Wednesday, July 1, 2009

CATATAN HARI PERTAMA...

Aku memang teruja sangat nak pergi bercuti kali ni. Sebab memang dah agak lama tak ke luar negara. Tapi last minit sebelum berangkat itu hari dapat pulak tempahan catering utk 3 hari berturut2 (Jumaat, Sabtu, Ahad) drpd Affin Bank kat The Curve.

Jadinya preparation packing utk ke sana agak kelam kabut sikit. Byk benda aku tertinggal. Lauk daging yg ku dah siap masak pada petang Ahad pun lupa nak bawa. Nasib baik sambal ikan bilis telah kumasukkan siap2 dlm beg. Memory Stick Sony ku pun tertinggal kat dlm laptopku. Dlm teksi menuju ke airport baru ku perasan. Alamak! mcmn nak klik2 ni kalau takde memory stick.

Penerbangan pd 7.00 pg Isnin - 22hb Jun. Alhamdulillah pada jam 11.00 pagi selamat tiba di Hong Kong Int Airport (masa di M'sia dan HK adalah sama waktu). Oleh kerana 1 malam kami tak tidur, bila aje check in hotel, kami pun apalagi.... zzzz lah dulu sampai petang.

Bangun tidur, perut masing2 berkeroncong. Suamiku ada kawan warganegara India yg menetap di sini. Melaluinya kami dpt informasi tentang makanan halal dekat sini. Jadi selesai solat, kami pun menuju ke Chung Kin Mansion, cari makan utk dinner. Sewaktu berjalan menuju ke sana, aku ternampak kedai Sony, apalagi cepat2 kutanyakan pd suamiku.. boleh ke singgah utk beli memory stick yg baru. Nasib baik harganya lebih murah dr KL. mulanya aku nak beli 4GB shj, tp suamiku cakap.. beli ajelah yg 8GB.. idakan suka posing..hehe... suamiku ni mmg memahami... aku sengeh2 aje.. terus setuju. Tp kalau dikira ikut skala mmg yg 8GB lebih untung sebab harganya HK500.00 sedangkan yg 4GB harganya HK400.00.

- sewaktu menuju ke Chung Kin Mansion sebaik shj beli memory stick.

Rupanya ramai jugak Pakistani kat sini. Jd senanglah utk kami bertanyakan direction. Dlm 15 minit jalan kaki, kami pun tibalah kat Chung Kin Mansion ni. Kawasan ni tak ubah seperti kawasan Masjid India di KL. Ramai betul Pakistani dan Bangladeshi kat sini. Ada yg berniaga, tak kurang juga customer. Kami pun pilihlah satu tempat makan ni - Bombay Mess Club. Rupanya kat sini byk bilik2 yg dijadikan kedai makan halal ala fine dining dan berhawa dingin. Tapi mejanya sikit ajelah, dalam 4 - 5 meja shj. Dan kebanyakan perniagaannya dijalankan oleh orang2 Pakistan dan India.

Makanannya lebih kurang mcm kat restoran kami ajelah. Tp harganya punyalah mahal. Nasi putih HK15.00 = RM7.50. Semangkuk lauk ayam dlm 2 - 3 ketul harganya HK 55.00 = RM 28.00. Bila tengok harga sebegitu, aku cakap kat suami... ida nak makan nasi dgn lauk ayam shj. Air kosong cukuplah. Tapi suamiku tahu aku ni mmg berselera besar... dia cakap.. takpe order aje apa nak makan, bukan selalu.. (dlm hati rasa terharu... tp suamiku mmg begitu, dlm hal makan memang tak pernah berkira asal jgn membazir. Jd dinner pertama kami, nasi putih 1, 4 capati, semangkuk ayam kari, ais kosong 1 jag lebih kurang HK 92.00 = RM 46.00.


Selesai dinner, kami ronda2, kami ronda2 dlm kompleks tu sambil dptkan prepaid card utk no hp HK bg membolehkan kami berhubung dgn staf2 kami kat KL. Sebelum keluar dr kompleks tu, kami sempat minum chai (tea) kat kedai makan Pakistan lain pulak.

- minum chai kat sini

Dalam perjalanan pulang ke hotel, menyusuri Nathan Road, kami singgahlah kat beberapa kedai, sekadar window shopping sambil intai2 harga. Ternyata kat sini semuanya mahal.

- yg ni kat belakang bus stop kt Nathan Road

- ronda2 sepanjang Nathan Road

- di kedai Adidas, belek2 aje tu.. belinya tidak... hehe.. aku memang pantang nampak item warna pink, pasti nak dibelek... baju tu harganya HK 990 = RM450.00.. mak ai.. mahalnya.. tak sanggup!




- masih di Nathan Road

10 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida...
kat malaysia makan, makanan pakistan kat HK pun makan yang sama ye..ha.ha.tapi apa nak katakan, hmm..dulu barang di nathan road tu taklah mahal.biasa2 aje..tak tahulah skrg, da lama tak ke HK..

haziq-amsyar said...

salam auntie ida... selamat kembali ke malaysia.. lamanya tak dengar cite dr auntie ida.. rindu la.. hehe... emmm.. dekat HK senang nak cari makanan halal ye?? ok la tu.. nanti kitorang nak ajak mama gi sana..:-) Auntie ida, nanti sambung cite lagi ye.. kitorang seronok dpt tengok gambar2auntie ida di HK..

Azwan Hashim said...

salam kak ida..

wah bestnya jalan2 ke negara org kan..yg penting kak ida tetap bertuah kan..dpt 8gb tu.. leh klik2 sakan..hehe..

Fairuz Selamat said...

apa jek yg murah ni kak ida.. sume mahal jek

zara said...

Salam Ida...
Akak tunggu gak citer selebreti HK nie...

Sekarang ni, nak ke mana-mana di luar negara tak susah nak cari makanan halal. Dan kita juga ada pilihan makan makanan vegetarian. Harga tentu lah berbeza.

Insya-Allah ada rezeki nak juga melawat negara orang di luar negara.

idasm said...

KAK YATI: apa nak dikata kak, ini yg jumpa dulu.. hehe.. tp lepas 2 hari dpt gak chinese food halal..

HAZIQ-AMSYAR: wah .. ada org rindukan auntie ida ke.. patutlah bulu mata ni asyik gugur aje... hehe. jenuhlah u all bc kisah auntie nanti.. hingga ke hati ke-9... larat ke?

AZWAN: salam. tulah wan.. dpt 8GB, mmg happy sangat, bila akak set pix utk 5M.. dpt 3000 lebih pix utk dimuatkan... jenuh!.. hehe

FAIRUZ: mmg semua serba mahal kat sana. nak buat mcmn dik.. nak kenal negara org , terpaksalah kan..

KAK ZARA: betul kata akak tu. pilihan vegetarian pun boleh jugakkan. insyaallah kak, ada rezeki tu.

Amna Faqiha said...

salam..wah seronaknya melancong

arieda salsabella said...

selamat kembali ke malaysia..xsabar nak tunggu kesudahan travel kak ida ni..yang paling dtunggu2..klik2 tulah..hehe..nak tgk gak suasana HK..makanan dia..semualah..manalah tau...suatu ari nanti..nak ke HK..huuhu..jgn lama2 ye kak ida..nak tgk ni..

idasm said...

IBU AMNA: melancong memang seronok! harap2 dpt tengok lebih byk dunia luar.. hehe

ARIEDA: tima kasih. baru catatan hari pertama, alahai.. harap bersabar yea.. hehe.. tengah diusahakan ni. harap tak jemu lah yea.. sebab muka org yg sama aje dlm pix.. hehe

Anonymous said...

hi kak... haiz susah betol la org nk masok blog2 so jadi lmbt nak komen hehehe

wow akak pegi HK sey!mmg org da tahu pon coz akk ade kasi tahu cume x tahu datenye hehe

cute nye pic kat belakang bus stop nathan rd tu hehe tp asal kali entry ni akak x letak pic menu yg mengiurkan mcm selalu hehe tkpe nanti org bace next entry akak yer