Showing posts with label besday. Show all posts
Showing posts with label besday. Show all posts

Monday, January 23, 2012

RENTETAN HARI LAHIR AMIRA....

- Happy New Year utk yang menyambutnya.
Buat teman-teman blog... selamat bercuti. Cuti panjang kali ni.
Pasti ada yang balik kampung. Tak kurang juga yang menghadiri kenduri kahwin.
Pada yang tak balik kampung macam ida ni.. hehe... bolehlah jalan2 sekitar KL atau merancang percutian bersama famili....

19 Jan 2012 - hari besday amira.

- pagi kami ke Sogo. Suka sangatlah amira.
Bekalan susu amira dan diapers dah nak habis.
Amira minum susu Dugro perisa buah-buahan.
Diapers pula amira guna Huggies Dry Pants.

- mula2 elok je duduk diam2 dalam stroller tu....
sat lagi mulalah nanti minta turun...hehe


- Abah amira nak tambah koleksi stokin, tp anak dara dia yg paling sibuk memilih...

- dah selesai beli stokin, suami ajak belikan baju baru untuk amira sempena besdaynya.
amira ni time nak bayar pun dia sibuk nak tengok...

- Baju amira tu kalau ikutkan salah waktu.. hehe.
Gara2 bibik ida lah ni. Pagi2 sebelum amira bangun kami dah keluar.
So bila urusan dah selesai, untuk jimat masa, ida just call rumah,
minta bibik siapkan amira dan bawak turun amira ke parking level.
So inilah hasilnya, baju tidur yang dia pakaikan kat amira..



- anak dan mama tengah pilih baju...


- tu kira yang amira dah berkenanlah tu... hehe

- inilah 2 pasang baju baru amira.


- selesai baju... kasut pulak...

- kasut amira yang beli time raya tu hari dah agak ketat rasanya sebab setiap kali nak pakaikan kasut, amira reluctant and choose slipper or sandal.

- koleksi kasut amira.
Yang putih pink tu ida beli gantikan kasut kotak2 merah hitam
(kasut tu ida tercicir kat parking selepas 3 hari beli)




Petangnya, kami menikmati set Hi-Tea di Hotel Mandarin Oriental. Complimentary. Sebenarnya banyak lagi voucher complimentary yg boleh didapati apabila kita sign up membershipnya. Bukan hotel ini sahaja sebenarnya, byk lagi hotel2 lain yang menawarkan pakej yang sama. Dan byk jugaklah hotel2 lain yang kami join membershipnya...
(kami kan suka makan... hehe)




- Amira siap sedia tunggu makanan sampai... hehe..


- inilah dia 2 set Hi-Tea. Barisan tengah tu assorted sandwiches.
Yang lain semua dessert. Ada scone, ada mousse,
ada cheese cake dan lain2 yang ida tak tahu namanya.. hehe
masa nilah jugak ida first time merasa macaroon... manis sangat2.. not my taste...



- amira mmg teruja nak makan tu....







- pelbagai pilihan creme / sweet sauce (cheese, vanilla, blueberry, peach)


- tea for my hubby.. tak ingat dah teh apa ke namanya... tp best jugak aromanya...


- and latte for me... hehe..


- amira dh tukar baju lepas ke rest room.. hehe...

- habis lunyai coklat kek tu dikerjakan amira...

- tadi penuhkan... sekarang dah licin... hehe... ada dalam 4, 5 pieces yg kami tak dapat habiskan sebab dah kenyang sangat (nampak mcm sikitkan... tp boleh kenyang sebenarnya),
kami mintak diorang pack.

Kesimpulannya berbaloi jugaklah Hi-Tea kat sini. Kenyang dan sedap. Hehe...

Thursday, January 19, 2012

AMIRA DAH 2 TAHUN...

1901 2012 - 19 JAN 2012

Genap dah umur amira 2 tahun. Abah amira kurang sihat sejak 2 hari lepas. Saya pun tak bercadang nak buat apa2 memandangkan abahnya tak berapa sihat.

Petang tadi, suami ambik ubat drpd pakar orthopedik, Dr. Lopez drpd Hospital Tawakkal. Alhamdulillah, byk kurang sakitnya dan beransur baik. Terus suami called Coffee House Hotel Seri Pacific, order cake utk celebrate besday amira.

Kebetulan pulak ada sedara nak order catering, so lepas ambik kek, terus kami ke restoran discuss dgn diorang berkenaan majlis yg diorng nak buat.


Jadi kami pun celebrate ala kadar aje. Sebab amira belum kenal erti harijadi. So ini permulaan baginya. Pertama kali amira nak potong kek. Pertama kali amira nak tiup lilin.

Tapi nampak aje kek... pandai pulak amira sebut kek.. kek.. dan cepat2 dia mintak cutter, tak sabar nak potong kek. Tahu pulak dia. Entah dari mana dia belajar.


- amira sibuk mintak cutter... nak potong kek...





- amira smile... itulah rupa muka yg tengah smile... hehehe...


Saturday, December 11, 2010

SOLIHIN SUDAH 2 TAHUN...



Esok, 13hb Disember 2010, genaplah 2 tahun anak instant ida ni.

Tapi kami dah celebrate awal2 pada minggu lepas.. hehe. Alkisahnya, ibu solihin kena posting kat Sg Siput (SS), jauhkan!. Jadi drpd Tanjung Malim (TM) , berpindahlah ikin ke Sg. Siput (tp shah masih kat TM) Nasib baik mama dan adik2 ada di sini sekarang. Jadi bolehlah ikin pinjam fatin buat teman sekaligus jd babysitter utk solihin.

Yang si ida ni pulak, dok merindulah kat si kecik ni. Yelah ... dah jauh, susahlah nak datang sini lagi. Hari jumaat lepas, rasa rindu membuak2. Dok terbayang gelak tawa dia.
Lepas sembahyang asar, mcm biasa, berjemaah, ida sebut kat suami... rindunya kat solihin.
Suami ida pun balas, yelahkan...
Then ida cakap lagi... Darling, apa kata kita pegi lawat solihin...
Tak sangka pulak, suami ida jawab.. boleh jugak tu.. jom!

Maka, esoknya kami pun berangkatlah ke sana. Kata ida kat ayah solihin, kita celebrate besday solihin sekalilah. Minggu depan kami tak dapat datang dah..



Pagi2 ida pergi ke Sogo beli besday gift utk solihin. Plus sedikit chocolate utk dia. Dalam pukul 12 tghari kami bertolak dgn cik urvan. Belum full lagi. Singgah sebentar kat TM, shah nak kirim TV dan beskal solihin. (shah pegi ke Sg Siput ngan moto besar dia, so x dpt bawak brg2 chenggitu). Faris dan iwan ikut kami sekali. Barulah full.


Kat TM, kami singgah warung pak man, minum cendol pulut. Ida siap pesan laksa penang. Adik2, ada yg pesan rojak. Sambil2 layan nasi lemak mama yg kami bawak bekal... hehe.

- rombongan cik kiah... hehehe....

Sepanjang perjalanan, ida ni sibuklah klik sana klik sini dr dalam cik urvan tu. Excited plus berangan, konon jurufoto pro, padahal main tekan aje.. ekeke.






- lata kinjang...

Sampai kat SS, rasanya dalam pukul 4. Rumah sewa ikin dekat aje dgn sekolah tempat dia mengajar. Jalan kaki 3 minit dah sampai rasanya. Dan ikin kira bernasib baik jugaklah dapat rumah sewa yg cantik, bersih dan selasa. Kata ikin, kalau ikutkan tuan rumah tak nak sewakan, sebab rumah tu nak dijual. Tp selepas shah datang bincang sendiri, barulah tuan rumah bersetuju bagi sewa. Tp mcm2 jugaklah pesanan penaja ke atas rumah sewa tu.. hehe... biasalah kan.. siapa tak sayang bini, eh silap, rumah .. kan, kan..



Solihin demam hari tu. Nampak kecik sikit tubuhnya. Seronok dia bila kami ramai2 datang. Terkejut pun ada. Dapatlah kami main2 dgn solihin dalam 2 jam. Bolehlah melepas rindu kat dia.. best!!!!












- dah takde orang nak layan, dia kayuh sendiri pulak.. hehe..

Lebih kurang jam 6 petang, kami bertolak ke bandar Ipoh. Nak pegi makan kat McD, sekaligus meraikan besday solihin. Tapi sebelum tiba ke McD, suami ida buat ipoh tour sekejap, sebab ida ni tak pernah jenjalan kat bandar ipoh tu... hehe. Penerangan diberi dari dalam cik urvan aje. Siap dgn sejarahnya (suami ida mmg terer sejarah). Tapi bila sampai kat Istana Kinta, kami diberi izin utk posing kejap.. hehe (bendara Perak tdk berkibar, Sultan takde kat istana)






Dah selesai makan, barulah teringat, beg kecil suami ida tertinggal kat atas katil kat rumah ikin. Silap ida lupa nak ambik. Suami ida pun tak teringat nak tanya ida. So terpaksalah patah balik ke SS. Kesian kat suami ida, penat driving. Tp nak buat mcmn kan. Dah nak jadi...

Apa2 pun.. enjoy!!! Semua happy dan puashati.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SOLIHIN HAKIM.
SEMOGA SENTIASA MENJADI KEBANGGAAN KELUARGA...

Tuesday, September 21, 2010

35

2, 3 hari ni blog ida ada masalah. Entah kenapa bila dh view, tak sempat nak scroll down, otomatik masuk JENTAYU.COM. Dah byk kali ida cuba, tp hasilnya sama. So terpaksalah ida diam aje. Kawan ida ada cakap, lately ni byk blog yg kena malware. Ida ni bukannya terer sgt pasal ni semua. Mungkin blog ida pun termasuk yg 'kena' .. tak taulah.

Hari ni, bila ida bukak blog ida, ok pulak. So bolehlah ida sambung sikit entri yg dah ida draf ni.

Hari raya ke 5.
Kebetulan pulak hari raya ke lima jatuh pada hari lahir ...ida. 14 September. Maka genaplah umur ida 35 tahun. Sekejap aje masa berlalu. 35 , kalau dilihat pada angka tu, mcm dah tua kan. Tp ida ni tak rasa macam tu pun. Biasa aje, dlm hati rasa muda aje... hehe... entahlah, tp perangai kanak2 riang tu masih adalah sikit2... ceria dan cepat teruja.

Walau apa pun, ida sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang telah dilalui dan yg ada sekarang ini. Alhamdulillah. Suka duka, tawa riang semuanya sering bercampur datang dan pergi seiring dengan pengalaman yang bisa mematangkan diri.

Walaupun pada usia ini, ida belum dikurniakan rezeki utk menimang cahayamata, ida redha. Tapi ida percaya insyaallah rezeki itu akan datang jua utk ida. Kawan2... doakan utk ida sekali yea..

Dan hari itu juga, mama buat makan2 sikit kat rumah. Jemput sedara mara, jiran2 dan kawan2 mama. Kawan2 sekolah ida dan shah semuanya di luar Dungun, so tak jemputlah. Bukan sempena besday ida sebenarnya tp sempena raya. Mama masak nasi ayam dan laksa. Agak tergesa2 jugak kami memasak. Pulang dari beli barang jam 2.00 ptg. Jemputan akan mula datang jam 5.00. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


- ini tetamu pertama yg tiba... hehe. Kebetulan, datang beraya.
Arieda dan Cteey - dua beradik yg kini telah menjadi usahawan Simply Siti


- sepupu ida - dua beradik yg dulunya jd kawan sepermainan ida sewaktu di Gong Kapas.
Siti dan Sarah. Sarah sekarang tinggal di Semambu, Kuantan.

- ini pula Zie, seorang nurse. suaminya adik beradik Siti dan Sarah.

- anak2 sarah dan siti..

- Ini pula Teh Mie. Mak Sedara yg paling rapat dengan ida waktu zaman sekolah dulu.
Beza umur dgn ida lebih kurang 4 tahun. Dia aktif dgn business Tupperware. So setiap kali ida balik dungun mesti ida beli stok daripada dia.

- ini kawan mama bersama anak2ya. suaminya bekerja di sebelah kedai mama.






- ini aksi solihin sebelum majlis bermula. suka sangat dapat naik basikal. pantang nampak...


- tak kira motor siapa, nak naik aje.... mmg bapak borek anak rintik ni...