Sunday, August 30, 2009

LENTERA AIDILFITRI...

Pada 13 Ogos yang lalu, aku sempat ke rakaman Lentera Aidilfitri oleh Siti di Astro. Kelasku berakhir jam 5.00 petang pada setiap hari Khamis. Tapi aku pulang agak awal pd hari tu sebab takut tak sempat. Hajatnya nak drive sendiri aje, walaupun aku sebenarnya tak pernah sampai ke Astro. Jadi ingat nak keluar awal sikit supaya ada masa sekiranya sesat atau tersalah masuk jalan. Tapi tak sangka juga, suamiku volunteer untuk hantarku ke Astro... hehe.. bagus jugak. Thanks darling.

- Tini, Azwan, Arieda, Ida


Lebih kurang jam 6.30 ptg, aku tiba di Astro. Di sini aku bertemu dengan Sitizoner lain yg telah tiba lebih awal. Arieda, Cteey Yanti, Tini, Azwan, Kak Lon, Kak Fiezz, Samad. Terdapat juga rakan2 SZ yg baru kukenali pada hari tu. Te-Are Diamond, Fizz dan ramai lagi. Makan malam disediakan oleh Astro sebelum mula rakaman. Rakaman bermula agak lewat, rasanya lebih kurang pukul 9.00mlm.

- sebelum masuk ke studio rakaman...
tuanpunya hati, arieda, kak fiezz, te-are diamond, cteey yanti

Nurul , teman SZ yg juga teman blog, tiba agak lewat bersama Lia

Mulanya aku duduk di meja barisan kedua bersama Kak Lon dan Kak Fiezz, tp kemudiannya producernya, Datin Zaiton, telah minta aku dan Lia pindah ke meja di barisan depan bersama tetamu jemputan Siti yg lain. Alhamdulillah, aku gembira sekali sebab pandanganku begitu jelas. Dekat aje dgn Siti. Bila dah duduk depan, apalagi aku pun mulalah sibuk dgn kerjaku, klik2 dan record sebanyak yg mungkin.

Kak Fiezz dan Kak Lon
- di meja pertama...

Gembiranya rasa hati sebab aku agak lama juga tidak bertemu Siti. Last sekali jumpa Siti waktu Sirah Junjungan di Istana Budaya pd bulan Mac. Siti kelihatan semakin cantik dan semakin slim. Vokalnya tak usah cakaplah, mmg superb. Siti menjemput Faizal Tahir dan Saiful Apek sebagai artis jemputan. Saiful Apek ni memang lawaklah.. tak kering gusi kami dibuatnya.



Siti juga berduet dgn Faizal Tahir dengan lagu Lucky, Mahakarya Cinta dan Dialah Dihati. Gandingan yg mantap sekali. Memang best! Mereka bertiga jua duet bersama2 melalui lagu Suratan atau Kebetulan yg dipopularkan oleh Kenny, Remy dan Martin, suatu ketika dulu.
Lagu raya cuma satu saja, didendangkan secara trio, yg dipopularkan oleh DJ Dave.










Bila dh selesai rakaman, seperti biasa Siti akan diserbu oleh peminat2nya untuk bergambar.
Aku juga sempat bergambar berdua dgn Siti. Cumanya gambarnya kurang memuaskan. Tapi takpelah.. aku pasrah. Tapi hati tetap girang bila Siti tak lupakan aku dan suamiku. Dua kali Siti cakap kirim salam kat suamiku... hehe.. Siti mmg ingat kat suamiku tu, maklumlah pertemuan aku dan Siti di Wisma Lensa, suamiku pun ada sekali.


- terima kasih byk2 buat arieda sebab tolong klik dr cameramu.
kalau tak.. takdelah pic yg jelas ni. thanks dear.

Sebelum kuakhiri entry kali ini, kuhadiahkan buat anda semua yg meminati Siti... beberapa rakaman termasuk rakaman duet Siti bersama Faizal Tahir hasil rakaman drpd hpku... layan yea...


















9 comments:

TE-ARE |MOND|™ said...

best time nie...
dpt knl2 ngan SZ yg lama dan yg baru..best juga, te-are dpt knl ngan k.ida..
btw,sempat lg k.ida rakam video.. hehe

Nur Athira Izzaty said...

De video r...bleh tgok....tq kak ida..

idasm said...

Te-are Diamond: kak ida kalau punya kesempatan mmg akn usahakan utk klik2 n rakam video ni dik.. hehe.

Athira: Enjoy the vc yea...

Anonymous said...

kak ida!!! ni org kak! hehehe alhamdulilah ni bole masok blog2 hehehehe nk kene cepat leave komen ni takot tetiba x leh plak huhu

wah kak best nye rakaman ni ek syg org tinggal jauh untungnye stay kat malaysia kan hehe

wah hubby akak antar sey hehe bagos tuh tq akak letak video dpt jugak org tgk tau kak tks to u alot kak idaku!!! best la video hasil klik akak tu! best!!! tq kak!!

Marzalina said...

pakaian CT semua cantik2 kan kak..hehe

idasm said...

TAJLENA... mmm.. lamanya lena tak singgah sini yea.. ingatkan dah lupa blog akak ni.. hehe.. tq sudi singgah lagi. suka bila lena suka semua vc akak tu... enjoy ye..

INTAN: betull tu semua cantik2.. orgnya pun cantik so pakai apa pun nampak cantik aje.. kan intan..

Anonymous said...

kak ida, bestnya ada video2 masa lentera aidilfitri.. nurul suka sangat gabungan CT, FT & Apek.. memang happenning kan!! tq kak ida..

*mama nurul's*

arieda salsabella said...

kak ida..bestnya..sempat lagi ye ambik video..huhuu..tp memang merengzz la kan..mcm tulah ct..ingat kat semua peminat dia...kite rasa cam d'hargai sangat,kan kak ida...

idasm said...

Nurul... suka ke ngan video2 kak ida.. hehe.. suka kak ida bila nurul suka. kak ida suka part CT duet ngan FT tu.. bestkan.. masa rakaman diorang buat 2 kali kan.. layanlah kak ida!
Arieda... memang merengzzz... CT mmg ingat peminat2 dia. Thanks klik pic kak ida ngan CT tu.. cantikkan gambar tue.