Friday, July 17, 2009

SEMENTARA MENUNGGU...

Hari ini aku sibuk dan letih. Selesai urusan di Jakim, Putrajaya, kami terus ke Sri Ternak Food Mart kat Selayang utk ambil separuh lagi barang2 keperluan catering. Petang tadi, driver kami dah ambil tapi tak muat pulak vannya.


- sebahagian alas meja yg digunakan di JAKIM


- loading barang kat Sri Ternak

- terpaksa berbuka puasa di Alamanda, Putrajaya. Kami makan steambot kat Restoran Johnny.

Pukul 12.00 mlm td, singgah kat rumah sebentar. Sempat layan blog sekejap... hehe.. ibarat irama dan lagu.. tak boleh dipisahkan..

Pukul 12.30 - ke restoran semula utk masak. Kali ni aku tak masak kat rumah sebab sinki buat hal. Jd utk memudahkan urusan, aku masak kat restoran ajelah.


Oleh kerana kuantiti yg nak masak tu banyak. Jadi aku terpaksa buat 3 kalilah sebab kalau sekali tak muat kuali.
Ni waktu aku taip entri ni... sambal tumis daging telah siap dimasak, dah sampai rumah dah pun.



Sementara menunggu waktu utk bertolak ke Jakim, sempatlah update blog dulu... hehehe. Sebenarnya Jakim nak makan pada pukul 8.30 pagi. Sebab tulah kami kena bertolak seawal 5.00 pagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. So sebelum pukul 6.00 pg, kami dah tiba kat Putrajaya. Ada lebih kurang 2 jam utk kami siapkan 4 buffet station dan 11 meja VIP hidang.

Oklah.. minta diri dulu yea... nak pergi berjuang ni... hehe..

2 comments:

Dida... said...

Selamat berjuang kak Ida... dlm sibuk2 tu sempat jugak tinggalkan pesan dkt blog saya.. tharu sangat...

Moga akak sentiasa beroleh rezeki yg banyak di masa akan datang.. amin..

idasm said...

dida: perjuangan dah selesai. alhamdulillah. kak ida sekarang mmg rajin layan blog..
dida tima kasih atas doa. Insyaallah, semoga dida jua begitu... amin.