ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA RAHMAT DAN REZEKIMU... YA ILAHI...
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga begitu, kami mendapat tempahan catering utk open house atau jamuan raya begitu banyak sekali. Bukan niatku untuk menunjuk2 / riak, cuma sekadar berkongsi kegembiraan dan kepuasan atas rezeki yg dilimpahkan...
Bermula pada hari Sabtu, 26 September, kami mendapat 3 tempahan utk delivery sahaja.
Pertama di PJ, pelanggan kali pertama. Kedua, Ajue, teman sejak dari sekolah rendah hingga U. Ajue telah mengadakan jamuan raya kecik2 aje kat rumahnya di Shah Alam. Dan ketiga, regular customer kat Bangsar.
Manakala keesokan harinya, 27 Sep 2009, kami mendapat tempahan open house from our regular customer. Menunya pelbagai jugaklah. Nasi beriani al-bukhari, ayam masala, dalcha, acar, char kuey teow - goreng di lokasi, sate, roti jala, abc, sirap tropika dan teh tarik. semuanya utk 200 orang. Char kue teaw mendapat sambutan hangat sekali, dan aku heppi!.. hehe..
Minggu depannya pada 3 Oct 2009, kami mendapat 2 tempahan drpd pelanggan berlainan. Satu di Tropicana Indah sebanyak 700 pax, nasi beriani albukhari ayam dan kambing beserta teh tarik.
Manakala satu lagi di PJ sebanyak 200 pax. Yg ni menunya juga menarik. Nasi beriani albukhari, ayam masala, dalcha, acar, kambing panggang 2 ekor, laksa utara, sate, nasi himpit kuah kacang, abc, sirap tropika dan teh tarik. Oleh kerana 2 tempahan, aku dan suamiku ke hulu dan ke hilir, sekejap ke Tropicana, sekejap ke PJ, sehinggalah semuanya selesai pd hari itu.
- setting dah siap, sementara menunggu tetamu tiba, tuanrumah izinkan kami petik buah rambutan yg masak ranum di pohonnya...
- testing abc... sebelum tetamu tiba, caterer kena rasa dulu... hehe...
- pelakon rozi rashid ni salah seorang tetamu yg hadir, aku sebenarnya nak ambik pic dia sorang aje, tp dia pulak pelawa nak bergambar berdua... layan ajelah... hehe..
- laksa utara... hasil masakan ku........
Minggu ni pula, kami mendapat tawaran menganjurkan event raya utk Jakim juga. Jadi minggu ni beberapa hari kami ulang alik ke Putrajaya utk meeting dan lawatan tapak event.
Hari ni, 9 Oct 2009, kami selesai satu catering di Bangunan Getah Asli utk 400 pax. Inilah tempahan yg mengandungi senarai menu yg agak panjang. Nasi beriani albukhari, ayam masala, dalca tulang kambing, acar. sate ayam / daging. lemang , rendang ayam, rendang daging, roti jala, kuah kari ayam, nasi himpit kuah kacang, kambing panggang 3 ekor, laksa utara, abc, sirap tropika dan teh tarik. Waktu makannya 1.30 - 6.30 ptg. Tahun ni merupakan tahun ke-3 , syarikat ni order dari kami utk open house raya diorang. Dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua happy. Berbaloilah aku dan adikku Hadi berjaga malam menyiat 20 kg isi ikan utk dibuat kuah laksa sebab ramai yg puji sedap! habis semuanya.. hehe.
Esok, kami mendapat tempahan daripada pelanggan drpd Bandar Sunway. Nasi tomato, ayam masak merah, acar, minuman sirap dan teh tarik. Kuantitinya cuma utk 150 orang aje.
Esok pula kami akan ke Putrajaya utk membuat persiapan event pada hari Isnin. Jakim mengadakan jamuan rayanya di Masjid Putra, Putrajaya utk 1200 pax. Yg ni detailnya akan ku masukkan kat entry seterusnya yea.
Terima kasih semua..........................
11 comments:
wah!! kak ida... Alhamdulillah..murah rezeki.. moga business kat ida bertambah maju..amin. Nurul tumpang gembira..:)
Busynya ida, kesiannya..mesti ida penatkan, tak apalah Ida..rezeki untuk ida tapi kesihatan kena jaga tau!
Alhamdulillah kak rezeki akak n family...hari minggu ada ulangan konsert siti kat astro hubby saya bagitau nampak kak ida dlm tv dok depan hehe
Jeles nie...bkan jeles sbb bnyak majlis kak ida uruskan tpi jeles ngan mkanan2 kt majlis2 tuh..
huhuhu....sdapnyer tgok....tnggu mse nk mkan jerk...hahahahaha..
ya ALLAH kak ida..banyaknya tempahan..alhamdulillah..sesekali ida fikir kan...ligat betul kak ida ni yea..ke sana dan kemari siapkan itu ini..memasak lagi...tabik r...
ida tumpang gembira ngan perkembangan ini..bila kite jaga customer..mesti diaorg kan order dan order lagi kan...
nurul...alhamdulillah rezeki musim raya ni. tima kasih juga atas doa nurul.
kak yati... minggu lepas dah selsema dan demam kak. tp sebab pergi ambik ubat cepat, 3 hari aje dah baik. hehe.. tima kasih kak.
Ibu Amna.. alhamdulillah reseki dt ilahi, hehe.. perasan kak ida kat astro tu yea.. tima kasih.
Athira... makanan tu semua memang sedap2 belaka... hehe..
Arieda... mmg byk tempahan, belum masuk minggu ni lagi tu. mmg berderet....sekarang memasak dh jadi minat dah ida. rela jadi tukang masak dr kerja pejabat... hahaha... alhamdulillah rezeki ida. musim raya ni mmg ramai yg buat open house....
tahniah yer............chef!!!!!haha
*cteey yant*
alhamdulilah kak rezeki akak berlipat-lipat syukur ps allah kak amin3!
org tumpang gembira rezeki akak masyuk2 hehehe mesti akak bz sgt2 ni
suke plak tgk pic tuan punya hati yg tkde keje tu kak heheh comel je hehehe
suke jugak pic yg akak tgah goreng k.teow hehe nyam nyam nyam! nak!!!! hehehe
cteey... tima kasih. chef? hahaha... chef tak bertauliah.
tajlena... alhamdulillah dik, rezeki open house tahun ni mmg melimpah2.. syukur sgt. hahaha.. waktu tu tengah tunggu diorang packing brg2, makan semua dah siap. so layanlah.. hehe..
wah....bnyknya event!! laporr tgk menu masakan yg ader..huhu..
alhamdulillah murah rezeki ko ida.. tp memang kelesss la ko nyer katering i loikkke.. hahahah cik abe den dok plan dah, next year nak booking ko sbb bini dia dah tak larat dah nak masak sendri... ngeh, ngeh, ngeh
Post a Comment