Perjalanan kami dimulakan lebih kurang jam 3.30 petang. Plan awal nak bertolak pagi nampaknya tak menjadi, byk pulak hal nak diuruskan sebelum pergi cuti.
Kata en me, nak ke mana iteww.. hehe.. nak ke hadyai aje en me... bukannya jauh pun.. saje je buat saspen sikit.. hehe. Lama dah tak ke sana. Dulu mmg selalu sangat ke Hadyai ni, pergi beli pinggan melamine dan perkakas restoran yg berkenaan.
Alhamdulillah hajat nak bawa mama dan abah berkunjung ke sana tercapai jugak. Oleh kerana ada satu lagi tempat kosong, mama ajak adik fatin sekali. So berlimalah kami menuju ke hadyai menaiki xtrail.
Awal perjalanan, suamilah yg memandu. Lepas aje tol Jln Duta tu, ida pulak kena ambik alih. Mengantuk katanya. So ida drive sampai ke Tapah. Suami dh pesan, ambik exit Tapah bila sampai. Ingatkan nak buat apa. Rupanya dia nak bawak kami singgah kat satu kedai makan ni.
Kedai makan ni kecik aje, jual bakso dan sate semata. Tapi kata suami, ramai sgt pelanggannya. Elok sangatlah, ida memang suka bakso dan sate... hehe. Meemang puashati makan bakso kat sini. Baksonya besar-besar dan sedap. Tengok aje gambar kat bawah ni... meriahkan baksonya.. hehe.
Kedai makan ni simple aje. Si isteri jual bakso. Si suami jual sate. Manakala si anak jual minuman. Tapi waktu kami makan, anaknya tak berniaga, pergi jalan2 katanya. So, tak dapatlah ida nak minum nescafe buat ubat tahan mengantuk. Air mineral aje yang ada.
adik fatin...
Selesai makan, kami teruskan perjalanan. Kali ni suami pulak yg memandu. Tapi tak lama lepas itu kami berhenti kat hentian Sg Perak utk solat. Kat sini ida beli minuman tin Nescafe sampai 3.. hehe. Buat bekalan, maklumlah nak jalan jauh. Suami ida ni bukan boleh kira. Jap lagi sure turn ida semula yg kena memandu.
Selalunya bila tiba kat post imigrsen Thailand, kereta kena parking kat tempat parking yang agak jauh dan kami semua kena jalan kaki ke post imigresen tu utk cop passport. Tapi sebab hari dah malam, pelanggan pun tak ramai, jadi suami just park kereta kat tepi post tu aje dan kami semua beratur utk cop passport. Cepat ajelah prosesnya.
Perjalanan masih tinggal lebih kurang 1 jam lagi utk tiba di Hadyai. Dan alhamdulillah kami selamat tiba pada jam 11.30 mlm waktu Msia. Waktu Thailand 10.30 mlm. Terus kami cari makan dulu sebelum ke hotel.
Selalunya makan malam kami kat sini adalah kat warung kak sofia, yg berada di tepi pasar Hadyai. Tapi warung tu tak berniaga pulak, so kami ke warung lain yg juga biasa kami kunjungi sebelum ni. Inilah warungnya......
Makan kat sini memang tak usah ceritalah, memang sedap. Kami ni memang kaki makan, so apalagi kan.. hehe. Suami ida dan fatin pesan tomyam putih udang sotong. Ida pula minta sup kaki lembu. Abah dan mama pesan ikan paprik.
- sementara menanti hidangan, kami makan ini dulu. tak tahu nama dia apa. tapi foodnya macam yg orang jual sate steamboat / yong tau foo tu, tp digoreng.
- tgh drive pun sempat lagi klik2.. hehe..
Dan betul seperti yg di sangka, ida jugak yg kena ambik tugas.. hehe. Kata suami, ida drivelah dulu sejam, lepas tu nanti abang drive pulak. Syukur, Alhamdulillah perjalanan lancar. Hujan gerimis pun ada jugak sekali sekali. Suami dah berdengkur bukan main lagi. Kesian pulak nak dikejutkan. Ida pun tak mengantuk, so ida drive ajelah. Sampailah tiba ke Changlun, berhenti isi minyak, barulah tukar giliran. Sebab lepas ni nak berhenti lagi kat Bukit Kayu Hitam utk beli insuran Thai dan isi borang. Semua tu suamilah yg uruskan, ida tunggu dalam kereta aje.Selalunya bila tiba kat post imigrsen Thailand, kereta kena parking kat tempat parking yang agak jauh dan kami semua kena jalan kaki ke post imigresen tu utk cop passport. Tapi sebab hari dah malam, pelanggan pun tak ramai, jadi suami just park kereta kat tepi post tu aje dan kami semua beratur utk cop passport. Cepat ajelah prosesnya.
Perjalanan masih tinggal lebih kurang 1 jam lagi utk tiba di Hadyai. Dan alhamdulillah kami selamat tiba pada jam 11.30 mlm waktu Msia. Waktu Thailand 10.30 mlm. Terus kami cari makan dulu sebelum ke hotel.
Selalunya makan malam kami kat sini adalah kat warung kak sofia, yg berada di tepi pasar Hadyai. Tapi warung tu tak berniaga pulak, so kami ke warung lain yg juga biasa kami kunjungi sebelum ni. Inilah warungnya......
Makan kat sini memang tak usah ceritalah, memang sedap. Kami ni memang kaki makan, so apalagi kan.. hehe. Suami ida dan fatin pesan tomyam putih udang sotong. Ida pula minta sup kaki lembu. Abah dan mama pesan ikan paprik.
- sementara menanti hidangan, kami makan ini dulu. tak tahu nama dia apa. tapi foodnya macam yg orang jual sate steamboat / yong tau foo tu, tp digoreng.
Jumlah bil kami 590 Baht. Tapi suami belum tukar duit Thai lagi, so bayar pakai RM. Tapi tuan kedai tak tahu nak kira ratenya. Jadi kata suami, takpelah ambik dulu RM 100.00 (963 Baht) ni, simpan. Esok kami akan bayar 590 Baht, bolehlah pulang semula RM 100.00 tu. Tapi punyalah susah nak explain kat diorang ni sebab diorang tak cakap melayu. Nasib baik ada anak muda Pattani yang tolong kami explain kat tuan kedai tu.. hehe.
So lepas tu kami check in hotel. Suami dah booking siap2 sebelum tiba. Dan kami pun restlah...
Begitulah kisahnya perjalanan dari KL ke Utara. Cerita besoknya kita sambung kemudian yea..
So lepas tu kami check in hotel. Suami dah booking siap2 sebelum tiba. Dan kami pun restlah...
Begitulah kisahnya perjalanan dari KL ke Utara. Cerita besoknya kita sambung kemudian yea..
29 comments:
tomyam yg org thai sendiri buat mesti sedap, kan kak? nadiah suka juga thai foods sbb pedas ;)
Laa akak tak pernah sampai pun hadyaai ni..apa yg best ya..seronok pulak dengar cerita ida ni. Bakso kat tapah tu pun akak tak pernah try..
Wahh..senanglah kalau tau kedai mana yang boleh singgah utk makan. Ana masa p hari tu p sbb ikut Jab tempat kerja. Tak tahu nak cari makan yg halal. Tak berani langsung nak berenti mana2 kedai sbb x yakin dgn taraf halalnya
dulu thn 97 sy penah smpi kat hadyai, ptukaran pelajar..sminggu aje, tpkan masa tu masih blaja bawa duit RM100 je..x dptlah nk shopping..dpt hirup tomyam jer..hukhukhuk
fuhh,
bakso mmg besar
sedapnyaaa..
tomyam di kelantan and hatyai
warna putih kaans
rasanya pun superb .
seronok arr baca n3 neh .
salam nadiah,
lama x singgah sini kan.. hehe. tq.
makanan kat sana mmg sedap2 belaka nadiah... kak ida pun suka makan pedas...
Kak HLiza,
akak main yg jauh2 aje.. hehe...
makan dan shopping aje yg best kat sana kak.. hehe.
Ana,
mudah aje nak cari makanan halal. tengok peniaganya. Kalau muslim, diorang pakai tudung dan ada ayat suci kat warung diorang.
Elly,
walau x dpt shopping, tp pengalaman pertukaran pelajar tu mesti bestkan.. bukan senang tu...
Linda,
mmg meriah sungguh baksonya.. hehe
kat sana, ada jugak yg warna merah tomyamnya. Kami tanya dulu kalau xde, kami mmg request yg putih.. sedap! hehe.
tima kasih linda.. seronoklah bila linda seronok.. ahaks!
bestnye ida gi Hadyai, akak tak pernah sampai walaupun dok utara, sampai bkt kayu hitam jer..bakso pn tak pernah makan, nampak sedap pulak tu..
kak sal,
cubalah pergi sekali kalau ada kesempatan, seronok! hehe.
bakso kat kl pun ada. Ida pun tahu pasal bakso bila pekerja ida yg introduce. kalau tak mmg tak tahu jugak.. hehe.
ammvoiii makk tewww.. me x sampai siam lagikk.. ihiks
omg!k.idaaa!
meleleehhhh tgokkk..
mmg bebaloi2 makannnn!!!
naaakkk~~~
p/s:::nk blik kmpg,kdg2 lalu tapah..lps ni boleh la try bakso kt situ!feveret lin ni bakso!
ap nm kdai mkn ni??
amboi en me... tak pandang yg dekat... itulah pasalnya... hihihi..
lynn,jom!!!
klu feveret lin bakso, blhlah singgah lain kali. Bakso Wak Talkah..
sedap baksonya...
lynn,jom!!!
klu feveret lin bakso, blhlah singgah lain kali. Bakso Wak Talkah..
sedap baksonya...
lynn,jom!!!
klu feveret lin bakso, blhlah singgah lain kali. Bakso Wak Talkah..
sedap baksonya...
lynn,jom!!!
klu feveret lin bakso, blhlah singgah lain kali. Bakso Wak Talkah..
sedap baksonya...
mak aihhh...
banyaknya makan makanan!!!!
Akak Dr. ,
kami punya travel mcm nilah kak, jalan sama byk ngan makan... hehe..
Salam Ida,
senangnya bisa mengikuti perjalanan Ida n keluarga dari KL ke utara... benar2 seru n asyik..
ga sabar menanti cerita selanjutnya.
Thanks Ida sudah sharing ya..!
photo2nya sangat keren!
nensA
Salam Nensa,
Ida suka baca komen nensa. terasa asyik banget.. hehe.
tima kasih yea..
Oh drive sendiri. Seronok jalan-jalan tempat orang ni kan. Malah di tempat negeri sendiri pun seronok juga (Tak dinafikan). Akak akan ke Hadyai dan Phuket pada bulan Mei 2011 ni.
Masakan asli Thai memang sedap. teringat akak masa buka restoran dulu dan ada pekerja Thai yg memasak. Memang class masakan mereka.
Kak Zara, lama betul tak tinggal jejak kat sini. Bz sungguh yea.
Memang kak, dalam dan luar , kalau namanya jalan2.. seronok aje ida ni.. hehe..
Ida x sampai lagi ke Phuket kak. Enjoy ye kak..
Masakan thai mmg bestkan kak. Sekarang restoran tu dh xde ke. kenapa kak?
bestnya ida gi jalan2 dan makan2...bila lah akak nak gi hatyai ni...tak takot ke gi sana? brpa jam perjalanan ya ke sana? nanti2 bila free nak ajak cik abe ku pegi sanalah...
Ida... skrng ni akak busy jaga cucu angkat. Jadi siang tak dpt nak mengadap laptop.
Akak tak dpt nak teruskan perniagaan selepas hubby meninggal. Tak ada pekerja, ditambah pula kegawatan ekonomi. Jadi akak duk diam2 di rumah. Tahun 2008 baru teragak nak menulis novel.
Anak akak ada juga ajak mulakan perniagaan baru tapi akak dah malas nak menghadapi masalah pekerja lagi.
Kak SSM,
Hadyai ok kak. aman dan insyaallah selamat. perjalanan makan masa antara 7 - 8 jam. Cubalah pergi sekali kak. pasti lepas tu nak pergi lagi.. hehe...
Kak Zara,
o akak bz jaga cucu angkat rupanya. nasib baik ada jugak masa nak update blog akak kan... hehe..
Berniaga sendiri ni mmg byk cabarannya kak. Masalah pekerja mmg x blh lari. ida pun kalau nak harapkan pekerja local, rasanya dh lama jugak tutup kedai.. hehe..
Bagus jugak akak jd novelis... x yah nak pening kepala dah.. hehe..
Post a Comment