Showing posts with label Salju kasihnya. Show all posts
Showing posts with label Salju kasihnya. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

RINDU YANG BERPUTIK...


Alamak... jiwang semacam pulak tajuk entri kali ni.. hehe..

Sebenarnya pada hari Sabtu lepas, ida telah dapat bertemu semula kakak angkat ida yang telah lama tak jumpa. Rasanya ada dekat lebih kurang 12 tahun. Masa kak za grad, ida waktu tu baru second year degree. Masa awal2 stay kat KL dulu, pernahlah calling2 beberapa kali sebelum lost contact.

Entah macamana, masa ida tgh upload pic lama2 kat fb, belek2 album lama tu, terpandanglah pic berdua ida dgn kak za. Terus terimbau semula kenangan2 manja dan manis ida bersama kak za. Bilik ida di depan bilik kak za masa kat kolej pernas tu. Kadang2 ida lepak kat bilik kak za. Dan kadang2 kak za lepak kat bilik ida. Pendekata, ida jadi adik manjalah masa tu.. (syok tau! sebab ida ni anak sulung, jd sesekali dimanjakan oleh kakak, best sgtlah rasanya.. ekeke!)

Balik semula ke citer masa ida tgh belek album lama tu. Bila dh pandang gambar tu, maka berputiklah rindu ini..... jadi ida pun 'search' lah nama penuh kak za kat fb tu (ida mmg ingat nama penuh dia sebab namanya agak unik). Nasib ida baik sebab kak za guna nama penuh kat fb, jd kerja pencarian ida mudah dan cepat. mmg sorang aje yg ada nama tu kat fb.. hehehe.. so apalagi, teruslah ida add dan terus jugak ida pm kak za.

Maka bermulalah sesi recall n update data masing2.. hehe. Dipendekkan cerita, minggu lepas kak za sms, cakap nak datang jumpa ida kat restoran. Happy sangat rasanya. Itu yang dapat jumpa tu. Lebih kurang jejak kasih pun ada...

Kak za datang bersama suaminya yg juga senior ida kat youyouam serta 2 org anak lelakinya. Cumanya sebab hari sabtu, restoran mmg full giler. Dan ida mmg tak menang tangan. Mmg tak dapat nak layan sgt waktu sebelum berbuka. (minta maaf byk2 ye kak za atas segala kekurangan...)

Tp alhamdulillah, dapat jugak kami melepas rindu dan bergurau senda selepas berbuka. Kak za siap bukak citer pasal avon lagi. Gelak sakan ida waktu tu. Bukan apa, kak za teringat.... katanya ida ni begitu gigih berniaga avon n nutri metics masa kat uni dulu. Bila saja ada sale / new item... cepat aje ida offer kat dia suruh beli... hehe..

Iyealah dulu time study dulu, mmg ida rajin cari side income. Macam2 ida buat. Ida mmg gigih menjadi wakil jualan avon dan nutri metics. Setiap minggu mesti turun Jitra dan Alor Setar utk ambil stok. Satu uni tu kenal ida. Kat tgh2 jalan pun sempat mengempen.. hahaha...

Ida juga rajin menjadi agen jual t-shirt. Bila ada aje senior2 cari 'kaki' utk jual t-shirt, cepat2lah ida offer diri. ida akan dapat komisen atas kuantiti yg dijual. Ida juga jd wakil jualan kad phone. zaman ida dulu, hp belum lagi. So public phonelah yg jadi tumpuan students. Ida ingat lagi, sekeping kad phone RM 5.00, ida akan dapat komisen sebanyak RM0.25. Walaupun kedengaran sedikit, tp sebab turnover tinggi, so bolehlah. Ida juga buat sewa cd. Time tu, cd mmg fofular. Ida share modal dgn roommate ida. Sekeping cd, sewanya RM 1.00 sehari. Sambutan mmg menggalakkan. Ida ingat lagi, ida dan roommate sampai ke Penang cari stok cd.. hehehe.

Alhamdulillah.. ada rezeki tuhan bagi kat ida. Mungkin u all rasa pelik kot, ida ni mcm giler businesslah pulak. Tapi itulah kenyataannya. Side income itulah yang sara duit poket ida time tu. Ida mmg asal keluarga susah. Anak sulung pulak tu. Tp itulah, kadang2 tuhan bagi rezeki lebih, boleh pulak ida hantar duit kat mama ida kat kampung. Adik ida shah (ayah solihin) pun time tu tgh belajar kat poli. Pun ida dapat jugak kirim duit kat dia sikit2 setiap bulan. Alhamdulillah syukur sangat dengan semua kurniaan yg telah Allah berikan selama ini hingga kini. Alamak jauh pulak melalut ni... hehe..

Jom kita layan pic ida dan kak za.


- 2 orang hero kak za yg cute sangat..........


(Kak za, bestkan memori kita kat uni dulu... hehe... nanti ada rezeki kita jumpa lagi yea...)

Nak interframe pic lama skit yea... waktu kat bilik kak za dulu..... hehe...

Thursday, March 25, 2010

RANTING CINTA SI IDASM? HEHE....



Semalam (24hb) , dalam pukul 3.00 lebih, suamiku dtg ambilku di restoran. Katanya nak ke Sungai Buloh. Tukang masak kami, Cacha Latif pun ikut sekali. Aku pulak bila dh duduk kat belakang. teruslah zzzz, sedar2 dah ada kat kedai pasu dan pokok2.

Dan aku sempatlah membeli sebuah pasu untuk dijadikan hiasan dlm rumah.. hehe. Sempat jugak memilih ranting2 sekali. Waktu tengah pilih ranting ni, teringat terus kat Novel Ranting Cinta Si Plato. Kebetulan baru mula baca novel tu. Menarik ceritanya. Buatku terus diterpa keinginan utk mengetahui kisah selanjutnya antara Sofea dan Muaz.

- ini rupa pasu yang kubeli di sungai buloh (RM 17.00)


- ini pula ranting cintaku.. oops, ranting pokoklah, yg telah kupilih..
(RM 5.00) shj.


- inilah hasilnya setelah disiapkan olehku. amacam cantik tak.. hehe..


Hari ini (26hb), Jumaat, tepat pukul 11.00 mlm, alhamdulillah, novel Ranting Cinta Si Plato telah selamat kukhatamkan. Begitu banyak rencah kehidupan di dalamnya. Begitu banyak kematian yang perlu dihadapi. Kisah Sofea dan suaminya Alfian. Kisah Alfian yang begitu byk rahsianya. Begitu juga dengan kisah Muaz dgn pencarian ranting impiannya. Juga tak dpt nak dibayangkan kisah keluarga harmoni Sofea dan Mami Kwan. Meniti kehidupan mereka, ada suka dan duka, membuat kita tak sabar nak tiba ke mukasurat terakhirnya.



Tahniah kak NB atas karya yang sentiasa best!!!! hehe.






- ini kali kedua kunjungan ku ke booth NB Kara.

Kak Yati sayang,

SELAMAT HARI LAHIR.

SEMOGA SENTIASA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
IDA DOAKAN AKAK SENTIASA CEMERLANG DLM KERJAYA AKAK
DAN SEMOGA KEBAHAGIAAN SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN HIDUPMU
DI SAMPING FAMILI TERCINTA.


Saturday, November 21, 2009

UJIAN ILAHI...

Pagi Isnin lepas, lebih kurang pukul 10 lebih, aku tiba2 diserang sakit yg menyucuk2 di sebelah kiri pinggangku. Buat pertama kali aku mengalami sakit seperti ini. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Lebih kurang 1 jam aku bergelut dgn serangan ini.

Fikirku itu yg pertama dan yg terakhir, namun telahanku silap. Aku diserang sakit seperti itu lagi beberapa kali selepas itu. Dan akhirnya selepas ke klinik pada hari Selasa, selepas scan dan ujian air kencing, rupanya aku kena batu karang. Terkejut jugak, tp nak buat macamanakan. Kata Dr. penyakit ini berkemungkinan drpd keturunan, kekurangan air, dan pengambilan kafein yg berlebihan. Semua faktor2 tersebut mungkin ada benarnya dgn diriku. Kata mama, atuk pernah kena. Aku pulak mmg setiap hari wajib minum segelas nescafe ais sewaktu bertugas di restoran.

Aku dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, ada ubat pecah batu, ada ubat serbuk utk dicampurkan di dalam air, ubat utk cramp dan ubat sewaktu sakit. Menurut Dr. kesakitan itu akan sentiasa dtg menyerang bila-bila masa sahaja selagi batu itu tidak keluar dr saluran tersebut. Dan selepas seminggu makan ubat, aku perlukan pemeriksaan lanjut.

Dan hari ini, Sabtu 21 Nov 2009, dah 6 hari aku tak jenguk kedai dan tak ke mana2. Duniaku kini hanya di rumahku and most of the time I'm in my lovely room. Dan selama tempoh itu, sakit itu sentiasa datang. Kadang2 pada jam 10 pagi. Kadang2 datangnya pada jam 5.00 ptg. Pendekata, tak kira waktu 'dia' dtg menjengukku. Pukul 6 pagi, pukul 2.30 pagi pun ada.


Dan pada waktu2 'dia' tak ingat padaku, aku senang hati aje layan FB, Astro dan juga novel. Ladangku kat FB tu bukan main laju lagi productionnya.. hehe. Novel pulak silih berganti khatamnya. Selesai semua novel kak NB, kupulun pulak novel2 penulis lain yg sedia ada dlm stokku. Nak cerita sikitlah yea... hehe...

- novel Chinta meruntun hati kecilku sewaktu Chinta di zaman sekolah. Sungguh zalim Pakcik Kamal terhadapnya. Novel kali ini berlatarbelakangkan kerjaya di kilang. Walau kesukaran menghadapi trauma Raja Akid, menggetirkan perjalanan rumahtangga, namun akhirnya kesabaran Chinta berbaloi. Dan akhirnya aku tersenyum puas!

- pertama kali membaca hasil tulisan Rose Harissa / Nora daripada novel berjudul Tuhan Lebih Tahu. Novel tu mmg best. Disebabkan hati telah terpikat dgn TLT, ku cari novel Rose yg terdahulu kat kedai buku. Nampaknya novel Mulanya Satu Cinta ini pun tidak menghampakan pembacaanku. Dialog antara Yani dan Ezri tu byk tul yg selamba, membuatkan aku selalu tersenyum dan tergelak sorang. Cabaran cinta pun boleh tahan jugak. Tak boleh bayang betapa kecewanya Ezri. Tp akhirnya cinta bersatu jua... hehe.. itu yg best tu. Insyaallah kalau ada lagi novelnya, aku pasti beli lagi.. hehe.


- Novel ini kubeli setelah aku berpuashati dgn 3 novelnya yg telah kubaca sebelum ini. Rasanya ini hasil tulisannya yg pertama. Baru aje kuselesai membacanya pagi tadi. Bagiku novel ni biasa2 aje. Kisahnya yg hanya berkisar percintaan semata2 membuatkan aku sedikit bosan. Sangat berbeza dengan hasil tulisan beliau selepas itu.


- ini novel2 beliau yg telah kukhatamkan beberapa tahun lepas. Hatiku terpikat dgn tulisannya sewaktu membaca novel Permata Asmara(pic xde sebab nv itu dipinjam kawan). Bila hati dah berkenan, kumulalah cari novel2 beliau yg lain. (aku mmg membeli novel berdasarkan penulisnya) Dan ternyata Setelah Kau Pergi, Kasih Bersemi dan Bahagia itu Miliknya juga berjaya mencuit citarasaku.
Syabas buat penulis Rozita Abd Wahab.


Okey ketepikan dulu kesah aku dan novel... hehe.

Berbalik semula kesahku.. sebelum ini, ayahku dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi dan paru2 bengkak. Tapi alhamdulillah, ayahku dah keluar wad, cuma keadaannya masih lemah. Memang ini semua ujian Ilahi buatku. Aku redha. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit ayahku dan jua diriku. Dan buat KAKAKku yg sentiasa diberi idea2 hebat dlm penulisan novelnya, yg sentiasa ada untukku dan sentiasa mengambilberat keadaan kesihatanku, kuucapkan berjuta terima kasih atas kasih sayangnya. Tuhan sahaja dpt membalas kebaikan akak.

- kenangan di Langkawi, 2008. bersama abah, mama, adik nor dan suamiku.

Tidak dilupakan teman-teman yg sentiasa mendoakan kesejahteraan diriku dan abahku, sesungguhnya segalanya itu sangatlah kuhargai. Terima kasih semua.

Tuesday, May 19, 2009

CUCI MATA....


Minggu lepas hari Isnin, aku dan suamiku telah ke Wisma Putra, bertemu rakannya atas sedikit urusan. Mula-mula suamiku sembang, aku layan lagi.. tapi bila nak masuk 1 jam, aku dah mula boring. Tetiba aku terpandang ada kalendar besar gambar pemandangan tergantung kat dinding pejabat rakan suamiku ini. Kerana tertarik hati, aku minta izin utk melihatnya dgn lebih dekat, seterusnya... apalagi... klik2 lah aku.. hehe....

Kesemua panorama menarik ni terdapat di negera Switzerland. Aku memang suka melihat keindahan dunia. Memang impianku untuk melancong ke luar negara, melihat keindahan ciptaan Ilahi. Insyaallah satu hari nanti jika diizinkan tuhan, aku ingin sekali ke Europe. .. hehe...

ok layan klik2 aku dulu yea...

- aare river , bern

- chapel bridge, lucerne

- view of matterhorn, zermatt

-cherry trees, nuglar

- cherry trees, nuglar

- farmhouse from ostermundigen, ballenberg


Yang ni pulak klik2 ku di sekitar Wisma Putra... hehe.. saje aje.. takde kerja...






Sebenarnya sebelum ke Wisma Putra.. aku telah mempelawa teman Sitizone, Lia utk lunch sama-sama kat Alamanda, Putrajaya. Selain bertanya khabar, aku ada hal sikit nak minta tolong dari dia. Tima kasih Lia atas jasa baikmu...


Yang ni pulak... sarapan pagi kami kat rumah sebelum bertolak ke Putrajaya. Suamiku request western breakfast... so inilah hasilnya... hehe...


- Roti Bakar with Sausage, Prawn Roll, Bake Bean and 3/4 boiled eggs (tp telurnya terlebih masaklah pulak)..


Begitulah ceritanya... layan!!!!

Monday, April 27, 2009

MORNING WALK....

25 April 2009
Sabtu

Tetiba pagi ini suamiku ajak aku pergi 'walking' (instead of jogging, tp x larat so walking ajelah... hehe), kat Lake Garden. Memang dh agak lama tinggalkan xtvt ni. Mungkin sebab faktor masa atau juga sebab aku yang malas.. hehehe. Kalau dulu xtvt ni mmg jadi rutin mingguan.

Jadi tepat pukul 8.00 kami bertolak dari rumah. Pergi breakfast dulu kat Restoran Yasin. Pas tu terus ke Lake Garden. Ntah macamana tetiba timbul idea utk klik2 sekali. Yelah sebelum ni tak pernah pun nak ambik gambar pemandangan dan kehijauan yang cantik ni. So apa salahnya kan... sambil walking, sambik klik2.. (teringat kat blog hang Sydde yg ada pix keindahan alam semulajadi, so kujadikan inspirasilah Sydde... hehe).

So u all semua pun boleh enjoy sekali ..lihatlah kebesaran Ilahi.


Sambil menikmati keindahan alam semulajadi, aku pun posing sekali berlatar belakangkan pemandangan indah itu... hehe...Bukan apa, sayang kalau tidak dimanfaatkan.. chewah.. ye ye aje... kan...





Apabila sibuk nak klik2 ni... sekejap aje pusing satu pusingan besar... tak terasa langsung. Seronok pulak aku rasa. So lepas tu ku cakap kat suamiku.. best jugak walking mcm ni bang, lepas ni bolehlah buat selalu yea.. every week. Suamiku jawab... not once a week but , 3 times a week. Alamak... 3 kali seminggu, boleh ke ni... ada masa ke ... Sebenarnya masa itu sentiasa ada. Cuma kita aje yang perlu mengaturnya dgn bijak . Tapi aku bukan risau apa, sebab aku ni jenis tidur lambat, so lepas Subuh, selalunya tidur semula. Pukul 10 / 11 , baru masuk kerja. Takpelah cubalah dulu, bagus ni... berpeluh2, mana tahu boleh kurangkan berat badan kami sikit... hehe...






- pokok ni aku tak tahu nama apa. tapi aku memang suka pokok ni..


- yg ni bunga lily / bakung. Daunnya boleh digunakan utk ubati cekam kuku.



Amacam.. cantik tak hasil klik2 ku di TAMAN TASIK PERDANA, KUALA LUMPUR....