Wednesday, March 3, 2010

BERSUKA RIA DI A'FAMOSA WATER WORLD

Esoknya.

Sarapan percuma disediakan utk 6 orang shj dan tempat makannya terletak di A'Famosa Cowboy. Dari D'Savoy, kami berkereta utk bersarapan di sana. Sape yg nak pergi ajelah. Selepas sarapan, kami klik2 lah kat sekitar kawasan A'Famosa Cowboy yg sebenarnya tidak beroperasi pada sebelah siang. (Waktu operasi: 6.00 ptg - 12.00 mlm) Yealah, masa ni aje boleh masuk. Nanti petang, nak masuk kena bayarlah pulak. (RM 40.00 seorang termasuk makan malam)

Sarapan pagi yg disediakan terbahagi kepada 3 jenis pilihan. Set Nasi Lemak, Set Western (2 keping roti, 2 sosej, 2 telur mata dan sedikit bake beans) dan Set Oriental (bubur nasi). Pilihan minuman secara buffet - teh, kopi dan oren. Makanannya biasa2 aje. Bolehlah utk mengalas perut.



- nak ajar solehin buat "peace" lah kononnya.. hehe..



- keter ni tak gerak pun. posing aje.. hehe..




Selesai sarapan pagi, kami bersiap utk bersuka ria di A'Famosa Water World (AWW). AWW terletak agak jauh dari apartment kami. Sebenarnya perkhidmatan buggy disediakan untuk ke mana2 tempat dlm resort ini dan bayaran yang dikenakan adalah RM 1.00 seorang utk satu perjalanan.

Harga tiket masuk adalah RM 40.00 utk dewasa dan RM 35.00 utk kanak2, termasuk makan tengahari. Sebenarnya, lebih jimat jika booking tiket masuk di pejabat diorang kat KL. Untuk 3 taman, A'Famosa Cowboy, A'Famosa Water World dan A'Famosa Animal World, harga tiketnya RM 100.00 shj.

Kami tidak bercadang utk memasuki 2 taman lain tersebut memandangkan cuti kami pendek shj. Sebenarnya AWW lebih kurang Sunway Lagoon, cuma lebih luas dan lebih byk game. Gambar sebenarnya tak byk sangat sebab semua teruja nak main air. Takde yg nak jd cameraman. Jadi layan yg mana ada ajelah yea.

- bergambar sebelum membasahkan diri...

- masa ni aku belum masuk air lagi. So klik dulu sekeping.


- dah penat berendam, kami beredar ke permainan kedua. Apa namanya, tak ingatlah pulak. Tapi best jugak permainan ni. Naik tangga lepas tu, gelongsorkan diri masuk ke dalam kolam. Gelongsornya tak tinggi mana pun. Sederhana aje.




Permainan ketiga, gelongsor air jugak, yg sebijik macam sunway tu. Ada tiga jenis gelongsor.
Tp kami terpaksa skip game tu sebab ramai sgt tgh beratur.

Kami terus ke game seterusnya. Yang ni best jugak, gelongsor dalam pelampung besar. Kami cuma perlu beratur shj. Pelampung telah disediakan, tidak perlu angkut sendiri (seperti gambar di bawah)


Masa ni, aku tak main sebab jaga Solehin. Jd , aku standby kat bawah utk ambil gambar. Jenuh jugak menunggu di bawah.

- pelampung pertama tiba, terus je ku paskan solehin masuk dlm pelampung tu.

- pelampung kedua tiba...




Dah selesai kat sini, kami layan lagi game seterusnya. Tp yg ni semua takde gambar, sebab aku sibuk main.. hehe. Ada juga game yg gelongsornya terlalu tinggi, ramai yg tak sanggup nak main sebab gayat.

Bila dah penat dan lapar, barulah kami pergi claim kami punya lunch. Ada 2 pilihan menu aje. Nasi ayam atau nasi dgn kari ayam, beserta minuman tin.

Sebelum keluar, kami berendam sekali lagi kat kolam berombak tu. Memang puashati main air. Dah tukar pakaian, kami mengabadikan kenangan, tanda pernah bertandang, sebelum pulang.



Kat bawah ni sebenarnya aksi2 kami kat pentas ni. Awalnya tak ada pun yg sudi bergambar di sini. Tapi bila kami dh mulakan dulu, ramailah pulak yang ikut kami bergambar kat situ, lepas kami turun. Hehe..




Sebenarnya, AWW dan AAW terletak sebelah menyebelah aje. Di depan entrance tu, disediakan beberapa ekor gajah utk kanak2 merasai pengalaman tunggang gajah. Lupa plak nak ambil gambar gajahnya. Masa nak balik ke D'Savoy, kami sepakat naik buggy. (suamiku dan abah tak join, diorang keluar, ronda2 ngan kereta), so tak perlu tunggu diorang dtg ambil kitorang.



Begitulah seharian kami di A'Famosa Water World.

16 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

akak lepas ni kena beli waterproof camera ni kak...hihihihi...meriah betul berendam semua...tumpang hepi tgk :-D

DrSam said...

musim panas seperti sekarang ni, dapat beremdam dalam air tu memang nikmat.

sweetsal said...

teringat pulak dulu2 datang empat family kt sini..seronoknye main air kan!..meriahnye!!

Leeza said...

Salam...bestnya main air....teringat saat dengan mereka di sunway lagoon dulu....teringat saat main pelampong dengan NB dan ojan tolong tarik kami berdua..keh3.

tunbegia said...

sungguh seronok membasah,

salamm,

idasm said...

nuar, alamak kena ke? hehe..

idasm said...

Dr. Sam, mmg nikmat.. hehe

idasm said...

kak sal, wah 4 famili ke, lagi meriah tu..

idasm said...

kak leeza, kenangan bersama kak NB n famili pasti sesuatu yg sukar dilupakan... kan akak.

idasm said...

TB, hehe.. seronok mmg seronok

Nur Athira Izzaty said...

Wahhh...bestnyer...
bercuti aje kak ida..
hehehehe..

idasm said...

athira, lamanya tak nampak athira kat sini. apa khabar? semua ok ke.

HLiza said...

Saya sendiri tak pernah ke sana walaupun dekat aje dengan kampung..thanks mampir ke blog saya.

idasm said...

kak HLiza, o rupanya dekat aje kat rumah akak ye. biasalah kak, yg dekat kemudian takpe.. hehe..
terima kasih jugak sebab sudi singgah ke sini.

nurul said...

kak ida, bestnya tengok gambar2 kak ida kat afamosa ni.. sbb nurul dulu tak sempat ke mana pun.. hanya gi cowboy dan zoo kot.. lupa daa.. nurul dok kat umah sebuah2 kat dlm afamosa tu bersama parents, family & adik beradik.. masa tu haziq kecik lg.. so, rasanya pasni kene gi lagi sbb nampak best pulak tgk kak ida n family kat sana.. nurul pun tumpang seronok gak.. :)

idasm said...

nurul dok kat umah banglo lah ye. mahal tu nurul. tp mmg bestlah kan. oklah nurul sempat pergi 2 tempat apa. kak ida just masuk water world aje. cowboy ngan zoo tu tak masuk pun.. hehe.. bestkan dapat jalan2 ngan famili.