Saturday, December 26, 2009

SLOT BERSAMA FAMILI - BLACK OUT

18 DEC 2009

Rumahku yg telah sedia riuh rendah telah digamatkan lagi dengan kedatangan Solehin dan familinya dari TM. Memang adik-adikku dh tak sabar nak jumpa dgn Solehin ni. Ayah Solehin spt biasa suka sangat buat surprise. Bila ditanya bila nak datang, jawabnya esok. Tup2 pagi2 Jumaat (12.30 pagi) diorang semua dh sampai. Memang surprise sungguh! Memang meriah sungguh bila dh cukup korum ni.. hehe.

Malangnya rumahku bakal black out dr jam 10.00 mlm - 3.00 pagi. Bukan rumahku saje, seluruh kejiranan ini, notis telah diberi awal2 dan kami telah maklum tentang hal ini 2 minggu awal lagi. Bila 12 orang dlm rumah, kalau takde elektrik, memang panas. Nak tido pun susah ni. Jadinya kami rancang beberapa aktiviti sementara menantikan bekalan elektrik muncul kembali. hehe.

Seawal 9.00 mlm, semua orang mula bersiap. Elok aje black out, kami pun konvoilah 2 kereta menuju ke Uptown Setapak. Hehe. Bagus jugak cadangan ayah Solehin ni, memandangkan aku pun belum pernah sampai ke sini. Satu aje yang silap sebab tak bawak stroller Solehin. Memang lenguh jugak dukung Solehin yg beratnya lebih kurang 9 kg dh sekarang ni. Walau ramai auntie / uncle Solehin yang sukarela nak dukung dia, tp Solehin ni asyik nak dengan mamanya aje. So yg penat, aku le.. hehe. tp takpe.. bukan selalu pun.

- Solehin di Uptown Setapak


- Masa ni kami semua sibuk pilih baju RM10.00 tu. Macam2 ada, Nike, Adidas, Reebok... hehe

- termuncung2 mulut Solehin bila dipakaikan sun glasses. Bukan apa, dia tak suka tu..

- mama beli tuala dan selimut.

Selesai di Uptown Setapak, kami terus menuju ke Dataran Merdeka. Yg ini cadangan dariku. Selalu tengok orang lepak aje. Kali ni kami pulak yg nak lepak kat sini.. hehe. Layanlah klik2 kami ni yea. Mcm2 gelagat dan aksi. Ada yg shuffle, ada yg main kejar2. Pendekata, mcm tempat ni kami aje yg ada. Tp itulah kelebihan negara kita sebenarnya. Safe n freedom. Bayangkan pukul 1.00 pagi kami bergurau senda di Dataran Merdeka tanpa perlu risau apa2.

- mula2 tiba, semuanya innocent... hehe

- adik zul tgh shuffle..

- kata org tua2, berjalan atas embun boleh cepatkan proses berjalan.. try aje le!
(maklum dh pukul 2.00 pagi. agak2 embun dh turun ke.. hehe)

- Adik Zul ni suka sgt buat aksi pelik2...

Lebih kurang 1 jam kat sini, tetiba Hadi pulak bagi cadangan utk ke Lake Garden. Eh! bagus jugak cadangan tu, napelah tak teringat dari tadi, kataku. Apalagi.. teruslah kami ke sana pulak. Sebenarnya kami selalu picnic tengah malam kat sini dulu2 dgn staf2 restoran.. so takde masalahlah.

Kat sini, kami semua bertukar menjadi kanak2 rianglah.. hahaha. Si Solehin pun bukan main seronok lagi bermain dgn semua alat2 permainan kat sana. Jom layan!!!




1 jam kami kat sana. Bergelak ketawa, bergurau senda. Memang enjoy habis. Kalau kata kepala tengah serabut, sure hilang segala tension. Dan alhamdulillah bila kami sampai semula ke rumah lebih kurang jam 3.30 pagi, elektrik dh kembali. Syukur. Bolehlah kami semua tido dgn nyenyak malam tu, setelah penat bersuka ria di luar.. hehe..

Friday, December 25, 2009

SLOT BERSAMA FAMILI - SATE

Akhir-akhir ini, rutin harianku sentiasa penuh. Hinggakan nak menjenguk blog teman2 pun tak menyempat. Kalau bukak emel tu, bila ada emel dr FB pun, just masuk utk update status n reply komen aje. Tak sempat nak merayau2. Ladang FV pun kadang2 aje jenguk. Minta maaf byk2 buat teman2 blog. Kadang2 sempat juga singgah dan membaca, cuma tak sempat tinggalkan jejak.

Sejak balik dr cuti raya haji tu hari, jadual catering pun alhamdulillah berderet time cuti sekolah ni. ada yg order utk kenduri kawen, ada majlis bertunang, tak ketinggalan juga majlis akad nikah dan harijadi. tu semua akan ku update kat blog restoran. Hehe. Untuk blog hati ni, rasanya lebih kepada gambar2 ajelah yea. tak sempat nak karang panjang2 .. hehe.

16 hb Dec - famili dari Dungun tiba di KL. Mama drive sendiri dr Dungun, bergilir2 dgn Adik Faris. Manakala 2 org lagi adikku, Nor dan Adik Zul terpaksa naik bas, sebab tak muat kereta dah.. hehe. Keluarga besar, macam nilah.

17 Dec 2009 - Ku mendapat order packed meal dr KDN. Jadi ku ajak famili ku sekali ke Putrajaya. Lepas buat delivery boleh terus ke Kajang , makan sate Kajang.. hehe.
Singgah sebentar kat Tasik Putrajaya, posing sekejap.

- Adik Zul, Nor, Nurul, Fatin, Mama dan Faris




- Abah tak nak ikut. Nak rehat katanya.
Suamiku pulak, sekarang ni selalu tak nak join posing.
Tp yg ni .. dia x leh elak dah.. hehe..

- kami menjamu selera di gerai Sate Emas. Not bad jugak satenya.
Suamiku tak suka nak pergi ke gerai lagi satu yg femes tu atas beberapa sebab yg dialami sebelum ini.. hehe

Friday, December 18, 2009

KENDURI KAWEN SEPUPUKU

Kenduri kawen sepupuku ini berlangsung pada hari raya haji kedua. Sebenarnya tiada apa yg special tentang kenduri kawen sepupuku ini, tp kerana aku yg menjadi mak andamnya, so teringin nak kongsi kat sini... hehe.

Kenduri kawen sepupuku ini sederhana sahaja. Jemputan lebih kurang 1000 orang. Dan ibu pengantin sendiri yang bertindak sebagai tukang masak, dibantu oleh seluruh kaum keluarga. Kiranya gotong royong sanak saudaralah untuk kenduri kawen ni. Kebetulan cuti raya haji, jadi ramailah sanak saudara yg dpt membantu. Kaum ibu tak menang tangan di dapur, manakala kaum ayah sibuk memotong daging lembu dan menyiapkan khemah.


Aku cuma bantu bahagian pengantin aje. Touch up sikit2 mana yg patut dan volunteer utk menyolek sepupuku. Memang semua make up dan alatan menyolek telah ku bawak balik dr KL, (dh ingat dlm kepala nak tolong make up), siap dengan bulu mata palsu lagi.. hehe.

Pengantin lelaki dari Johor. Majlis akad nikah dijadualkan pada jam 10.00 pagi. Jadi seawal jam 8.00 pagi aku dah bersiap sedia utk mulakan tugas menyolek (kumemang suka buat ni semua).



Ketibaan rombongan pengantin lelaki disambut oleh mak sedaraku yg tinggal di Pinggiran Putra.

Pelamin yg simple aje. Pakat buat ramai2.. aku tak sempat tolong pun.

Majlis akad nikah.

Pengantin menyarung cincin 'langkah bendul' yg dihadiahkan oleh pihak lelaki buat kakak pengantin.


Hantaran untuk pengantin lelaki.



- sepupuku ini tak mashu pakai baju.. jenuh mak dia pujuk...

Anak mama bersama ibunya...

Sepupu cilikku , Erna

Sebahagian kaum sepupu... payah nak kumpul semuanya... ada yg malu2, ada yg jual mahal.. ada yg bz.. hehe...

Bila semua dh ok, kami makanlah pulak.. hehe.. Menu nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, jelatah dan sambal belacan.. nyummy!!!

Gambar ni diambil selepas majlis tahlil & kesyukuran yg diadakan pd malam sebelum hari kenduri.

Seronok bila ada kerja besar macam ni sekali sekali. Dapat berkumpul ramai2 dan saling bertukar cerita. Dekat dan jauh , semuanya melabuhkan sauh, sekali sekali pasti riuh...

Wednesday, December 9, 2009

BYK CERITA.... TAPI TAK BYK MASA...

Kesahku bercuti hari raya haji di dungun belum habis dikongsikan. Ku ingin berkongsi kisah kenduri kawen sepupuku. Ku juga ingin berkongsi gambar2 ceria kami bercanda di pasiran pantai.. hehe... mcm gempak je.

Bila dh balik kl pun byk jugak cerita yg nak ku storikan kat sini. tapi masaku pulak yg tak banyak.
Kesah cateringku... kesah surprise suamiku.. hehe. Tapi semua itu terpaksa kuperam dulu.

Esok dan lusa aku akan menghadapi exam utk TG. Manakala pada 15 hb pula adalah exam bertulis. hahaha.. Sebelum ni mmg tak study apa pun. Kelas pun dh byk sgt yg ponteng. Nak wat camner.. komitmen byk sangat. So 2, 3 hari ni ajelah aku pulun. Biasalah.. trend study last minit seperti biasa, menjadi kelazimanku.. sejak di youyouam (zie.. kutiru kosa kata ko ni, jgn marah yea) lagi.. hahaha..


Hari ni memang sehari suntuk aku kat bilik aje. studylah konon.. tp sempat jugak jeling2 kat FB. Lepas maghrib tadi suami ajak temankan dia botakkan kepala (mmg fesyen dia sejak 2, 3 bulan ni) dan lepas tu bertemu kenalannya di KFC berdekatan. Nak tolak tak sampai hati. Jadi kuangkutlah sekali nota2 ku. Sementara menunggu, sempatlah aku study sikit. Sampai ke KFC pun mcm tu jugak, sementara menanti dia selesai dgn kenalannya, aku pulunlah dulu. Rupanya ada yg memerhati gelagatku. Heran agaknya dia.. tgk aku yg dah tua2 ni sakan study mcm pelajar kolej. Siap pen kaler berbagai2.. hahaha.




Bila indian lady tu nak balik dan melalui mejaku, masa tulah dia bertanyakan padaku. aku rasa malu pun ada. (adakah aku overacting?) tp kujawab dgn mesra seperti biasa. Then indian lady tu siap wish gud luck pulak kat aku.. hehe.. rasa semangat pulak.. kat FB pun, ramai jugak yg wish gud luck , terima kasih yea.. ramai2 doa ni berkat sikit.. betul tak.. hehe..
Ok.. nak sambung study lagi yea.. bye..

Friday, December 4, 2009

RAYA HAJI... RAYA KE?

Sejak 10 tahun lepas, rasanya ini kali ke 3, aku balik kampung sempena cuti raya haji. Selalunya memang tak balik sebab cuti cuma sehari. Kalau buat qurban pun, aku selalu wakilkan aje. Tapi tahun ni aku wajibkan diri utk balik kampung atas beberapa sebab. Sebab pertama adalah kerana kesihatan abahku. Utk kali ke 2, abah dimasukkan ke wad selepas 2 minggu berada di rumah. Sebab kedua adalah kerana sepupuku kawen. Walaupun majlisnya yg dirancang serba sederhana, niat dihati tetap juga ingin menolong serba sedikit setakat yg termampu maklumlah keadaan kesihatanku juga agak terbatas. Sepupuku ini pula baru aje kehilangan ayah tercinta pada Mei lepas.


Lama jugak aku bercuti di kampung, lebih kurang 5 hari. Bertolak pada jam 12.30 pagi hari Jumaat, jalan mula jam selepas tol gombak, merangkak2 sehinggalah tiba ke Petronas Bentong pada jam 2.30 pagi. Punyalah banyak kereta. Sampai beratur utk ke toilet kat Petronas tu pun kena tunggu 1/2 jam. Dan alhamdulillah kami tiba di Dungun pada pukul 6.30 pagi.

- abah sewaktu di wad. dah makin sihat waktu ni...

Skip dulu kesahku di kampung (nanti ku story di lain entri). Hari Rabu 2hb Dec lepas lawat abah pada jam 1.00 pagi kami bertolak semula ke KL. Time entri ni kutaip, abah dah selamat berada di rumah. Dah 2 hari dah. Syukur sangat, Lama jugak abah di wad kali ni. 25hb Nov - 2 Dec 2009. Aku dah pesan kat mama, nanti bila abah dah sihat, datanglah ke kl, stay kat sini seminggu dua. hehe.. Bukan apa, orang tua, kadangkala perlu bertukar angin, biar senang hati, moga sihat selalu.

- solehin n famili dah tiba kat dungun sejak 24 Nov lagi..

Saturday, November 21, 2009

UJIAN ILAHI...

Pagi Isnin lepas, lebih kurang pukul 10 lebih, aku tiba2 diserang sakit yg menyucuk2 di sebelah kiri pinggangku. Buat pertama kali aku mengalami sakit seperti ini. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Lebih kurang 1 jam aku bergelut dgn serangan ini.

Fikirku itu yg pertama dan yg terakhir, namun telahanku silap. Aku diserang sakit seperti itu lagi beberapa kali selepas itu. Dan akhirnya selepas ke klinik pada hari Selasa, selepas scan dan ujian air kencing, rupanya aku kena batu karang. Terkejut jugak, tp nak buat macamanakan. Kata Dr. penyakit ini berkemungkinan drpd keturunan, kekurangan air, dan pengambilan kafein yg berlebihan. Semua faktor2 tersebut mungkin ada benarnya dgn diriku. Kata mama, atuk pernah kena. Aku pulak mmg setiap hari wajib minum segelas nescafe ais sewaktu bertugas di restoran.

Aku dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, ada ubat pecah batu, ada ubat serbuk utk dicampurkan di dalam air, ubat utk cramp dan ubat sewaktu sakit. Menurut Dr. kesakitan itu akan sentiasa dtg menyerang bila-bila masa sahaja selagi batu itu tidak keluar dr saluran tersebut. Dan selepas seminggu makan ubat, aku perlukan pemeriksaan lanjut.

Dan hari ini, Sabtu 21 Nov 2009, dah 6 hari aku tak jenguk kedai dan tak ke mana2. Duniaku kini hanya di rumahku and most of the time I'm in my lovely room. Dan selama tempoh itu, sakit itu sentiasa datang. Kadang2 pada jam 10 pagi. Kadang2 datangnya pada jam 5.00 ptg. Pendekata, tak kira waktu 'dia' dtg menjengukku. Pukul 6 pagi, pukul 2.30 pagi pun ada.


Dan pada waktu2 'dia' tak ingat padaku, aku senang hati aje layan FB, Astro dan juga novel. Ladangku kat FB tu bukan main laju lagi productionnya.. hehe. Novel pulak silih berganti khatamnya. Selesai semua novel kak NB, kupulun pulak novel2 penulis lain yg sedia ada dlm stokku. Nak cerita sikitlah yea... hehe...

- novel Chinta meruntun hati kecilku sewaktu Chinta di zaman sekolah. Sungguh zalim Pakcik Kamal terhadapnya. Novel kali ini berlatarbelakangkan kerjaya di kilang. Walau kesukaran menghadapi trauma Raja Akid, menggetirkan perjalanan rumahtangga, namun akhirnya kesabaran Chinta berbaloi. Dan akhirnya aku tersenyum puas!

- pertama kali membaca hasil tulisan Rose Harissa / Nora daripada novel berjudul Tuhan Lebih Tahu. Novel tu mmg best. Disebabkan hati telah terpikat dgn TLT, ku cari novel Rose yg terdahulu kat kedai buku. Nampaknya novel Mulanya Satu Cinta ini pun tidak menghampakan pembacaanku. Dialog antara Yani dan Ezri tu byk tul yg selamba, membuatkan aku selalu tersenyum dan tergelak sorang. Cabaran cinta pun boleh tahan jugak. Tak boleh bayang betapa kecewanya Ezri. Tp akhirnya cinta bersatu jua... hehe.. itu yg best tu. Insyaallah kalau ada lagi novelnya, aku pasti beli lagi.. hehe.


- Novel ini kubeli setelah aku berpuashati dgn 3 novelnya yg telah kubaca sebelum ini. Rasanya ini hasil tulisannya yg pertama. Baru aje kuselesai membacanya pagi tadi. Bagiku novel ni biasa2 aje. Kisahnya yg hanya berkisar percintaan semata2 membuatkan aku sedikit bosan. Sangat berbeza dengan hasil tulisan beliau selepas itu.


- ini novel2 beliau yg telah kukhatamkan beberapa tahun lepas. Hatiku terpikat dgn tulisannya sewaktu membaca novel Permata Asmara(pic xde sebab nv itu dipinjam kawan). Bila hati dah berkenan, kumulalah cari novel2 beliau yg lain. (aku mmg membeli novel berdasarkan penulisnya) Dan ternyata Setelah Kau Pergi, Kasih Bersemi dan Bahagia itu Miliknya juga berjaya mencuit citarasaku.
Syabas buat penulis Rozita Abd Wahab.


Okey ketepikan dulu kesah aku dan novel... hehe.

Berbalik semula kesahku.. sebelum ini, ayahku dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi dan paru2 bengkak. Tapi alhamdulillah, ayahku dah keluar wad, cuma keadaannya masih lemah. Memang ini semua ujian Ilahi buatku. Aku redha. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit ayahku dan jua diriku. Dan buat KAKAKku yg sentiasa diberi idea2 hebat dlm penulisan novelnya, yg sentiasa ada untukku dan sentiasa mengambilberat keadaan kesihatanku, kuucapkan berjuta terima kasih atas kasih sayangnya. Tuhan sahaja dpt membalas kebaikan akak.

- kenangan di Langkawi, 2008. bersama abah, mama, adik nor dan suamiku.

Tidak dilupakan teman-teman yg sentiasa mendoakan kesejahteraan diriku dan abahku, sesungguhnya segalanya itu sangatlah kuhargai. Terima kasih semua.

Friday, November 20, 2009

PERJUMPAAN MINI SITIZONERS...

JUMAAT, 13 Nov 2009

Perjumpaan mini sitizoners ini, master plannya dr Khyree ni. Dia dan famili datang dari Singapore khas utk menghadiri konsert 1000 warna Siti Nurhaliza pada 14 Nov tu. Jadi bila diwarwarkan kat FB, ramailah pulak teman2 SZ lain yg setuju nak join.

Alhamdulillah dapatlah aku bertemu dan beramah mesra dgn diorang semua. Ramai jugak yg datang termasuklah Tajlena dan famili yg juga dari Kota Singa, Arieda dan kakaknya Cteey Yanti dari Kuala Terengganu. SZners lain Ctea Fairuz, Miela, Mond bersama abangnya, Fzi, Ikram, Tini, Sreeza Eina dan temannya Norman.



Khyree siap bawak biskut bintang malam satu tupperware sorang. Sedap biskut khai buat ni. Thanks yea. Mama Khyree pula bawakkan kek marble strawberry. Sedap keknya. Tima kasih.














Manakala Arieda dan Cteey pula sponsor keropok lekor buat teman2. Sedap!!! Dan aku pula sponsor ayam tandoori. Lepas makan, kami pakat nak ambik gambar ramai2. Kucadangkan kat tempat biasalah ... hehe.. kat depan restoran tu.




























Mula-mula kami ingat nak posing kat sini, tp rupanya pencahayaannya kurang sesuai.. so kami pindah ke sudut yg lain pulak..

Riuh rendah gelagat kitorang. Rasanya semua org yg lalu semua heran, ntah apalah yg dikecohkan oleh diorang ni.. may be itulah yg bermain kat kepala diorang kot.. hehe..
Sama jugak ngan kereta yg lalu kat situ, sure toleh punyalah.. nak2 nampak pulak banner2 yg ada muka Siti, may be ada yg tertanya2 samada Siti ada ke kat situ.. hehe...


- aksi lakonan semata... saje aje tunjuk2 tu..


Apa-apa pun, memang meriahlah sesi fotografi kami. Mcm2 karenah. Khyree pulak ada aje yg nak didebatkan bila jumpa Tajlena ni.. aku pun turut menyakat jugak .. hehe. Aku siap bawak tripod,bukan main lagi nak foto shoot, kononnya.. hahaha.. sib baik ada teman Eina, Norman yg sukarela jd jurufoto. Abis semua camera bergantungan kat lengan dia. Semua ikut turn utk ambik gambar. Memang puashatilah.

Bukan aje, mcm2 aksi posing, mcm2 sesi pun ada.. layanlah klik2 kat bawah ni yea (semuanya dh letak kat FB sebenarnya)


- sesi WANITA sahaja...

- sesi SITIZONERS GANU...


- sesi KEMBAR.. hehe...

- ni sesi apa ek.. oh sesi banner bertingkat.. haha...


- yg ni pulak sesi LELAKI shj...


- aku bersama miela. gambar bawah kiri : tajlena dan tini.
gambar tengah2 tu, aku bersama mama khyree, mama tajlena dan tajlena.
Manakala adik manis berbaju hijau ni adik Tajlena , Danie.



TERIMA KASIH BYK2 pada adik-adik SZ yg telah berkunjung. Kalau ada salah dan silap, haraplah dimaafkan. Kenangan manis bersama kalian tak akan dilupakan. Moga kita akan berjumpa lagi.