Showing posts with label jalanan berduri. Show all posts
Showing posts with label jalanan berduri. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

IPHONE

Salam semua.

Minggu lepas iphone ida jatuh dan skrin pecah. So mmg x dpt nak tgk langsung kat skrin tu. So minggu lepas seminggu ida xde iphone. Kebetulan pulak masa tu dh nak pergi jalan2, so tak dapatlah nak hantar ke Maxis.

Terasa jugak sukarnya bila xde iphone kat tangan. Tak dapat nak online, tak dapat nak ambik gambar amira, tak dapat nak record video amira. Tak dapat nak refer contacts atau notes yg memang dh ada kat dlm phone tu.

So minggu ni balik dari jalan2, barulah ida bawak phone tu ke Maxis. Mula2 ida pergi hari Sabtu, diorang dh tengok dan ida kena bayar RM600.00 untuk dapatkan unit iphone yang baru. Walaupun iphone ida masih under warranty, tp untuk skrin pecah dan hp rosak sebab masuk air mmg tak termasuk under warranty. Tp stok xde pada hari tu. Lepas tu ida teringat pulak tentang data2 yang ada dlm iphone tu. Ida tanya diorang boleh ambik tak data2 tu. Diorang kata boleh cuba kat laptop. So Mr. Maxis tu cadangkan ida bawak balik dulu iphone ida tu n charge. Hari isnin nanti boleh bawak semula hp tu bersama laptop, nanti dia tolong buat back up.

So ida pun datanglah balik hari Isnin. Tp stok still xde. And back up data also cannot be done coz my iPhone got passcode. The passcode cannot key in because of the damage of the screen. Terpaksalah ida pasrah (dgn berat hatinya sebab gambar2 amira ada dekat 5000 keping dan video amira ada dlm 100 lebih ada dlm iPhone tu... huhu)

Hari ni .. alhamdulillah dah 3 hari dah ida dpt iphone baru. Jenuh jugak nak masuk semua no telefon dari hp nokia manually. Begitulah kesahnya... hehe...


inilah rupanya iphone ida yang lama tu....


Saturday, November 21, 2009

UJIAN ILAHI...

Pagi Isnin lepas, lebih kurang pukul 10 lebih, aku tiba2 diserang sakit yg menyucuk2 di sebelah kiri pinggangku. Buat pertama kali aku mengalami sakit seperti ini. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Lebih kurang 1 jam aku bergelut dgn serangan ini.

Fikirku itu yg pertama dan yg terakhir, namun telahanku silap. Aku diserang sakit seperti itu lagi beberapa kali selepas itu. Dan akhirnya selepas ke klinik pada hari Selasa, selepas scan dan ujian air kencing, rupanya aku kena batu karang. Terkejut jugak, tp nak buat macamanakan. Kata Dr. penyakit ini berkemungkinan drpd keturunan, kekurangan air, dan pengambilan kafein yg berlebihan. Semua faktor2 tersebut mungkin ada benarnya dgn diriku. Kata mama, atuk pernah kena. Aku pulak mmg setiap hari wajib minum segelas nescafe ais sewaktu bertugas di restoran.

Aku dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, ada ubat pecah batu, ada ubat serbuk utk dicampurkan di dalam air, ubat utk cramp dan ubat sewaktu sakit. Menurut Dr. kesakitan itu akan sentiasa dtg menyerang bila-bila masa sahaja selagi batu itu tidak keluar dr saluran tersebut. Dan selepas seminggu makan ubat, aku perlukan pemeriksaan lanjut.

Dan hari ini, Sabtu 21 Nov 2009, dah 6 hari aku tak jenguk kedai dan tak ke mana2. Duniaku kini hanya di rumahku and most of the time I'm in my lovely room. Dan selama tempoh itu, sakit itu sentiasa datang. Kadang2 pada jam 10 pagi. Kadang2 datangnya pada jam 5.00 ptg. Pendekata, tak kira waktu 'dia' dtg menjengukku. Pukul 6 pagi, pukul 2.30 pagi pun ada.


Dan pada waktu2 'dia' tak ingat padaku, aku senang hati aje layan FB, Astro dan juga novel. Ladangku kat FB tu bukan main laju lagi productionnya.. hehe. Novel pulak silih berganti khatamnya. Selesai semua novel kak NB, kupulun pulak novel2 penulis lain yg sedia ada dlm stokku. Nak cerita sikitlah yea... hehe...

- novel Chinta meruntun hati kecilku sewaktu Chinta di zaman sekolah. Sungguh zalim Pakcik Kamal terhadapnya. Novel kali ini berlatarbelakangkan kerjaya di kilang. Walau kesukaran menghadapi trauma Raja Akid, menggetirkan perjalanan rumahtangga, namun akhirnya kesabaran Chinta berbaloi. Dan akhirnya aku tersenyum puas!

- pertama kali membaca hasil tulisan Rose Harissa / Nora daripada novel berjudul Tuhan Lebih Tahu. Novel tu mmg best. Disebabkan hati telah terpikat dgn TLT, ku cari novel Rose yg terdahulu kat kedai buku. Nampaknya novel Mulanya Satu Cinta ini pun tidak menghampakan pembacaanku. Dialog antara Yani dan Ezri tu byk tul yg selamba, membuatkan aku selalu tersenyum dan tergelak sorang. Cabaran cinta pun boleh tahan jugak. Tak boleh bayang betapa kecewanya Ezri. Tp akhirnya cinta bersatu jua... hehe.. itu yg best tu. Insyaallah kalau ada lagi novelnya, aku pasti beli lagi.. hehe.


- Novel ini kubeli setelah aku berpuashati dgn 3 novelnya yg telah kubaca sebelum ini. Rasanya ini hasil tulisannya yg pertama. Baru aje kuselesai membacanya pagi tadi. Bagiku novel ni biasa2 aje. Kisahnya yg hanya berkisar percintaan semata2 membuatkan aku sedikit bosan. Sangat berbeza dengan hasil tulisan beliau selepas itu.


- ini novel2 beliau yg telah kukhatamkan beberapa tahun lepas. Hatiku terpikat dgn tulisannya sewaktu membaca novel Permata Asmara(pic xde sebab nv itu dipinjam kawan). Bila hati dah berkenan, kumulalah cari novel2 beliau yg lain. (aku mmg membeli novel berdasarkan penulisnya) Dan ternyata Setelah Kau Pergi, Kasih Bersemi dan Bahagia itu Miliknya juga berjaya mencuit citarasaku.
Syabas buat penulis Rozita Abd Wahab.


Okey ketepikan dulu kesah aku dan novel... hehe.

Berbalik semula kesahku.. sebelum ini, ayahku dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi dan paru2 bengkak. Tapi alhamdulillah, ayahku dah keluar wad, cuma keadaannya masih lemah. Memang ini semua ujian Ilahi buatku. Aku redha. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit ayahku dan jua diriku. Dan buat KAKAKku yg sentiasa diberi idea2 hebat dlm penulisan novelnya, yg sentiasa ada untukku dan sentiasa mengambilberat keadaan kesihatanku, kuucapkan berjuta terima kasih atas kasih sayangnya. Tuhan sahaja dpt membalas kebaikan akak.

- kenangan di Langkawi, 2008. bersama abah, mama, adik nor dan suamiku.

Tidak dilupakan teman-teman yg sentiasa mendoakan kesejahteraan diriku dan abahku, sesungguhnya segalanya itu sangatlah kuhargai. Terima kasih semua.

Thursday, November 12, 2009

SIKIT AJE....

Semalam kami pergi pasar borong. Mcm biasalah rutin mingguan. Tak sampai 2 minit, kami masuk ke kedai jual buah-buahan, tiba-tiba satu forklift yg dipandu oleh warga Bangla telah terlanggar bahagian belakang van kami. Memanglah tak teruk mana pun. Tapi kalau dh lampu pecah, walau sikit kena tukar jugak the whole set. Bumper kemek sikit aje, tp still cacat jugaklah.

- gambar ni sewaktu hari pertama usianya dgn kami, 23 Julai 2009

Sebenarnya van ni agak barulah jugak. Baru beberapa bulan keluar. Kami beli sebagai tambahan untuk buat catering. Jadi bila dh kena tu, mcm biasalah kami pun pergilah jumpa tokehnya (bukan kedai buah yg kami selalu beli buah) untuk minta gantirugi atas kerosakan tu. Tokehnya takde. Cuma assistant tokeh (chinese lady) aje yg ada. Selamba aje dia ni nak bayar RM 50.00 sebagai gantirugi. Apalagi kami pun anginlah jugak. Dia dok cakap sikit aje kat boss dia tru hp. Bertekak punya bertekak last sekali dia setuju nak bayar RM 200.00. Kami pulak bukannya nak ambil kesempatan, cuma nak pastikan boleh cover kos aje.



Tapi ikut pengetahuan kami , rasanya RM 200.00 tu nak beli lampu belakang pun tak lepas. Jadi kami minta dia bayar gantirugi sebanyak mana kos sebenarnya yg kami kena bayar kat workshop. Tak lebih dan tak kurang. Dan akhirnya dia pun bersetuju.

Hari ini kami ke Tan Chong Servis Center utk mengenalpasti kos pembaikan. Tan Chong bagi harga RM 680.00. Tu dia.. punyalah jauh beza dgn apa yg Cina tu nak bayar. Lampu belakang aje harganya RM 380.00. Kami pun telefonlah Cina tu lagi. Apalagi terkejut sakanlah dia bila dengar kosnya. Sampai sudah dia tak sanggup bayar harga tu. Tapi disebabkan kami memang kenal dgn staf2 kat Tan Chong tu, diorang bagi cadangan suruh cek harga kat bengkel biasa. Tapi make sure lampu tu original Nissan punya. Diorang siap bagi no spare part lagi utk memudahkan kami mengenalpasti barang ori atau tak.

Then, kami pun pergilah kat bengkel yg mmg suamiku biasa jugaklah. Bengkel ni minta harga RM 400.00 semua sekali termasuk lampu belakang yg ori. Itupun tokeh Cina tu tak puashati lagi. Dia cakap mahal. Lamalah jugak kami bertikam lidah on the phone tu. Mana tak sakit hati, dahlah bagi pekerja Bangladesh yg for sure xde lesen kendalikan forklift, drive forklift tu. Lepas tu tak nak tanggungjawab pulak. Last sekali kami cakaplah... u tak percaya ke dgn harga ni. u ingat kami nak ambik untung ke. Ini bengkel orang cina tau, u cina, ini org pun cina, u sendiri tanya, u sendiri minta kuranglah.Yg kami nak, van siap dibaiki, itu aje.

Terpaksalah tokeh bengkel tu pulak yg meneruskan hujah2nya dgn harga yg diberi. Memang kedekut betul Cina buah ni. Dan akhirnya harga yg dipersetujui adalah RM 380.00. Bukan apa, diorang ni nak perbodohkan kami sebenarnya. Kami pulak bukannya nak ambik kesempatan, cuma memperjuangkan hak kami aje. Tapi puashatilah jugak sebab akhirnya Cina buah tu setuju jugak. hehe... Alhamdulillah.






Friday, August 28, 2009

KEHILANGAN...

26 Aug 2009

Seperti biasa rutin harianku. Masuk kelas pukul 9.00 pagi (tapi aku selalu terlewat tiba ke kelas.. hehe) sehingga pukul 3.00 petang, kelas TGlah. Pukul 3.00 - 6.00 petang kelas bahasa perancis. Sebenarnya kelas bhs perancis ni bermula pada jam 4.00 ptg - 7.00 mlm. Tapi sekarang diawalkan 1 jam kerana memberi ruang kepada muslims utk berbuka puasa.

Sebenarnya hari ni kami dapat tempahan katering drpd KDN, Putrajaya sebanyak 480 bungkus Nasi beriani al-bukhari lengkap dgn air mineral, buah kurma dan kuih karipap. Jadi pada setiap waktu break yg diberi selama 10 -15 minit, aku sibuklah call sana dan sini utk pastikan tempahan itu disiapkan oleh restaurant crews seperti yg dijadualkan.

Jadi sewaktu break lebih kurang pukul 5.00 , sewaktu nak ke ladies room, aku dpt call dr suamiku. Jadinya lepas tu terus ke ladies room. Dan atas kelalaianku juga.. aku telah tertinggal hp nokia 6300 ku yg dh 5 tahun berjasa utkku itu kat dlm bilik kecik tu..

Lepas 5 minit, setelah kusedar... hpku itu dah lesap. Dah diambil orang. Tak lain tak bukan student kat kolej tu jugak.. Itu yg buat aku ralat tu. Kolej takdelah besar sangat, kelas pun takdelah banyak sangat. Semuanya bergelar pelajar. Dahlah tu, bakal mewakili negara utk memperkenalkan M'sia, tapi tidak mempunyai sifat2 yg sepatutnya jadi contoh teladan pada org luar yg dtg melancong. Tapi itulah resam dunia. Hp tu pulak bukannya hp canggih dan mahal. Tp masih org terliur jugak nak ambil. Tp aku percaya, org yg ambil hp tu akan berdepan dgn kehilangan yg lebih besar di masa akan datang. Bukan doaku.. tp itulah selalunya yang terjadi...

Dan aku oleh kerana setiap hari ada kelas dan berakhir selepas waktu pejabat dah tutup, maka tak sempatlah lagi nak pergi Celcom utk ambil sim kad ganti. Dahlah talian Celcom tu yg jadi main line. Tp nak buat mcmn.... nasib le..

- kenanganku bersama hp nokia 6300 ku.. huhu..


Sunday, August 23, 2009

DILANDA VIRUS...

Bunyi macam serius aje kan.. dahlah sekarang musim virus H1N1.. hehe

Sebenarnya.. laptop Acerku yg dilanda virus, bukannya tuanpunya hati ni... hehe, terpaksa reformat semula. Laptop cuma 1 aje. Jadi terpaksalah pasrah dengan keadaan tanpa internet buat sementara waktu. Ishk.. memang resah gelisahlah tanpa internet ni.. mcm orang hilang anak.. begitu kuat penangan tenet ni yea.. alahai...
(kalau digagahkan.. boleh jugak lagi.. tp sekejap2 nanti laptop ni hang, pastu dia auto shutdown.
then restart again and again..)

Jadi kawan2 semua... minta maaflah kalau lama menyepi yea. Walau byk benda yg nak dicerita.. terpaksalah peram dulu, walau terpaksa merindu pada blog-blog kalian, terpaksalah tahan dulu.. hehe...

RAMADHAN AL-MUBHARAK... SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA....

maaf kalau ada salah dan silap selama ini..............

Friday, May 15, 2009

DI SERANG BATUK DAN ASMA....

TEMAN-TEMAN SEMUA...

Maaflah... takde entri baru... tuanpunya hati kurang sihat. Batuk semakin menjadi-jadi.. ditambah pula dengan athma ...

insyaallah bila dah ok sikit nanti ... tuanpunya hati akan menghadiahkan lagi kesah untuk tatapan anda semua.....

bye-bye...................... take care semua....

tima kasih
kerana sentiasa menjadi
pengunjung yang setia di sini.....................

love u all..............................

Wednesday, April 15, 2009

KEPADANYA KITA KEMBALI....

15 April 2009
Rabu


Pada jam 1.30 pagi aku mendapat panggilan telefon menyatakan bapa saudaraku telah meninggal dunia di Hospital Dungun, Terengganu.

Memang agak terkejut kerana arwah sebelum ini tidak menghidapi apa-apa penyakit kritikal.. cuma hanya mengeluh sakit dada beberapa hari yang lepas.

Tapi itulah kenyataannya... ajal dan maut di tangan Ilahi. Memang sudah tertulis ajalnya.

Jadi kami bertolak ke Dungun, Trgnu pada jam 3.30 pg kerana menunggu adikku Shah yg dtg dari TM. Pada jam 7.00 pagi kami tiba di Dungun. Jenazah dikebumikan selepas Zohor.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi...... amin.



Thursday, February 19, 2009

HATI MENANGIS....

Kejadian yg berlaku ni, bg aku ngeri jugaklah, berlaku pada 13 Feb 2009, Jumaat.

waktu ni, suamiku berada di luar negara... kira dh seminggu le... dan tarikh ni.. aku ada catering.. customer aku ni puan sri kepada arwah tan sri azmi (ex-judge) yg telah meninggal 40 hari yg lalu.. so ni wife dia order utk kenduri tahlil 40 hari lah.

selalunya kalau buat catering, aku memang berdua dgn suamiku turun padang, tp sebab dia xde, aku pulak kurang arif pasal lokasi ni.. so aku pun keluarlah dr rumahku pada pukul 4.30 ptg.. kira pergi recce lah dulu ni.. takut tersesat nanti , kelam kabut pulak, so alhamdulillah misi recce aku dh berjaya, lokasi catering dh jumpa.. jln mesra , off jln damai... so lepas dh jumpa lokasi aku pun pulang semula ke restoran utk sama2 bertolak dgn van cateringku.. tp masa balik ke kl, jln pulak jamed, so aku janji ngan ewan (sepupukuyg bekerja dgnku) janji jumpa kat highway ampang aje... aku mmg drive sorang aje dr tadi ni... keta nissan sentra XXX 38.


so lepas dh jumpa kat highway tue, perjalanan pun diteruskan dan selamatlah sampai kat umah puan sri ni.
lebih kurang 6.40 ptg, kami tiba di rumah puan sri. so aku pun tolong2lah setting... pastu puan sri tanya aku, kuih ada kan.. alamak, ada kuih ke.. (rasa aku xde, tp sebab customer is always right) , so aku pun mulalah calling2nak order kuih, thank god, ada pun kuih.. so aku pun cakaplah kat puan sri , kuih ada, nanti ku arrange yea..
so oleh kerana majlis akan bermula selepas isyak, so ada masa lah utk ku pergi ambik kuih. so dlm pukul 7.20 gitu, aku keluar balik dr rumah puan sri tu, balik kl utk ambik kuih. teringat pulak, kalau ada kuih, piring kuih mestilah ada, so kutelefon restoran suruh siapkan piring kuih. masa ni ada jugak terdetik dlm hatiku.. mcm susah aje nak pergi ambik kuih sorang2, nanti kena parking dulu.. tp bila memikirkan xde sapa yg boleh kubawak, kuredah jugaklah walau sorang2.


so lepas ambik kuih, aku pun terus shoot ke umah puan sri tu sekali lagi. dekat2 nak sampai kat umah puan sri tu, ku pun telefon ewan, suruh dia dtg luar utk ambik kuih dr ketaku..
bila sampai semula ke rumah puan sri tu, keta2 guest dh banyak, lepas tu ada pulak mpv naza tengah reverse nak kuar. so oleh kerana jalan dh sempit sebab kiri kanan dh ada kereta parking, so aku pun berhentikanlah keta aku kat tepi dulu, kira nak bg jalan kat keta yg tengah nak reverse keluar tulah (tp jarak keta aku ngan mpv tu jauh jugaklah... dlm lebih kurang 6 keta) , aku ingat lagi, masa aku berhentikan keta aku ni (lebih kurang 8.30mlm), aku dh perasan ada motor kat belakang keta aku ni, tp aku ingatkan motor ni nak lalu (betapa naifnyer aku, boleh tak terfikir org nak buat jahat kat aku), so aku pun mcm nak bg jalan kat motor ni pun ada gak... sorang drpd mat2 motor tu turun dn dtg ke ketaku sebelah kiri. sekali dia hentak cermin keta, terus pecah berderai dan aku dh panik tahap gaban dah.. menjerit2 dlm ketaku.. tp waktu tu sapalah nak dgr jeritanku itu.. dgn a.s.a.p nyer dia grab handbag aku yg memang salah aku lah pergi letak kat sebelah seat aku.. aku pulak cam tergamam biar aje dia amek handbag aku.... aku pun honlah ketaku berkali2.. tp diorang yg depan sana mmg tak nampak n tak terfikir something bad just happened to me.. masa tu jugak.. aku cam tersedar.. oh my god.. handbagku yg byk hartaku tu.. dh kena larikan orang...


lepas ku jerit kat kat ewan, barulah ewan berlari2 dtg ke keta ku.. tp masa ni motor tu dh lari jauh dah... masa ni aku memang menggeletar dan seram semacam lah...


aduh.... mcm2 dlm handbag tu... duit ringgit .. fuh menari sakanlah diorand dpt handbagku itu, oh ipod touch ku... gone... nasib baik lah aku tertinggal camera kesayanganku.. (itupun dh ada gak terdetik dlm hati nak pergi ambik camera masa pergi ambik kuih tadi... sebab selalunya semua event cateringku.. ku capture utk portfolio, nasib baik tak ikut kata hati.. kalau tak mmg melepas gaklah camera tue...) dan syukur jugak dua bijik hp ku kat luar handbagku.. so kira ada rezeki lagilah..
kiranya 3 brg yg selamat - camera, hp nokia 6300 dan nokia n77. (sib baik jugak, psp ku dh lama tak berkampung dlm handbagku, kalau tak mmg ar)

imbas kembali.. faktor2 kejadian ngeri yg menimpaku... untuk kujadikan teladan pada diriku sendiri dan kengkawan semua:-

1. sebab aku pompuan
2. aku drive sorang2
3.aku letak handbag kat sebelah seatku (dhlah handbag tu besar gedabak..maklum trend..)
4. aku tak cukup beware
5. somebody yg tunggu ku kat luar tu berada agak jauh dr keta ku

so sehingga ke saat ini.. saat aku dok taip ni.. aku masih tak guna handbag lagi.. maka.. selamat dtg kembali kepada semua seluar2 jeansku.. hehe... hp, wallet, semua masuk poket seluar aje..
ntahlah.. kukira aku masih trauma lagi hingga saat ni.. mmg masih terbayang lagi semua tu...
dan semua brg kemasku dh kutanggalkan semuanya.. tinggal cincin kawen aje yg melekat kat jariku nih... dan RM pun .. lepas ni make sure not more than 300 in my wallet, insyaallah...
ku dh terkena sekali beb.. mmg rasa serik sungguh...
itulah kesah ngeri yg menimpa ku baru2 ini....... namun aku tetap bersyukur pada ILAHI, sebab aku selamat , alhamdulillah..... - inilah handbag alain delonku yg kena ari tu. gambar ni adik farisku yg snap masa baru beli 3 bulan lepas... tak sangka plak....