Thursday, August 12, 2010

CHARITY BAZAAR

8 AUG 2010, Ahad

Hari ini ida agak letih sebab ida terlibat dgn jualan 1 Malaysia Food and Handicraft Charity Bazaar. Jualan ni berlangsung kat Saloma Bistro, Jalan Ampang, anjuran Persatuan Wanita Pakistan Malaysia.

Seawal jam 8.30 pagi, ida dan staf telah bertolak ke sana dgn membawa peralatan yang diperlukan. Kami setting apa2 yang patut dulu. Stall telah disediakan oleh pihak penganjur. Ida just tambah decoration sikit nak bagi nampak warna tema biru putih kitorang.

Makanan untuk jualan belum sampai. Tp ida ada bawak tea tarik panas utk dijual, jd sementara menanti nasi beriani tiba, kami jual teh tarik dulu. Murah aje. RM 1.oo segelas. Panas2 dan sedap lagi. Sri , manager ida bawak 1 tong aje teh tarik tu, mana nak cukup. Cepat2 ida order lagi dgn tea maker kami, minta buat lagi 2 tong... hehe.

Sebenarnya ida selalu buat sale kat luar ni dulu2, antaranya MIHAS, MAHA, Showcase Usahawan dan lain2 lagi. Jadi ida mmg dah sedia maklum, kalau jual teh tarik mmg laku, sebab tea tarik ida mmg sedap, kurang manis dan lemak berkirim (mesti u all kata ida masuk bakul angkat sendiri.. hehe) tp macam tulah customer cakap...


Menurut kata penganjur, sewa gerai yg dikutip iaitu RM 300.00 akan disalurkan kepada badan kebajikan. Tak kesahlah yg tu, cumanya bagi ida program ini agak hambar. Pihak penganjur tidak menitikberatkan soal promosi. Ida merasa agak kesal kerana takde satu banner pun yg digantung di hadapan Saloma ini bagi memberitahu orang ramai akan wujudnya jualan ini pada hari tersebut.

Boleh dikatakan outsider cuma 10 % aje yg datang, itupun may be kebetulan ada hal di sini. Rata-rata yang membeli nasi beriani kami adalah mereka2 yang terlibat dengan gerai jualan samada gerai makanan atau bukan makanan, dan juga kaum kerabat diorang.

Kesian ida rasa pada mereka2 yg buka gerai, jual macam2, tapi takde orang yg nak membeli. Macam gerai ida takpelah. jual makanan, nak tak nak, bila lapar, pasti ada yg membeli, walau tak habis, tp boleh tahan jugaklah jualannya.

Alhamdulillah, teh tarik kami sebanyak 3 tong telah habis dijual pada hari tu. Nasi beriani ada lagi sikit bakinya. Kebetulan, restoran di Jalan Bunus, nasi berianinya licin, so kami hantar ke sana.

Begitulah kesahnya.... layan klik2 ida yea..

- gerai makanan ada lebih kurang 15 gerai.



- yg biru putih itu, gerai kamilah tu.. hehe..



- tuanpunya hati tak sah kalau tak posing... hehe..


- gerai bukan makanan terletak di dalam dewan, lebih kurang 30 gerai. Tengok pada gambar kat bawah macam ramai ajekan. sebenarnya time ni dah jam 4.00 petang. Diorang dah mula bagi special diskaun sebab diorang nak balik dah lepas tu...


Kat sana, ida berkenalan dgn Lis. Lis datang temankan b/f nya yg bekerja di gerai Saloma. Saloma pun ada gerainya sendiri, jual wafer, ABC, fun fries dan minuman dlm botol. Diorang pun beli nasi beriani kami.

- bergambar dgn kawan baru, Lis

Apa2 pun ida mmg suka buat jualan seperti ini. Selalunya kalau ada staf, oklah, yg jadi masalah bila x cukup staf, rasa patah semangat... sekian.

12 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ida kalau buat jualan tak ada promosi ni memang lemah kitakan, dahlah kena bayar sewakan...nasib air teh tu abis..yelah apa2 pun nak kena minum airkan..

secangkir madu merah said...

alhamdulillah laris jualan ida tuh...sedap ye teh tarik ida... nanti satu hari nak pegi rasalah...

idasm said...

kak yati,
tulah pasal, mmg ida rasa frust ngan diorang ni, tp tulah diorang bukan nak dgr cakap kita.

idasm said...

kak smm, mailah berbuka kat restoran ida. boleh rasa nasi beriani al-hydrabadi sekali... hehe

en_me said...

laris kanns..

zara aluwi said...

Itu yg membuat kita serik bila penganjur buat tak endah. Mereka tak fikirkan tentang pembaziran wang, masa dan tenaga kita.

Ida... si en_me tu kejap-kejap timbul, rumah dia dia mana sekarang? hehehe yanginsaf lagi lumayan ghiteww...

idasm said...

en me... alhamdulillah ada rezeki sikit2..

idasm said...

kak zara, gitulah nampaknya, diorang mcm x leh fikir tu semua..

kak zara, en me tu dah ada blog baru. akak tgk kat blog ida. ada link ke blog en me.

Anonymous said...

ouh ni ke yg akak terjumpe artis2 tu kat saloma bistro?

laku betol teh tarik akak tu ye... ternyata mmg sedap lah tu sampai customer pun puji kan.. sampai 3 tong hehe

nasib briyani bole hantar kan kedai lagi satu kan kak so tak la membazir hihi...TAJLENA

idasm said...

Tajlena,

yelah dik. tu hari ada meeting pasal event nilah masa jumpa artis2 tu. tp masa hari event hari ahad tu, xde artis langsung.. hehe..

syukur, nasi tu x membazir. kebtulan plak restoran tu dh licin dan customer pun mmg tgh tunggu nasi tu. so teruslah hantar ke sana.

sweetsal said...

bestnye buka gerai pulak...rezeki masyukk tu..ida..kalau tak cukup staff panggil la akak tau..hehe

idasm said...

kak sal, alhamdulillah ada rezeki sikit2 walau x masyuk sangat. oh boleh ke kak. nanti ida call yea kalau ada.. hehe