Sunday, September 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN... Harap2 belum terlewat untuk mengucapkannya. SEMOGA AIDILFITRI INI MEMBERIKAN SERIBU KEMANISAN DAN KEBAHAGIAAN BUAT SEMUA. Maaflah, tuanpunya hati ni sibuk betul. ingatkan sempat post entry last sebelum raya tu hari. tp nampaknya tak sempat pulak. Minta maaf yea.

Banyak betul yg perlu diuruskan sebelum cuti raya. Buat biskut raya pun sempat 4 jenis sahaja. Suamiku pulak tetiba datang idea nak buat jualan nasi beriani kat depan restoran (caw. masjid india). Mana taknya, org ramai dtg ke bazar ramadhan ni berpusu-pusu, tak henti2, 24 jam, riuh rendah kawasan ni. Lepas tu customer pulak lapar, nak bersahur nasi. Jadinya aku sempat jugaklah menikmati suasana lelong di kaw. masjid india sehari sebelum aku balik kampung.

- biskut nestum

- biskut gajus

- biskut samprit (versi ida)

Artis Sarah Raisuddin pun singgah makan nasi beriani kami. Seronok betul buat jualan seperti ini. Mula jam 12.30 pagi, alhamdulillah pukul 3.00 pagi nasi beriani seperiuk besar telah habis dijual.





Esoknya, Sabtu, 19 Sep 2009, aku bertolak ke kampung halamanku Dungun, Terengganu pada jam 11.00 pagi. Adikku hadi pun ikut kami sekali. Singgah kat rumah tailor ambik baju yg hanya siap sepasang shj kat Taman Sri Gombak. Mmg dh tau siap sepasang aje. Sebab tu ku dah beli 3 helai baju FYI kat Sogo sebelum tu.

Bila tiba kat Kijal, jalan jam dekat 1/2 jam jugak. Ingatkan kenapa, rupanya sebab byk sangat kereta berhenti utk beli lemang Kijal. Kami pun turut berhenti sama. Hajatnya nak belilah sikit utk buat balik Dungun. Tp hajat terpaksa dibatalkan bila kami kena tunggu 2 jam utk dapatkan lemang. Jenuh nak tunggu 2 jam. Takpelah, tak makan lemang pun takpelah.

- bila dh jam, aku pun klik2 lah...

Alhamdulillah selamat tiba kat Dungun lebih kurang pukul 5.00 lebih. Tiba kat rumah, adikku Shah tengah sibuk mengecat rumah dgn adik2 yg lain, Faris dan Adik Zul. Apalagi terus Hadi pun ambik bahagian jugak membantu lepas tu.

Mama masih berniaga pasar malam, hari ni. Jadi aku yg mmg dh lama tak ke pasar malam Dungun, apalagi.. begitu teruja nak ke sana. Kami semua berbuka kat gerai mama pada hari terakhir puasa ni. Solehin pun ada. Tp sebab Solehin tak puasa, aku suapkan nasi kat dia dulu. Dapatlah aku beli ayam percik, kuih belimbing, apam balik, coconut shake, air tebu, kuih bunga.. ishk , banyak betul belanja. Hahaha..

- pasar malam dungun

- gerai jualan mamaku



- waktu ni dah berbuka dah...

Shah telah mencadangkan sate utk hidangan 1 syawal. Jadi mlm tu, aku mula potong ayam sorang2. Orang lain semua sibuk berkemas, ada yg pasang langsir, ada yg mengemop. Kemudian bila mama dh balik dr kedainya, barulah aku gaulkan isi2 ayam yg dah dipotong tadi dgn bahan2 sate. Dh selesai buat tu, aku cucuk sate pulak. Lenguh jugaklah belakang aku, tercongok cucuk sate sorang2. Mama sibuk buat nasi himpit dan kuah kacang. Tapi time ni semua takde klik2 sebab aku bz buat kerja.. hehe. Yang ada cuma gambar diorang tengah bakar sate. Pukul 5.30 pagi, Shah mula bakar sate.

- solehin pun ada.. hehe.. dia ralit tengok bara api tu..

Aku lepas dapat rasa sate pertama, terus zzz dah. Mataku dah tak larat dah nak tunggu diorang. Begitulah cerita satu hari satu malam, menjelang 1 syawal.....

10 comments:

Anonymous said...

wah bagos betol idea suami kakak tu tau pandai betol carik duit...

dpt bergambar dgn sarah tu...

best kan kak beraya dia kampong... dungun plak tu... juadah hari raya akak pon meletop tu siap sate lagi.. sian akak smpi lenggoh2...

dah bz kekadang tk dpt klik2 tp gambar yg mase jamm tu yg batu tu cantik la kak...

nurul said...

selamat hari raya buat kak ida sekeluarga.. maaf zahir batin.. bestnye ada sate di pagi raya.. kitorang tak sempat nak tempah sate coz dah sold out.. huhu.. nanti nak order ngan kak ida je la.. hehehe.. mak kak ida masak nasi impit & kuah kacang ye.. hmmm.. bestnye..:-) nurul suka..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..berapa ari jenguk ida punya blog tak berupdate, syukur ida selamat pergi dan selamat kembali ya..
mesti seronok berhari raya ramai2kan...nanti jumpa mama Ida kirim salam ya..

idasm said...

hahaha... suamiku tu mmg pandai berniaga lena. ada aje ideanya. tp tu first time buat jualan mcm tu, tahun2 sebelumnya x pernah pun.

beraya di kampung seronok sebab semua berkumpul kan. kalau buat sate mmg mcm tu lena. yg tukang potong n tukang cucuk , mmg akaklah. bab2 mengemas serah kat anak2 dara tu.. hehe.

NURUL... dh lama jgak tak buat sate ni. selalunya yg jd problem tukang bakarnya. kalau ada yg sanggup jadi t.bakar , jadilah sate tu.. hehe. kesian pulak kak ida dgr nurul x dpt tempah sate. eh kak ida kalau kat kl ni x pernah buat sendiri. tempah kat supplier lain jugak ... hehe.

nurul suka nasi himpit kuah kacang, samalah kita, samalah jugak ngan dct tu.. betul tak nurul.

idasm said...

Kak Yati... sori kak, mmg lama x berupdate blog ida ni.. hehe. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali. terima kasih kak.
mmg seronok beraya di kampung bila semua dh berkumpul kan kak.

arieda salsabella said...

wah...bagusnya idea abang y tu...maklumlah..kepala bisnes..heheh..apapun ida tumpang seronok..wahh..cayalah..kak ida buat sendiri sate ek...lenguh gler tu...dahlah sorang...biskut pun wat sendiri ek...tp sayang skali...ida xberpeluang nak rasa..huuuhu...mesti sedap tu...

arieda salsabella said...

opps..kak ida..slmt ari raya aidilfitri..maaf zahir batin ye kak ida...

idasm said...

ARIEDA... selamat hari raya, maaf zahir batin. mcmn nak berpeluang merasa ida wei.. dh ida x dtg beraya umah akak.. hehe. sate mmg dh byk tahun jugak tak buat, selalunya kalau ada yg sanggup jd tukang bakar, baru boleh buat. biskut buat sikit aje ida. tp seronok ida buat biskut sendiri ni..

zara aluwi said...

Salam ida...
Akak salute kat Ida nie... dalam kesibukan berniaga masih sempat lagi buat kuih raya. Racik ayam buat sate, cucuk sate lagi... adusss kalau akak dah lama pitam.

idasm said...

kak zara... hehe.. mungkin sebab ida ni dh jatuh cinta kat dunia masakan ni.. sebab tulah kot.. hehe..