Hehe... saje aje nak citer sikit.
Minggu lepas ida pergi TM Point bayar bil telefon. Telefonnya banyak, bil pun banyaklahkan. Telefon restoran medan tuanku ada 2. Cawangan Jln Bunus ada 1. 'Kitchen' pun ada satu. Rumah ida saje ada 3 line. Satu telefon line, satu utk streamyx, dan satu untuk fax.
Tapi tetiba hari jumaat tempohari, line streamyx kena potong. So ida call 100, tanya kenapa kena potong padahal dah bayar. Kata si gadis belah sana, ada baki lagi RM 270.00 (baki terkini katanya) Kalau nak sambung semula, kena settlekan semua bil tu dulu. Diorang ni.. tak nak bagi can langsung. So disebabkan waktu tu dah pukul 4.00 petang. Nak bergegas ke TM point pun, malas pulak nak meredah sesak jalanraya.
So ida cakap: boleh tak kalau saya mohon minta sambung dulu buat sementara sehingga hari isnin sebab suami saya takde sekarang (kononnya.. hehe), nanti hari isnin saya akan jelaskan semuanya.
Gadis: ok. saya akan hantar permohonan puan ke pihak atasan. Tapi make sure hari isnin buat bayaran, kalau tak diorang akan potong semula.
Ida: ok. don't worry, hari isnin nanti saya akan bayar. Tp sure diorang akan bukak ke tak ni?
Gadis: Selalunya kalau customer dh bagi komitmen, talian akan dibuka, cuma ambil masa 24 jam.
Ida: oklah kalau macam tu sebab kalau tak sambung susah saya. terima kasih byk2 yea.
Maka ida pun dengan confidennya menunggu talian tu dibuka.
Tapi malangnya... 24 jam dan berganti 48 jam seterusnya 72 jam, talian tak jugak dibuka. Suami bising, suruh ida call semula 100 utk komplen / tanya. Tapi ida rasa malaslah pulak. Malaslah nak merayu2 ngan diorang ni. Apa-apa pun mmg tak baguslah apa yg diorang buat tu. Kalau tak boleh, cakap ajelah tak boleh, kesian kat ida ni, kejap2 cek talian.. hehe. Sebenarnya ida pernah request yang macam ni kat CELCOM, dan diorang dgn mudahnya approve, tak sampai 1/2 jam talian hp dah dibuka selepas itu. Tapi nasib baik kat restoran ada wireless kl yg sentiasa free all the time tu.
So ida angkutlah lappy ida bila pergi bertugas di restoran selama 4 hari ni. Tp sebab tak menang tangan, dapatlah online sekejap2 aje.. hehe. Yang penting cek emel, sebab ada juga pelanggan yang bagi tempahan melalui emel. Tapi nak jenguk blog kawan2 tak berapa nak sempat. Maaf yea..
Petang tadi ida pergi bayar baki bil streamyx tu. Tapi rupanya ida agak terlambat. Terpampang "close" kat pintunya. Alamak! Takkan dah tutup kot. Mata ida tertangkap tulisan kat pintu tu, waktu tutup 4.30 ptg. Eh! jam ida baru 4.25 ptg.
So ida pun panggillah tetuan TM yg masih ada kat dalam tu. Selamba aje ida cakap.. Encik, jam saya baru 4.25 ptg. Masih ada 5 minit lagi nih.. bolehlah bagi saya bayar bil saya sekejap. Kemudian terjengullah satu 'kakak' ni yg mmg cam ida sebagai pelanggannya selama ini.
Kata akak ni... ish ko ni ida, napelah datang lambat2... sib baik akak kenal ko.
Alhamdulillah, akak tu bukakkan pintu. Dia tolong printkan statement (ida just bawak cek aje, bil tak bawak). Lepas dah bayar tu, ida minta tolong dia sambungkan semula talian dan make sure sekali taliannya tersambung. Sempat jugak ida mengadu kat dia pasal servis 100 tu. Nak tahu apa katanya.. "tulah, sapa suruh ida percaya cakap 100 tu.. "
Pulak dah..
Dan sekarang, ida berada di bilik mengupdate blog... hehe... selesanya online dari bilik kita kan.. hehe..
sebelum ida permisi, ida nak tayang pic sikit... hehe

- ini restoran di cawangan jalan medan tuanku. tapi bulan ramdhan, nasi kukus takde.

- yg ni pula, BERIANI AL-HYDRABADI.
menggunakan beras basmathi yg sgt panjang.
Ayamnya yg tanpa kulit dimasak sekali bersama nasinya (seekor ayam dipotong 4).
Harganya RM 12.00 satu set.

- inilah dia cheese naan yang sangat terkenal itu... hehe.
menggunakan mozarella cheese. Harganya RM 5.00.

- yg ni pulak aneka minuman. Saje aje selitkan pic ni. Yang hijau tu jus kedondong asam boi, ramai yg sukakan jus tu.
Selain itu ada jus belimbing asam boi, jus lemon, jus nenas, oren, tembikai, carrot dan sebagainya.
Harganya RM 3.00 segelas
ok. bye.............