Friday, August 7, 2009

KAIN PASANG MURAH 2 U...

Mungkin ada yg gelak, mungkin ada tersenyum dan mungkin juga ada yg gembira....
tapi itulah kenyataannya... aku mencuba nasib berniaga kain pasang pulak.

Sebenarnya bidang tekstil ini bukan baru bagiku, kerana sebelum aku dan suami menceburi perniagaan restoran / catering ni, kami pada asalnya memang berniaga tudung dan kain. Kalau dulu segala jenis bawal kami jual. Begitu juga dengan kain pasang.

Minggu lepas, ada beberapa koperasi jabatan kerajaan meminta kami membekalkan kain dan tudung utk dijual di koperasi mereka. Jadi bila dah selalu sangat berdepan dgn kain dan tudung yg cantik-cantik ni, aku jadi terujalah pulak. Jadi dengan persetujuan suamiku, aku fikir apa salahnya aku berniaga kain dan tudung ni kat internet pulak. Sekurang-kurangnya memberi peluang kepada yang jauh untuk mendapatkan kain pasang terkini tanpa perlu turun ke KL ni.

Justeru itu... teman2 semua, kakak2 dan adik2... jgnlah segan2 utk berkunjung ke blog lagi satu tu yea... manalah tahu ada yg berkenan... silalah buat tempahan yea...

Kain ini semua baru je tiba petang tadi. Memang ekslusif kerana setiap design ku cuma sediakan satu pasang sahaja. Maknanya kalau dah ada yg beli, orang lain tak boleh beli dah... hehe..



LIMITED EDITION lah katakan... cuma ada 100 pasang.

FIRST COME FIRST SERVE...

http://kainpasangmurah2u.blogspot.com

WISH ME LUCK!!!!!

8 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..da jual kain le pulak dia, ha.ha..selamat berjualan ya..

zara aluwi said...

Raya dah dekat ni, ramai orang tercari-cari tudung. Dulu akak tak suka tudung 'Ekin' bila adik ipar hadiah dua helai. Dah jadi suka la pulak. Senang nak pakai, ringkas. Cantik pun cantik.

Semoga berjaya.

idasm said...

KAK YATI... hahahha... ida ni memang suka tengok kain baju cantik2 .. dan memang suka bisnes... thanks for ye wish!

KAK ZARA... tudung ekin pun ada jugak..nanti menyusullah tu.. hehe..

dhan said...

waa k.ida bertambah bzlah plak.. hehehehe... moga terus maju

idasm said...

DHAN... entah kak ida ni.. saje aje cari pasal.. hahaha..
tima kasih dhan atas sokongan dan doa..

Dida... said...

Salam Kak..

ada penghantaran ke luar negara / luar negeri ke?

ok.. nak pegi tengok ni... mana tau ada yg sangkut.. hihi..

idasm said...

dida... tima kasihlah singgah kat blog sana.. penghantaran ada aje... tp kosnya oleh pembeli.. hehe..

nurul said...

salam kak ida.. selamat menjadi tokey kain.. kak ida ni bagus la, pandai buat bisnes, nurul pun teringin nak bukak bisnes gak..nak jual baju muslimah..hehe..nanti nak belajar dari kak ida..