Tuesday, November 15, 2011

CHARGER CAMERA

Kesah cuti kali ini may be tak datail sgt ceritanya sebab ida dah pernah tulis sebelum ni. So boleh refer sini yea..

BERADA DI HADYAI

Pagi kami dimulakan dengan sarapan pagi - complimentary drpd hotel. Oleh kerana kami ambik 2 bilik, kami dapatlah 4 keping voucher breakfast - 1 tak pakailah sebab org ada 3 aje.. hehe.

Lepas breakfast, kami terus keluar. Ida bukan main bersemangat lagi nak mencari charger. Mula2 kami selusuri jalan2 sekitar hotel, intai2 kot2 ada kedai camera. Tapi sayangnya tak nampak langsung kedai camera.

Lepas tu ida cadangkan Big C kat suami, mana2lah tahu kot2 ada kedai camera kat dlm Big C tu. Kebetulan suami pun mmg nak menghala ke sana sebab nak ke kedai tayar & aksesori kereta yang ada dekat2 sana. So suami turunkan kami bertiga kat Big C.

Kat sini ada satu kedai camera yang bernama BIG CAMERA. Memang kedai ni ada jual camera2 DSLR, tapi sayangnya charger yang dikehendaki takde stok. Frust sangat ida. Then kami masuk shopping kat Big C. Berejam2 jugaklah kami kat dalam Big C tu. Daripada kosong troli sampai penuhlah troli tu.. hehe...

Lepas dah habis shopping, ida dan mama tinjau2 camera digital. Kata ida, jom kita beli camera satu mama. Murah aje ni. Mama ida pun setuju, sebab katanya camera sony yg ida hadiahkan dulu ada problem sikit. So lepas dah tinjau2, kami belilah satu camera digital Nikon Coolpix (12Megapixel) dengan harga RM 300.00 lengkap dgn memory card 2 GB, pouch dan screen protector. Bolehlah setakat nak ambik gambar buat kenangan2. (camera tu baru2 ni ida tgk kat kedai Nikon - KLCC harganya RM 368.00) kira murah jugaklah kat hatyai kan.. hehe.

So inilah beberapa keping gambar yg ida kilik2 lepas tu...

- amira yg keletihan shopping...





Elok aje kami dah beli camera tu lebih kurang pukul 4, suami ida pun datang ambik. Oleh kerana dah petang, semua pun dah lapar, misi mencari charger ditangguhkan dululah.

So utk makan tengahari, hajatnya nak ke kedai yg kami pergi dulu tu yg kami bayar guna RM tu (klik di sini utk rujuk entry berkenaan) tp kedai tu tak berniagalah pulak. Then kami singgah kedai sebelahnya- kedai nasi campur, yg baru nak buka berniaga time tu. Lauk pauknya banyak dan nampak menarik. Harga pun boleh tahan murahnya.






- ida suka sgt makan telur ikan ...

- yg ni tak tahu apa, tp nampaknya dibuat drpd tauhu

- sup tulang dia pun power...


Lepas makan suami ajak ke kedai tailor yg dulu tu (entrynya kat sini), nak ambik baju2 yg kami tempah waktu pergi bulan 6 tempohari. Sambil menunggu, sempatlah ida klik2 sekeping dua.. hehe...


- amira, sewaktu dalam kedai tailor...

- bersama camera baru mama, nikon coolpix...

Dah selesai kat sini, suami ajak minum petang pulak, pekena cha koi ngan teh tarik kat kawasan pasar. Tapi sayangnya gerai cha koi masih belum buka, tak tahulah kalau cuti panjang. Jadi kami minum petang kat gerai Sofea sambil beli kuih2 sikit..

-inilah kawasan gerai2 yang menjual makanan, mcm2 ada
dan dibuka setiap hari mulai jam 4 / 5 petang.

- jala mas, kuih tradisional kelantan dan terengganu jugak..

- amira bersama tuanpunya kedai sofia..


- amira dgn mamanya. gerai kat belakang tu yg menjual kuih muih yg manis2 belaka. kereta putih tu kereta yg kami bawak ke hatyai ni...

Kami lepak kat sana sampai dekat nak maghrib. Sampai aje hotel ida cepat2 ajak suami swimming, bukan apa, kalau dia dah landing nanti payah pulak. Jadi dapatlah kami 3 beranak swimming kat pool hotel sepuashati kami. Macam kami aje yg punya.. sebab xde org lain pun.. hehehe..



Amira mula2 mmg takutkan air. Mula2 dgn mamanya mmg tak nak lepas langsung. Nak letak dlm pelampung duduk dia pun tak nak. Nasib baik abahnya pandai tackle. Lepas tu dah okey. Boleh pulak duduk dlm pelampung dia tanpa dipegang.. elok aje.. tak fobia dah.. hehe.

Begitulah hari pertama kami. Nampaknya misi mendapatkan charger camera tidak berjaya. Sambung esoklah pulak misi tu yea.. hehehe....

Bersambung....

20 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

oh dh start bcuti cuti msia ye! akak cuti sek ni jln2 kt kl je la kot

tgh survey kamera gak nih ;D

idasm said...

Akak, ini kesah yg tertunda... Hehe. Akak belilah dslr. Puashati tgk gambarnya..

secangkir madu merah said...

amboi terlior tengok makanan2 tu.. sedap2 belaka...

seronok tgk si Mira yg comel tu.. sama comel macam mamanya..

Ros said...

Salam,

Kak Ros suka makanan thai pasai kebanyakkan nya pedas2...

Dinas Aldi said...

Comel la Amira pakai baju mandi! Seronok tengok gambar2 bercuti ke Hatyai. Sedapnya nampak semua makanan tuu!

idasm said...

Kak ros, akak mcm ida jgak suka makanan pedas.

idasm said...

Akak dinas, thanks kak. Ida mmg x jemu pg hatyai ni walau dh berpuluh kali pegi. Nanti nk belikan amira swimming suit yg ada skit mesti lg comeykan.

idasm said...

Kak yati, akak buat ida kembang. Tima kasih ye.. Hehe.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kReen baru belajar makan telur ikan.. (tak tau sedap rupanya...)


Ida, yang buat kReen tak sabar nak berjalan bulan doblas nih...

Cikgu Tie said...

Dah dapat pergi bercuti yer! Cikgu tie...entahlah bila boleh pergi. Encik Husband sibuk memanjang.huhuhu.....

idasm said...

kak reen, ida ni mmg peminat semua jenis telur kecuali telur ayam. telur sotong, telur ketam, telur ikan, telur penyu... hehehe... sedap kak.

selamat bercuti ye kak reen, nanti update kt blog yea..

idasm said...

Cikgu tie,
yg ni cuti pendek aje sebelum raya haji tu hari.. short breakaway.. hehe..

wahida said...

aku paling suka telur ikan mayong..kalau dpt buat masak lemak lagi aku suka...

idasm said...

wahida,
telur ikan mayong.. mcm x pernah makan aje.. ada jual kat pasar tak telur ikan tu?

Tukang Campak said...

Rajin mung naik hatyai. Kalu aku wase nok g leh tnya mung ah mendape best. Amira comel je sokmo dlm gambor, mesti happy gi jalan2. Aku ni pun duk cari2 kamera compact baru gok ni, hok lama buat hal doh 5,6 thn doh aku pakai. btw, kasut amira sama nge kasut aku anok beranok. 4 branok kasut serupa, Hanis pakai hok pink, best.

idasm said...

wah.. sifu aku bagi komen ni...
(bukan senang sifu nok mencemar duli wei... hehe)
4 beranok kasut same? bestnyer. kasut nike mmg best. amira hok ni kasut nike ke3 doh. hok pertama hilang selepas 4 hari (kecuaian aku). hok kedua mmg lusuh doh. hok ni kira kasut raya lah beli malam raya..
amira mmg sonot giler gi jalan.. mmg best r tgk gelagat dia..

Dr Singa said...

Picitkan sikit pipi tembam si comel tu!!!
;)

idasm said...

Akak Dr, picit aje ke.. hehe..

Tukang Campak said...

kehkeh...ya amfuunn, aku ning dok kenang budi nggoh, mung almost never failed tulis comment di entry aku. Insyaallah pahni aku cemar duli sokmo..hehe (janji manis kah ?)

idasm said...

zie,
aku mmg kipas susoh mati belog mung.. hahaha... mana janji manismu... hihihi....