***********************************************************************************
Sebelum itu, pada sebelah pagi, aku terlibat dgn aktiviti bulanan Jam'iyah. Jam'iyah ni sebenarnya PERSATUAN SERUAN ISLAM. Dan untuk sesi 2009 - 2011, aku telah dilantik menjadi Setiausaha bahagian Wanita. Setiap bulan, AJK Wanita akan mengadakan ceramah agama. Dan untuk bulan Feb, kami telah menjemput Ustazah Zawiyah bt Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bhgn Pembangunan Keluarga, JAKIM, bagi menyampaikan ceramah bertajuk IBU CEMERLANG, KELUARGA GEMILANG.
Sungguh menarik penyampaian ceramahnya. Jelas dan lantang suaranya. Sekali sekala diselitkan jenaka, membuatkan muslimat kusyuk mendengar tanpa rasa mengantuk. Kucuba upload rakaman ceramahnya kat sini tapi sayang, agaknya duration dia lama sgt so tidak berjaya.
Kata ustazah, akhir2 ini, ramai ibubapa yg telah mengenepikan amalan2 sunat yang sepatutnya dibuat kepada bayi. Contohnya aqiqah, bercukur, bersunat (perempuan). Kesemua amalan2 itu ada kebaikannya. Jadi jgnlah sesekali mengabaikan amalan2 sunat tersebut.
Sungguh bertuah seseorang wanita itu apabila berpeluang menjadi seorang ibu. Didiklah anak anda dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Jangan lupa menerapkan nilai2 murni dan ajaran Islam dalam kehidupan seharian agar bila dewasa kelak dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Semoga aku jua akan berpeluang menjadi seorang ibu satu hari kelak, insyaAllah, Amin.