Tuesday, January 5, 2010

SLOT BERSAMA FAMILI - BESDAY SOLEHIN

19 Dec 2009, Sabtu. Besday Solehin sebenarnya pada 13 Dec 2009. Dah setahun dah anak mama. Kejap aje masa berlalu. Tp waktu 13 hb tu, ayah Solehin tak dapat datang ke KL. Jadi kami tunda sambutannya sehinggalah pada 19 Dec lepas. Kebetulan mama dan adik2 pun dah datang waktu ni. Lebih ramai lebih meriahkan.

Siangnya memang aku sibuk dengan tempahan catering. Tapi ku dah pesan kat ayah Solehin supaya belikan kek kat Sogo, sebab ku tak ada masa nak pergi beli. Mulanya kami ingat nak sambut kat Lake Garden. Tp bila malamnya, aku rasa penat sangatlah pulak, maklum siang hari tak berhenti bekerja. Jadi akhirnya sambutan kecil-kecilan dibuat di rumahku sahaja, selepas Hadi dan Faris kembali dari restoran.

Solehin yang tengah tidur, kami kejutkan. Terpinga-pinga dibuatnya, tetiba dia mengadap depan kek. Agaknya, dalam hati Solehin mesti tertanya2, benda bulat apa kat depan aku ni... hehe.

- SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA BUAT SOLEHIN.
Moga sentiasa menjadi anak yang baik dan membanggakan ibu dan ayahnya. amin!





- auntie Solehin yang lebih teruja nak meniup lilinnya.. hehe
- ada aje yang nak interframe ni.. haha..


Kat bawah ni pulak, aksi Solehin dengan permainan yang kuhadiahkan buatnya. Begitu asyik sekali bermain. Seronok kami melayan telatahnya.



7 comments:

ibu aira said...

comeynya solehin ni.. hepi besday solehin....

arieda salsabella said...

wah2..seronoknya solehin...tp yang nampak terlebih seronok mak2 sedara solehin..hehhe..untungnya solehin kan...dapat macam2 hadiah..hapy belated besday solehin..

Marzalina said...

Happy besday buat baby solehin..semoga jadi manusia yg berakhlak mulia dan berjaya dunia dan akhirat =)

idasm said...

solehin menjawab.....

auntie yati, terima kasih byk2. aira pun comel jugak. hehe.

auntie arieda, mmg auntie2 dan uncle saya yg terlebih seronok, tp saya pun seronok jugak. tima kasih byk2 yea.

auntie intan, tima kasih byk2. insyaallah berkat doa semua buat saya.

terima kasih semua,
solehin...

secangkir madu merah said...

happy birthday solehin...semoga menjadi anak yang soleh kepada ibu dan ayahnya...

nurul said...

happy belated birthday buat baby solehin yang comel.. moga menjadi anak yang soleh.. :) sori ye aunty nurul lambat wish..

idasm said...

auntie ssm dan auntie nurul, solehin ucap terima kasih byk2. seronok soelhin dpt wishes ni. lambat pun takpe... hehe..