Thursday, April 8, 2010

NAK KE MANA LAGI....

sambung sikit lagi kesah cuti sekolah bersama familiku.

Hari Rabu, 17 Mac 2010. Kami plan nak ke Desa Water Park. Suamiku ada banyak kupon 1 tiket percuma 1. Memang tak pernah ke sini sebelum ni. Jadi bolehlah try. Kalau Sunway Lagoon tu dh banyak kali dah. Dah tau dah mcmn keadaan dan gamenya.

Kami bertolak agak lewat, (mcm biasalah rutin kat restoran tu kena settlekan dulu). Lebih kurang pukul 2 petang kami tiba. Punyalah panas. Memang terasa bahangnya. Kami berenam shj. Abah tak nak ikut. Solehin juga turut serta. Tak sangka pulak abahnya ada hal kerja sikit kat KL, so dapatlah Solehin dan ibunya ikut sekali. Jadi kami bayar harga 3 tiket, RM 20.00 x 3. Tapi kami dapat masuk 6 orang sebab pakai kupon tu. Solehin masuk percuma.

Ramai jugak pengunjung yg ada. Maklumlah musim cuti sekolah. Tapi Desa Water Park ni terlalu panas. Mungkin pokoknya sikit dan tak tinggi sangat. Kalau kata Sunway tu, walau hari panas, tapi tak terasa sangat panasnya sebab banyak pokok dan kawasannya seperti terlindung sedikit.

- waktu ni dh jam 5.00 lebih. dh redup sikit waktu ni...

Tapi wlu panas terik, kami redah jugak main air sikit2.. dh sampai, takkan nak tengok aje kan.
Rasanya tak enjoy sangatlah. Nasib baik ada kolam jacuzzi kat hujung sana. Kat sini kami enjoy sikit. Orang lain pun takde. Hanya kami2 aje yang dok berendam dan berenang dalam tu. Terasa cam kolam ni kami yg punya... hehe.







- inilah kolam jacuzzi nya.



- solehin tengah lena waktu kami berendam.

Yang boleh kupuji cuma harga makanannyalah. Agak berpatutan kalau nak bandingkan dgn harga kat Sunway Lagoon tu. Bila dh byk keluar tenaga, masing2 kelaparan. So kubelikan nasi lemak yg dijual dgn harga RM 3.50 sebungkus utk semua orang. Lepas tu kami pakat makan rojak buah pulak. Rojak buah harganya RM 3.00 sebungkus. Kami beli 3 bungkus, makan ramai2. Sedap pulak rojak buahnya. Nak beli lagi tapi dh habis, maklum dh petang dah. Penjual rojak buah pun dh berkemas nak balik.

- sebelum balik, bergambar dulu...

- selamat tinggal desa water park. may be tak datang dah kot... hehe..


Malamnya, kami keluar tengok wayang pulak kat KLCC. Tapi mama tak nak ikut. Jadi kami pergi berenam shj. Tengok citer Egde of Darkness lakonan Mel Gibson. Cerita aksi kisah penyiasatan seorang ayah terhadap kematian anak perempuannya, tp aksinya tak banyak sangat. Ada part2 yg agak slow, sampai Shikin pun ikut tertidur sekali ngan Solehin... hehe.

Khamis, 18 Mac 2010.

Hajatnya nak bawa familiku ke Sunway Pyramid, boleh hantar hp mak sedaraku sekali utk diservis. Tp sebelum tu perlu ke Tropicana dulu utk ambil cek catering dr customer. Jadi kata suamiku, lebih baik ke One Utama aje. Lagipun Kak Rozi Nokia pun dh pindah ke One Utama. Bolehlah jumpa dia sekali kat sana. Hp pun bg kat Kak Rozi ajelah.

- solehin kalau duduk depan, sibuk nak picit sana picit sini....




Jadinya lepas ambik cek kat Tropicana, kuteruslah ke One Utama. Bolehlah ronda2, jalan2, shopping2 ke kat sini.



- mula2 tiba di OU, terus ke Nokia Care dulu, jumpa Kak Rozi n pass hp kat dia.

Kemudian kami pergi makan. Memang dh plan nak makan nasi berlaukkan Ayam Goreng Pedas McD. Jadi nasinya kami memang dh bawak bekal dr restoran... hehe. Kata suamiku.. melayu pokok jati. Mana boleh tinggal nasi.. hahaha.. Berselera sungguh kami semua. Habis licin nasi yg kami bawa. Solehin macam biasa, enjoy makan kentang goreng dan sundae ice cream.


Perut dh kenyang, bolehlah jalan2. Mama memang nak beli handbag. Jadi kubawa diorang masuk ke JJ. Semua pakat tolong pilihkan handbag buat mama. Dah selesai kat bahagian handbag, melilau pulak kat bahagian pakaian. Melekatlah diorang semua kat bahagian ni berejam2. Si Solehin bukan main seronok lagi duduk atas troli JJ tu. Adik Zul lah yg tukang layan dia.





Sedar tak sedar, dh pukul 8.00 mlm. Tp masa nak keluar tu, singgah pulak kat bahagian jam. Polo Club Brittani ada diskaun 70%. Belek punya belek, adalah yg berkenan. Adik Zul satu, Shikin satu, diriku pun turut beli satu.

Akhirnya lebih kurang pukul 9.30 mlm, barulah kami tiba semula di restoran. Customer punyalah ramai. Kami pun pakat tolong kat restoranlah pulak.

Jumaat, 19 Mac 2010.

Mama bercadang nak pulang pada hari ni. Tapi kupujuk2 minta mama stay lagi 1 hari. Rasanya cepat sangat masa berlalu. Belum puas rasanya bersama mama dan adik2. Dan akhirnya mama bersetuju. Jadi hari ni kami cuma ke Kamdar kat Jln Tar. Beli kain sikit2. Kalau dulu, cuma diriku yang gila beli kain utk ditempah menjadi uniform harianku.. hehe. Sekarang dah berjangkit kat mama. Bukan apa, mama dh jumpa 1 tukang jahit tu, upah jahit sehelai blouse cuma RM 12.00. Murahkan! Itu yg buat mama tak sabar nak beli kain tu... hehe. Seronok betul memilih kain.

Dan Hari Sabtu, 20 Mac, mama dan adik2 telah bertolak balik pada jam 12.00 tghari. Sedih pulak rasanya nak berpisah. Tapi takpe, ada umur kita jumpa lagi. Sekian, terima kasih pada Ilahi kerana memberi nikmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga.

4 comments:

HLiza said...

Mandi, makan, shopping, makan..nikmat hidup kan..

idasm said...

yelah kak. tulah semua nikmat hidup. syukur!!!

Nur Athira Izzaty said...

meriah sungguh...
mmg best klau family rmai nie..hehehe..

nurul said...

kak ida, nurul pun tak pernah gi desa water park.. pasni ingat nak gi aa coz teruja lak tgk ada jacuzi dia besar.. boleh masuk reramai.. hehe.. :))

best kan spend time ngan family.. seronok betul bila tgk family kak ida ni.. meriah sungguh.. i like.. pastu mama pun sporting... hb sporting.. best nye.. :)