Wednesday, April 21, 2010

BERTEMU SITI LAGI... SERONOKNYA!!!!

16 APRIL 2010 - JUMAAT.

Alhamdulillah, sekali lagi diriku berpeluang utk join satu event ni yg melibatkan Dato' Siti, iaitu, Majlis Sambutan 15 tahun Siti Dalam Industri Seni. Sekali dgn Majlis Pelancaran Album Duet Saida n Sairah - Apresiasi.

Majlis ni diadakan di Wisma PKPS, Shah Alam. Diriku drive sorang2 dr KL ke Shah Alam. Memang dh lama tak ke sana bersendirian. Dolu2 pernahlah. Dlm 5, 6 tahun lepas. So mmg tak ingat sgtlah. Selalunya kalau pergi Shah Alam, berdua ngan suamiku. Tp kali ni pergi sendiri. Memang tak mengharapkan dihantar oleh suamiku pun, sebab nanti selesai majlisnya tak tahu pukul berapa, susah pulak suamiku nanti nak kena dtg ambil. So, suamiku yg baik hati telah membuat lakaran secara lebih kurang... jalan mana yg harus kuturutkan.

Alhamdulillah, selamat tiba di Shah Alam, tapi entah macamana ku boleh tersesat sikit. Tp syukur ku tiba jua akhirnya dgn bantuan talian hayat .. hehe.. drpd adik2 SitiZoners, dptlah kucari Wisma PKPS. (entah mcmn dpt sms addressnya silap sikit. dlm sms tulis wisma PKNS, panjang gak tengkukku nak intai manalah Wisma PKNS ni.. rupanya silap taip.. Wisma PKPS rupanya.. hehe.)

Dan majlis memang meriah. Tema pulak hitam dan merah. Seronok sangat dapat berjumpa dgn teman2 sedaerah... (SitiZone lah tu!!!), yelah sekarang ni bukan selalu berkesempatan join event Siti ni. Orang lain dh dpt jumpa 10 kali, diriku baru dapat sekali. Nasib le. Tugas terpaksa didahulukan.. hehe.



Sementara menunggu majlis bermula, kami merayau ke beberapa meja, bertegur sapa dan beramah mesra, sambil2 tu sempatlah bergambar bersama, maklumlah lama tak jumpa... hehe



- kembar SNP! Miela dan K.Zyee

Tapi utk majlis kali ni, diriku memang terhutang budi sgt kat Dato' K. Tak sangka pulak dia nak tunaikan requestku yg sememangnya bukan kurancang dari awal. Entah macamana, bila saja Dato' K tiba kat mejaku, secara tiba2 timbul idea ni. "Dato', boleh tak Dato' bawakkan Siti datang ke sini, lama sgt tak jumpa Siti ni.. rindu!" kataku pada Dato' K.

Dan sememangnya cempedak menjadi nangka, tak disangka-sangka, rupanya DK telah bersusah payah bawak Siti ke meja kami. Dan diriku .. apalagi.. terus tak lepaskan peluang, menerpa ke arah Siti, menghulurkan tangan utk bersalam, melagakan pipi di kiri dan kanan (dlm hati tuhan saja yg tahu, betapa hatiku menggebu), sambil mulutku menyapa mesra bertanyakan khabarnya serta menitipkan salam drpd suami tercinta. Dan selepas itu, inilah hasilnya... hehe

Memang dapat peluang, tapi sayang gambar cahayanya kurang. Jadi ku mintalah sekali lagi drpd Siti.

- inilah gambar yg tak cukup cahaya tu...

- ini pula gambar yg sama tp telah diedit olehku... hehe.. ok sikit kan...


Kali ni minta tolong Fzi snap guna camera Mond (Nikon D90), Cukuplah 2 kali. Diriku dh berpuashati.

- yg ni drpd camera Mond, disnap oleh Fzi...

- bersama DK yg begitu sporting...

Perjalanan majlis masih panjang. Ada persembahan nyanyian oleh Saida n Sairah. Juga duet 5 beradik (termasuk Siti, Ali dan Ayie). Ada persembahan surprise utk Siti oleh Adik Wada dan Jac.

- acara kemuncak 15 tahun CT


- si cilik yg berbakat ini, Crystal Lee juga telah menyampaikan 2 buah lagu Siti,
Nirmala dan Destinasi Cinta

Dipendekkan cerita, jam 12.30 pagi, majlis secara formalnya dh selesai, tp Siti masih ditemuramah wartawan. Dan diriku terpaksa minta diri dulu kerana suamiku yg nak berlepas ke Spore (bersama ayah angkatnya, HA) telah sedia menunggu. Ku pun apalagi, pecut 11o le... dan jam 1.10 pagi, ku dh selamat tiba di rumahku... hehe


Maka, tak sempatlah diriku nak menunggu Siti hingga ke akhirnya... hehe. Tapi sebelum sesi temuramah, kami Sitizoners telah berpeluang bergambar bersama Siti.

- sesi pertama bersama SZ

- sesi kedua bersama SZ

- sesi ketiga bersama SZ


Hidangan makan malam secara buffet dari awal majlis lagi...





- Mond, Nurul, Zue Zf (Zue dah berbadan dua, seronoknya!), Ida dan Ctea Fairuz


- Kak Zyee yang baik hati dan berdedikasi...
antara yg menjadi buruan lensa pada malam itu.. hehe


Oklah tu. Seronok! Selain dapat bertemu Siti, dapat juga berjumpa teman2 SZ, yg memang agak lama tidak bersua dan berkumpul ramai2 chenggini... Macam2lah aksi kami. Bergurau senda, usik mengusik sesama sendiri. Ternyata... kenangan indah tercipta lagi. Meninggalkan seribu memori, yg pasti takkan terpadam di sanubari....

Sunday, April 11, 2010

PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN....

Lupa pulak nak update pasal ni kat blog hati ni.

Masa hari terakhir Pesta Buku yg lalu, diriku telah ke sana sekali lagi. Tujuannya utk mendapatkan sebuah novel kiriman Kak Liza karya Kak NB, tapi keluaran penerbit lain.

Lepas dh beli novel tu, teruslah diriku ke booth NB Kara. Tp tak sangka pulak bertemu dgn Intan MGM.

Waktu tu, Kak NB memang tengah bersembang dgn Intan ni. Dan ku memang tak perasan pulak cik adik manis yg tengah bersembang ngan Kak NB tu adalah Intan yg juga teman blogku. Kak NBlah yg memperkenalkan Intan padaku. Tapi bila Kak Yati sebut je nama Intan, memoriku terus menerpa pada Intan MGM Penang mai tulah. Takde dah Intan lain.. hehe.

Sungguh ku tak sangka bertemu Intan di situ. Memang diriku rasa gembira sangat. Maklumlah selama ini ber hai- hai di laman blog shj. Dan dah lama jugak berhasrat nak jumpa Intan ni. Seronok layan blog dia. Cumanya cameraku takde pulak time ni. So pic di bawah ni, klik2 dr camera HP aje..





Ku pelawa Intan utk berkunjung ke restoran. Katanya tak tau kat mana. Nasib baik ada sepupu Intan, Mail. Dialah yg tolong bawakkan Intan ke restoran lepas tu. Alhamdulillah, tercapai gak hasrat hati nak bagi rasa Cheese Naan kat Intan. Kami berborak dan bersembang hinggalah restoran tutup.. hehe (Intan, tak puas sebenarnya sembang ngan intan sebab mail lebih byk cerita dr intan.. hahaha. Lagi satu, kak ida asyik kena pergi kat cashier counter aje kan!)

Sebelum Intan tiba, Kak Yati sekeluarga juga datang makan malam di restoran. Terima kasih kak. Seronok sgt bila akak datang. (Cumanya ida tak dapat nak layan akak betul2. kejap2 nak ke kena counter. Minta maaf byk2 ye kak. )



Minggu lepas ku telah khatam novel Blog Priasetia karya penulis muda Anuar Kamaruddin. Best jugak kesahnya. Ada banyak teka teki dlm novelnya, cumanya teka tekinya agak mudah diramalkan oleh pembaca. Tapi kita still nak teruskan pembacaannya sebab kita terus nak tahu apa kesudahan ceritanya. Jarang penulis lelaki menggunakan watak wanita sebagai watak utama. Syabas buat Nuar! Kak Ida memang suka watak wanita dan memang suka dengan happy ending... hehe. So apalagi.. novel ke2 dh siap. Bila akan berada di pasaran.. hehe.



ok, permisi!!!!

Thursday, April 8, 2010

NAK KE MANA LAGI....

sambung sikit lagi kesah cuti sekolah bersama familiku.

Hari Rabu, 17 Mac 2010. Kami plan nak ke Desa Water Park. Suamiku ada banyak kupon 1 tiket percuma 1. Memang tak pernah ke sini sebelum ni. Jadi bolehlah try. Kalau Sunway Lagoon tu dh banyak kali dah. Dah tau dah mcmn keadaan dan gamenya.

Kami bertolak agak lewat, (mcm biasalah rutin kat restoran tu kena settlekan dulu). Lebih kurang pukul 2 petang kami tiba. Punyalah panas. Memang terasa bahangnya. Kami berenam shj. Abah tak nak ikut. Solehin juga turut serta. Tak sangka pulak abahnya ada hal kerja sikit kat KL, so dapatlah Solehin dan ibunya ikut sekali. Jadi kami bayar harga 3 tiket, RM 20.00 x 3. Tapi kami dapat masuk 6 orang sebab pakai kupon tu. Solehin masuk percuma.

Ramai jugak pengunjung yg ada. Maklumlah musim cuti sekolah. Tapi Desa Water Park ni terlalu panas. Mungkin pokoknya sikit dan tak tinggi sangat. Kalau kata Sunway tu, walau hari panas, tapi tak terasa sangat panasnya sebab banyak pokok dan kawasannya seperti terlindung sedikit.

- waktu ni dh jam 5.00 lebih. dh redup sikit waktu ni...

Tapi wlu panas terik, kami redah jugak main air sikit2.. dh sampai, takkan nak tengok aje kan.
Rasanya tak enjoy sangatlah. Nasib baik ada kolam jacuzzi kat hujung sana. Kat sini kami enjoy sikit. Orang lain pun takde. Hanya kami2 aje yang dok berendam dan berenang dalam tu. Terasa cam kolam ni kami yg punya... hehe.







- inilah kolam jacuzzi nya.



- solehin tengah lena waktu kami berendam.

Yang boleh kupuji cuma harga makanannyalah. Agak berpatutan kalau nak bandingkan dgn harga kat Sunway Lagoon tu. Bila dh byk keluar tenaga, masing2 kelaparan. So kubelikan nasi lemak yg dijual dgn harga RM 3.50 sebungkus utk semua orang. Lepas tu kami pakat makan rojak buah pulak. Rojak buah harganya RM 3.00 sebungkus. Kami beli 3 bungkus, makan ramai2. Sedap pulak rojak buahnya. Nak beli lagi tapi dh habis, maklum dh petang dah. Penjual rojak buah pun dh berkemas nak balik.

- sebelum balik, bergambar dulu...

- selamat tinggal desa water park. may be tak datang dah kot... hehe..


Malamnya, kami keluar tengok wayang pulak kat KLCC. Tapi mama tak nak ikut. Jadi kami pergi berenam shj. Tengok citer Egde of Darkness lakonan Mel Gibson. Cerita aksi kisah penyiasatan seorang ayah terhadap kematian anak perempuannya, tp aksinya tak banyak sangat. Ada part2 yg agak slow, sampai Shikin pun ikut tertidur sekali ngan Solehin... hehe.

Khamis, 18 Mac 2010.

Hajatnya nak bawa familiku ke Sunway Pyramid, boleh hantar hp mak sedaraku sekali utk diservis. Tp sebelum tu perlu ke Tropicana dulu utk ambil cek catering dr customer. Jadi kata suamiku, lebih baik ke One Utama aje. Lagipun Kak Rozi Nokia pun dh pindah ke One Utama. Bolehlah jumpa dia sekali kat sana. Hp pun bg kat Kak Rozi ajelah.

- solehin kalau duduk depan, sibuk nak picit sana picit sini....




Jadinya lepas ambik cek kat Tropicana, kuteruslah ke One Utama. Bolehlah ronda2, jalan2, shopping2 ke kat sini.



- mula2 tiba di OU, terus ke Nokia Care dulu, jumpa Kak Rozi n pass hp kat dia.

Kemudian kami pergi makan. Memang dh plan nak makan nasi berlaukkan Ayam Goreng Pedas McD. Jadi nasinya kami memang dh bawak bekal dr restoran... hehe. Kata suamiku.. melayu pokok jati. Mana boleh tinggal nasi.. hahaha.. Berselera sungguh kami semua. Habis licin nasi yg kami bawa. Solehin macam biasa, enjoy makan kentang goreng dan sundae ice cream.


Perut dh kenyang, bolehlah jalan2. Mama memang nak beli handbag. Jadi kubawa diorang masuk ke JJ. Semua pakat tolong pilihkan handbag buat mama. Dah selesai kat bahagian handbag, melilau pulak kat bahagian pakaian. Melekatlah diorang semua kat bahagian ni berejam2. Si Solehin bukan main seronok lagi duduk atas troli JJ tu. Adik Zul lah yg tukang layan dia.





Sedar tak sedar, dh pukul 8.00 mlm. Tp masa nak keluar tu, singgah pulak kat bahagian jam. Polo Club Brittani ada diskaun 70%. Belek punya belek, adalah yg berkenan. Adik Zul satu, Shikin satu, diriku pun turut beli satu.

Akhirnya lebih kurang pukul 9.30 mlm, barulah kami tiba semula di restoran. Customer punyalah ramai. Kami pun pakat tolong kat restoranlah pulak.

Jumaat, 19 Mac 2010.

Mama bercadang nak pulang pada hari ni. Tapi kupujuk2 minta mama stay lagi 1 hari. Rasanya cepat sangat masa berlalu. Belum puas rasanya bersama mama dan adik2. Dan akhirnya mama bersetuju. Jadi hari ni kami cuma ke Kamdar kat Jln Tar. Beli kain sikit2. Kalau dulu, cuma diriku yang gila beli kain utk ditempah menjadi uniform harianku.. hehe. Sekarang dah berjangkit kat mama. Bukan apa, mama dh jumpa 1 tukang jahit tu, upah jahit sehelai blouse cuma RM 12.00. Murahkan! Itu yg buat mama tak sabar nak beli kain tu... hehe. Seronok betul memilih kain.

Dan Hari Sabtu, 20 Mac, mama dan adik2 telah bertolak balik pada jam 12.00 tghari. Sedih pulak rasanya nak berpisah. Tapi takpe, ada umur kita jumpa lagi. Sekian, terima kasih pada Ilahi kerana memberi nikmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga.

Monday, April 5, 2010

TAHNIAH BUAT SITI!!!!

Terharu sangat bila Siti berjaya merangkul kembali Anugerah Bintang Popular utk tahun 2009.




(pic ni semua diambil dari Facebook Kak Rozi & CT, thanks!)

Tahniah dan syabas buat Siti yang sememangnya unggul di hati kami, peminat2nya.


Dan sempena ABP 2009 ni jugak, Khairee Sitizoners Spore telah mengajak rakan2 SZ lain utk berkumpul di restoran RSMY house of real beriani pada 3 April sebelum naik ke Genting esoknya. Hehe... mcm kenal aje restoran ni kan..

Ramai jugak SZ yg join. Memang sporting habis diorang ni. Kak Ida korang ni bz, tak dapat nak layan sangat korang, tapi korang memang bestlah... selamba n happening.









- me n Te-are Mond

- me n deeba @ mak sireh



- jejaka2 hensem SZ .. hehe

- 4 dara pingitan.... ooopps! sorang aje anak dara..


Terima kasih sudi datang berkumpul di sini. Seronok sembang2 n berkongsi cerita n gambar CTRace korang semua. Ada rezeki kita jumpa lagi yea. Minta maaflah kalau layanan kurang memuaskan yea.