Tuesday, June 26, 2012

JUN YG MANIS - SIRI 2

Salam ceria,

Masa kenduri adek2 ida tempohari, kami menginap di Mayangsari Resort sebab bilik ida dah digunakan oleh pengantin. Suami ida pulak kalau takde aircond dan takde katil tak boleh tido. Tapi disebabkan time tu cuti sekolah, semua hotel penuh, terpaksa ambik bilik kat sini.
Kalau bilik kat Hotel UITM Dungun cuma RM120.00 semalam, tp kat sini harganya RM 270.00 semalam.

- Mayangsari Resort ni terletak betul2 di tepi pantai..

 -pantai di Ganu kiter memang cantik.. pasirnya halus dan bersih..


Biliknya jenis rumah2 kecik berkembar dan berpagar, diorang panggil Pool Villa.  Masa check in diorang bagi Pool Villa no 14, agak hujung. Bila masuk ke kawasan tu nampak ada swimming pool kat depan bilik kitorang. O patutlah diorang panggil Pool Villa sebab ada private pool di setiap villa ni.

Bilik kecik aje, kiranya agak traditional lah sebab  semuanya daripada kayu. Katilnya siap ada kelambu lagi.. hehe.. rupanya ada nyamuk... Ubat nyamuk elektrik ada disediakan. Sebelum pegi kenduri, suami buat komplen kat front office - air cond tak sejuk, peti sejuk tak berfungsi dan tv takde siaran. Ingatkan lepas balik dr kenduri diorang baikilah apa yg patut. Rupanya diorang tak buat apa2 pun. Mengamuk jugaklah suami ida kat diorang. Terus suami request tukar bilik. Sebelum tukar bilik, suami cek dulu bilik tu ok ke tak.



Bilik yang baru ni Pool Villa No 5, kira depan sikitlah. Alhamdulillah kelihatannya lebih ceria. Air cond pun ok dan siaran tv pun jelas dan byk pilihan. Dan yang paling ida teruja adalah private pool nya lebih bersih dan terjaga. Jadi sebaik selesai urusan tukar bilik, teruslah ida dan amira masuk ke pool. Oleh kerana private, tak perlulah ida dan amira pakai swimming suit bagai (mmg tak bawak pun persalinan utk berenang). Memang terasa istimewa sekali bila dapat swimming privately ni. Amira pun dah mula pandai floating.(Dalam hati ida berkata.. patutlah harga biliknya agak mahal..)



Esoknya pagi2 suami dah ajak pegi makan nasi dagang.. mcm biasalah bila balik kampung kan..
Pukul 9.30 pagi, nasi dagang kedai Mak Wan (tempat biasa) dah habis. Cuti sekolah.. patutlah. Lepas tu kami ke kedai kedua, pun habis jugak. Kesian pulak ida tengok suami ida ni... teringin sangat nak makan nasi dagang. Lepas tu kami pergi pulak ke kedai ketiga. Kedai ni tutup pulak. Tapi ida nampak ada satu gerai kat belah kiri jalan yg jual nasi dagang. Dari dalam kereta, ida tanya ada ke takde nasi dagangnya. Alhamdulillah ada rezeki kami.



Balik dari breakfast, amira bukan main lagi mengajak ida swimming lagi. Suka sangat amira ni berendam. So kami layan lagi kat pool tu dekat 2 jam jugaklah... mmg puashati sangat.

 - swimming pool kami yg cute.. hehe..

 - bilik kami






 - ini budak yg dah kepenatan berendam...



 - tak tahu ni bunga apa. ingatkan melur tp rasaya kelopak melur lebih banyak drpd ni..





  - pokok bunga tu ada di bahagian belakang...baunya tak wangi sangat...

 - wardrobe terletak di luar pintu bilik (ruang belakang)  berhadapan bilik air

 - sinki di sebelah meja solek, meja solek di sebelah wardrobe..


 view daripada hadapan bilik.. cantik jugakkan...



gambar pokok kelapa dan langit biru ni ida ambik masa tengah berenang ... layan yea...








- amira yg sangat teruja main air....


last sekali kita layan gambar2 aksi dan pose amira. masa ni dh selesai berenang dah... semua pose amira tu dia sendiri yang buat, ida tak suruh pun.. tapi amira belajar pose mcm tu mmg daripada ida time ida posing... hehe...

 


 


























Kesah selanjutnya perjalanan ke Golok... Siri 3.. hehe... jumpa lagi..



20 comments:

mama aini said...

assalam ida..kalau harga mahal tapi service bagus kita rasa puashati kan !!..mujur tukar bilik yg lain..seksinya pic.princess ida waktu kat pool tu.. he2x..

Dinas Aldi said...

Ala comel sangat Amira pose depang tangan tuh! Kalau dekat, nak ja cium2 dia.

Mahal pun takpa sebab siap ada private pool, best tuh!

Aiseh last time akak makan nasik dagang ialah tahun 1995/1996 nun..huih lama sungguh laa..

Nadiah Sidek said...

cuaca panas seronok berendam

HLiza said...

Cantiknya hotel ni..Mayang Sari Resort no kat KT ke Dungun Ida? Akak ingat ada satu hotel Sutera Beach Resort yg sgt cantik akak pernah duduk 5 tahun lepas. Ida ni buat akak teringin nasi dagang Ganu..lamanya tak pergi Ganu..rindu!

Cho Zila said...

rasa teruja pulak tengok hotelni... baguihnyer kalau dapat tidur sini...

idasm said...

mama aini,
wsalam. itulah kluikutkan biliknya x suka sgt tp sebab ada private pool tu, hati rasa tertawan.. hehe..

idasm said...

akak dinas,
tulah pasal.. disebabkan private pool tu lah hati ida riang semacam aje.. hehe

akak... lama sgt tu x makan nasi dagang... lebih 10 tahun dah...

idasm said...

nadiah...
betul sgt tu...

idasm said...

akak HLiza,
takde lah cantik sgt.. tp boleh tahan lah.. Sutera beach resort lagi cantik. yg tu terletak di Merang (menghala ke Besut). yg ni kat dungun je..

jom kak ganu kite.. hehe...

idasm said...

akak Cho Zila,

hehe... blh try lain kali kalau holiday kt Dungun... hehe

secangkir madu merah said...

wah ada private pool.. seronoklah ya berendam tanpa org lain mandi sekali disitu....

wah bukan main si amira tu berposing..

idasm said...

akak SSM,
mmg seronok habis.. mandi manda boleh menyeksi gitu.. ekeke..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bestnye hotel nieee.. bayar mahal2 pastu aircond takde mmg nak kena betullah hihi

Dr Singa said...

ida sayang..

akak dah pindah blog tau!!

:)

gambor maknya berendam tak de?
:)

wahida said...

very the bam bam lah amira ni...geram je tgk!!

aku teringin nak check in hotel yg ada private pool ni...sure anak2 aku suka...

idasm said...

ila.. sebab tu lah.. suami tak bagi can... hehe

idasm said...

akak Dr,
berapa kali pindah blog daa... hehe tp takpe.. akan ku follow blog mu itu.. hehe..

gambar maknya.. bahaya.. seksi sgt .. hehehe.. kang ada yg terjojol biji mata kang.. ekeke..

idasm said...

dear wahida,
sekarang mmg menjadi2 bambam si amira ni.. hehe

mmg best sgt dpt private pool ni.. anytime boleh berendam n berenang...

Dinas Aldi said...

Salam Ida, akak dah terima kiriman Ida hari ni, TERIMA KASIH BANYAK2! Akak dah buat entri pasal tu jap ni, hehe. I LIKE.

WhatsApp offline installer said...

WhatsApp works on Windows 11, 10, 8, and 7. Better keyboard shortcuts and native desktop alerts are available because the program runs directly on your desktop. Like the Web app, the New Desktop App lets you communicate with friends and family while your phone is in your pocket. WhatsApp offline installer, you have to install the application on your phone and it can also be Windows 64-bit which is supported by this program.