ramai hantu kat sini" kata suamiku lagi.
" ish.. abg ni.. " jawabku sambil gelak.



Rasa mcm tak berbaloi sgt jalan jauh2.. tapi ini aje yg dapat. Tapi kami tetap klik2 sebelum naik semula ke Stesen Long Ping.


Sewaktu dalam train ....

" habis lintang pukang" kata suamiku.
" apa yg lintang pukangnya bang?" tanyaku .. munykil.
" hantu yg ada kat sanalah, lintang pukang diorang lari bila ida datang ambik gambar kat situ tadi. ida aje yg dtg after 10 years.. " selamba suamiku jawab.
Aku terus ketawa guling2.

Suamiku agak kurang puashati dengan lawatan pertama kami tadi. Tapi apa boleh buat, masing2 takde pengalaman, main belasah aje.

" tulah, nape abang tak cek ngan hotel dulu pasal tempat ni. Ida bukannya tahu pun, tengok gambar dan details nya.. mcm menarik" kataku.

" takpelah...bukan salah ida pun" sela suamiku lagi.

Kami teruskan perjalanan ke destinasi kedua. Hajat di hati nak meninjau seafood kat sana. Hari dah petang, kami belum lunch lagi. Daripada Stesen Long Ping, kami tukar train kat Stesen Mei Foo. Tapi waktu nak bertukar stesen tu, aku terpandang satu taman yg menarik kat sebelah stesen tu. Lantas ku ajak suamiku singgah sekejap. Kami pun ronda2lah kat taman ni. Memang cantik taman buatan ni. Selesai klik2 , kami pun terus naik train.





Selepas 5 hentian, kami bertukar train lagi di Stesen Prince Edward menuju ke Stesen Yau Tong. Kami tiba selepas melepasi 12 hentian stesen.. fuh jauh tu. Kucadangkan kat suamiku utk nap sekejap. Sementara aku berjaga agar tidak terlajak.

Bila tiba kami ambil teksi utk ke Seafood Bazaar. Teksi kat sini mahal. Duduk aje, meter dh terpampang HK 18.00 = RM 9.00. Sekejap aje sampailah kami. Tapi kami agak terkejut, bukan seperti yg kami sangka. Kat sini pilihan seafoodnya merangkumi rangkaian seafood mewah / eksotik.

Sangka kami ada ikan, sotong, ketam, udang mcm kat Msia. Then boleh suruh diorang bakar ke apa. Jauh meleset drpd yg disangkakan. Kata suamiku.. ini seafood ekslusif ni. Mahu abis RM1000.00 sekali makan ni. Aku sekali lagi rasa bersalah. Yelah yg pilih tempatnya aku.
Walau bagaimana pun suamiku merisik2 juga, tapi ternyata selepas menimbang seekor lobster yg beratnya dlm 2.5kg, kami rasa tak berbaloi utk makan di sini.




- mcm2 seafood yg pelik2 ada kat sini.

" takpelah bang, kita tak payah makanlah kat sini, kita ambil gambar aje yea" kataku. Yelah kalau nak perabih dlm RM 500 - 1000.00 sekali makan, memang sgtlah tidak berbaloi, baik aku makan kat hotel kat KL, lagi puashati.

Aku sekali lagi minta maaf kat suamiku. Kesian pulak aku kat suamiku. Perutnya dh berkeroncong. Aku cukup risau bila suamiku dah lapar. Takut pitam ke apa. Jam dah pukul 4.00 petang. Kat situ pulak takde McD, kalau ada senang sikit.

Aku dapat lihat air muka suamiku yg keruh menahan lapar dan penat. Dgn nada tak puashati, suamiku tanya "kalau kita pergi makan kat tempat semalam tu jauh ke?" Aku cepat2 refer kat MTR system map yg sentiasa ada dlm begku.

Takdelah jauh mana... kita cuma tukar train sekali aje. Daripada sini kita tukar train kat stesen Quarry Bay (Tseung Kwan O Line) dan lepas tu terus ke Causeway Bay (Island Line), dlm 5 hentian stesen aje bang" jelasku. Aku rasa lega sangat sebab system MTR nya yg bagus membolehkan kami tiba ke tempat makan tu dlm masa yg agak cepat.

...................... bersambung...................

7 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida kalau ke hongkong ni, free n easy memang agak letih..mesti ada tour..senang dia bawak aje makanan halal tak halal..lepas tu bawak naik bas..
kecuali ke china, kat sana banyak restoran makanan arab dan ramai islam..
akak pergi mana2 memang tak suka pergi temple and muzium. tak tau kenapa..he.he..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida kalau ke hongkong ni, free n easy memang agak letih..mesti ada tour..senang dia bawak aje makanan halal tak halal..lepas tu bawak naik bas..
kecuali ke china, kat sana banyak restoran makanan arab dan ramai islam..
akak pergi mana2 memang tak suka pergi temple and muzium. tak tau kenapa..he.he..

Nur Athira Izzaty said...

Bsarnye lobster...hahahaha...
Tpi klau hrganya cm tuh mmg x berbaloi nk mkan...
Rse syang plak...

Anonymous said...

bestnya kak ida..
jeles nih...
hehehehehehe

idasm said...

tulah kak yati... ida dh tanya tp suami ida tak nak. terpaksalah ikut dia. lagi satu kalau ikut pakej lagi jimatkan kak.

athira.. bukan lobster aje yg besar, bermacam jenis lagi yg pelik2 n tak tau nama semua ada... hehe

siti june.. insyaallah ada rezeki situ june jln2 oversea satu hati nanti..

arieda salsabella said...

alahai..kesiannya..
tp biasalah kak ida..bila jalan2 kat tempat org ni..semua tu kenangan terindah pe..kite belajar sesuatu,kan..apapun..lepas ni letak lah pic byk2..heheh..nak tengok ni

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]windows software for sale, [url=http://firgonbares.net/]cheapest oem software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] star trek themes for windows xp cheap software world
order software program [url=http://firgonbares.net/]adobe software discounts for[/url] sell second hand software
[url=http://firgonbares.net/]coreldraw graphics suite x4 v14.0.0.567 keymaker only-core[/url] can i buy photoshop for
[url=http://firgonbares.net/]buy software to convert[/url] adobe 7.0 software
software price compare [url=http://firgonbares.net/]pirated software canada[/b]