Showing posts with label langkah di persada. Show all posts
Showing posts with label langkah di persada. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

KISAH SELINGAN

Hehe... sebelum Ida teruskan kisah Mei, ada selingan sikit untuk dikongsi bersama...


Sewaktu hantar mama berangkat menunaikan umrah - 22 Mac 2012. Mama pergi dgn geng surau dia seramai 6 orang. Ida dan suami lah yg tolong uruskan segala proses yg berkenaan termasuklah bawak ustaz yg nak bagi kursus umrah dari KL ke Dungun seminggu sebelum tarikh berangkat. Alhamdulillah tercapai hasrat hati mama nak jejakkan kaki ke Mekah.


- Kenal tak sapa dgn Ida ni. Artis Natasya Hudson, rupanya dia satu grup dgn mama. Terserempak dgnnya sewaktu nak berlepas. Disebabkan dia pegi sorang, ejen masukkan dia sama2 ngan geng mama sebab dia takde mahram. Lepas dia balik dr mengerjakan umrah ni, terus dia bertudung.



 
- ini pulak adik2 Ida bergaya dgn jubah baru dr Mekah. Bila mama balik dr sana, diorang semua datang dr Perak untuk berjumpa mama. Sempatlah mama kat rumah Ida 2 malam sebelum balik ke Dungun. Budak kecik yg cute kat depan sekali tu... anak Ida, Solihin... comelkan dia... hehe. Mama seronok sangat dapat mengerjakan umrah, dapat cium Hajar Aswad dan berdoa di pintu Raudah.

 - ini pula gambar 3 beradik yg hampir jadi anak angkat kami. 6 tahun lalu... ayah diorang datang jual anak2 yang masih kecil ni kat suami ida. (Rasanya ayahnya seorang penagih, manakala mak diorang lari) Ayahnya nak jual sorang2... tp suami tak sampai hati nak pisahkan diorang... ambik 3 orang sekali. Tapi seminggu lepas tu.. atuk diorang datang tuntut diorang ni. Disebabkan pertalian keluarga, suami serah anak2 ni kat atuk diorang. Masa tu yang paling kecil umurnya baru setahun lebih. Seminggu menangis aje yang kecik tu...


Masa gambar ni diambil, bulan April, diorang datang dari Baling ke KL untuk proses memohon surat beranak. Anak no 1 dan 2, masib belum ada surat beranak. Suami refer kes diorang direct kepada Dato' Juriah yg juga merupakan kenalan lama kami. Alhamdulillah, waktu entri ni ditulis surat beranak diorang dah pun siap.Yang berbaju hijau tu merupakan atuk diorang. Walaupun atuk diorang ni hidup susah, tp beliau tetap berusaha membesarkan cucu2 diorang. Sekarang yang paling kecik umurnya darjah 1. Dan sampai sekarang ayah dan mak anak2 angkat ida ni masih menghilang dan tak pernah menjejaki anak2 diorang.
(tp sebenarnya ida dah terjumpa blog dan fb mak diorang dan nampaknya fbnya lama tak berupdate, tp blognya ada jalan jugaklah.. )

Sekian.... kisah selingan daripada Ida..


Thursday, February 11, 2010

RUTIN BARU...

Sejak pulang dr kampung halaman tempohari, jadual harianku berubah lagi. Kalau dulu, waktu bertugasku di restoran adalah selepas maghrib. Tp sekarang waktu bertugasku bermula jam 10.30 pagi hingga ke petang. Ini semua gara2 menu baru yg diciplak dr kedai makan mama.. hehe..

Memasak memang kegemaranku. Jadi bila suamiku berminat nak mencuba menu baru ni di restoran, ku memang tiada masalah. Jadi menu baru ni totally di bawah jagaanku... hehe.

Makanya setiap pagi ku akan ke restoran untuk memasak segala yang berkaitan dgn menu baru ini. Dan alhamdulillah sewaktu entri ni ditulis, dh berjalan lebih kurang sebulan, dan sambutannya juga alhamdulillah, tidak mengecewakan. Ramai pelanggan suka sebab ada pilihan lain selain nasi beriani.


Gambar di atas, tlh diambil 2 minggu lepas. Sedang dok klik2 nilah, Nuar dan anak sedaranya Ajim datang. Tak sangka pulak dapat jumpa diorang kali ni. Waktu tu sebenarnya ku dah nak balik ke rumah dah. Langsung tak jadi balik, temankan diorang dulu.. hehe. Seronok jugak sembang ngan diorang ni.

Buat Nuar dan Ajim, terima kasih byk2. Dh 2 kali dah dtg makan kat sini.
Ini kali ke 3. Terima kasih sebab jadi customer kami. Hehe. Lain kali kita jumpa lagi yea.

Saturday, October 10, 2009

AKTIVITI SEPANJANG SYAWAL...

ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA RAHMAT DAN REZEKIMU... YA ILAHI...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga begitu, kami mendapat tempahan catering utk open house atau jamuan raya begitu banyak sekali. Bukan niatku untuk menunjuk2 / riak, cuma sekadar berkongsi kegembiraan dan kepuasan atas rezeki yg dilimpahkan...

Bermula pada hari Sabtu, 26 September, kami mendapat 3 tempahan utk delivery sahaja.
Pertama di PJ, pelanggan kali pertama. Kedua, Ajue, teman sejak dari sekolah rendah hingga U. Ajue telah mengadakan jamuan raya kecik2 aje kat rumahnya di Shah Alam. Dan ketiga, regular customer kat Bangsar.


- di rumah Ajue...

Manakala keesokan harinya, 27 Sep 2009, kami mendapat tempahan open house from our regular customer. Menunya pelbagai jugaklah. Nasi beriani al-bukhari, ayam masala, dalcha, acar, char kuey teow - goreng di lokasi, sate, roti jala, abc, sirap tropika dan teh tarik. semuanya utk 200 orang. Char kue teaw mendapat sambutan hangat sekali, dan aku heppi!.. hehe..



Minggu depannya pada 3 Oct 2009, kami mendapat 2 tempahan drpd pelanggan berlainan. Satu di Tropicana Indah sebanyak 700 pax, nasi beriani albukhari ayam dan kambing beserta teh tarik.

- kat tropicana ...


Manakala satu lagi di PJ sebanyak 200 pax. Yg ni menunya juga menarik. Nasi beriani albukhari, ayam masala, dalcha, acar, kambing panggang 2 ekor, laksa utara, sate, nasi himpit kuah kacang, abc, sirap tropika dan teh tarik. Oleh kerana 2 tempahan, aku dan suamiku ke hulu dan ke hilir, sekejap ke Tropicana, sekejap ke PJ, sehinggalah semuanya selesai pd hari itu.


- setting dah siap, sementara menunggu tetamu tiba, tuanrumah izinkan kami petik buah rambutan yg masak ranum di pohonnya...

- testing abc... sebelum tetamu tiba, caterer kena rasa dulu... hehe...

- pelakon rozi rashid ni salah seorang tetamu yg hadir, aku sebenarnya nak ambik pic dia sorang aje, tp dia pulak pelawa nak bergambar berdua... layan ajelah... hehe..

- laksa utara... hasil masakan ku........



Minggu ni pula, kami mendapat tawaran menganjurkan event raya utk Jakim juga. Jadi minggu ni beberapa hari kami ulang alik ke Putrajaya utk meeting dan lawatan tapak event.

Hari ni, 9 Oct 2009, kami selesai satu catering di Bangunan Getah Asli utk 400 pax. Inilah tempahan yg mengandungi senarai menu yg agak panjang. Nasi beriani albukhari, ayam masala, dalca tulang kambing, acar. sate ayam / daging. lemang , rendang ayam, rendang daging, roti jala, kuah kari ayam, nasi himpit kuah kacang, kambing panggang 3 ekor, laksa utara, abc, sirap tropika dan teh tarik. Waktu makannya 1.30 - 6.30 ptg. Tahun ni merupakan tahun ke-3 , syarikat ni order dari kami utk open house raya diorang. Dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua happy. Berbaloilah aku dan adikku Hadi berjaga malam menyiat 20 kg isi ikan utk dibuat kuah laksa sebab ramai yg puji sedap! habis semuanya.. hehe.





- yg ni pulak, tuanpunya hati takde kerja, sementara menanti.... hehe..

Esok, kami mendapat tempahan daripada pelanggan drpd Bandar Sunway. Nasi tomato, ayam masak merah, acar, minuman sirap dan teh tarik. Kuantitinya cuma utk 150 orang aje.

Esok pula kami akan ke Putrajaya utk membuat persiapan event pada hari Isnin. Jakim mengadakan jamuan rayanya di Masjid Putra, Putrajaya utk 1200 pax. Yg ni detailnya akan ku masukkan kat entry seterusnya yea.

Terima kasih semua..........................

Friday, July 17, 2009

SEMENTARA MENUNGGU...

Hari ini aku sibuk dan letih. Selesai urusan di Jakim, Putrajaya, kami terus ke Sri Ternak Food Mart kat Selayang utk ambil separuh lagi barang2 keperluan catering. Petang tadi, driver kami dah ambil tapi tak muat pulak vannya.


- sebahagian alas meja yg digunakan di JAKIM


- loading barang kat Sri Ternak

- terpaksa berbuka puasa di Alamanda, Putrajaya. Kami makan steambot kat Restoran Johnny.

Pukul 12.00 mlm td, singgah kat rumah sebentar. Sempat layan blog sekejap... hehe.. ibarat irama dan lagu.. tak boleh dipisahkan..

Pukul 12.30 - ke restoran semula utk masak. Kali ni aku tak masak kat rumah sebab sinki buat hal. Jd utk memudahkan urusan, aku masak kat restoran ajelah.


Oleh kerana kuantiti yg nak masak tu banyak. Jadi aku terpaksa buat 3 kalilah sebab kalau sekali tak muat kuali.
Ni waktu aku taip entri ni... sambal tumis daging telah siap dimasak, dah sampai rumah dah pun.



Sementara menunggu waktu utk bertolak ke Jakim, sempatlah update blog dulu... hehehe. Sebenarnya Jakim nak makan pada pukul 8.30 pagi. Sebab tulah kami kena bertolak seawal 5.00 pagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. So sebelum pukul 6.00 pg, kami dah tiba kat Putrajaya. Ada lebih kurang 2 jam utk kami siapkan 4 buffet station dan 11 meja VIP hidang.

Oklah.. minta diri dulu yea... nak pergi berjuang ni... hehe..

Sunday, May 10, 2009

DI BALIK TABIR....

Bila kami sampai aje kat lokasi event ... DEWAN MES .. 80% kerja dah siap. Boss pun tersenyum puashati, bila tengok semua dah siap. Makanan dan minuman semua dah tiba dari restoran. Pinggan dan gelas semuanya dah bersusun cantik kat atas meja makan. Tinggal nak letak food aje dalam insert2 dome tu.
- Dalam periuk2 tu.. ada nasi beriani dhubai, ada kambing kurma lada hitam dan ada sayur brokoli kentang dan juga ikan tenggiri. Dalam food containers tu pulak ada kuah kari ikan. Pengat pisang dan acar buah ada kat meja sebelah.. tak nampak dari sini.


- yg ni pulak sebahagian air minuman... buahan tropika. Tea / Coffee pun ada kat meja sebelah.

Utk 24 meja biasa, alas meja dan riben warna biru. Cantik jugak... pakai set biru ni.. sebenarnya alas meja biru dan riben biru tu kami buat khas utk majlis diorang ni.. Manakala utk 8 meja VIP dan 3 meja VVIP, guna alas meja krim dan riben gold... amacam cantik tak... hehe..

- meja biasa. Nampak tak kad2 menu atas meja tu... hehe...

- meja VIP


Aku pulak, terus aje letak bunga2 tu kat meja VVIP dan serahkan rose & orchid petals kat Ayu , minta dia taburkan atas semua meja2.



- adik2 crew diarahkan olehku utk memakai vest rasmi catering. Dalam tong biru bertindih dua itu ada ayam tandoori.

- aku tolong Ayu buat labelling utk minuman.

- adik2 crew sedang memasang lilin dalam dome bagi memastikan hidangan sentiasa panas.

- sempat posing utk kenangan...

Tepat jam 7.30 malam, kami mulakan operasi memasukkan semua makanan ke dalam insert2 dome, seterusnya menghantar hidangan ke meja makan.

- boss tunjuk skill dulu... hehe...

- inilah yg dikacau boss tadi. kambing kurma lada hitam.

- yg ni pulak kari ikan tenggiri masakankulah... hehe...

Itu aje yg sempat kuklik sepanjang operasi tadi. Yang lain tak sempat sebab aku pun turut sama membantu...

Bila semua jemputan mula makan nasi, kami pulun buat dessert pulak. Menyusun buah-buahan (tembikai, anggur, honey dew) ke dalam piring. 1 meja 3 piring, so total 96 piring buah. Manakala utk VVIP, sepiring seorang, so 24 piring buah. Selepas itu kami prepare pengat pisang dan kuih talam ubi pulak utk VIP dan VVIP. Utk meja biasa, pengat pisang, kuih talam ubi dan kopi / teh dihidangkan secara buffet.

Apabila semua itu selesai.. barulah kami pulak team catering duduk makan beramai-ramai...

- yg ni gambar candid .. aku klik.. tapi bila sedar aku dah klik.. diorang akan cakap... ala... nape tak cakap... sekali lagilah kak...

- so inilah gambar yg sekali lagi tu... readylah tu kononnya..... hehe.. lawak diorang ni...

- salah seorang entertainer.... awek2 polis jugak ni...



- Dato' dan Datin dipelawa utk buat 'pocho-pocho'... sejenis senaman yg semakin popular sekarang ni.. syok pulak aku tengok... sekejap aje diorang masuk.. terus langkah tu jadi sama.. cayalah kat diorang...


- salah seorang artis jemputan... musly ramlee.
- aishah pun ada....

- boss bersama Dato' Zulhasnan (mantan menteri wilayah)


ALHAMDULILLAH, SYUKUR.... majlis berjalan lancar. Dato'2 yg duduk meeting ngan aku hari tu semua ucapkan syabas dan terima kasih pada kami atas hidangan yg sungguh enak dan lazat... dan kami pun sengeh memanjang.... hehe...

.........as usual full list of menu and proper pictures will be post at DUNIA CATERINGKU................ thank you for all ............

Saturday, May 9, 2009

DARI DAPUR KU.....


Kemas aje meja makanku hari ni. Hehehe.. belum tengok petang semalam... penuh barang!!! ..tp sayang semalam lupa nak klik. Bunga kecil dalam pasu tu sebenarnya lebihan gubahan bunga semalam yg kusiapkan untuk meja VVIP. Walau nak guna sikit aje, but still kena beli 1 dozen jugak.. so bolehlah jadi penyeri meja makanku.. insyaallah bunga ni boleh tahan 1 minggu ni... amacam berseri tak meja makanku... hehe....

Berbalik pada cerita penatku semalam..... fuh... memang giler penat. Tapi tetap seronok, bila semua event dah selesai dan berjalan lancar... dalam hati berbisik lega dan puashati.

Kumula masuk dapur pada pukul 2.00 petang, sebab paginya pergi hantar crew, kemudian pergi beli buah anggur dan selepas itu ke Petaling Street utk dapatkan bunga2 utk meja VVIP.
Bossku punyalah risau takut aku tak sempat masak, sebab semua food mesti ready by 5.00 pm. aku dengan sengeh dan cool aje ... menjawab... sempat!!!.. padahal dalam hati berdebar jugak. Tapi aku sure boleh sempat sebab semua bahan2 telah disiapkan oleh maidku. Aku tinggal masak aje...

-food containers... berderet tunggu untuk diisi....

- inilah gayaku masak kat dapur sendiri... mesti pakai apron dan tudung, kebersihan mestilah diutamakan.

- Acar buah yg telah siap dimasak. Oleh kerana kualiku agak kecil. aku masak acar buah ni 3 kali, yg dlm gambar ini, yg pertama punya...

Selesai aje masak acar buah, aku terus shoot utk masak kari ikan tenggiri - 370 ketul ikan.

- ikan tenggiri yg telah siap dipotong dan dibersihkan perlu direndam air garam dulu... petua mamaku bagi menghilangkan hanyir ikan.


- besar giler periuk ni...




- kari ikan tenggiri dah nak siap ... tunggu kuah mendidih aje ni....


Selesai aje 2 menu tu.. aku cepat2 gubah bunga pulak. Masa ni jam tepat2 pukul 5.00 ptg. Boss bagi masa setengah jam aje utk aku siapkan gubahan bunga ni... Terus tanganku jadi empat..zup zap zup zap, potong, cucuk, potong, cucuk .... lepas tu siap.... hehe...

- 3 jambangan bunga dah siap... simple aje kan...

Lepas tu.. apalagi cepat2 juga aku bersiap utk ke majlis tu. Yelah.. kerja tak selesai kat sini aje.. kena pergi ke lokasi event pulak utk pantau kerja2 kat sana... makan hidang... memang banyak kerja.

- bossku dah ready nak ke majlis. Assistant boss pun sempat jugak posing dgn bunga gubahannya. simpe aje bunga kali ni... sebab nak cepat...

Arieda: akak letak sekali gambar kat bawah ni... just utk tatapan arieda... mesti arieda gelak tengok gambar kat bawah ni..hahaha....

- dalam lif pun sempat gak klik2.... lepas ni sure arieda boleh mimpikan troli kak ida kan... hehe... byk jasanya troli ni buatku...

Setakat ni dulu... lepas ni sambung kat lokasi event pulak yea....layan!!!!