Sambung sikit lagi...
Daripada Mangga Dua Square, kami minta pak supir hantar kami ke Restoran Sarang Kepiting (Ketam) yg letaknya cuma seberang jalan sana. Restoran ni mmg menjadi feveret suamiku pabila shj dtg ke kota ini. Pelanggannya begitu ramai sekali. Kami order 4 ekor ketam, 2 ekor biasa, 2 ekor yg ada telur. 2 ekor ikan gurami goreng. Cumi (sotong) goreng tepung 2 pinggan dan sayur kangkung 2 pinggan. Memang sedap dan puashati dinner kami malam tu, alhamdulillah.
Lebih kurang jam 9.00 mlm, kami pun beransur utk pulang ke apartment. Tp sebelum tu, kami singgah ke Ambasador Mall utk mengambil seluar suamiku yg telah siap dan selepas itu ke Senayan Plaza utk bayar kasut ida. Tp jalan punyalah macet. Nampaknya jualan malam hari yg diorang buat ni mendapat sambutan yg sungguh menggalakkan. Semua kereta menuju ke sana. Lebih kurang jam 10.30 mlm baru sampai kat entrance plaza tu. ida pergi berdua dgn nor aje. Beratur tu pun ambil masa dekat 1/2 jam jugak. Punyalah panjang barisannya. Nasib baiklah cashier diorang cekap dan pantas.
Lihatlah betapa ramainya umat manusia yg sedang shopping di Debenhams Mall. Pukul 11.00 lebih tu...
Sampai aje kat bilik, kami cepat2lah bersiap sedia utk melaksanakan plan surpise kami utk celebrate besday suamiku. Kedua-dua biji kek telah dibawa pergi oleh Soffian (anak) ke biliknya yg terletak di tingkat 31. Ida pulak buat2lah nak pergi posing ngan kasut baru kat luar bilik. Kata ida kat suami... " darling relax2 tengok tv dulu yea. ida nak pergi posing ngan kasut baru ni kat luar sekejap..". Diam2 ida bawak nor, adik zul dan mama sekali. Tinggallah suamiku sorang2 kat rumah tengok tv... hehe.
so kami pun bergegas ke bilik soffian dia tingkat 31. Kek dah buka dari kotak, tp lighter pulak takde utk menyalakan lilin.. hehe. Takde yg merokok di kalangan kami. Terpaksalah minta dr housekeeping. Lambat pulak diorang bawak mancis. At last, kami pun turunlah dr tgkt 31 ke tgkt 10 sambil bawak 2 biji kek yg dah siap pasang lilinnya...
Dan akhirnya., tepat jam 12.15 pagi 19 Jun, .............. surprise............ hahaha.... terperanjat giler suamiku... Alhamdulillah, memang nampak sgt dari riak wajah suamiku yg dia sangat gembira dan terharu dgn preparation kami. Katanya... " eh! bila masa u all beli kek ni... tak perasan pun...". Bestnyer rasa dapat buat surprise macam ni. (sebenarnya ini surprise yg kedua yg pernah ida buat untuknya. Pertama kali dulu bersama2 staf2 restoran kira2 9 tahun lepas, yg tu lagi best sebab lebih ramai)
Selesai sudah hari ke 4 kami di Jakarta... Alhamdulillah..........