Salam ceria buat semua.....
Hari ni mmg gembira sangat. Pertama sebab dapat jumpa siti. Agak lama jugak x jumpa siti. Last sekali jumpa siti waktu Y10 tempohari. Sebenarnya banyak peluang yang datang, sebab sepanjang tiga bulan sebelum puasa siti ada buat rakaman utk program raya utk semua stesen tv drpd RTM sampailah ke Astro. Cuma ida aje yang tak berkesempatan nak join sekali.
Jadi tadi bertemankan kak sri (manager rsmy), ida jalan kaki aje ke Sogo. Dh sekerat jalan, tetiba teringat ida lupa nak ambil bateri camera yg tgh caj kat bilik. Naik semula. So sampai sana, dh penuh orang berkerumun kat booth Simply Siti tu. Ingatkan siti dah sampai, rupanya diorang semua tgh standby menunggu ketibaan siti.
Ida pun mencelahlah jugak kat lane laluan siti tu. Tengah2 menunggu tu, tetiba ada kakak tegur ida, ni idasm yg ada blog tu kan... hehe.. rupanya Kak Nor antara silent reader blog ida dan kak NB. (tp katanya dh lama jugak tak masuk blog ida sebab sibuk).
- bersama kak nor.
Dipendekkan cerita, dapatlah ida jumpa siti. Sempat ida minta siti sign kat gambar sewaktu gathering kat RSMY, sempena besday siti pd Jan tahun lepas. Kata ida... nak letak kat restoran ni.. hehe. Dan kata siti... aa.. dh lama tak makan nasi beriani kak ida... Macam biasa, ida mesti ambik kesempatan utk laga pipi kiri dan kanan sambil ucap... "sayang sangat kat siti, take care yea."
Lepas jumpa siti, jumpa kawan2 Sitizone pulak(ctea fairuz, miela, ana, ejay, azwan, fzi, ikram kak ct aini) bertanya khabar dan ambil gambar bersama. Ada jugak SZ yg pertama kali jumpa - fadzul, prince ahaks dan fareez. Sekejap aje borak2 ngan diorang, sebab ingatkan nak ke pasar borong pulak pukul 1.00. Tp bila dh sampai rumah, tak jadilah pulak. So ida layanlah merengzzz jumpa siti petang tu.. hehe.
Lepas Asar, seperti biasa ida pergi bertugas di restoran. Hari ni jalan tak jam, so bolehlah berkereta. Ida sampai kat restoran lebih kurang pukul 5.40 petang. Kak Sri bagitahu, nasi beriani hydrabad dh byk customer beli bungkus, dh habis satu periuk. Selalunya kami prepare 3 periuk setiap hari. 2 periuk hydrabad ayam dan satu periuk hydrabad kambing. So terpaksalah ida minta chef ida, uncle latif masak lagi satu periuk sebab nanti confirm tak cukup utk time berbuka.
Alhamdulillah, restoran penuh macam biasa. Dan lepas berbuka, barulah ida perasan ada missed call kat hp ida. Kak Nik (Muslimah) yg call rupanya waktu ida tgh bz layan customer tadi. So dipendekkan cerita (lagi sekali.. hehe), dapatlah ida bertemu kak nik buat pertama kalinya tadi. Kak nik datang bersama 3 org puterinya dan kawannya D. Alhamdulillah, dapat diorang rasa cheese naan yg sedap tuh (hehe) serta jus kedondong asam boi / lemon asam boi.
- kata kak nik.. dia x suka senyum bila ambik gambar (mcm kak NB jgk nih.. hehe)
Elok jugak kak nik datang lepas time berbuka. Waktu ni restoran dh lengang semula. Jd dapat ida layan dan bersembang dgn kak nik. Kak nik pun orangnya ceria mcm ida. Sebelum ni selalu chatting kat YM aje. Tak pun bertelefon aje. Anak2 kak nik pun semuanya sporting dan comel2.
- ida suka sgt pic ni sebab berjaya buat kak nik senyum.. hehe..
Begitulah kesahnya......... hehe...
23 comments:
cantiknya...Ida...heheh..CT pun cantik. :)
Kipah-susoh-nok-mati CT :) Dang lagi gi jupe di SOGO tuh...
BTW, aku tgk gambor nan-cheese wase nok g kedai mung mlm ni jgk..huhu sedapnya..
sonoknyer jumper datuk siti lagik dan lagik dan lagikk kanns..
due2 cantik
:)
Besh baca n3 ida . Macam2 cerita .
Ida , Siti and Kak Nik semuanya cantik !
bestnya dpt bergambar ngan CT..
pastu jumpa kak nik plak tu..intan bila nak jumpa ek?? heheehe
moga sejelita siti raya ini.....
:)
ooh bestnye jumpa siti.berlaga pipi lagi tu..akak tak pernah jumpa dia face to face..teringin nak jumpa satu hari nanti..hehe
Tapi akak suka kat anak muda yang atas motor tu... hebat ghitewww.
Cantik tul si Siti tu ya.
YuP KAk IDA....
Thanks SbAb igT jugA nAma PrinCE Ahakz...
lEPAs nIE akk boleh Call z jErw...
z Sdey lA jgAk sbab x Sempat Pose Ngn kAk iDA SbaB KAk iDA BAlek AwaL kAn..
tApi x pew...NExT tImE Kite Jumpa LAgI..iNsyaalLAh...
DAn InsyaaLLAh KAlo Ada REzeki z N mY fAmilY NAk Juga MErasa NAsi BEriYAni kAt rEstaURAnt kAk iDA nAnnti...
=D
Kak ida..sonok tgk gambar2 memula kak ida dtg sogo sampai aa dct balik..rasa mcm berada di sana gak..hehe..:D
Pastu bila tgk kat bwh, rupanya byk entri yg nurul tertinggal..siap ada gambar cheese nan lg.. Bila aa nurul nak rasa cheese nan ni..huhu..
Kak ida, nnt jgn lupa letak gambar biskut nestum & resepinya sekali yea..:)
Ok..take care kak ida..
Am, CT mmg cantik... hehe.. tima kasih.
Zie,
hahaha... statement! dekat zie, pahtu awal lagi, dang ah gi kipah.. co kalu time buka, mmg dok g stabuk.. hehe.
zie, mari r zie, takdi nani mari makang cheese naan ngan famili dia. anok nani no 2 kate, esok nok mari buke puose sining r, sebab cheese naan tu sedap! hehe
en me, syukur alhamdulillah...
mas, kak ida dh kembang dah nih.. kenan puji ngan mas.. hehe.. tima kasih yea... CT mmg cantikkan!
Linda, suka hati ida bila linda suka baca.. hehe.
ida, kak nik dan ct ucap tima kasih.. hehe.. buat susah2 aje.. ahaks!
Intan, jumpa ct mmg sentiasa best. berkali2 pun still tak puas jugak kan.
seronok jugak jumpa kak nik tau intan sebab dia pun peramah dan ceria cam kak ida.. hehe
DS, insyaallah.. hehe..
kak sal,cubalah join event yg ada ct tu, sure dpt jumpa punya.
kak sal, jumpa ct mmg best sbb ct ni jenis yg ingat peminat dia. dhlah baik... tu yg suka sgt tu..
kak zara, ct mmg cantik dan baik.
solihin pun ok jugak.. hehe
Z, mcmn jumpa blog kak ida ni.. tima kasih berkunjung ke sini. seronok kak ida.
takpe lain kali ada rezeki, kita jumpa lagi yea.
nurul, tima kasih, mmg nurul lama x singgah sini. blog nurul pun lama x update kan. sibuk nurul.
datanglah time lepas buka. boleh sembang lama sikit.. hehe..
biskut nestum tu.. ok.. nanti menyusul yea...
ida...
ida dpt gambar akak menyengih.. tak aci btol.. akak dpt gambar yg serius hahaha..
Post a Comment