Saturday, December 26, 2009

SLOT BERSAMA FAMILI - BLACK OUT

18 DEC 2009

Rumahku yg telah sedia riuh rendah telah digamatkan lagi dengan kedatangan Solehin dan familinya dari TM. Memang adik-adikku dh tak sabar nak jumpa dgn Solehin ni. Ayah Solehin spt biasa suka sangat buat surprise. Bila ditanya bila nak datang, jawabnya esok. Tup2 pagi2 Jumaat (12.30 pagi) diorang semua dh sampai. Memang surprise sungguh! Memang meriah sungguh bila dh cukup korum ni.. hehe.

Malangnya rumahku bakal black out dr jam 10.00 mlm - 3.00 pagi. Bukan rumahku saje, seluruh kejiranan ini, notis telah diberi awal2 dan kami telah maklum tentang hal ini 2 minggu awal lagi. Bila 12 orang dlm rumah, kalau takde elektrik, memang panas. Nak tido pun susah ni. Jadinya kami rancang beberapa aktiviti sementara menantikan bekalan elektrik muncul kembali. hehe.

Seawal 9.00 mlm, semua orang mula bersiap. Elok aje black out, kami pun konvoilah 2 kereta menuju ke Uptown Setapak. Hehe. Bagus jugak cadangan ayah Solehin ni, memandangkan aku pun belum pernah sampai ke sini. Satu aje yang silap sebab tak bawak stroller Solehin. Memang lenguh jugak dukung Solehin yg beratnya lebih kurang 9 kg dh sekarang ni. Walau ramai auntie / uncle Solehin yang sukarela nak dukung dia, tp Solehin ni asyik nak dengan mamanya aje. So yg penat, aku le.. hehe. tp takpe.. bukan selalu pun.

- Solehin di Uptown Setapak


- Masa ni kami semua sibuk pilih baju RM10.00 tu. Macam2 ada, Nike, Adidas, Reebok... hehe

- termuncung2 mulut Solehin bila dipakaikan sun glasses. Bukan apa, dia tak suka tu..

- mama beli tuala dan selimut.

Selesai di Uptown Setapak, kami terus menuju ke Dataran Merdeka. Yg ini cadangan dariku. Selalu tengok orang lepak aje. Kali ni kami pulak yg nak lepak kat sini.. hehe. Layanlah klik2 kami ni yea. Mcm2 gelagat dan aksi. Ada yg shuffle, ada yg main kejar2. Pendekata, mcm tempat ni kami aje yg ada. Tp itulah kelebihan negara kita sebenarnya. Safe n freedom. Bayangkan pukul 1.00 pagi kami bergurau senda di Dataran Merdeka tanpa perlu risau apa2.

- mula2 tiba, semuanya innocent... hehe

- adik zul tgh shuffle..

- kata org tua2, berjalan atas embun boleh cepatkan proses berjalan.. try aje le!
(maklum dh pukul 2.00 pagi. agak2 embun dh turun ke.. hehe)

- Adik Zul ni suka sgt buat aksi pelik2...

Lebih kurang 1 jam kat sini, tetiba Hadi pulak bagi cadangan utk ke Lake Garden. Eh! bagus jugak cadangan tu, napelah tak teringat dari tadi, kataku. Apalagi.. teruslah kami ke sana pulak. Sebenarnya kami selalu picnic tengah malam kat sini dulu2 dgn staf2 restoran.. so takde masalahlah.

Kat sini, kami semua bertukar menjadi kanak2 rianglah.. hahaha. Si Solehin pun bukan main seronok lagi bermain dgn semua alat2 permainan kat sana. Jom layan!!!




1 jam kami kat sana. Bergelak ketawa, bergurau senda. Memang enjoy habis. Kalau kata kepala tengah serabut, sure hilang segala tension. Dan alhamdulillah bila kami sampai semula ke rumah lebih kurang jam 3.30 pagi, elektrik dh kembali. Syukur. Bolehlah kami semua tido dgn nyenyak malam tu, setelah penat bersuka ria di luar.. hehe..

7 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tak pernah2 orang bawak main playground pagi2...hihihi...tapi akak membuktikannya... =D ekekeke...

black out punya fasal yer kak =D

Marzalina said...

kak ida..bestnya gi uptown...intan kalau gi KL..mesti nak pi uptown hahaha...cuci mata. tapi seronok intan tgk family kak ida berjalan2 tu..sambil lepak kat playground tu hehe..malam pulak tu hahaha...seronok bila ramai2 datang umah kan..terasa meriahnya hidup.

DrSam said...

tahun 2009 diakhiri dengan memori yang indah nampaknhya. Selamat menyambut tahun 2010!

zara aluwi said...

Memang merimaskan bila blackout ni. Pada dok dlm umah kepanasan lebih baik keluar. Dapat juga sejukkan tubuh.

idasm said...

nuar... hehe.. nuar cubalah sekali, sure lepas tu nak pergi lagi..

intan... kak ida ni mmg jarang pergi uptown, tu kira kali ke 2 lah tu. yg pertama dulu kat uptown damansara. tp mmg best ngan famili ni. santai aje.. hehe..

idasm said...

Dr Sam, tima kasih. selamat tahun baru juga buat bro! hehe!

idasm said...

kak zara, memang rimas kalau takde elektrik ni. dhlah panas, bosan pulakkan... hehe..