Saturday, October 3, 2009

CATATAN DI HARI LEBARAN,...

1 syawal bersamaan 20092009....

Seperti biasa selepas sembahyang raya, kami sekeluarga menjamu selera. Menu hari ni nasi himpit kuah kacang bersama sate buatan sendiri. Acik Sa (mak sedaraku) yg rumahnya di depan rumahku mengirimkan nasi minyak utk kami. Selepas makan, agenda seterusnya biasalahkan.. sesi bersalaman bersama. Oleh kerana kami ni memang keluarga ceria, rasanya belum ada tangisan yg mengiringi sesi ni... hehe. Dah lepas bersalam, sesi bagi duit rayalah pulak. Aku merupakan anak sulung, jd memang setiap tahun aku membuat peruntukan duit raya buat mama, abah dan adik2ku seramai 7 orang. Tapi sejak 8 tahun dah bergelar isteri ni, peruntukan duit raya utk keluarga telah disediakan sepenuhnya oleh suamiku. Jadi aku cuma perlu keluar duit raya utk sepupu-sepupuku yg ramai itu dan anak-anak kampungku yg datang beraya di rumahku.

- nurul, mama, tuanpunya hati, fatin dan nor...

- Solehin bersama Nor

- ibu dan ayah Solehin...


Tema raya pertama adalah ungu. Tahun ni baju2 rayaku begitu simple sekali, dan seperti biasa baju labuh dan seluar. Mamaku merupakan anak ke-2 dlm keluarganya. Jadi pagi raya kami memang tak sempat ke mana-mana, sebab semua adik beradik mama datang bertandang ke rumah kami. Tugas buat air dan di dapur, macam biasalah anak2 dara 3 orang tulah.. (adik2 ku.. Nor, Nurul, Fatin, aku dh lama pencen .. hehe).

- sepupu2 yg dtg beraya di rumahku...

- kaum hawa... anak dara + 2 org mak dara...

- sepupuku shimah, mama, cik tie, nor, fatin, mak teh, aku dan nurul....


Tahun ni merupakan raya pertama jugak buat Solehin. Seronoknya dapat beraya dgn Solehin.



Bila petang sikit, kami ke rumah nenek sebelah ayah di Gong Pasir. Kat sini dapatlah bertemu dgn mak saudaraku yg pulang beraya dari Kuching, Sarawak. Dh lama jugak Sue dan suami bertugas di sana, tp aku belum berkesempatan lagi utk melawat mereka di sana.
Sebelum pulang, sempat lagi pergi beraya ke rumah mak sedaraku di Jalan Alur Tembesu. Adik beradik mama ada 11 orang, jadi mmg berderetlah rumah2 yg kami perlu lawati bila pulang beraya ni. Kat rumah Cik Tie , alhamdulillah kami dapat makan nasi dagang.. mmm.. terubat rindu nak makan nasi dagang.

- di rumah nenek di Gong Pasir...




Lepas maghrib, pak sedaraku, Ayah Su sekeluarga tiba dari Kemaman. Kemudian Ayah Shid sekeluarga dari Gong Badak pulak tiba. Sampailah pukul 11.00 mlm, rumahku masih riuh rendah...

Raya ke-2, mama buat nasi minyak berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah. Hari ni, kami konvoi 2 kereta pergi beraya ke rumah mak-mak sedara kami yg berada di Dungun. Kebetulan masa kat umah Teh Mie ada pulak siaran Lentera Aidilfitri DCT, so dptlah tengok show yg aku pun turut serta waktu rakamannya kat Astro tempohari. Lepas rumah Teh Mie, kami konvoi ke rumah Mak Teh pulak yg tidak jauh dari situ.. kiranya dalam Taman yang sama.. Taman Rakyat. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah kat rumah kawanku sama belajar kat U dulu, Zuridah. Tak sangka pulak rumahnya kat kawasan rumahku jugak. Ni semua jasa baik FB lah ni. Ramai teman2 lama dpt dijejaki semula melalui FB. Bila dh jumpa Zuridah, teringat pulak kenangan masa praktikal. Sama2 dgn dia kat Petronas, Kerteh.



Raya ke-3, seperti biasa konvoi 2 kereta. Tp hari ni kami ke Kuala Terengganu, di samping menghadiri kenduri kahwin sepupuku, kami juga beraya ke rumah beberapa mak sedara lain lagi.

- singgah makan keropok lekor kat Kelulut dulu...

Mula2 kami ke Pengadang Baru utk menghadiri kenduri kahwin sepupuku. Sepupuku muda lagi dan masih belajar lagi. Dia dan suaminya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir pada bulan Disember nanti. Kemudian, kami ke Sungai Rengas utk beraya di rumah kakak mama, Umi. Lama pulak lepak kat sini sebab ralit tengok citer Dayang Senandung.

- yg tengah tulah pengantin baru....

Bila dah keluar dari rumah Mie, aku teringat kat Zura, geng Sejiwa waktu sekolah menengah dulu. Geng Sejiwa aku ada 4 orang, Ida, Nor, Nurul dan Zura. Nor dan Nurul berada di KL, manakala Zura pula menetap di Sabah. Oleh kerana dh berbelas tahun tak jumpa Zura dan kebetulan dia masih di Terengganu, aku ambil peluang utk bertemu dengannya. Memang rindu betul maklum dh lama sgt tak jumpa. Alhamdulillah, dpt juga aku bertemunya, walau kami tiba kat rumahnya di tengah2 maghrib... tp sebab dh call dulu sebelum datang dan dah dpt green lite darinya, kuredah jua... hehe.. Cayalah kat mu Zura, still maintain mcm dulu.. aku aje yg bertambah sihat .. hahaha...

- zura bersama anak2nya. yg sulung tu byk ikut muka zura... yg no 3 tu very friendly...

- Selepas ke rumah Zura, kami beraya pulak ke rumah mak sedara di Gong Kapas. Sebenarnya aku sempat tinggal dan bersekolah di sini.
Aku bersekolah di Sek Keb Gong Kapas semasa darjah 5 dan 6.

-Sebelum bertolak balik ke Dungun, kami singgah rumah terakhir di Jln Kamaruddin.
Waktu pulang, kami lalu kat Jalan Budiman,
melepasi Sek Men Agama Sheikh Abdul Malek... hehe.. sekolahku dululah ni...



Raya ke 4, Hari ni aku ajak adikku Nurul n Adik Zul pergi potong rambut. Aku nak tukar stail sikit, nak buat layer. Nurul pulak ku suruh dia potong stail Agnes dlm Jelita.
- Hari ni jugak mak sedaraku Cik De buat open house kat rumahnya. Jd kami sekeluarga makan tengahari kat rumahnya. Menu pun boleh tahan.. ada nasi minyak, ada bihun soto, sate n nasi himpit pun ada. Alhamdulillah.
( ini sebahagian shj yg masuk gambar ni...
)

Sebelum pulang, kami pergi beraya pulak ke rumah cikgu Adik Zul. Cikgu Wan ni cukup sayang dgn Adik Zul. Tak sangka kat rumahnya ada byk pokok mangga yg tengah ranum berbuah. Apalagi.. kami pun sempatlah petik buah mangga sikit, sambil posing2 .... hehe...




- nurul, fatin, adik zul, cikgu wan, abah, mama dan nor....

- geng teruna.. ops! yg baju putih tu bapak orang dah... hehe...
adik zul, shah, hadi dan ewan, faris kat depan..

Raya ke- 5, hari ni kami akan pulang ke KL. Tp macam biasa, suamiku akan beli ikan2 segar utk dibawa balik ke KL. Jd pagi ni, kami ke Pasar Dungun dulu. Dapatlah beli 3 ekor ikan tenggiri, 2 kilo udang besar dan beberapa kilo ikan lain lagi. Aku sempat jugak melepas rindu kat apam balik. Bestnya dapat makan mcm2 jenis apam balik. Ada apam balik telur, apam balik telur + kacang, apam balik choclate chip, apam balik kaya dan mcm2 lagilah . Yang menjadi feveretku adalah apam balik telur + kacang. Best!!!! (lupa nak klik2 kat sini)

- pasar dungun....

Kami berada di pasar agak lama sebab kami kena tunggu ikan tenggiri yg dibeli siap dipotong dan disusun di dalam kotak coleman tu. Pakcik Embong yg jual ikan tenggiri tu pun baik. Tekun dia potong ikan2 tu. Lepas potong, dia akan peket2kan pulak. 4 keping ikan tenggiri utk satu peket. Kepala asing, telur asing. Semuanya dia buat sehinggalah 2 kotak coleman tu selamat masuk ke kereta.


Hari ni hari last berada di kampung. Kami terpakasa pulang awal sedikit berbanding tahun lepas sebab kami ada tempahan catering open house pada hari Sabtu. Mama buat nasi ayam mama hari ni. Mcm biasa menu wajib kami. Petang kami tidur sekejap sebab nanti petang nak memandu balik ke KL. Cadangnya nak bertolak sebaik aje selesai citer Dayang Senandung. Tp agenda terpaksa ditunda sebab hujan turun dgn lebatnya. Lebih kurang pukul 8.30 barulah kami dapat bertolak bila hujan dh mula reda sedikit. Alhamdulillah.. lebih kurang pukul 1.30 pg ..kami selamat tiba di KL.

- tengoklah solehin tu, aku kacau dia pakaikan tudung.. hehe... comel pulak solehin pakai tudung...

12 comments:

nurul said...

bestnya kak ida.. meriah nampak suasana berhari raya.. suka tengok pic kak ida di celah daun2 tu.. nampak comel.. :-)

Syahmi Mohd Isa said...

nice memory...hehe..

arieda salsabella said...

wah...xtvt padat d'hari raya..ke sana dan kemari..heheh..
meriahnya suasana hari raya kan...
cuma yg xtahan tu..jalan jem gler...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ida..asal hang dok terselit kat daun2 tu.ha.ha.kelakarlah ida ni, best ya..membeli ikan dan juga udang..mesti murahkan

idasm said...

nurul... biasalah bila dh berkumpul ramai2 ni.. haha.. kak ida pun suka pic tu nurul sebab boleh cover line.. hehe..

syahmi.. thanks sudi tinggalkan jejak kat sini.

arieda... kat dungun jalan semua ok. kat KT tu yg tak tahan tu..

Kak Yati... biasalah ida ni.. suka sgt posing yg boleh cover badan yg gemuk ni.. hahaha... akak, beli ikan kat dungun x murah kak sebab diorang claim ikan fresh. mahal harganya compared to KL. tp dr segi fresh tu mmg fresh giler r...
udang boleh tahan murahlah..

Anonymous said...

wah3 best nye entry akak kali ni hehe n mcm biasa la kak org dpt masok n komen tu yg penting hehehe

seronok baca entry akak tau psl hari raya ni hehe betol2 nye in details

puas sekali baca entry ni.. mmg betol tu kak jasa FB ni yg menemukan kita dgn kwn2 kita kan hehe

Amna Faqiha said...

meriahh sungguh hari raya akak sefamily..

secangkir madu merah said...

ida, salam lebaran...seronoknya raya

idasm said...

Tajlena... bagus betul adik akak ni.. walau cepat walau lambat sure tinggalkan komen ek. thank u dear.

Ibu Amna: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. maaf zahir batin. seronok jugak tgk amna beraya yea..

Secangkir Madu Merah: salam aidilfitri jga dari ida. terima kasih.

Tukang Campak said...

Da..pergh..raye sungguh mung. Aku nok wak gitu ah konon, terjah umoh anok branok tapi dok jadi pah sudoh.

Mung pong pepel gok ? Kita pakat siap2 ah tema raye thn dpn hehe brase ge nok pakai ija pucuk pisang hehe

idasm said...

zie... hahaha... gitulah aku kalu raya zie.. mmg keje terjah umoh anok beranok je. tu pong ada gok 2,3 umoh tertinggal tu. zie... ija pucuk pisang tu warna ceroh ke.. badan aku ni allegiklah kalu warna ceroh2.. hahhaha....

Nur Athira Izzaty said...

hehehe...
best mse rye kak ida..
entry rye sy xwt lg..
huhuhu..