Memulakan hari kedua di Jakarta dgn semangat yg berkobar2.. hehe..
Pagi, kami bersarapan secara buffet di Mezza Cafe. Kami dapat percuma utk 3 orang shj. Jadi utk nor dan adik zul, kami bungkus aje. Pilihan menu boleh tahan, ada nasi putih, nasi goreng, roti, sosej, scrambled egg, satu lauk ayam, satu jenis sayur. Bubur nasi pun ada serta pilihan bakery, selain buah-buahan, pelbagai salad dan juga cereal. Ida suka dgn diorang punya buffet sebab ada susu segar dan juga 3 jenis minuman kordial.
Selesai bersarapan, kami semua bersiap utk keluar. Cadangan asal nak ke Tanah Abang, tapi terpaksa ditukar sebab hari hujan. Kata suamiku, nanti jalannya becak. Jadi kami ke Ambasador Mall. Suamiku nak tempah seluar kat situ (ini pun dicadangkan oleh kawan suami). Jadi kami ambil teksi aje dr hotel.
Tapi driver teksi kami ni terlebih pandailah pulak. Dia pusing2 kat kawasan Mall tu sampai 2 kali. Walaupun suamiku dah cakap, tak perlu berhenti betul2 di depan mall, kami boleh lintas jalan kalau jalannya macet. Tp driver teksi ni degil (nak kelentong duit kami sebenarnya), 2 kali dia lalu jalan yg sama. Last2 suamiku berdalih, cakap, nak singgah makan, takpelah berhenti kat sini ajelah.. (kebetulan kat tepi tu ada kedai makan). .. hehe.
Jadi kami pun turun kat tepi jalan tu, singgah makan tengahari kat satu restoran ni, kata pelayannya, makanan lombok. Lombok pun lomboklah.. kataku. Masa order makan, kami boleh pilih mahu sangat pedas atau pedas atau sederhana atau kurang pedas. Walaupun pilihan kami semuanya yg sederhana, tp rasanya yg dapat tu semuanya pedas2 belaka. Maknanya masakan lombok ni mmg pedas... hahaha.. sapa yg x tahan pedas tu, kenalah berhati2.
- bergambar di depan restoran
Dah habis makan, kami menapak aje utk ke mall tu. Dekat aje. Kat sini, kami lebih byk survey . Tp shopping jugak sikit2. Mana yang berkenan dan berbaloi, belilah. Kalau rasa mahal, kami tak belilah.. hehe. Mall ni berdepan dgn ITC Mall, jadi habis round kat sana, kami ke round kat bangunan depan pulak, best lagi kat ITC Mall.. hehe.
Mama sempat buat cermin mata kat ITC Mall. Murah aje. 2 in 1. Jauh dan dekat.
Cuma Rp 400, 000 = RM 150.00. Siap dalam masa 1 jam.
Dah habis 3, 4 jam kat sini, perut pun minta diisi lagi.. hihihi. So kami ke foodcourt di tingkat 4 utk dinner pulak.
- inilah feveret minuman ida sepanjang kat sana. es jeruk. (daripada buah limau cina).
harganya Rp 10,000. Dlm RM 3.70.
harganya Rp 10,000. Dlm RM 3.70.
Kami bergegas pulang ke apartment sebab nak sambut pengantin baru yg baru tiba dr KL. Diorang nak honeymoon kat kota jakarta ni. Kebetulan kami bercuti di sini, suamiku ajak diorang sekali. Tp sebab last minute beli tiket, tak dapatlah yg betul2 sama dgn tarikh kami.
So esok, kami lebih meriahlah jawabnya.. best kan!!! hehehe...
So esok, kami lebih meriahlah jawabnya.. best kan!!! hehehe...
7 comments:
ida lamanya tidak ke jakarta, teringat kenangan lalu..ha ha
Tak ingat dengan jakarta sangat tapi masih ingat stesen keretapi dan sogo di hadapan international hotel..he he
akak dah pusing satu indonesia, byk sgt tempat dah pergi, sebab tulah.. hehe.. ida x tahulah bila nk sampai bandung n bali..
kami lalu aje depan sogo tu hari waktu nak ke senayan plaza.
Wah wah wah..jln2 jauh nampaknya..bestnye.jeles.
tima kasih kak. ida jalan dekat2 aje. akak lagi best, dh prgi merata dunia... (suka tgk pic akak, semua cantik2 belaka)
salam kak ida..
eppy anniversary buat kak ida&suami.. sori lambat wish.. nurul baru bukak blog ni.. lama sgt daa x update blog..huhu..
kak ida pi jakarta yea bebaru ni..bestnye.. nurul teringin nak pi bandung, tp x bkesempatan lg..
tp klu ada rezeki pi jakarta, nurul nak dok kat tmpt kak ida stay ni aa..nampak cam best & cantik..
ok..take care ye kak ida.. :)
nurul, terima kasih byk2. it's ok nurul.
kak ida tunggu jugak entry baru nurul, may be nurul bz.
kak ida belum sampai lagi bandung, org cakap bandung best jugak kan. insyaallah lain kali bila ada rezeki.
aston rasuna tu ok utk famili, lebih jimat sebenarnya.
nurul, thanks again. u too take care...
Wahhh...seronoknya ida gi jalan2 jauh tuu...
Mesti byk shopping kannn
Post a Comment