1 jun 2010
Alhamdulillah, ida dpt kereta baru, suamiku trade in keretaku yang lama. Kira upgrade lah.. hehe. Rasa terharu sangat.
Disebabkan nak maintain no. plat sama, ida terpaksa berulang alik ke Seremban sampai 4 kali. Nak buat macamana, karenah org kerajaan ni, terpaksalah byk2 bersabar.
- solihin pun excited nak naik keter baru.
tengoklah bukan kita yg pimpin dia. dia pulak yg tarik tgn kita....
tengoklah bukan kita yg pimpin dia. dia pulak yg tarik tgn kita....
Tapi disebabkan ni jugak, ida dapat peluang bertemu buat pertama kali dengan teman blog, shelly. Seronoknya dapat bertemu dan bersembang dengan shelly, bagaikan teman baik yang terpisah bersua kembali.. hahaha.. mcm2 yg dibualkan. Walau pertemuannya singkat, tp cukup bermakna buat ida. Shelly belanja lunch di Secret Recipe, Senawang. Baik sgt Shelly, dia datang jemput ida dr JPJ dan hantar semula ke JPJ usai lunch. (shelly, selamat berkerjaya yea... suker bila teman2 berjaya dlm bidang yg diceburi... tahniah!)
5 dan 6 jun
ida dan suami terlibat sepenuhnya dengan program Jamiyah iaitu Sukan Interchallenge 2010 antara Jamiyah KL & Jamiyah Spore. Oleh kerana suamiku ketua AJK Makanan, jadi ida memberikan bantuan sepenuhnya. Kebetulan pula, pihak Jamiyah membuat tempahan drpd RSMY utk kesemua sesi makan sepanjang 2 hari berlangsungnya program tersebut.
Keputusan penuh. Bola sepak, bola jaring dan badminton dimenangi oleh Jamiyah KL. Manakala bowling pula dijuarai oleh Jamiyah Spore. Maka Jamiyah KL lah yg dapat bawak balik piala pusingan.
Malam Ahad tu pulak, ada fan Wana iaitu Samad telah menempah untuk mengadakan sambutan besday Wana My Star LG di RSMY. Jadi ida sempat jugaklah bertemu dan tumpang sekaki kat majlis diorang tu.
Kebetulan, malam tu jugak famili dari dungun tiba. Jadi sempatlah jugak mama dan adik2 bertemu dengan artis Wana tu. Wana ni peramah dan sporting sangat. Walaupun baru pertama kali bersua, Wana melayan kami sekeluarga seperti dah lama kenal.
7, 8 , 9, 10, 11 jun
Ida dibantu oleh mama, adik nor dan ikin (ibu solihin). Kami pulun buat bunga telur. Ingat tak pada entri lepas, ida ada minta pendapat teman2 semua. Jadi 5 hari yg ada tu, kami pulun buat bunga telur siang dan malam. Nak buat 200 batang aje, tp sebab sebelum ni mmg ida bz, tak sempat buat, terpaksalah minta tolong mama dan adik2.. hehe. sib baik diorang ada .. kalau tak mmg tak siaplah bunga telur tu.. hehe.
11 Jun
Dalam sibuk2 buat bunga telur, terpaksa pulak ida ke airport. Menguruskan pengambilan Tukang Masak yg baru tiba dari Pakistan. Seorang aje. Tp prosedurnya tetap sama. Kali ni ida bawak solihin, ibu solihin dan adik zul utk temankan ida. Sementara ida masuk ke dalam berurusan dgn pihak imigresen, solihin main2 dan makan2 kat kfc yg ada kapalterbang dummy tu.
12 hb jun
Kali ni ida angkut mama dan adik2 ke dewan. Tolong ida siapkan dewan utk majlis resepsi esoknya. Sebenarnya catering crew pun ada sekali membantu. Diorang tolong siapkan meja tetamu dan buffet line. Ida n d geng pulak siapkan gubahan bunga utk tiang2 dan untuk meja pengantin yg berada di atas stage. Alhamdulillah, dalam pukul 3.00 pagi semuanya dah tip top. (datang pun lambat sebenarnya.. dlm pukul 10 lebih..)
13hb jun
Majlis resepsi berjalan lancar. Sebenarnya ini adalah majlis resepsi anak lelaki ida tau. hehe. dah dapat menantu pun ida. Menantunya orang kajang. Caterernya siapa lagi kalau bukan RSMY... hehe.
15 jun - 19 jun
ida, suami, mama, adik nor dan adik zul bercuti di Jakarta. Kesah di Jakarta ida masukkan kat entri seterusnyalah yea. dah panjang dah entri ni.. bye2....
posted on 9 jul 2010. 3.30 pm.
15 comments:
padat betul rutinnya...pergh! go go kak ida! :D wah, leh buat besday party segala ye kt sana...
nuar... ha'a.. boleh aje... party tu siap masuk MH lagi tau.. terselit muka adik kak ida dua anak dara tu.. hehe.. nanti nak letak kat blog lah.. hehe...
salam ida....
wah sibuk sepanjang hari...alhamdulillah rezeki Allah nak bagi...
dah penat2 bekerja akhirnya dpt melepakkan diri pergi bercoti lah pulak...bestnya...
tahniah dpt kete baru...
kak smm,
salam dan tima kasih kak. gitulah kak. kerja x pernah habis kan...
tulah kak, org kata apa.. dapat upah.. hehe...
wahh....pegi jakarta senyap2 ek..hehe.
Hebat padat agenda Ida di sepanjang jun. Mau kepenatan dibuatnya. Comel lah si solihin ni... dah dapat naik kereta baru ya... muahh... from auntie zara.
alamak syahmie dah soundlah.. hehe..
kak zara... penat tp enjoy!!! hehe. solihin dah besar dan makin cerdik kak.
muah jugak dr solihin buat auntie zara yea... tima kasih auntie...
Pertama tahniah kerana dapat kereta baru dan menantu. Suka dengan no plat NB , nama kakak kesayangan kita semua kan. hahaha. Juga suka dengan warna biru dan putih itu...cantiknya.Selamat menjalani hari-hari yang sentiasa sibuk dengan penuh ceria dan keberkatan. amiin. salam dan ciuman untuk solehin.
kak leeza,
tima kasih atas ucapan tu. tulah kak, bila padam satu huruf kat belakang tu, tinggal NB aje.. mmg terus ingat k.yatilah.. hehe..
salam jugak dr solihin.. hehe..
Da, besor tuh keter baru, senang nok angkut anok beranok. Sdp sket Solehin nok gi depan gi belakang hehe
Lawo natu mung Da :)
hehe... alhamdulilah zie..
Natu aku mmg lawo , tinggi plok tu. padan r ngan anok aku hok tinggi tu..hihihi.
hehe..saja jer nk gertak... lain kali wat la rombongan..bleh mie join skali..aahaaaha.
mie.. betul ke nak join nie.. hehe.. mmg ada mak sedara yg cadangkan pasal ni...
k.ida nk pegi dlm msa terdekat nih ker..biar betul...ahahaah...
Post a Comment