Thursday, January 28, 2010

SEJENAK DI GOLOK

Sewaktu diriku berada di kampung tempohari, kami sempat ke Golok sekejap. Lebih kurang 24 jamlah berada di Golok @ 2 hari 1 malam.

Perjalanan berkereta bukan main lama lagi, rasanya mencecah 5 jam jugak . Itu belum kira berhenti makan n solat. Macam drive dr KL ke Dungun. Mungkin sebab takde highway kan, padahal jaraknya lebih dekat berbanding KL-Dungun.

Bila lalu kat Kelulut, macam biasa mesti singgah makan keropok lekor 008. Sekarang ni, perniagaan 008 ni dah bertambah maju, kedai makin besar, Pelanggan pun dah berduyun2. Pekerja pun boleh tahan ramai, siap ada uniform lagi. Tapi keropok lekor 008 ni memang sedap giler r. Pada aku terbaik Terengganu lah.. hehe.

Dari KT, kami pilih jalan Penarik yang melalui tepi Pantai. Memang seronok drive kat sini sebab di kanannya ada persisiran pantai yang begitu cantik sekali. Kat sini, kami singgah makan lagi. Kali ni bihun goreng, ikan kembung celup tepung dan sotong celup tepung. Memang best. Gerai2 yang menjual makanan seperti ini memang banyak terdapat di sepanjang pantai Penarik ni. Dan selalunya kami tak lepas peluang.







Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni, turnku pulak utk drive. Bila dah masuk Kelantan, hati berdetik nak singgah ke Wakaf Che Yeh. Mmm.. mungkin on the way balik nantilah, kataku dlm hati. Lebih kurang jam 6 petang, kami tiba di Rantau Panjang. Sebelum masuk ke Golok, sempat lagi singgah beli pisang goreng, keledek goreng, cempedak goreng dan sedikit kuih muih. Macam nilah kami kalau travel sendiri ni. Perut tak sempat lapar, makan, makan dan makan.. hahaha.

- Hotel Genting

Di Golok, kami stay kat Genting Hotel. Itu aje pilihan yg ada yg elok sikit. Ada lagi satu hotel, tak ingat namanya, menurut kata teman suamiku, kurang selamat sebab pernah terjadi kejadian bom. Lepas dinner, kami tak lepaskan peluang utk massage 1 badan di hotel. Memang berbaloi dgn harganya yg murah itu. RM 25.00 seorang.

- ikan masak thai dan sotong paprik... sedap!!!!


- di depan kedai makan


Esoknya, sewal jam 8 pagi, kami merayau sekitar hotel. Breakfast nasi kerabu. Kemudian jalan2 lagi. Mataku begitu asyik sekali meninjau2 pasar pagi di situ. Seronok melihat sayur-sayuran segar yg dijual.



Sebenarnya kami mencari kedai yang menjual kitchen ware, sebab kami nak belikan pengukus utk mama dan sedikit pinggan mangkuk utk kedai mama. Setelah berjalan lebih kurang 5oo kilometer, barulah kami jumpa 1 kedai yg menjual kitchen ware, tapi sayang nyonya yang jaga kedai tu sombong sangat. Mcm malas nak layan customer. Penyudah kami blah lah.. hahaha.


Satu yang kuperasan, kat sini begitu byk sekali kedai2 yang menjual baju2 secondhand. Aku jugak sibuk menjengah kedai tuala. Hajat di hati nak belilah 2, 3 helai, tapi tuan kedainya (kakak tudung pink tu) baik sangat, semuanya boleh. Last2 kami beli sampai 15 helai. Hehe.

Dah selesai beli tuala, kami cari salon pulak. Nak cuci n layerkan rambut. Kami jalan lagi. Bila dah selesai semua tu, matahari dah terpacak di kepala. Kami jalan pun dah agak jauh dari hotel. So untuk balik semula ke hotel kami cari motosikal sewa (kaedah mcm teksi tp guna motosikal). Kat sini memang popular dengan motosikal sewa dan bayarannya murah aje. Jadi kami konvoi 2 motosikal, tp penunggang motosikal aku mestilah pompuan.. hehe.


Lepas check out hotel, kami ke Narathiwat. Perjalanan memakan masa 45 minit. Kami lunch dan ronda-ronda ke pantainya. Lunch buffet steambot n grill. Sangat berbaloi murahnya. Seorang cuma RM 12.50. Boleh grill daging n seafood sepuashati. Syaratnya jgn tak habis sudah. Kalau tak kena bayar yang tak habis tu. Menarikkan. Kami pun apalagi.. makanlah sepuashati.. hehe..





Dari Narathiwat, kami singgah semula di Golok utk ke kedai kitchen ware. Kat sini harganya lebih murah dan pekedainya sangat baik. Banyak jugaklah yang kami beli. Semuanya utk kegunaan kedai makan mama dan restoran di KL. Layanlah pic2 yg sempat ku klik2 dr dalam kereta yea...



- Gambar raja thailand ada di mana-mana shj.. begitu banyak sekali..




- Pintu masuk ke Thailand

Dan lebih kurang pukul 8.00 mlm kami bertolak balik ke Dungun. Hajat hatiku nak singgah kat Wakaf Che Yeh juga tercapai. Macam biasa, beli tudung bawal dan tudung ekin sekali utkku, mama dan adik2. Kami singgah sebentar kat Kuala Besut utk dinner dan alhamdulillah kami selamat tiba di Dungun lebih kurang jam 2.00 pagi.


14 comments:

secangkir madu merah said...

baca dari mula sampai habis N3 ni pon dah rasa penatnya inikan pula ida yg travel tu...hehehehhe...

tapi seronok macam2 dapat tengok, macam2 dapat makan dan macam2 dapat beli hohohohoho.....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..banyaknya beli pinggan mangkuk, ini business restoran ke, business pinggan..ha.ha

idasm said...

kak ssm.. alahai, akak pulak yg terasa penat ek. .. hehe. jalan2 memang seronokkan kak. letih mcmn.. mesti enjoy jugakkan..

kak yati... hahaha. nak bukak business pinggan takde sapa nak belilah kak..

tunbegia said...

sungguh seronok masuk ke siam begitu,

salamm,

arieda salsabella said...

bestnya baca kisah travel kak ida g golok..hehhe..rasa macam travel skali je...nak g gak r kalu mcm ni..heheh..mesti best kan makan2 kat sana..yelh..diaorg kan pandai masak...nasi kerabu yang tak tahan tu..keropok 008 mmg the best r kak ida..ida sokong...heheh..ida pun setiap kali lalu ikut kelulut..mesti singgah beli punya...

Amna Faqiha said...

a'kum

seronok tengok gambar2 masa kat pekan golok tu,, walaupun berjiran dengan golok tapi tak pernah sampai kesana hehe

idasm said...

TB. memang seronok.. hehe.

arieda... makan kat sana mmg best. tp golok takde night life, byk kedai tutup pukul 6.00 ptg (malaysia 7.00). hadyai lagi best ida.

o ida pun suka 008 jugak ke. hehe. memang best kan.

amna..wsalam. tima kasih. insyaallah ada kesempatan bolehlah pergi yea.

Marzalina said...

wah..entry kali ni mmg panjang hehehe..bestnya kalau dpt shopping kat sana!

Kaseh NazLieza said...

wah....best sungguh tgk akk jln2 kt sne..pling funny tgk akk bgambar dgn sendok yg besor tu..ahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

wah seronok akak berkap kum kap di tanah besar thai yer...hihihi =D

idasm said...

intan.. entry aje panjang tp storinya sikit aje. gambar yg lebih.. hehe.

lieza... tima kasih atas kunjungan. selamat maju jaya dlm bisnes yea.

myfuzzyworld... tima kasih atas kunjungan.

nuar.. khap khun kaap.. sejenak cuma nuar.. tak terasa sgt... tp sebab namanya jalan2.. enjoy aje! hehe...

DrSam said...

jauh juga perjalan kali ni ye. Namun rasanya berbaloi dengan harga barangan yang lebih murah disana berbanding disini.

nurul said...

salam kak ida, bestnya gi jalan2, dapat beli mcm2, tgk tempat org, rasa makanan di sana.. i like.. :)

idasm said...

Dr.Sam, mmg berbaloi, walaupun jauh. bayangkan pengukus yg bersaiz 54inci tu dibeli di golok harganya RM250.00 shj, ttp di msia, harganya RM 380.00. byk bezakan!

Nurul, lamanya nurul tak singgah yea. mcm biasalah nurul kak ida ni, kalau jln2 mmg tak sedar diri.. hahaha.