Saturday, February 4, 2012

JALAN-JALAN MEDAN - HARI KEDUA

Disebabkan Medan ni terkenal dengan Tasik Danau Toba, rasa tak sabar jugak nak tengok rupa tasik yang dikhabarkan begitu luas itu.


- bandar Medan - snap dr bilik hotel...


Kami lunch kat hotel saje. Buffet. Pilihan makanan banyak jugak. Rasa pun boleh tahan sedap. Foodnya boleh tengok gambar2 kat bawah ni......





- pic cover line wajib ada... hehe....
(rasanya ida aje yg beria-ria posing kat cafe tu.. hahaha.. lantaklah kan...)

- Pak Joko - supir kami sepanjang berada di Medan. Suami sewa kereta Rush tp kat sana dah ditukar namanya.. ida tak ingatlah pulak...




- kami stay satu malam sahaja. Then check out pd esoknya tp kami dah booking utk stay lagi pd 5hb


Perjalanan daripada Medan ke Parapat memakan masa 4 jam. Memang jenuh jugak dalam kereta. Sambil2 tu ida layanlah camera Sony ida yang sekejap ok, sekejap ko tu.. hehehe.. nasib le. Ambik gambar dari dalam kereta saje. Tingkap pun tak bukak... so begitulah hasilnya yea..




- warung top up...

- singgah beli goreng pisang dan yg sewaktu dengannya utk kudapan dlm kereta..

- sambung lagi perjalanan...

- kiri kanan jalan kebanyakannya pemandangan hijau aje...

-melewati salah satu masjid.. tp tak sempat tengok namanya...


- singgah ke kedai / perusahaan yang membuat makanan ringan. Ada pelbagai pilihan, produknya lebih kurang mcm kacang tumbuk dan biskut kacang. Tak ingat apa namanya tp kalau tengok pada kotaknya mcm jaten / patin. Boleh dikatakan tempat ni tempat wajib singgah utk semua pelancong. Samaada ikut pakej atau guna khidmat supir, pasti akan direkomen utk singgah sini..

- satu kotak harganya RM5.00. Boleh rasa dulu sebelum beli, yang mana berkenan. Ida beli sikit aje.. ambik hati aje.. hehe..


Perjalanan diteruskan lagi. Tapi tak lama lepas tu kami berhenti lagi. Kali ni singgah kedai makan, kononnya nak minum2 aje..


- hajatnya nak minum kopi aje....


- ida pulak tergoda dengan sotonya. Tapi setnya datang sekali dgn nasi. Sedap sotonya. Ida suka. Sebab ida kata sedap, suami pun order satu... hehe..


- kemudian singgah pulak kat kedai kaset ni. Sebenarnya nak beli adapter, sebab kat Indonesia ni pin plugnya jenis lubang dua tapi bulat. Tapi selain adapter, kami jugak borong cd - lagu2 indonesia lama sebab murah aje harganya...

Disebabkan kami bertolak agak lewat dan banyak kali berhenti sepanjang perjalanan, kami tiba kat Danau Toba agak lewat jugak. Rasanya dalam pukul 9 malam. Tasik memang tak nampak apa langsung.. gelap je. Kat sini kami tak booking mana2 hotel, just minta tolong pak supir kami bawakkan ke hotel yang okey2 sikit. Lepas tengok ke dua2 pilihan hotel, kami akhirnya memilih utk bermalam di Danau Toba International Cottage. Agak luas juga biliknya.








Lepas check in, kami keluar semula untuk dinner. Pun minta tolong pak supir aje bawakkan ke kedai makan yang halal dan bersih.



Selesai Hari kedua. Tak sabar nak tunggu esok, nak tengok tasiknya... hehe...

Sunday, January 29, 2012

JALAN-JALAN MEDAN - INTRO

Sebenarnya ini adalah entry tertunda. Jalan-jalan ke Medan ni dah lama dah. 2 - 6 Feb 2010. Dah jadi pekasam kot... hehehe. Tak sempat nak masuk dulu sebab bz. Tapi takpe kan ida kesahkan kat sini... sebab asyik kesah amira aje... kita tukar angin sikitlah yea... hehe...


Masa ni pegi Medan melalui penerbangan Mas. Tiket harga RM 400.00 pergi balik utk seorang. Sampai kat KLIA, kami terus check in sebab nak spend time kat VIP Lounge kat dalam tu. Boleh makan-makan dan minum-minum sepuashati dan relax2 kat situ sambil surfing. Semuanya percuma.. hehe..
- suasana dalam VIP Lounge


- pilihan makanan not bad...



- Flight pukul 2 petang. Perjalanan rasanya lebih kurang 1 jam shj. So inilah dia Lapangan Terbang Polonia, Medan. Kecik aje.

Bila time nak ambik bagasi, ramailah pekerja2 yg beruniform biru putih tu datang dekat offer nak ambikkan bagasi. Kami cuma ada 2 beg. Kalau ikutkan tak perlu pekerja pun, boleh tolak sendiri aje troli tu, tp sebab kesian kat diorang ni cari makan, so kami ambiklah jugak...


- Kami ambik teksi dan terus ke hotel. Sebelum tarikh berangkat, mmg siap2 dah buat online booking sebab lebih murah. Kami pilih Hotel Grand Swiss-bel yg berada di kawasan bandar Medan.

- sewaktu check in, diorang bagi welcome drink...

- lobby hotel. cantik jugak kan...

Jom kita tengok bilik dia pulak.... bagi ida ok sebab hotelnya agak baru, so puashati dengan kemudahan yang ada di biliknya.





- ini pula swimming pool , dilihat drpd bilik kami. Ida mmg suka sgt berenang, so bolehlah jd aktiviti petang2 sebelum dinner...

Lepas check in dan refresh diri masing2, kami keluar utk makan. Mula-mula kami jalan kaki. Konon nak cari kedai makan yang dekat2 aje. Tapi masa kami jalan kaki tu, banyaklah pula beca yg guna motor ni (tak tahu diorang panggil apa) yang offer kami. Heran jugak, diorang ni tak nampak ke yg kami ni godang2, mana nak muat duduk kat beca diorang yg kecik tu. Tapi sebab diorang ni beriya2 nak suruh kami naik, last2 kami naiklah jugak. Penyudahnya ida terpaksalah duduk atas riba incik somi.. hahaha, bukan kami aje yg gelak, dia pun gelak sakan.

Sempat lagi berhenti isi minyak, semua yang isi minyak kat situ pun senyum2 pandang kami.... Lantaklah.. hahaha. Tapi bila dah open air ni.. senang jugaklah utk ida nak ambik gambar kan... so layanlah beberapa keping gambar yg ida snap guna hp sementara nak sampai ke restoran garuda...



- itulah rupa becanya. rupa sebijik macam beca kat msia, tp guna motor.

- ini pulak close up... bayangkanlah tempat duduk yg kecik tu nak dimuat 2 org yg saiznya spt kami.. hehe.. mana muatkan...




- di sinilah kami makan...

- ida dan suami mmg gemar jugak dgn makanan minang / padang ni. Lauk2 diatas tu, ada yg mmg kami pilih, tp ada jugak yg kami tak minta tp diorang letak, mcm biasalah kan.. padang style...

- bergambar sebelum balik, pun guna hp aje. Sebenarnya camera sony ida tetiba ada problem kat motor dia. bukak aje, bergegar. so imej tak statik. (masa ni belum ada camera besar)


- singgah pulak kat warung durian.

- siap kerusi meja dan air basuh tangan utk kita menikmati durian di situ...


- Sebelum balik ke hotel, kami jalan2 sikit sementara nak dapat teksi... kali ni tak ambik beca dah... hehe...

Selesai sudah hari pertama di Medan..... hari kedua kita sambung part 2 pulak yea..