Saturday, November 13, 2010

LAKSA THAI, PULUT MANGGA DAN BLA-BLA...



Sambung lagi kisah di hadyai yea..

Selesai kat tempat tailor tu, kami terus ke Pasaraya Robinson. Pasaraya ni lebih kurang mcm Sogo lah kalau kat KL. Bolehlah shopping sikit2. Time ni takde sale. So tak berapa nak seronoklah kan. Hehe. Sebenarnya shopping kat Hadyai ni best sebab salesperson diorang ni semua baik2 dan sangat mesra pelanggan. Berapa lama kita belek2 barang, berapa byk minta diorang keluarkan barang utk kita tengok, diorang tetap manis muka melayan kita. Kalau kata nak beli kasut tu, diorang siap tolong pakaikan kasut kat kaki kita masa nak try tu. Tapi tak tahulah kalau cuma kebetulan aje dpt salesperson yang chenggitu. Dah layanan bagus mcm tu, daripada tak nak beli, terus jadi nak beli.. gara2 servis first class... kan!




Cuaca yg agak mendung buat kami cepat laparlah pulak.. hehe. Jadi lepas tu, kami pergi makan Laksa Thai dekat kawasan pasar tadi. Gerai2 ni beroperasi sebelah petang aje dr jam 4.00 petang - 8 mlm. Laksa Thai ni agak uniklah jugak. Laksanya begitu halus seakan bihun. Kuahnya ada 4 jenis. Ida mmg tak boleh bagitahu nama kuahnya sebab mmg tak tahu. Yang ida tahu kuahnya ada yang pedas dan ada yg bersantan.

- deretan kuah laksa...


- ulam-ulaman utk laksa...

- inilah rupa laksanya.. dgn kuah pedas..

Ulam-ulamannya diletak di atas meja dan kita boleh ambil seberapa banyak yang kita suka. Ada taugeh, timun, pucuk jambu golok dan beberapa ulam lain yg ida tak tahu namanya. Kalau ada ulamnya yg habis, boleh minta tambah lagi. Dulu, masa nak order just minta yang pedas. Kali ni pun sama, cakap diorang nak kuah pedas. Tp tak sangka pulak kali ni pedasnya, Ya Rabbi, tak boleh nak cakap. Mula2 makan sesuap, tahan, 2 suap, tahan lagi, masuk suapan ketiga, pergh.. mmg tak boleh tahan pedasnya. Sampai keluar air mata. Kesian, suami ida, mama dan fatin mmg tak boleh habiskan laksa tu. Abah aje yang dpt habiskan sebab dia minta kuah yang bersantan.

- gerai laksa...

Dan nasib baik jugak suami ida ada tapau pulut mangga 5 bungkus tadi sebelum ke tailor. Habis sebungkus sorang kami makan pulut mangga tu, dapatlah hilangkan kepedasan kami. So kami semua bukan kenyang dgn laksa, tp kenyang dgn pulut mangga tu. Mangganya dah lah manis leting (ayat ganukiter). Pulutnya pun lemak2 aje. Memang sedap!

- gerai pulut mangga

- pulut mangga (pic dr streetdirectory)

Untuk pengetahuan semua, kawasan pasar ni, bila petang dan malam, ada byk deretan gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Jadi lepas tu kami pekena pulak cha koi. Cha koi sini cicah kaya berwarna pandan yang mmg sedap sangat. Lemak2 manis rasa kayanya.

- gerai cha koi...


- sekejap aje habis sepinggan ni.. hehe..


Dah selesai makan cha koi, suami ajak singgah kedai cermin mata sewaktu lalu situ bila nak ke kereta . Macam2 yg ditanya suami ida tu. Yang si amoi tu pulak lepas satu2 keluarkan cermin mata tunjuk ngan suami ida. Tetap mesra melayan pelanggan. Jenuh kami menunggu. Diorang pulak siap bagi kami minum oren jus segelas sorang. Ida pulak buat mcm rumah sendiri, posing sana posing sini.. hehe.. Dan akhirnya suami ida bersetuju nak tempah satu. Nasib baiklah kan.. hehe..




Malamnya kami makan kat warung biasa tu (bayar hutang sekali..) Lauk pun lebih kurang sama mcm semalam jugak (tomyam, paprik ikan, sup kaki lembu) cuma tambah 2 lauk lagi.


- ida ternampak ada cendawan putih kat situ,
lepas tu ida tanya ni masak mcmn, tukang masak tu tunjuk udang.
then ida tanya lagi.. sup ke, dia kata tak. goreng ke.. bukan katanya..
tp ida suruh jugak dia buat satu.
Dan inilah hasilnya.
Lebih kurang mcm kerabu... patutlah kan.. sup bukan, goreng pun bukan.. hehe..


- yg ni pulak, taugeh + tauhu goreng,
bagus utk turunkan kolesterol. maklum, asyik makan seafood ajekan...


okeylah, selamat dah kisah hari kedua. hari ketiga sambung kat entry lain pulak yea..

salam ceria utk semua............




Thursday, November 11, 2010

BERADA DI HADYAI...

Rabu 27 Oct 2010.

Kami stay kat Hotel Lee Garden Plaza yang terletak di tengah2 bandar Hadyai tu. Utk bilik junior suite, ratenya cuma 1400 Baht. Ruang tamu dan ruang tidur dipisahkan oleh dinding. TV ada di kedua2 ruang.

- ruang tamu


Oleh kerana kami ambil 2 bilik, so dapatlah 4 keping baucer sarapan pagi. Sarapan pagi yg disediakan oleh pihak hotel agak lumayanlah jugak. Ada mi goreng / nasi goreng. Sayur, Moi sup / noodles sup. Ada telur mata, sosej, drummet, tempura, fries. Roti bakar lengkap dgn jem / madu dan butter. Wafer dan french toast pun ada. Pilihan minuman pun byk. Selain tea / coffee, ada hot chocolate, orange juice, pineapple juice dan susu sejuk. Dulu2 kami was2 jugak status halalnya. Mujurlah kami kenal staff Muslim yang bekerja kat sana. Menurut katanya food kat cafe tu halal sebab ramai pelanggannya Muslim. Kalau ke sana time cuti sekolah, memang boleh nampak betapa ramainya pelanggan Muslim yang bersarapan pagi kat cafe tu.



- abaikan amoi kat belakang tu yea.. hehe..



- buah2an


- cafenya besar sangat. rasanya boleh muat 500 org sekaligus.


Selesai sarapan, ida ajak diorang jalan2 jap kat bawah tu. Hotel ni kat bawahnya ada shopping complex. Panggung Wayang pun ada. Tapi rupanya hari itu merupakan hari perayaan diorang. Ida tak tahu nama apa. Nampak ada something mcm tokong kat depan hotel. So kedai2 kat hotel tu bukak agak lewat. Mujur money changer berdekatan bukak awal, dapatlah kami tukar duit sikit. Tukaran hari ni RM100.00 = B964.00. Adalah dalam 1 jam kami jalan2 kat
bawah tu. Sempat beli sim kad hp kat 7-E, beli personal care sikit kat Watson dan minum air kelapa muda sebelum balik ke hotel.

- kenderaan biru tu dipanggil tuttut. kat belakang tu adalah tokong yang ida sebut tadi.

- bergambar di depan hotel

- tukar duit yang penting tu.. hehe..


Lepas Zohor, kami semua bersiap utk pergi lunch kat Pasar Hadyai. Kat tingkat 3, ada banyak kedai2 makan. So byk jugaklah kedai2 makan Muslim yang boleh didapati kat sana. Kalau peniaganya pakai tudung dan kat kedainya ada Ayat Al-quran, maknanya tu kedai Muslim.
Makan kat sini tak mahal sangat dan sedap. Tapi ida lupa pulak nak ambil gambar makanannya.
Tuan kedai tempat kami lunch ni mmg dah kenal dgn kami. Lupa pulak nak bagitahu, jarak dr hotel ke pasar mmg dekat aje. Kalau tak tahu lokasi pasar, boleh naik tuttut, cakap aje nak pegi pasar, nanti diorang akan bawakkan. Kebanyakan pemandu tuttut boleh cakap melayu sikit2. So takde masalahlah. Tambang tuttut tak mahal. Dulu2 tambangnya dalam B10 seorang, kira lebih kurang RM1.00 lah seorang.

- lunch kat pasar

- mama dan fatin kat pasar

Selesai makan, kami jalan2 sekejap sementara suami ida pergi ambik kereta. ida jeling2 jugak handbag kat sana... hehe. Selalunya kalau datang sini, ida giler shopping handbag dan kasut. Tp takpe.. control dulu.. suami cakap esok baru kita shopping kat sini. Sebab sekarang suami nak pergi tempah baju dulu.

Tempah baju kat sini boleh tahanlah. Memang time datang dulu2, kami selalu jugaklah tempah baju kat sini. Bila tukang jahit ni tengok kami datang, terus diorang keluarkan rekod lama diorang. Katanya dah lima tahun kami tak datang. Hehe. Utk sehelai kemeja suami, upahnya RM 60.00. Tapi jahitannya sangat cantik dan kemas. (Tukang jahitnya Cina). Suami tempah 7 helai (kainnya mmg dah bawak dr KL). Ida pun tempah 4 helai. Hehe..




- di depan kedai jahit...

... bersambung...

Saturday, November 6, 2010

DARI KL KE UTARA...

Selasa, 26 October 2010

Perjalanan kami dimulakan lebih kurang jam 3.30 petang. Plan awal nak bertolak pagi nampaknya tak menjadi, byk pulak hal nak diuruskan sebelum pergi cuti.

Kata en me, nak ke mana iteww.. hehe.. nak ke hadyai aje en me... bukannya jauh pun.. saje je buat saspen sikit.. hehe. Lama dah tak ke sana. Dulu mmg selalu sangat ke Hadyai ni, pergi beli pinggan melamine dan perkakas restoran yg berkenaan.

Alhamdulillah hajat nak bawa mama dan abah berkunjung ke sana tercapai jugak. Oleh kerana ada satu lagi tempat kosong, mama ajak adik fatin sekali. So berlimalah kami menuju ke hadyai menaiki xtrail.

Awal perjalanan, suamilah yg memandu. Lepas aje tol Jln Duta tu, ida pulak kena ambik alih. Mengantuk katanya. So ida drive sampai ke Tapah. Suami dh pesan, ambik exit Tapah bila sampai. Ingatkan nak buat apa. Rupanya dia nak bawak kami singgah kat satu kedai makan ni.


Kedai makan ni kecik aje, jual bakso dan sate semata. Tapi kata suami, ramai sgt pelanggannya. Elok sangatlah, ida memang suka bakso dan sate... hehe. Meemang puashati makan bakso kat sini. Baksonya besar-besar dan sedap. Tengok aje gambar kat bawah ni... meriahkan baksonya.. hehe.




- satenya pun sedap jugak....


Kedai makan ni simple aje. Si isteri jual bakso. Si suami jual sate. Manakala si anak jual minuman. Tapi waktu kami makan, anaknya tak berniaga, pergi jalan2 katanya. So, tak dapatlah ida nak minum nescafe buat ubat tahan mengantuk. Air mineral aje yang ada.

adik fatin...

Selesai makan, kami teruskan perjalanan. Kali ni suami pulak yg memandu. Tapi tak lama lepas itu kami berhenti kat hentian Sg Perak utk solat. Kat sini ida beli minuman tin Nescafe sampai 3.. hehe. Buat bekalan, maklumlah nak jalan jauh. Suami ida ni bukan boleh kira. Jap lagi sure turn ida semula yg kena memandu.


- tgh drive pun sempat lagi klik2.. hehe..

Dan betul seperti yg di sangka, ida jugak yg kena ambik tugas.. hehe. Kata suami, ida drivelah dulu sejam, lepas tu nanti abang drive pulak. Syukur, Alhamdulillah perjalanan lancar. Hujan gerimis pun ada jugak sekali sekali. Suami dah berdengkur bukan main lagi. Kesian pulak nak dikejutkan. Ida pun tak mengantuk, so ida drive ajelah. Sampailah tiba ke Changlun, berhenti isi minyak, barulah tukar giliran. Sebab lepas ni nak berhenti lagi kat Bukit Kayu Hitam utk beli insuran Thai dan isi borang. Semua tu suamilah yg uruskan, ida tunggu dalam kereta aje.



- beli insuran Thailand dan isi borang imigresen kat sini...


Selalunya bila tiba kat post imigrsen Thailand, kereta kena parking kat tempat parking yang agak jauh dan kami semua kena jalan kaki ke post imigresen tu utk cop passport. Tapi sebab hari dah malam, pelanggan pun tak ramai, jadi suami just park kereta kat tepi post tu aje dan kami semua beratur utk cop passport. Cepat ajelah prosesnya.

- cop passport...

Perjalanan masih tinggal lebih kurang 1 jam lagi utk tiba di Hadyai. Dan alhamdulillah kami selamat tiba pada jam 11.30 mlm waktu Msia. Waktu Thailand 10.30 mlm. Terus kami cari makan dulu sebelum ke hotel.

Selalunya makan malam kami kat sini adalah kat warung kak sofia, yg berada di tepi pasar Hadyai. Tapi warung tu tak berniaga pulak, so kami ke warung lain yg juga biasa kami kunjungi sebelum ni. Inilah warungnya......



Makan kat sini memang tak usah ceritalah, memang sedap. Kami ni memang kaki makan, so apalagi kan.. hehe. Suami ida dan fatin pesan tomyam putih udang sotong. Ida pula minta sup kaki lembu. Abah dan mama pesan ikan paprik.


- sementara menanti hidangan, kami makan ini dulu. tak tahu nama dia apa. tapi foodnya macam yg orang jual sate steamboat / yong tau foo tu, tp digoreng.

- inilah rupanya lepas digoreng.. sedap jugak..

- tomyam putih udang sotong, gambar blur sebab kena asap... hehe..




- paprik ikan


- sup kaki lembu (kateh)


Jumlah bil kami 590 Baht. Tapi suami belum tukar duit Thai lagi, so bayar pakai RM. Tapi tuan kedai tak tahu nak kira ratenya. Jadi kata suami, takpelah ambik dulu RM 100.00 (963 Baht) ni, simpan. Esok kami akan bayar 590 Baht, bolehlah pulang semula RM 100.00 tu. Tapi punyalah susah nak explain kat diorang ni sebab diorang tak cakap melayu. Nasib baik ada anak muda Pattani yang tolong kami explain kat tuan kedai tu.. hehe.

So lepas tu kami check in hotel. Suami dah booking siap2 sebelum tiba. Dan kami pun restlah...
Begitulah kisahnya perjalanan dari KL ke Utara. Cerita besoknya kita sambung kemudian yea..